Friday, March 23, 2012

Sahabat sejati, sukar untuk dimengerti.

Hai. *cough cough.

Dah lama, betul, dah lama tak update apa-apa post. Sangat sibuk dengan projek Learning Contract. Sibuk dengan Inter-college Arts Festival. Termasuk dalam teater. Sepatutnya jadi AJK Tacap-menacap je. Tetiba kena menari. Nasib baik menari dah sebati dengan jiwa, *cewaaah.

Okay, forget about my life seketika.


Nak tanya, what do you think about friendship? How do you describe your friendship, your friends? How good and how bad it is to you?


Dah kenal kawan yang ada masa kita susah dan senang? Masa kita di atas dan di bawah? Adakah kita nampak muka yang sama, atau tetiba ada yang menghilang? Biasalah lumrah kehidupan, mesti akan merasa macam tu.


Mungkin ramai yang take for granted. Tapi, jangan risau, ada yang akan setia di sisi. Mungkin tak ramai seperti yang kita harapkan. Cukuplah seorang, seorang untuk kita X O X O :D Tak apa, biarkan yang lain.


Kata orang, berbuat baik dengan orang. Kalau kita ditinggalkan saat kita susah, jangan kita balikkan perkara itu pada orang tersebut jika dia yang susah. Kalau dah berkali-kali gimana dong? *makan hati :P Berdiam diri bukan bermakna kita kalah. Tunjukkan yang kita tidak terjejas walaupun sedikit.


Mr. II ada cakap, berkawan jangan cipta puak, sebab puak ni orang takut nak mencelah. Dan kalau ada masalah dalam kawan-kawan puak ni, kita akan lost, terus tak tahu nak kawan dengan siapa. Ada betulnya jugak :)


Berdoa pada Allah, semoga ditunjukkan mana dia sahabat sejati, mana yang tidak. Mana dia yang come and go, mana dia yang stay no matter what happen to you. Sahabat sejati susah nak dicari, susah nak dimengertikan makna dia, namun dia ada. Ada, ada dalam kesesakan itu.


Sahabat sejati itu yang kita boleh bergurau kasar atau lembut namun hati dan nilai persahabatan itu tetap sama, tak kira apa jua yang berlaku. Utuh, teguh.


Pengajaran yang aku boleh ambil daripada pengalaman dalam persahabatan, bersikap ramah terhadap semua orang (kes ni mesti ada orang cakap gedik lah apa lah, tak apa, biarkan, kita tahu niat kita, jangan melampaui batas sudeeeeh). Hulurkan sebuah senyuman, kerana senyum itu sedekah. Jangan balasan yang diharapkan. Kerana nanti kita yang akan terluka.




Bagaimana kau nilai erti persahabatan itu? Buruk baik dia, kita terima. 
Kerna, diri kita pun bukan sempurna.



Allah itu ada, berdoa pada Dia-paling dekat dengan kita.


XOXO, Aen.

7 comments:

Anonymous said...

berdoalah supaya sahabt itu diberi hidayah dan yg lebih baik dakwah lah dia secara hikmah supaya berubah kepada yg lebih diredhai allah. sahabat sejati sebenarnya ialah sahabat yg mampu menjadi cermin kpd sahabt yg lain dan menyelamatkan dia dr siksa allah

Anonymous said...

berdoalah supaya sahabt itu diberi hidayah dan yg lebih baik dakwah lah dia secara hikmah supaya berubah kepada yg lebih diredhai allah. sahabat sejati sebenarnya ialah sahabat yg mampu menjadi cermin kpd sahabt yg lain dan menyelamatkan dia dr siksa allah

Ara Nadea said...

"Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya,
sentiasa bersama dalam suka dan duka,menegur kesilapan,
memuji kebaikan,menutup keaiban..
tatkala teralpa dia lah yang mengingatkan,
tatkala bergelap,dialah yang menerangi,
tatkala terkurang,dia lah menambahkan..
beban dipikul bersama,ada waktu diperlukan..
kerana tawa dan tangis sahabat itu sentiasa berpintal,
bertemu dan berpisah LILLAHI..."

ridoma said...

susah gak ek asabiah cam ni

ღ αεn ツ said...

Anonymous : Doa untuk sahabat itu sentiasa ada, sabar untuk perubahan itu yang penting :)

Senorita Ara : Betul tu :)

Ridoma : Biasalah manusia. Dari Zaman Nabi dulu sifat Assabiah ni ada. Sampai sekarang, betul, pemikiran kita masih lagi ditakuk lama :)

Shiema Sufian said...

juagalah hati dan perasaan sahabat agar hati kecilnya tidak tersentuh.

ღ αεn ツ said...

Iya, betul tu :) Tapi apalah daya kita manusia. Kadang-kadang ada yang kita tak ada niat itu pun buat sahabat terasa.