Tuesday, April 30, 2013

Tuan Tanah Kokdiang #1 : Habit makan

Assalamualaikum. Sat na. Nak mintak tolong. Hampa tolong cek kira sikit berapa lama cek tak usha blog cek sendiri ni? Cukup ka pakai kaki tangan? Ka nak cek panggil teman hampa yang lain? Kehkeh.

Hai hello semua! It's been a while since my last post. No, tak a while sangat pun. Tak payah nak menipu sangat Aen oi, dah berbulan bulan. Laman sesawang pun dah ada spider web. Patut deactivate je akaun blog ni yedok?

Apa agaknya cerita tuan tanah ni kan? Entah, makin kurus. Seluar makin longgar, pipi makin bertulang, mata makin sembab. Stay up tu makanan rasmi. Makan tu aktiviti yang rasmi cuma bila busy sangat, makan segantang nasi pun tetap tak mampu nak naikkan badan mak, jaaaaaah oiii! Rasa macam zombie dah sekarang. Kalau korang tengok lah cerita Warm Bodies, aku yang tengah koyak kulit nak jadi si bony. Mungkin akan jadi lebih pantas dan efisien. (eh sempat nengok movie uolllls, tak sempat tengok ironman lagi ni.)

Stop Aen, stop merapu. Okay.

Korang kena tahu. Disebalik poker face aku tu, aku ada ciri ciri personaliti yang tak kurang gentarnya nak dibandingkan dengan retis retis di Malaysia mahupun antarabangsa. Aku cerita satu lah. Pasal taste buds. Tahu tak taste buds? Cuba jelir lidah sat. Jelir lah! Bukan ada orang nampak pun, kau sorang je tu. Cuba tengok apa yang ada? Bintik bintik tu taste buds (in a very simple explanation, senang). Sekelompok functional group yang fungsi dia untuk merasa makanan yang menerjah ke lidah anda.




Aku punya deria rasa sangat sensitif. Sampai aku jadi terlalu cerewet. Sampai aku sendiri stress tak dapat makan makanan yang orang biasa makan. Contoh, yang famous, 'Medium rare beef steak'. Kalau dia terjah atas lidah aku, taste buds aku meronta bagi maklumat kat anak tekak dan segala struktur seangkatan dengannya untuk tolak balik makanan tu keluar. Hebat kan taste buds aku? (kekwat betui iols ni kan)

Aku bagi contoh kalau benda pahit. Macam sawi? Atau khailan masak belacan? Pergggggh sentap gila makanan feveret orang aku tak boleh terima. Seteresssss tahu? Nutrisi kot. Kalau part masin, manis pun sama. Tapi itu sangat berbaloi lah. Kurang risiko aku nak kena kencing manis dan darah tinggi. Good job taste buds.

Masam? Masam aku okay je kalau jeruk, buah macam tu. Cuma aku tak boleh terima kalau lauk pauk macam tomyam, macam masak lemak belimbing kecik tu, yang sepatutnya menangkap anak tekak biar dia telan segala yang terhambur atas dia. Tapi malangnya. Tak, aku tak boleh.

Yang peliknya. Pedas aku kurang deria rasa pulak. Aku rasa dia pedas (kang tak rasa tak lalu makan pulak), cuma aku xada mood nak respons dengan tahap kepedasan tu. Tapi aku kira okay lagi, setakat orang normal campuran Melaka dan N.Sembilan. Mak, nogori. Ayah, melakau *eh. Ayah aku, cili padi buat ulam. Tak ada cili padi tak nak makan. Dia akan test cili padi dulu, dah puas hati dapat yang gred yang paling pedas, berselera berpinggan pinggan. Yang aku pelik, xcirit, gastrik atau buasir pulak ayah aku ni. -.- (hebak hebak)

Pembaca-pembaca sekalian (eceh!),

Aku tak makan mayonis. (masam). Aku tak makan sponge cake atau brownies atau biskut biskut raya yang tersohor. Tak, aku tak makan. Aku tak makan sayur sayur bandar macam brokoli, tak, aku tengok rupa pun geli, harap maaf. Aku macam sayur cekur manis, aku makan kangkung goreng belacan, aku makan kacang buncis goreng, lobak merah sebab ada defisit fungsi mata atau rabun jauh. Aku tak suka sushi yang mentah sebab rasa nak terberanak tekak aku bila rasa. Tak makan kambing sebab bau hamis dia kuat sangat (sama rasa macam daging ostrich/burung unta). Tak makan kari, atau lauk pauk yang berempah. Tak suka macaroni cheese. It tastes like milk because I really hate fresh milk.

Apa yang aku makan? Kalau dah semua tak makan? Aku makan nasi putih, makan ayam goreng dan makan benda simple yang senang tak kompleks dalam rasa dan bahan bahan. Makan sambal. Sambal goreng mak aku power siot, boleh buasir dibuatnya bagi yang tak biasa hahaha sorry, censored statement :p Aku just makan cheesecake. Gila cheese tapi tak makan macaroni cheese, baked lasagna, agak ketidak-betulan jugak lah kat situ kan? (Aen memang sengal, serius jangan kawan dia). Biasa western foods aku prefer, chicken chop, fish and chip, full cooked steak, dan yang tak ada lebih atau defisit dari segi rasa. Sebab kalau lebih serai pun aku boleh detect.

Yang penting. Aku anak campuran nogori dan melakau yang tak suka sangat makan masak lemak cili api dan asam pedas. Aku suka sambal sambal dan sambal.

Aku tahu teruk, tapi apa boleh buat, taste buds aku dah set dia punya kriteria makanan yang dia nak, dia hantar maklumat dekat otak bahagian cerebrum sedih kan? Aku tau. Banyak benda aku tak lalu makan. Benci.


Tapi semua orang tak perfect, kena terima kekurangan diri.

Eh nak ajak makan? Oh ajak je, sebab dalam kedai tu banyak menu yang aku boleh pilih ;) Senang je nak makan dengan aku sebenarnya. Hakhak, saja explain sesukar yang mungkin. Kehkeh






By the way, a very short-term--written-long-essay to read. See ya soon. Ask me whatever you want. Especially post-SPM students. I'll try to update about post-SPM path choice. Thank you for reading this infamous blog from infamous blogger.

Love,
Aen. 

3 comments:

Isz D' Barney said...

Teruskan! #Inikalilah! >_<

Anonymous said...

ada email?

Aen Sa'ari said...

aenrhapsody@gmail.com