Thursday, March 6, 2014

TRIP : Universal Studio of Singapore (2013)


Maafkan wajah gua baru bangun tidur. Ini wajah sebelum bergigi besi.



Awas! Entri ini dipenuhi gambar!

Assalamualaikum. Hai.

Sebenarnya entri ni dah setahun aku draftkan sebab kekurangan idea untuk update itu ini memandangkan trip ini bergantung penuh kepada agensi perlancongan yang aku bayar (kedengaran agak gah di situ) disebabkan ini kali pertama aku menyeberang laut ke Singapura. Lebih-lebih lagi ekspedisi (lah sangat) ini membabitkan dua wanita yang bergelar ibu. Jadi aku tak yakin kedua-dua mereka betah untuk meredah panas tanpa perkhidmatan bas dan sebagainya.

Bermula dengan persiapan sebelum.

Aku merancang untuk berjimba dan bersuka ria untuk memeriahkan cuti semester yang kurang dua minggu. Survey dilakukan dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan kerana terlalu yakin akan ada mana-mana agensi ada masa lapang untuk bawa kami ke sana ke mari. Lagipun waktu pelajar seperti kami cuti, jarang yang ada cuti sekali.

Perkara pertama yang aku buat, gunakan khidmat pencarian google untuk mencari agensi yang sesuai - dan ofkos harga yang sedap-sedap rasa. Taip aje, 'pakej ke USS murah di Malaysia'. Kan aku pelajar, kena lah pandai-pandai sendiri!

Salah satu pakej yang menarik perhatian aku - salah satu? Itu je yang menepati citarasa murah aku - adalah AmazingUSS yang dijalankan oleh Albert Chia. Sebenarnya tak banyak aku tahu pasal AmazingUSS tapi disebabkan dia menepati citarasa murah aku (sekali lagi diulang) aku layankan aje.

Kami hanya berhubung menggunakan email sehingga hari kejadian (sehari sebelum ke USS). Selepas tu kami berhubung menggunakan telefon bimbit.

Aku, kawan aku (Ila), dan emak kami berdua membeli tiket tanpa berlengah. Maksud aku membeli pakej tanpa berlengah. Pengangkutan aku dari Melaka ke Johor ditetapkan menggunakan kereta oleh emak. Manakala kawan aku dan emak dia, menggunakan bas dari KL ke Johor. Lupa nak bagitahu, pakej yang aku ambil menetap di hotel di Johor - New York Hotel.

Pakej yang diambil berharga lebih kurang (aku lupa sebenarnya) RM250++ sekepala. Aku ambil pakej 2 hari 1 malam. Pakej ini termasuk kos pengangkutan Johor-USS-Johor. Dan mestilah apabila berada di hotel akan dapat sarapan pagi percuma. Tak banyak yang hendak diceritakan sebelum pergi ke USS. Cuma perlu diingatkan bersedia tukar duit ke matawang dolar Singapura ketika berada di Johor. Tukar di sana dia beli mata wang Malaysia agak rendah (berdasarkan pemerhatian). Jangan lupa sediakan wang secukupnya in case kalau ada kecemasan. Kau mana tahu kan? Dekat tempat orang kot.

Oh iya, dah namanya ni trip ke USS, jadi pakej termasuk tiket masuk ke USS yang perlu diprint sebelum. Sama macam tiket booking hotel. Hari kejadian, nasib baik aku tak noob pergi beratur sekali sebab sebenarnya tiket tu boleh direct scan. Ada team yang ingat tiket tu kena tukar dulu hihi.

Selain itu, jangan lupa sediakan air mineral secukup rasa di Johor. Dekat sana sebotol air 2.5 dolar. Jangan lupa juga sediakan jajan atau roti untuk isi perut kalau kau nak berjimat dekat sana. At least boleh beli cenderahati mahal ya rabbi dia. Ok? Macam aku, breakfast aku makan sepuas-puasnya di hotel, bawa air mineral tanpa jajan dan roti (tak ingat sebenarnya). Lapar gila woi lepas tu. Terpaksa makan jugak.

Okay, sudahlah mencarut dan mengarut. Aku hadiahkan gambar aje boleh? Beberapa keping dulu. Lain kali aku tambah lagi - internet nak habis kuota ni.


Here we are!


Hollywood streets. Dekat sini jangan risau nak perasan lebih-lebih. Sebab akan ada yang lagi over dari kau.
Have fun!


Anak beranak di hadapan kedai cenderahati pemakan duit ;)



Marilyn Monroe celup di Hollywood.


Tengah cari nak mula dari mana lepas buat senaman muka di Hollywood street.





Madagascar! Suka gila tempat ni!


Selfie guna kamera gedabak sebelum mula perjalanan di Sungai Madagascar! Al-maklumlah masa tu tak kenal monopod ke apa pod pod tu.


Masih di Madagascar. Ye. Aku berat.


Since aku pencinta arts, jadi aku minta pelukis di sesame street lukiskan ini guna krayon. Harga 50 dolar tak diendahkan. Lagipun in je yang paling mahal. Lain-lain aku beli poskad dan fridge magnet haha. Eh Trimas! Lupa nak tanya nama. :p



Sebenarnya lepas balik dari USS (8 pagi sampai 7 malam), sampai di Johor pukul 9 malam macam tu. Singgah makan nasi ayam penyet sebab lapar nak arwah. Depan hotel je. Boleh tahan. Dan kau gila nak terus balik Melaka lepas tu? Hanya aku dan emak cari hotel murah atas bantuan sepupu aku dan aku lupa nama hotel tu. Tapi hotel kecil molek tu cantik. RM90/night. Di situ dapat buat penjimatan jugak disebabkan kalau aku beli pakej 3 hari dua malam sekepala kosnya RM350++.

Ini web agensi yang dimaksudkan sedari awal, http://amazinguss.weebly.com/. Mungkin blog tak ada update baru. Tapi jangan risau. Agensi ini dipercayai.

Itu saja. Dan ya itu saja. Sebarang pertanyaan sila tanya secara sopan santun. Mungkin akan repeat balik ke sini. Bila? Mungkin lepas kahwin. Lols. Okbai.

XOXO,
Aen.

Thursday, November 28, 2013

Semangat dan Kipas




Assalamualaikum.


Semangat adalah satu perasaan rohani yang subjektif. Kau susah nak agak bila semangat tu akan tinggi dan bila semangat tu akan hilang macam air sirap selasih dalam plastik bocor. Sikit sikit hilang tanpa bagi peringatan kepada si peminum. Barangkali apabila sesuatu perkara yang juga subjektif terjadi, semangat yang tadinya subjektif juga terpalit sekali. Sama ada buruk atau baik.

Suatu hari bila aku bangun dengan semangat yang jatuh merudum tanpa sebab yang utuh, aku mula beri bermacam macam persoalan pada diri sendiri. Sepertibiasa sememangnya persoalan akan bermula dengan kenapa mengapa bagaimana apa dan lain lain lagi. Aku letak diri aku dalam dilema. Padahal sebelum tu tak ada pun jenis dilema yang sama yang pernah aku alami. Aku mula tertanya tanya apa yang aku corak semalam. Sama ada secantik batik yang dicanting oleh si pencanting Noor Arfa batik atau seburuk tangan aku yang mencorak buku nota ketika sedang dengar kuliah yang macam bagi ubat tidur.

Kadang kadang aku hilang dalam dilema. Murung. Depresi. Terasa macam tak ada yang elok dalam dunia ni. Terasa macam semua orang hilang dalam hidup aku. Terasa macam aku digantung tak bertali. Tanpa jawapan. Tanpa persoalan yang jelas memang sebetulnya sukar nak dapat jawapan. Dan masa itu aku terus bangkit meninggalkan katil yang penuh depresi, menuju ke sinki dan menyimbah air ke muka bak tiada lagi air pada esok hari. Di cermin sinki aku mula melihat wajah yang tak seberapa dan lagi beberapa percent nak cecah muka zombie. Masa itu aku tanya lagi diri sendiri kenapa dan mengapa. Refleksi wajah aku hanya mengejek. Gagal.

Jadi aku kembali ke bilik untuk bertapa di atas katil yang depresi tadi. Aku lihat ke atas. Nampak langit putih beserta kipas yang berpusing.

Apakah signifikan kipas? Aku tenung lama lama sampai mata aku naik juling, kepala pening. Jadi aku baring dan terus melihat kipas putih berhabuk tadi. Aku terlupa akan kewujudan kipas. Padahal kalau tak ada kipas aku akan mengamuk bak gorilla tak dapat pisang atau bak tarzan tak dapat jumpa Jane.

Penting jugak kipas ni. Dia gagah berputar. Tak kira lah kau kesah atau tak. Tak kiralah dia dah tua macam nak tercabut atau bunyi krek krek. Dia tak pedulikan habuk setebal satu inci. Janji tuan yang ada di bawahnya terasa angin putaran. Walaupun kadang kadang aku mengamuk sebab tak sejuk, angin tak kuat. Padahal salah diri sendiri yang malas lap kipas.

Di situ aku sedar. Kenapa aku nak sedih padahal aku manusia dengan fizikal yang sempurna. Lebih daripada mampu nak bergerak ke sana ke mari lebih lebih lagi kalau nak 'membeli belah tingkap'. Kipas tu lagi sedih tanpa kaki untuk berjalan. Dia cuma ada kaki untuk terus berputar je. Dia tak ada peneman. Malah tak ada siapa peduli melainkan kalau tuan dia dah tak rasa angin. Cuma kadangkala kipas rasa diri dia berharga sebab retis selalu guna untuk efek rambut mengerbang masa photoshoot, itu belakang cerita.

Jadi di situ aku buang kekusutan minda. Saat aku rasa semangat aku melayang-layang bak dandelion ditiup angin, aku perhatikan sekeliling, jadikan apa-apa yang utuh kewujudan dia sebagai satu refleksi untuk aku cari kembali semangat yang bersifat halimunan tadi. Mungkin kau akan berada dalam satu tahap yang semangat kau jatuh ke kaki lima, dipijak oleh pejalan kaki, tapi kau mana tahu daripada situ kau boleh bangkit balik dan gapai apa yang kau impikan?

Jadikan perkara buruk sebagai satu platform untuk membaiki diri, menambah inti ke dalam matlamat untuk mendapatkan semangat itu kembali. Bukan orang lain yang perlu tolak kau, tapi diri kau sendiri. Sokongan hanyalah sokongan, bukannya jadi seperti tukul yang mengetuk pahat. Kau bukan pahat, jadi kau tak perlu tukul sepanjang masa.

Percaya pada diri sendiri, usaha, tawakal. Jangan risau, sesiapa yang besar semangat dan usaha dia, InsyaAllah besar juga ganjaran dia.

Sekian, dari aku yang menyintai kipas dan menjadikan aircond sebagai skandal.



Untuk sesiapa yang ingin menaikkan semangat lagi, sila baca How A Pencil Become My Teacher? by Ayesyah Abdullah yang ditulis oleh salah satu rakan baik aku. Jangan risau, ayat cantik, power punyalah. Kawan siapa kan Ehem.


XOXO,
Aen.