Hai, kembali setelah sekian lama menyepi. Laman sesawang pun dah cukup bersawang. Sekarang ni bila dah masuk tahun kedua sibuk dia memang tak payah cakap la. Mungkin sebab UKM suap mahasiwa/i dia dengan 8 kredit aktiviti dalam dua tahun. *clap clap* Ah takyah banyak cakap, bukan ada orang rindu pun. Ceh
Tapi tu bukan sebab aku up entri ni.
Sekarang ni Burger Bakar macam cendawan tumbuh selepas hujan. Melambak lambak. Lepas tu macam ada outbreak H1N1, yang semua memang seronok kemain nak cari kat mana burger bakar. Terutama classmates aku, bukan aku k. Padahal dua kali lima je, kah kah.
Kami bertolak ke Ampang after kelas kat HUKM, Cheras. Mula-mula berhajat untuk berkonvoi sakan la tiga kereta. Kereta yang patut kami follow dah jauh menghilang entoh ke mana. Aku pulak, mengharapkan apps GPS, Wave untuk cari kat mana burger bakar si Abang Burn ni. Dengan bantuan si co-pilot Dayah, akhirnya sampai jugak. Last-last aku yang lead lagi satu kereta. Cis.
Landmark dia bagi sesiapa yang bukan berasal dari Kuala Lumpur dan Selangor, ialah Ampang Point. Lepas tu sila guna bantuan GPS anda ye.
Burger Bakar Abang Burn bukak start pukul 5, after dia buat, cheers semangat depan kami. Disebabkan kami sampai pukul 4, sempat melantak Penang Char Kuey Teow berhadapan dengan burger bakar tu. Sedap, boleh la tahan.
Bila pergi order je, tangan semua pekerja sumpah macam sotong, laju dan smooth. Kurang 10 minit je semua yang kami order, dah siap. :O I'm so impressed Brader Burn!
Dari kiri : Aku, Dayah, Ee Kei, CL, Mark, Fahimi, Ware, Khang, Aidah, Syafiqah.
8 burger yang mampu siap less than 10 minutes!
Triple Beef Burn Supremo Set with 3 sausages. Drooling nuff? Haha. Shared with Dayah
Nampakkan keseronokannya daripada air muka mereka? Hihi.
Le driver :)
My beloved co-pilot :)
Bila semua dah santak tak larat nak masukkan daging burger yang tebal gila tu, semua decided nak balik. Dan aku sebagai pemandu tetap, mengambil tugas membawa mereka pulang. Tahniah semua kerana berjaya menjamah Burger Bakar Abang Burn!
Nak tahu di mana territori Abang Burn? Sila klik SINI!
Adios Amigos, darlings.
XOXO, Aen.
2 comments:
hehehe kalau dah nama pun burge memng la sedap.. tp kalau dah mkn memang nak lagi n lagi n lagi.. so dah mcm ketagih dah kan2.. haha.. wanie pown penh gak g mkn burge bakar kat melaka laa.so dri situ memang nampak sangt burge bakau tu ade di merata tempat kan.. hehehe
1st time masok blog kamu..
http://waneey89.blogspot.com/2012/08/burge-bakar-yang-mengenyangkan.html
Heeee, tahu takpe. Kena try tempat lain pulak. Hihi. Oh, Melaka kat area mana eh? Haha, orang Melaka, tapi jarang ada kat Melaka. Study KL. Thanks cuz sudi masuk!
Post a Comment