Friday, November 16, 2012

Victoria Jackson - The No Makeup Makeup


Hello ladies. Genuine ladies :D


Dah lama rasanya tak buat entri pasal kosmetik. Dah lama sangat sejak menghilangkan diri 4 bulan yang lepas. Bukan tak nak. Cuma masa tak mengizinkan. I'll update one by one okay? Jadi, sekarang aku ada beberapa jenama kosmetik yang ada dalam senarai menunggu untuk dikeluarkan buat tatapan semua. Tapi disebabkan yang menunggu tu perasaan dia tak sepoyo perasaan nak keluarkan entri mengenai Victoria Jackson, VJ ni, kita tangguh mereka terlebih dahulu. Muehehehehe. Gedik nau.


Biasalah cuti semester lepas aku memang rasa nak merayap je. Bukannya merayap sangat. Dalam seminggu tu aku keluar 4, 5 kali je. Yelah dah cuti memang ada 10 hari je. Kena lah manfaatkan yedok?


Satu hari tu, Rabu, 15 November 2012, aku singgah Brands Outlet. Mata terpaut pada baju varsiti. Ajak Mr. II masuk. Tetiba nampak blouse shirts pulok. Harga kemain nak bagi aku histeria. Dah lah duit tak ada untuk membeli belah. Sengkek poket berabuk. RM70 untuk 2 helai. Memang jahat. Dah nak ambil, tapi ada halangan. Mr. II jeling tajam. Cis. Letak balik. Terus blah.


Keesokannya mengadu kat mak, mak terus ajak pergi malam tu, keh keh. Selepas berjaya beli kasut mak kat Alain Delon, heels aku kat Valentino Creations (berkat SALE up 50% tu) dan baju, tetiba dah sampai ground floor, mata terpaut pula dekat booth VJ. Aku singgah, mak singgah. Dia terus tacap lipstick atas bibir aku, tacap compact powder dan lipstick kat mak. Tak cukup dengan itu, dia tepek shimmers dan compact powder atas muka aku. Bila nak beli lipstick palette tu habis pulok. Cis. Kejam. Semua lovely :( Tapi disebabkan mak belanja tak boleh melebih haha.




Oh ya, booth dia tamat 18 November 2012. Serbu cepat girls! Depan Sushi King kat Jusco Aeon Bandaraya Melaka. Beli satu barang anda akan dapat VIP membership card. Keistimewaan dia? Dalam bulan kelahiran anda, anda akan dapat 50% untuk semua items! Tak cukup dengan itu, bila rasa nak melaram lebih tapi malas nak set up sendiri, datang je mana-mana booth VJ, dia akan bagi free makeover. Bawa kad VIP anda! Hari-hari pun boleh :) Untung kan????



Compact Powder : RM129 (original price RM200++)
Lipstick : RM75 (original price RM100++)
Lip Addiction : RM65 (original price RM200++)
Mystic Eyes : RM64.50 (original price RM136)

Ini harga masa kami beli, pergi booth yang ada untuk dapat harga yang sama :)




Produk yang dimiliki. Mystic Eyes and Lip Addiction.



Mystic Eyes.



Mystic Eyes. 1-6 are eye shadows. 7 and 8 can be used as eyeliner and eyebrow liner.
1-3 boleh digunakan untuk natural look makeup. 4-6 untuk smokey eyes effect. Terpulang pada anda :)



Ini hasil dengan sekali calit untuk semuanya. Indah. Indah.



Lip Addiction. 



Lip Addiction. Consists of four lip glosses. 1, bright pink. 2, nude pink. 3, nude orange. 4, orange.
Jangan risau. Bright macam mana pun tak akan bagi effect yang gila bright kat bibir, tetap akan nampak natural. Cuma warna berbeza digunakan atas lipstick yang berbeza. Nak pakai tanpa lipstick pun boleh :)



Ini hasil warna atas kulit. Kalau atas bibir, warna akan terus blend dengan bibir :)




Cadangan pemakaian lip gloss.


Za. Salmon Rose.



I wore Za Salmon Rose with no 2 on top.



Can wear this Nutrimetics Sweet Coral lipstick with no 3 on top. Kalau tak nak nampak bibir merah.



And this L'oreal Gilded Pink with no 4 on top.


Orang tanya. Kenapa nak pakai berlapis. Satu tak cukup ke? Pertama, kalau rasa tak menyusahkan boleh je pakai. Bukan ambil masa 5 minit pun. Seminit dua je. Kedua, sebab kadang-kadang lipstick mengeringkan bibir, lagi lagi kalau lipstick yang susah nak tanggalkan tu. Jadi, orang akan letakkan at least lip balm sebelum pakai atau lip gloss selepas pakai. Dan penggunaan lip gloss untuk nampakkan bibir anda lebih berkilat dan menarik. Juicy. Eheh.

Sekarang tak ada masa lagi aku nak pakai eye shadows tu, nanti dah pakai aku selitkan dalam mana-mana entri okeh. Klik SINI untuk tengok apa yang ada di facebook page VJ!


Til we meet again.


Be yourself, Love yourself, Pamper yourself :)


XOXO, Aen.

1 comment:

ShahQ(SQ) said...

Assalamualaikum..
Nak tanya..
Nape logo produk tak sama yep?
yg saya beli tulis VJ while bila tngok dekat waktu 1st lunch kat Malaysia lain pulak..

Masalah originality k?