Monday, March 31, 2014

How to deal with envious friends?


Assalamualaikum, hai.

Lah apahal tetiba nak buat post cenggini? Entah hahahaha boring atau memang dah rasa nak haematemesis (muntah darah) study sistem pernafasan agaknya - padahal baru signs and symptoms yang cenonet ni cis. Mungkin jugak sebab dah lama tak tulis cenggini.

Pernah kan dalam hidup jumpa orang cemburu tak tentu pasal, iri hati pasal itu ini, muka engkorang lawa (walaupun ada jerawat bercambah-cambah) sikit dia sakit hati. Engkorang senyum nampak gigi nampak gigi korang putih dari dia pun dia pandang kerek. Engkorang punya hidung muncung sikit pun dia sibuk nak tekan penyek-penyek.

---- memang manusia agaknya kan? Yang jenis kutuk meleis akan terus cakap, tipikal meleis.

Orang macam ni biasanya sorok rasa iri hati tu dengan condemn orang lain, iyalah dah tak ada kerja lagi baik suci dan murni, jadi itu je cara dia nak puaskan hati. How? Ah perli je.

----- eh, cantiknya hari ni, yelah orang tu pakai produk mahal-mahal lah katakan
----- si terkena perli was like ---- oh, okay --- senyum secara literal secara figuratif rasa nak bagi penumbuk sulung

Masa kecik-kecik dulu (entah kenapa nak selit part ni), orang selalu iri hati sebab aku kurus sangat (sampai sekarang rasanya - bukan iri hati tapi lebih kepada simpati). Komen membina yang selalu aku terima

---- oommmjayyy, kenapa kurus sangat (pegang pergelangan tangan, goncang-goncang macam sesi regangan), tak patah ke tulang ni? Makan tak cukup zat ke?

Atau jeles bila aku senyum nampak pipi main cak-cak. Cubit bagai nak rak - aku siap lari balik rumah nangis sebab sakit gila babs. Mungkin aku patut cuba balas dendam waktu tu. Mungkin.

Ok, biasanya aku buat tak kisah dan korang pun kena buat tak kisah. Sifat orang macam ni dia sebenarnya tak lebih dari perasaan cemburu dan iri hati, well yeah maybe ada tambah perasa benci sekali. Bila dia nampak si A tak  macam dia, they will bring you down. For some reasons, dia tak happy pun. Dia rasa insecure, ---- kenapa aku tak macam dia?

Just don't give a damn. (aku kadang-kadang maki jugak di twitter hahaha). Sebab kalau layan tak dapat pahala, tak layan dapat jugak pahala sikit-sikit (kot). Make friend with them if you care, kalau macam aku yang tak peduli aku buat hal sendiri je. I don't do much talking sebab malas, lagi-lagi dengan orang macam ni. Senyum dan buat tak tahu kira dah macam kejam dah.

---- iyalah, orang kata diam tu lagi berbisa. yedok?

Dalam hidup kau akan bergerak atas tanah yang Allah kasi pinjam bukan sorang-sorang, walaupun kau rasa kau sorang-sorang, kau wujud atau tak sama je, sebenarnya ada manisnya. Allah ada, buat apa nak takut. Kalau kau yakin kau boleh buat, tak kisah kau sorang-sorang ke ramai-ramai kau boleh buat. Cuma bila ada perkara yang perlukan teamwork -- macam assignments, research projects -- sila bekerjasama. Sila tahu bila masanya kau boleh berdiri sorang sorang buat tak tahu dan bila masanya kau kena wujudkan wonderpet dalam diri.

Sebab pernah satu tahap dalam hidup terumbang ambing, aku terlalu tenggelam dengan orang-orang macam ni, so I changed a lot of things. I became so lazy and put everything for granted. Hell, it was not working at all. I shut myself down - left click windows, shut down, blackout. Tak nak usaha sebab terlalu fikir orang cakap itu ini, buang masa 24 jam tak buat apa-apa. Tak kritis, dah tak jadi student yang rajin kejar lecturer. Serius apa yang aku dapat adalah kejatuhan yang bertimpa-timpa. Amazing kan? Padahal dalam masa 2 bulan je.

Ok lupakan. Belajar dari kesilapan.

Kalau boleh dalam hidup ;
senyum selalu
doa selalu
makan sedap sedap selalu (untuk aku yang kurus, haih)
belajar selalu
baca novel selalu


Okay, dah dah le

merapu.


Have a nice day. Okay tak kena. Have a good sleep. Good night!

Ps : Toksah le main April fool, nampak sangat macam fool, serius


XOXO
Aen

Saturday, March 29, 2014

TRIP : Bandung (2014) #1 : Tips & Persiapan



Awas! Entri ini dipenuhi perkataan yang panjang berjela-jela. Sila jangan juling!

Assalamualaikum. Hai.

Ini merupakan entri untuk hari pertama. Tetapi memandangkan hari pertama aku di Bandung bermula pukul 11.00 malam. Jadi aku tukar entri ini lebih kepada persiapan sebelum untuk pelancong (seperti aku) ke Bandung.

Entri ini penting bagi sesiapa yang inginkan penjimatan berlipat-lipat dan berdarab-darab kali ganda (seperti aku). Lebih-lebih lagi jika anda pelajar (seperti aku) dan suka ke sana ke mari ( juga seperti aku). Baiklah. Senang cerita aku merupakan subjek untuk entri kali ini. Jadi, sila baca segala subjek seperti pelajar, pelancong suka penjimatan dan lain-lain lagi sebagai aku.

Aku menitik-beratkan kesempurnaan jadi aku ada nota kecil untuk semua perkara. Catatan setiap tempat dibuat sebelum dan selepas. Mungkin ini membantu entry yang akan datang.

Perkara pertama : Destinasi
Sila tahu destinasi anda. Semestinya Bandung! (aku pilih destinasi berdasarkan harga tiket kapal terbang waktu itu).

Perkara kedua : Tiket pergi balik
Apabila sudah pilih destinasi, sila beli tiket kapal terbang sepantas yang boleh untuk mengelakkan harga meningkat dan terus meningkat. Aku syorkan guna perkhidmatan Air Asia. Bukan bermakna aku saja nak mempromosikan syarikat penerbangan ini. Cuma ini antara yang murah. Mahu lagi jimat, sila naik kapal atau bot ke Bandung. (Ini aku tak ambil tahu). Selesai beli, simpan semua dokumen! Tiket aku beli tiga bulan sebelum perjalanan.

Perkara ketiga : Passport
Pastikan kau ada passport. Dan yang paling penting pastikan passport kau ada enam bulan ekstra sehingga hari ketibaan kau ke Malaysia. Bermakna, kalau kau pergi 1 Mac. Sekurang-kurangnya passport tamat pada 2 September. Jika kurang, sila renew kalau tak nak kena halau. Trimas!

Perkara keempat : Hotel
Untuk penjimatan, aku sarankan jangan ambil pakej. Tapi ada juga ground pakej (pakej asas seperti tempat tinggal, pengangkutan, makan dan minum tanpa tiket kapal terbang) yang murah. Tapi ada juga yang melampau. Kena pandai pilih. Kebanyakan pakej yang ada memerlukan jumlah minimum pelancong. Tapi kalau nak pergi ramai, tak jadi masalah.

Aku asingkan semua. Bermula dari tiket sehingga ke pengangkutan (kejap lagi aku cerita). Hotel aku beli secara dalam talian (online) menggunakan khidmat web Agoda.com. Salah satu web ternama yang menyediakan pelbagai jenis hotel dari hampir semua negara. Sah dan dipercayai! Jangan risau. Aku merupakan salah satu testimoni. Kau hanya perlukan kad kredit atau paypal (pinjam mak bapak, bayar cash).

Kena bijak dalam pencarian hotel/guesthouse. Kalau pergi ramai-ramai elok cari guesthouse yang ada double triple twin bed rooms. Lagi ramai, cari dormitory. Jangan lupa baca komen/ulasan bekas penginap di kolum bawah sekali. Dekat situ aku tahu hotel itu sesuai atau tidak. Tak perlu mahal, asal selesa dan sedap mata memandang. Di Agoda.com harga memang murah nak mati. Tak payah mewah sangat pun tak apa, kau banyak habiskan masa di luar.

Pilihan hotel aku : The Cherry Homes Hotel & Residence, Pasteur Bandung terletak betul-betul di pintu masuk ke Kota Bandung. RM168 untuk 3 malam beserta sarapan untuk dua orang dan wifi percuma. Bilik ada penghawa dingin, TV dan sebagainya.

Pilihan pertama aku sebenarnya di Guest House & Salon Spa Fora Lingkar Selatan. Memang sumpah cantik dan berpatutan dan supir (pemandu dalam bahasa Indo) sendiri cakap cantik. Cuma jalan berliku-liku (itu yang aku faham) membuang masa dan tenaga, jadi aku tukar pilihan. Bahagian hotel dah panjang berjela! Explore sendiri ok?

Gambaran hotel, yang lain ada dalam phone, malas nak bluetooth ke laptop.
Sini sangat sejuk dan nyaman! Mungkin sebab banyak pokok.


Perkara kelima : Pengangkutan beserta supir
Memandangkan aku ada rakan di Bandung (trimas Mahani pelajar perubatan UNPAD-UKM, bakal junior ni hihi), jadi urusan pengangkutan senang untuk diselesaikan. Aku mintak nombor supir dan mula saling berwhatsapp (kurlas gittew) untuk segala perancangan dan harga keseluruhan. Untuk aku, RM360 (full dua hari, ambil dan hantar ke airport). Supir ini sangat membantu dan dah selalu bawa pelajar Malaysia. Jadi, aku tak ada masalah nak serahkan kepercayaan. Nak guna khidmat beliau? Email aku untuk sebarang pertanyaan.

Nama supir : Salim
WhatsApp : +6281322731636
Email : emirtourtravel@gmail.com
Link : Emir Tours

Sebut nama aku dan you're good to go! Oh ya, dia ada pakej terbaru sekarang untuk yang nak ke sana! Bandung trip 4 hari 3 malam hanya pada harga RM250 seorang (khas untuk percutian berkumpulan seramai 6 orang). Ini pakej ground only, hotel dan pengangkutan. Bagi aku better ambil pakej macam ni sebab biasanya hotel ada free breakfast. Lepastu explore atau jadi food hunter dekat sana lagi syok!


Perkara keenam : Rancang tempat secara spesifik
Sila buat research sebelum nak pergi. Jangan main hentam keromo memandangkan kau pergi tanpa pakej. Kena tahu tempat nak pergi area mana, tempat itu tempat apa, dan agak-agak berapa harga tiket untuk masuk ke sesuatu tempat. Ini penting untuk rancang bajet kau. Selepas buat research, senaraikan tempat ikut hari dan beri pada supir. Supaya dia boleh tengok kesesuaian tempat dan masa. Dan dia akan rombak balik ikut area. Ketahuilah harga pengangkutan ikut kawasan, sekitar Kota Bandung sahaja lebih murah. Ke Gunung Tangkuban Perahu (Kawah gunung berapi di Utara Bandung) dan Kawah Putih (kawah gunung berapi di Selatan Bandung) lebih mahal sebab agak jauh dari Kota Bandung. Aku hanya pilih Tangkuban Perahu memandangkan supir kata dua-duanya sama. Mungkin lain kali kalau nak repeat aku pergi ke Kawah Putih ;) (Next entry aku akan senaraikan harga tiket!)

Perkara ketujuh : Waktu solat
Sediakan sebelum untuk kesenangan kau. Boleh fikir bila nak jama' qasar. Waktu solat boleh Google. Aku Google dan tanya kawan pada masa yang sama.

Perkara kelapan : Peta
Untuk kecemasan kalau kau jenis nak jadi fulltime backpackers dan kena tipu dengan supir teksi. Atau boleh bagi sesiapa yang nak berlagak seperti fulltime backpackers.

Perkara kesembilan : Barang peribadi
Sediakan semua barang peribadi. Bawa panadol untuk kecemasan. Yang ada asthma sila bawa Ventolin dan lain-lain lagi. Ini ramai yang lupa sebab terlalu teruja nak berjimba sakan. Jaga diri, baru boleh berjimba sakan dan ambil gambar lompat namaste. Charger telefon dan sebagainya sila periksa berulang kali sebelum pergi! Campak segala keperluan kau dan buat checklist untuk elakkan tertinggal apa-apa. Kalau bolej jangan bawa rumah dalam bagasi. Kalau boleh biar ada beg-beg kecil untuk pegang dokumen perjalanan, dan sebagainya. Nanti engkorang jugak yang senang. Jangan lupa sediakan beg agak besar saiznya, boleh didapati di Daiso untuk letak duit Indonesia Rupiah yang berjuta-juta tu hihi

Sediakan semua yang kecil. Luggage tag tu memudahkan, dari jauh aku dah nampak bagasi melambai-lambai tuannya, terang benderang!


Perkara kesepuluh : Kamera
Tak ada kamera besar, digital pun jadilah. Polaroid ke instax pun ok. Handphone pun ok. Janji ada bukti momen-momen korang. Mungkin boleh pahat dalam otak, pahat dalam hati. Tapi mungkin gambar akan jadi salah satu pelekat momen paling seronok. (Pastikan tak hilang! ;)

Perkara kesebelas : Makanan dan minuman
Sediakan air mineral dan jajan atau roti (sihat sikit) untuk alas perut kalau tengah-tengah malam lapar. Aku beli maggi je kat sana, Pop Mie namanya sedap gila! (walaupun kuciwa takde perisa kari dan tom yam, ayam ayam ayam)

Tak jumpa 100 plus, Mizone pun jadilah (isotonik). Bumbu (rencah) tak masin macam Malaysia.
Aku siap beli bawak balik


Perkara keduabelas : Nombor telefon beserta internet
Ini untuk sesiapa yang tak berada dalam lingkungan kawasan free wifi. Kalau ada nak beli pun boleh (macam aku). Dan nombor aku sediakan sebelum. Kenapa? Sebab aku dah mintak tolong supir belikan awal-awal siap topup untuk internet ha ha ha! Gunakan supir sebetulnya. Pesan aku, sila berbuat baik dengan supir. Dia yang paling setia waktu kau sibuk berjimba. Jadi photographer tak bergaji lah apa lah. 45 ribu untuk simcard XL Axiata dan topup 25 ribu. Internet sehari 2 ribu, seminggu 12.5 ribu. (murah gila!)

Perkara ketigabelas : Duit
Jangan lupa tukar duit. Aku tukar di Malaysia kerana menurut kawan aku, lebih murah jika ditukar di Malaysia. Tukar duit di Malaysia lebih sebagai persediaan. Dan di Bandung boleh tukar duit secukup selera. Atau bawa duit Malaysia siap-siap secukup selera untuk ditukar. Bukan apa. Takut meleleh air liur nak beli itu ini hihi. Melainkan kalau kau ada kad kredit.

Perkara keempatbelas dan terakhir : Mulut
Sediakan mulut yang manis beserta senyuman. Kita ada dekat tempat orang. Jadi pandai-pandai jaga adab. Jangan jadi keji masam muka.


Semoga jadi panduan buat pertama kali ke Bandung. Sebab ini panduan yang aku guna ke Bandung untuk pertama kali jugak. Mana yang elok, sila ambil. Tak elok, buat bodoh je senang. Aku uruskan hotel dan pengangkutan di Bandung dua minggu sebelum vacation. Sesiapa yang nak berjimba waktu cuti sekolah, rancang lebih awal! Silap aku, waktu aku pergi waktu cuti sekolah, jadi harga tiket agak tinggi. Nasib baik supir aku tempah awal.

Gambar mana? Entri lain boleh? Gambar banyak dalam hari kedua dan ketiga je sayang oi ;) Untuk sebarang pertanyaan boleh email aenrhapsody@gmail.com. Untuk hal-hal serius sahaja (kalau tak, kena block, luls).

Ps : Cuti aku dihabiskan dengan berkualiti. Mari kembali ke sekolah *sigh

Ps2: Suka berlari? Nak lari sejauh 5KM atau 10KM sambil beramal? Kalau suka, sila klik link ini. Pink Ribbon Run 2016


XOXO,
Aen

Sunday, March 9, 2014

Pray for MH370 : Simpati versus Empati



Assalamualaikum dan hai.

Aku terpanggil untuk tulis entri mengenai M370. Bukan untuk bersama menambah spekulasi yang sedia ada melimpah ruah. Bukan juga untuk menyampaikan berita terkini seperti Astro Awani. Bukan juga nak jadi FBI atau jurucakap MAS. Aku terpanggil untuk menulis buih-buih perkataan (words bubble) yang terlintas difikiran. Di mana aku ingin sentuh mengenai simpati dan empati.

Sebenarnya untuk tahu perbezaan simpati dan empati kau tak perlu baca blog aku pun. Tapi biar aku jelaskan mana tahu ada yang kurang jelas (barangkali tertutup hijab) atau mungkin konfius tak boleh nak beza dua benda alah yang nama dekat-dekat tu.

Simpati dan empati dua perkara yang jauh berbeza, walaupun 'si' ditendang lalu digantikan dengan 'e', ibarat perbezaan langit dan bumi, puteri raja dan dayang, raja dan hulubalang, dan aku dan engkau.

Simpati. Simpati hanyalah satu perkara yang kau rasa tanpa ada emosi.  Kau mampu beri simpati pada sesiapa sahaja. Kucing, burung, kereta, bahkan pada aku yang sedang belajar kursus perubatan. Merasa dan meluahkan simpati pada orang ibarat kau bersetuju yang dia patut berada dalam keadaan tu. Ibarat aku sang kancil yang ada dalam kandang harimau. Sang buaya berasa simpati pada aku kemudian tolong melepaskan aku. Apabila aku dilepaskan, kaki aku sudah berada dalam mulut buaya tadi. Kau nampak? Kau simpati tapi kau tetap tak betulkan keadaan.

Orang macam ni rasa simpati kerana jelas dengan keadaan si polan. Lepas tu mereka buat apa? Mereka tidak membantu, mereka bertindak meneruskan tradisi simpati mereka. Hanya lahir dari lidah tanpa berusaha untuk membetulkan keadaan. Sebagai contoh beria-ia mahu berdoa tapi hanya pada kata, hanya pada tulisan, lidah tak basah ketika berdoa dalam dan selepas solat.

Ganti simpati dengan empati. Stephen Covey sendiri ada tulis mengenai empati dalam buku The 7 Habits of Highly Effective People. Katanya orang yang teratur dalam kerjanya, mempunyai gaya pemikiran empati. Bermakna,  mereka bukan sekadar jelas dengan keadaan seseorang. Mereka faham keadaan seseorang dari segi literal, figuratif, dan juga emosi. Orang yang ada empati ini biasanya meletakkan diri dia dalam keadaan yang sama supaya dia tahu dia mampu mengubah keadaan itu. Letakkan diri dalam kasut dia bak kata omputeh.

Aku bagi contoh paling dekat perbezaan simpati dan empati. Dulu ada satu kes mengenai kanak-kanak yang mati didera dan dibunuh secara tragis. Gambarnya tersebar di blog-blog popular. Bukan itu sahaja, sejak fesbuk mula terkenal setiap gambar hotsetuf disebarkan dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Orang yang simpati hanya jelas dengan keadaan tu, diucapkan pada lidah dan aksara setiap entri. Tetapi simpati mereka tak mampu halang mereka daripada berhenti sebarkan gambar yang mengaibkan kanak-kanak itu serta keluarganya. Ayat-ayat puitis mereka hanya mengaburi mata si pembaca supaya turut serta bersimpati dan menyebarkan hal itu.

Manakala orang yang ada rasa empati akan merasai keadaan keluarga si mangsa secara emosi. Mereka tahu betapa beratnya beban yang ingin dipikul untuk melupakan insiden tragis tadi. Jadi mereka mampu menghalang diri daripada terus sebarkan gambar tadi.

Kau faham apa maksud aku? Aku tak ada salahkan sesiapa dalam hal ini. Aku cuma menyampaikan apa yang aku rasa. Dan apa yang perlu kau lakukan, kalau kau mampu, tukar rasa simpati kepada empati. Hentikan spekulasi mengarut, paling kurang kalau dah tak boleh cakap benda baik, kau doa atas sejadah tutup mulut, ikat jari.

At least kau tak dapat dosa menyakitkan hati orang.

Jadi rakyat Malaysia atau secara umumnya jadi manusia yang sensitif dan prihatin. Jangan hanya pada kata-kata, tapi pada hati.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan tak kira apa jenis pengakhirannya sekalipun. This is my deepest condolence.

Ps : Berhenti jadi pakar matematik dan kaitkan surah dengan nombor yang berkaitan. Tak kisahlah betapa islamik dan romantisnya penyampaian kau, tetap khurafat. Trimas.


XOXO,
Aen

Thursday, March 6, 2014

TRIP : Universal Studio of Singapore (2013)


Maafkan wajah gua baru bangun tidur. Ini wajah sebelum bergigi besi.



Awas! Entri ini dipenuhi gambar!

Assalamualaikum. Hai.

Sebenarnya entri ni dah setahun aku draftkan sebab kekurangan idea untuk update itu ini memandangkan trip ini bergantung penuh kepada agensi perlancongan yang aku bayar (kedengaran agak gah di situ) disebabkan ini kali pertama aku menyeberang laut ke Singapura. Lebih-lebih lagi ekspedisi (lah sangat) ini membabitkan dua wanita yang bergelar ibu. Jadi aku tak yakin kedua-dua mereka betah untuk meredah panas tanpa perkhidmatan bas dan sebagainya.

Bermula dengan persiapan sebelum.

Aku merancang untuk berjimba dan bersuka ria untuk memeriahkan cuti semester yang kurang dua minggu. Survey dilakukan dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan kerana terlalu yakin akan ada mana-mana agensi ada masa lapang untuk bawa kami ke sana ke mari. Lagipun waktu pelajar seperti kami cuti, jarang yang ada cuti sekali.

Perkara pertama yang aku buat, gunakan khidmat pencarian google untuk mencari agensi yang sesuai - dan ofkos harga yang sedap-sedap rasa. Taip aje, 'pakej ke USS murah di Malaysia'. Kan aku pelajar, kena lah pandai-pandai sendiri!

Salah satu pakej yang menarik perhatian aku - salah satu? Itu je yang menepati citarasa murah aku - adalah AmazingUSS yang dijalankan oleh Albert Chia. Sebenarnya tak banyak aku tahu pasal AmazingUSS tapi disebabkan dia menepati citarasa murah aku (sekali lagi diulang) aku layankan aje.

Kami hanya berhubung menggunakan email sehingga hari kejadian (sehari sebelum ke USS). Selepas tu kami berhubung menggunakan telefon bimbit.

Aku, kawan aku (Ila), dan emak kami berdua membeli tiket tanpa berlengah. Maksud aku membeli pakej tanpa berlengah. Pengangkutan aku dari Melaka ke Johor ditetapkan menggunakan kereta oleh emak. Manakala kawan aku dan emak dia, menggunakan bas dari KL ke Johor. Lupa nak bagitahu, pakej yang aku ambil menetap di hotel di Johor - New York Hotel.

Pakej yang diambil berharga lebih kurang (aku lupa sebenarnya) RM250++ sekepala. Aku ambil pakej 2 hari 1 malam. Pakej ini termasuk kos pengangkutan Johor-USS-Johor. Dan mestilah apabila berada di hotel akan dapat sarapan pagi percuma. Tak banyak yang hendak diceritakan sebelum pergi ke USS. Cuma perlu diingatkan bersedia tukar duit ke matawang dolar Singapura ketika berada di Johor. Tukar di sana dia beli mata wang Malaysia agak rendah (berdasarkan pemerhatian). Jangan lupa sediakan wang secukupnya in case kalau ada kecemasan. Kau mana tahu kan? Dekat tempat orang kot.

Oh iya, dah namanya ni trip ke USS, jadi pakej termasuk tiket masuk ke USS yang perlu diprint sebelum. Sama macam tiket booking hotel. Hari kejadian, nasib baik aku tak noob pergi beratur sekali sebab sebenarnya tiket tu boleh direct scan. Ada team yang ingat tiket tu kena tukar dulu hihi.

Selain itu, jangan lupa sediakan air mineral secukup rasa di Johor. Dekat sana sebotol air 2.5 dolar. Jangan lupa juga sediakan jajan atau roti untuk isi perut kalau kau nak berjimat dekat sana. At least boleh beli cenderahati mahal ya rabbi dia. Ok? Macam aku, breakfast aku makan sepuas-puasnya di hotel, bawa air mineral tanpa jajan dan roti (tak ingat sebenarnya). Lapar gila woi lepas tu. Terpaksa makan jugak.

Okay, sudahlah mencarut dan mengarut. Aku hadiahkan gambar aje boleh? Beberapa keping dulu. Lain kali aku tambah lagi - internet nak habis kuota ni.


Here we are!


Hollywood streets. Dekat sini jangan risau nak perasan lebih-lebih. Sebab akan ada yang lagi over dari kau.
Have fun!


Anak beranak di hadapan kedai cenderahati pemakan duit ;)



Marilyn Monroe celup di Hollywood.


Tengah cari nak mula dari mana lepas buat senaman muka di Hollywood street.





Madagascar! Suka gila tempat ni!


Selfie guna kamera gedabak sebelum mula perjalanan di Sungai Madagascar! Al-maklumlah masa tu tak kenal monopod ke apa pod pod tu.


Masih di Madagascar. Ye. Aku berat.


Since aku pencinta arts, jadi aku minta pelukis di sesame street lukiskan ini guna krayon. Harga 50 dolar tak diendahkan. Lagipun in je yang paling mahal. Lain-lain aku beli poskad dan fridge magnet haha. Eh Trimas! Lupa nak tanya nama. :p



Sebenarnya lepas balik dari USS (8 pagi sampai 7 malam), sampai di Johor pukul 9 malam macam tu. Singgah makan nasi ayam penyet sebab lapar nak arwah. Depan hotel je. Boleh tahan. Dan kau gila nak terus balik Melaka lepas tu? Hanya aku dan emak cari hotel murah atas bantuan sepupu aku dan aku lupa nama hotel tu. Tapi hotel kecil molek tu cantik. RM90/night. Di situ dapat buat penjimatan jugak disebabkan kalau aku beli pakej 3 hari dua malam sekepala kosnya RM350++.

Ini web agensi yang dimaksudkan sedari awal, http://amazinguss.weebly.com/. Mungkin blog tak ada update baru. Tapi jangan risau. Agensi ini dipercayai.

Itu saja. Dan ya itu saja. Sebarang pertanyaan sila tanya secara sopan santun. Mungkin akan repeat balik ke sini. Bila? Mungkin lepas kahwin. Lols. Okbai.

XOXO,
Aen.