Monday, October 28, 2013

Love Letter To All SPM Candidates

Assalamualaikum dan hai sayang-sayang sekalian. Terutamanya yang hati tengah geli-geli kena cuit dengan SPM. Jantung berdebar-debar. Darah dah naik ke muka macam ala-ala pakai blusher gitu. Lagi dahsyat daripada jantung jatuh bedebuk akibat penangan cinta yedok? Hehe. Iols pun pernah jugak. Walaupun tak berapa nak cemerlang (sebab tak dapat pergi oversea, ehem).




Recently, aku ada terima beberapa email daripada adik-adik comel yang tengah nervous jantung lub dub lub dub ibarat baru lepas marathon dalam satu Pavilion (kes shopping tak ingat dunia agaknya). Tak pun ibarat tengah lalu bawah susur gajah berpagar. kat atas ada, zombie kejar, standby nganga mulut ala ala World War Z gitu. At least WWZ ada vaksin konon-konon zombie takkan kunyah diorang dah. SPM tak ada pulak vaksin genius ke apa kan? Kalau ada, don't worry, aku mesti jual heh.

Soalan 1 : Tips menghafal untuk subjek yang banyak nau benda nak baca.



Jawapan : Tak ada tips yang senang melainkan khatamkan satu buku text yang ada ditambah pula dengan perisa buku rujukan yang dua kali ganda tebal daripada buku teks kalian. Pentipu tau kalau sikit pun adik-adik tak ingat apa yang adik baca. At least dapat jugak ingat nama-nama topik yang ada. Kan?

Kalau aku, cara nak senang ingat, buat anologi sendiri. Mungkin rasa macam ada beberapa anologi yang rasa macam tak senonoh. Tapi kenapa nak fikir deep sangat kan? Sebab benda benda macam tu yang kita senang nak ingat. So why not?

Contoh : Mitosis (PMAT, Pak Mat Ada Telo). Prophase : Kita assume sekarang dalam satu dewan ada 4 couples. Each couple we assume as one. So bila bercouple ni, confirm macam tebal sikit kan? So okay, key point dia, THICKENING. Next, Metaphase. Okay lining up lah nak daftar kursus kahwin ni kekonon. Then nak kena separate pulak. Lelaki duduk dengan lelaki, perempuan duduk dengan perempuan. So, it's anaphase, kena tarik to each pole. Lastly, Telophase, final division of the two groups. Yang penting kena ingat, start as 2n, final result pun 2n. Start as 4 couples, final group ada 4 person.

Ada orang yang suka buat concept map. Tulis keypoint je. Then bila tengok keypoint, terus keluar bulb atas kepala dan dia senang nak jawap soalan.




Praktis buat soalan untuk semua topik. Kalau tak boleh jawap, ulang baca topik tu. Yang penting. Baca dulu sampai habis. Kalau tak, bukan ulangkaji namanya. Banyakkan minum air mineral. Banyak sikit oksigen dalam otak, untuk senang kita nak berfikir.



Soalan 2 : Jantung dah jatuh bedebuk. Macam mana nak elakkan adrenaline rush?




Jawapan : Cukup tidur. Nak elakkan jantung jatuh bedebuk tulah.

Sebelum masuk dewan tenangkan diri. Kalau ada gegula. Kunyah dulu.

Masa nak masuk dewan, langkah guna kaki kanan sambil baca bismillah. Duduk je terus baca doa penerang hati, especially doa 'Robbi Shrohli Sodri . . ." Nak kurangkan nervous tu. Aku kalau join mana mana pertandingan lepas baca mesti macam konfiden je walaupun tak menang kehkeh. Lepas tu awal-awal sebelum selak kertas soalan tu, baca 'Robbi Yassir Walatu Assir Ya Karim'. Biasa orang suruh baca masa jumpa soalan susah. Tapi apa salahnya kalau baca awal-awal kan? Mana tahu soalan pertama susah? Heh.

Kalau tak boleh jawab, selawat tiga kali dan terus lompat pergi soalan seterusnya. Jangan biarkan diri stress dengan soalan yang tak boleh nak jawabkan. Bila dah ke hujung kertas, baru pusing balik pergi soalan tadi. Kebiasaanya otak dah cool down sikit. So tetiba je bulb keluar, kita rasa senang nak jawab. InsyaAllah.

Lagi satu, minta restu mak ayah dan cikgu-cikgu sekali. Itu penting. Dan yang amat penting, DOA :)


Soalan 3 : Soalan mengira macam mana?



Jawapan : Practice makes perfect. Jadi. Praktis. Hafal formula tu penting. Dah lama tak study math sejak dua menjak berkecimpung dalam bidang 90% human biology ni hehe.



Soalan 4 : Lepas SPM nak ambil apa?



Jawapan : Well. Cuba gali balik post yang ada label motivasi. Mana tau ada kat situ? Haha lupa lah.


Sebenarnya aku tulis entri kali ni khas untuk SPM candidates je. Tapi insyaAllah applicable untuk semua yang akan menduduki peperiksaan. InsyaAllah. Jadi terpulang pada diri masing-masing. Boleh ambik yang mana sesuai dengan diri sendiri. Dan yang mana tidak tu, boleh dijauhkan. Semoga dapat manfaat daripada entri yang tak seberapa ni okay?

Kalau ada soalan, boleh email aenrhapsody@gmail.com. Aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua adik-adik yang tengah bekerja keras untuk SPM. Majulah korang untuk negara! Adios.

P/s : Aku pun tengah nervous. Esok ada long case presentation. Ugh. Tulis blog untuk hilangkan nervous. Lalala~

XOXO,
Aen.

Sunday, October 6, 2013

Braces #2 : Penjagaan Gigi Ketika 'Berbesi'.

Salam dan hai. Laga laga pipi sikit meh bagi yang tidak haram berlaga. Hiks.

Jumpa lagi! Boring plus agak stress sebenarnya. Jadi, cara nak atasi masalah tu, terkeluar idea pulak nak sambung cerita pasal gigi besi. Ni sambungan post Braces #1 : Kos dan Proses bagi siapa yang tak baca lagi :)

Semenjak dua menjak berbesi ni, biasalah, memang bercakap awkward macam nak tersembur gigi tu. Oh bukan tu je. Terasa lidah tu duk rogol semua besi yang ada, dia tak biasa lagi agaknya. Makan? Heh, makan macam biasa. Orang kata kena makan bubur sebulan, tak boleh makan pedas, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Dia kena tahu aku ni makan kalah saiz badan. Mana gheti nak makan bubur sebulan -.- Baik letak feeding tube, masuk terus sampai ke perut yedok?

Yang lawaknya (?) bila orang panggil diri ini vampire. Yang peliknya, apa relation gigi besi dengan vampire? Mungkinkah gigi besi boleh gigi orang? Taring makin panjang? Nayyyyyyy, nak makan epal pun tak lut, lagikan nak gigi orang tinggalkan love bite. Sedih tahu. T.T Setakat melantak GCB McD dengan Big Burger Carls Junior tu masih mampu. Cuma makan sopanla, kuis kuis macam makan depan mertua. Heh :B

Banyak pulak celoteh dia, bukannya best pun celoteh panjang-panjang tadi tu -.-

So kita teruskan kepada agenda utama. Penjagaan Gigi Ketika Berbesi. Yang nak baca ni aku syorkan pada yang tak pakai braces lagi, sebab yang pakai dah tau lah yedok? Ke ada lagi yang confuse? Entoh.




Sebelum pergi buat braces aku memang dah google (khidmat nasihat paling popular worldwide you know). Then bila dah pergi makin berilmu lah aku pasal penjagaan ni (konon).


Di sini aku senaraikan beberapa barang yang memanglah penting untuk penjagaan gigi yang comel lote :














  • Orthobrush
  • Interdental Brush
  • Antiseptic Mouth Wash (Listerine/Colgate/etc)
  • Orthocare Wax

Orthobrush. Yang memang direka khas untuk berus gigi yang pakai braces. Ekceli boleh je pakai berus lain cuma korang akan rasa beza pakai Orthobrush dengan berus lain walaupun pakai slimsoft. Percayalah, sebab Orthobrush aku hilang sekali dengan uncang yang ada Listerine, Wax dan Interdental Brush. Mahu tak rasa meroyan macam mati laki? Gila kau, benda penting kot. Dahlah baru je pakai. Careless betui. Kesian gigi besi :'(


Interdental Brushes. Okay ini memang penting. Lagi lagi yang makan tak hingat dunia, terselit taugeh ke kat celah celah besi, nasik cecomel ingat ruang besi tu tempat dia ke. Memang common sangat tersangkut. Yeay inilah penyelesaian dia! Gosok setiap celah celah yang ada celah. Atas getah pun ada celah. Kalau tak basuh bersih-bersih kompem teruk gakla rupa masa nak caut getah, pernah nampak. Erk.


Antiseptic mouthwash. Kita yang pakai braces lagi susceptible (cenderung) nak dapat bakteria yang selesa lepak kat gigi plus besi plus getah yang comel lote berwarna warni. Dia maybe ingat brackets tu macam meja kat kedai mamak, yelah, lawo kan, so dia stay lah sehari dua. Dah syok sehari dua, dia stay berminggu-minggu pulak. Kesan dia, jadi plak gigi. Kena scaling lagi, ouch sakit uols :( Aku ska colgate sebab tak pedih sangat. Sedap lak tu haha.



Orthocare Wax. Okay dia kecik je sebenarnya. Tugas dia, lindung bracket yang tajam. Lagi lagi yang kat hujung sekali sebab tahulah bila gigi bergerak, besi hujung makin panjang, peh bila bergesel memang syoklah dapat ulcer -.- Macam tengah on the way nak dapat je ni. Haih. Cara nak pakai, ambik sikit je, ala-ala besar dalam 3-4mm, lepas tu tampal kat besi. Serius aku rasa macam tak pakai braces bila tampal. Jangan tampal kat semua brackets, gila ko. Dah nampak macam tak gosok gigi dah hee.


"Ah sibuk je. Sekati lah nak jaga ke tak." Ye betul. Cuma takut masa pasang gigi lawo putih berseri, lepas bukak, bertompok sana sini. Nak contoh?


Comel sangat :B


Well basically, it's your teeth. Not mine. Heheh. Okay sampai sini saja. Oh, pasal sakit, serius aku tak lah cakap tak sakit langsung, nampak nau le menipunya. Cuma aku boleh cakap, the pain is bearable. Boleh tolerate. Tapi depends kat gigi masing-masing. Ada yang kena cabut, bila gigi gerak rasa sakit gila. Tapi disebabkan aku tak cabut gigi, so aku tak rasa sakit tu :D


Okay, till then! Adios!


XOXO,
Aen.