Assalamualaikum, hai :)
Dah habis kesibukan yang melanda bulan Mac yang lalu. So, dah melangkah kepada bulan April yang kurang sikit kesibukan dengan aktiviti UKM. Tapi, lectures melimpah ruah untuk diulang kaji. Nasib badan sebagai pelajar universiti, kena terima aja lah :) Alah bisa tegal biasa ^^
Yes, berkenaan tajuk entri kali ini, memang betul ada dua kes yang berlaku dua hari berturut-turut.
-----------------------------------------------------------------------------
Kes pertama pada 2 April 2012, iaitu pada hari Isnin. Di mana seorang lelaki ditemui mati ditembak di dalam kereta. Mayat dijumpai berlumuran darah pada jam 5 petang. Kejadian ini berlaku di tempat meletak kenderaan berhadapan pintu masuk Kolej Tun Syed Nasir, UKM (yang mana kalau aku jalan kaki dari pintu pagar masuk ke parking lot tu, kurang 5 saat). Juga berhadapan denga Taman Tasik Titiwangsa. *gulp.
Mula-mula kes ni tak adalah seram sangat, yelah, mungkin tiada kaitan langsung dengan budak-budak kolej. Cuma kes berlaku di hadapan kolej kami je. Okay, boleh tenang lagi, cuma kena berhati-hati jugak lah kan.
------------------------------------------------------------------------------
Kes kedua, keesokan harinya pada 3 April 2012, iaitu pada hari Selasa. Seorang pelajar cina Kolej Tun Syed Nasir, hampir-hampir saja diculik oleh lelaki yang dipercayai warga Indonesia pada jam 1-2 petang. Blok B, aras berapa tak pasti. Yang pasti, Blok B ni sebelah Blok A (blok aku), yang mana aku boleh je pergi sana, sebab ada bridge yang link kan. Wohooooooo. Fine, yang ni dah seram. Sangat seram!
Pelajar tersebut sudah diseret ke dalam kereta, sedang bergelut, mangsa tercedera di leher pabila terkena prang penjenayah tersebut. Nasib baik masa tu, dia dah boleh menjerit, dan berjaya melepaskan diri. Suspek pula sempat melarikan diri dengan kereta Peson berwarna silver. Muka suspek hanya di cam oleh beberapa orang saksi termasuk mangsa.
-----------------------------------------------------------------------------
Nasib baik mangsa terselamat walaupun ada minor injury. Kalau tak,? Huish, mintak jauh.
Seriously, sekarang kalau aku nak pergi toilet je, aku mesti tengok kiri kanan depan belakang. Intai dulu toilet, ada orang asing tak. Yelah, mana taknya, kejadian bermula di toilet. Aku dahla selalu stay up, keluar pergi toilet 2, 3 pagi :(
For me, hostel should be the safest place after home. Tapi kalau dah nak jadi tu, terima ajalah. Cuma kena tingkatkan keselamatanlah. Lepas tu, kolej aku dah tambah curfew termasuk menghadkan kemasukan pelawat. Mak aku ni, tak tahulah lepas ke tak nak masuk kolej hari ni. Aku tak nak jalan kaki keluar :( Banyak pulak barang aku ni.
Jaga diri, jaga diri. Tu yang kena terapkan sekarang. Berdoa agar kejadian yang sama tidak berulang. Itu wajib.
XOXO, Aen.
6 comments:
buat pe la kat toilet kul 3 pg tu.ish2..bhyA3
Takkan pergi toilet nak memasak kot -.-
err.. toilet -.-
Iyaaaa -.-
dunia sekarang makin tak selamat!!!
KTSN sekarang makin tak selamat. Brunei aman je tu.
Post a Comment