Tuesday, June 16, 2015

Aku Seorang Yang Penjatuh

Aku seorang yang penjatuh. Penjatuh bertemu gagal tatkala mahu berlari ke puncak. Di sebalik setiap senyum, ada tangisnya. Di sebalik setiap tawa, ada raungnya. Lemah longlai aku tidak dipaksa ditebar ke dunia.

Siapa bilang ianya mudah? Siapa juga bilang ianya sukar sehingga terlalu mustahil untuk dilangsai? Jatuh aku jatuh yang terpilih. Ditepis kalau Tuhan mahu aku merasai jatuh kerana mahu menyedarkan aku, aku tidak mampu tolak. Malah, aku tiada hati untuk tolak. Pahit itu ada, tetapi manis juga ada turut serta.

Hari ini aku jatuh. Esok lusa entah apa jenis pula, rahmat dan kejayaan yang Tuhan nak beri. Yang aku tahu, sekuat mana ujian yang terpasung ke tubuh, tangan tetap menadah. Hikmahnya tetap ada.

Tuhan tetap sayangkan aku.

XOXO
Aen Sa'ari