" Medic ni susahlah! Tak payahlah pilih! Dengan kerja susah lagi. Hish. "
" Jangan pilih medic! Nanti tak dapat bawak!"
Oihoih, apa ni semua tanda seru. Saja je nak stress kan benda ni. Ahah. Well, kalau kau tanya budak ambil accountancy, mesti dia syorkan accountancy. Kalau tanya budak engineering, mesti diorang syorkan engineering. Kalau tanya aku? Ehem , mestilah tak perlu aku nak jawap lagi, yedokk? Okay baby baby sekalian. Biasa orang cakap, janganlah masuk medic, susah, tak boleh nak bawak, tak ada life, tak boleh meronggeng, tak boleh nak berjimba sakan. Ehem, aku ni biasa je. Ada je life, Alhamdulillah, dikurniakan nyawa sehingga sekarang.
Apa kebaikan ambil course medic ni. Biasiswa tanggung kita 6K++. Boleh shopping sana, shopping sini, beli buku banyak banyak, boleh bukak mini library lah kat dalam bilik. Study 5 tahun kalau dapat biasiswa, tabah je. Kerajaan tanggung kita 200K++. 2 tahun teori, 3 tahun klinikal, kiranya dah masuk wad posting segala tulah. Aku tak ada experience lagi pasal klinikal tu. Baru part teori. Lepas tu nak kena sambung 2 tahun praktikal, or housemanship. Lah lah, dah graduate pun tak jadi doktor lagi? Dah, cuma jadi doktor pelatih, tak sah jadi MEDICAL OFFICER lagi. Eh, praktikal gaji dah boleh cecah 4K masa zaman kita kerja nanti. Tu baru praktikal ye ;)
Seronok dengar pasal duit? Seronok? Haah, seronoklah kan. Saja nak bagi excited sebut pasal duit. Aku tak syorkan korang masuk medic sebab duit. For me, get lost! (Maaf kasar di sini). Helloooooooo, kalau pasal duit tu, mana-mana boleh cekau. Ilmu mana nak cekau sayang? Nak ke duit ada beriban riban tapi malas nak belajar. Tak berkat pulak duit tu. Dahlah biasiswa duit rakyat, ingat sikit tau :)
Medic ni susah? Haah, memang susahpun kalau korang tidur je masa lecture (which I always do, tapi selalu record dengar balik, tak tahan sangat T.T) , selalu tak study, meronggeng je keje. Aku selalu sangat keluar makan-makan, jalan-jalan, kena ada distraction jugak kan? Kalau susah yang kita fikir, susahlah yang datang. Kalau rasa sangat stress, yang mana korang dah belajar pagi petang siang malam, keluarlah, have fun. Tak salah pun. Pensyarah pun syorkan macam tu. Cuma janganlah stress sebab fikir benda tu susah, tapi muka surat tu je tak gerak-gerak. Jangan macam tu okay?
Kadang-kadang benda ni mindset, kalau mindset kita dah memang macam tu, lepas tu tak nak ubah, jangan harap lah benda tu akan jadi senang. Kalau semua benda petik jari dah boleh buat, tak tercipta pula universiti ni semua. Genius pun masuk Universiti tau, belajar benda baru dan dapatkan kelulusan untuk masa depan. Kalau ada contoh tak elok, janganlah ikut. Kita ambil yang positif. Trust me, there will be a lot of people who are willing to help us :)
" If you ask me why I choose this field, I will say, Allah gives me a chance to learn one of his knowledge. Thank you Allah. This is my destiny. "
Rasa macam dah panjang sangat je, korang pun malasa nak baca ni. Kan kan? It's okay, siapa nak baca, bacalah :) Nanti aku update pasal aku jalan-jalan jadi tourist kat Melaka hari tu. Ye, melancong di negeri sendiri. Okay, buh-bye.
XOXO, Aen.










