Saturday, December 26, 2015

Ipoh Mali! : Road trip to Ipoh #1

Assalamualaikum dan hai kalian. Maaf lew dah lamew tak update blog niew. (kau ni dah kenapa?!)

Christmas haritu aku bercadang nak buat road trip ke Ipoh. Kononnya nak membawa hati yang lara dan menenangkan diri memandangkan terlalu bosan bercuti tapi lupa nak buat plan. Aku pulak memang tak ambil job make up sebab nak rehat katanya. Nak study pulak, kau faham-faham jelah kalau dah cuti, mana ada mood (ceh, alasan! haha)

Aku ingat nak pergi sorang. Tapi si Nad ni (merujuk kepada kawan sampai kahwin aku), risau bukan main. Jadi dia terus pack barang dan nak teman aku pergi. Aku pun, hm okaylah. Ada jugak orang nak tolong drive kalau aku ngantuk (pucuk dicita, ulam mendatang, hehe).

Kelakarnya road trip kali ini, masa mula-mula nak pergi tu memang aku teruja sampai ke langit. Menyanyi-nyanyi dalam kereta. Siap minum redbull kononnya nak berjaga sampai siang. Iyalah, aku bertolak pepagi buta sebab nak sampai sana Subuh-Subuh. Konon nak jogging dekat Padang Polo, Ipoh tu.

Hai Ipoh!

Sampai je Ipoh pukul 4 pagi, Nad bawa aku pusing-pusing sekitar Ipoh. Serius aku cakap, aku dah mengantuk. Tapi susah nak tidur sebab Nad asyik ajak berborak je. Tunjuk tempat dia belajar dulu. Tunjuk tempat dia selalu print assigment last minute dia dekat Depot, Medan Ipoh. Tunjuk tempat lain yang dia print assignment last minute selain Depot. Tunjuk Politeknik dekat mana. Aku dah fikir, 'eh Nad ni dah kenapa mengimbau kenangan pepagi buta ni? Sentimental sungguh. Aku nak tidur ni.' Aku dah mengomel kata nak katil, nak tilam, nak tidur.


Suasana pagi di Ipoh. Sejuk dan nyaman. Lagi lagi lepas hujan.

Alamak, ada lembaga berkaca mata! Haha

Jadi, dia bawak aku pergi McD yang dia selalu lepak dulu katanya. Aku masuk terus duduk dekat sofa panjang dan nak baring. Tapi ditegah memandangkan ada segerombolan manusia dekat situ. Aku pun bengis dan masih lagi merengek-rengek nak tidur. Aku tahu Nad dah pening kepala layan aku, tapi dia layankan aje. Kang tak layan, merajuk pulak haha.

Lepas makan breakfast, dia terus pusing-pusing Ipoh untuk membunuh masa. Suasana masih lagi gelap. 

Nad : You, I nak pergi tandas. Kunci kereta.
Aku : Hmmmmmmmmmmmmmmmm hmmmmmmmmmmmmmm.
Nad : (Ketuk-ketuk pintu kereta)
Aku : Nak apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? *pandang Nad luar kereta. (Dalam hati aku, apasal kejap sangat brader ni pergi toilet?)
Nad : Sorry, tandas rosak. Nak pergi tandas lain.

Kau bayangkan dia nak pergi tandas, dan suruh aku kunci kereta aku merengus sebab tidur kena kacau. Tak cukup dengan itu, tandas rosak. Kau bayangkan bila dia berhenti dekat stesen minyak lain, kena kejut aku, aku merengus lagi. Hahahaha. Aku rasa Nad serik dah nak buat road trip dengan aku.

Jadi dia singgah Masjid untuk solat Subuh. Sejuk hati aku masa tu. Kiranya stok-stok boleh buat laki lah ni. Agak-agak dah cerah, aku tidur balik dalam kereta. Aku tahu Nad mati kutu nak buat apa. Jadi, dia bawa aku pergi Padang Polo untuk hirup udara segar dan jogging demi mengempiskan perutnya. Masa dia kejut aku, aku merengus lagi.

Nad : Bangun, bangun, kita jogging.
Aku : Hmmmmmmmmmmm hmmmmmmmmmmmm.
Nad : Bangun, bangun, takkan nak biar I sorang-sorang.
Aku : Ala, you pergilah. I nak tidur.
Nad : Aen, bangun lah. (Suara minta simpati)
Aku : Yelah-yelah. (Betulkan tudung senget dan tengok cermin) Buruknya muka! Mata bengkak!
Nad : Alah takpe, cepat.

Indahnya langit pepagi! Selama ni tengok syiling hospital je, hewhew

Muka pissed off dibangunkan dari tidur. Ingat comel lah tu? Lol

Baru je jogging seminit, aku dah mintak nak pergi tandas. Lepastu aku jalan slow-slow je follow dia. Bila dia dah jauh sikit, aku lari-lari anak kejar. Kau bayangkan, aunty dengan uncle cina pun jalan lagi laju dari aku. Aku ni dengan muka sememeh baru bangun tidur, jalan macam siput dengan mata yang tak boleh bukak luas sebab silau. Habislah sedentary lifestyle aku, sobs.

Aku : *menari-nari depan kamera
Nad : Jangan pandang kamera
Aku : Ala. Tak fotogenik (Aku terus berhenti menari, pandang kiri dan berdiri tegak macam nak berkawad)
Nad : Buat tangan macam tadi.
Aku : Yelah yelah (Melentik-lentikkan tangan)


Inilah hasilnya. Menari ke bersenam?

Gambar kedua ni sebab sis dah segan nak mampos haha

Muka Nad dan gambar kena paksa wefie. Omg pucatnya muka natural sis

Lepas jogging, Nad bawa aku pergi Taman Rekreasi Ulu Chepor. Kau tahu, aku dah mula paranoid. Satu, sebab lepas kes Leptospirosis, aku dah tak mandi sungai atau air terjun. Kedua, sebab musim hujan, air sungai laju dan ada kes orang lemas.

Aku : Jangan mandi sungai!
Nad : Ala main kat tepi tepi je.
Aku : Jangan pergi jauh-jauh.
Nad : Iya, dekat tepi je, main-main air.
Aku : I takut. Jangan mandi.
Nad : Ya, I tahu.

Sekali, lepas bayar RM2 untuk masuk, nampak air sungai macam air milo. Deras ibarat tiada hari esok. Mungkin sebab sebelum Subh tadi hujan lembat. Jadi, airnya keruh dan deras. Jadi, aku dan Nad membatalkan niat untuk menguis-nguis air sungai. Nad tak habis-habis bising pasal rugi RM2 dia haha. Tak teringat pulak aku nak ambil gambar air sungai sebab takut benau tengok air sungai tu.

Lepas kecewa, aku terus minta pergi makan dekat Mee Kicap Mat Jasak. Nad bawak aku pusing-pusing sebab dia pun tak tahu dekat mana. (Belajar dekat Ipoh 3 tahun, tapi tak tahu dekat mana, hmph!). Tengah-tengah pusing, aku nampak nama Mee Daud Mat Jasak. Terjerit-jerit aku dalam kereta minta dia berhenti.

Tara!

Ramai bak hang! Nasib baik masa aku datang, ada pelanggan baru habis makan. Sempat menyelit dekat kerusi. Kedai dia tak putus-putus orang datang. Ada yang berdiri dekat luar semata-mata nak makan Mee Kicap popular dia. Aku pilih kuey teow. Aku ingat Mee Kicap dia semata-mata Mee dengan Kicap je. Tapi ada kuah merah ala-ala sos tapi bukan sos. Ada sup fuchook dengan fishcake yang memang disediakan sekali dengan Mee Kicap. Bila makan sekali, memang sedap gila. Minum pagi yang mengeyangkan dan menyihatkan. Kombinasinya memang umph. Rasa memang unik. Kau tak akan rasa itu makanan paling sedap dalam dunia. Tapi dia ada keistimewaan yang tersendiri sampai kau rasa, kau akan datang balik dekat Mat Jasak ni untuk makan Mee Kicap dia. Halal, jangan risau.

Cuma kalau orang bandar dan alergik makan tempat crowded dan kampung, ini bukan tempat yang sesuai untuk kau. Kalau aku, tak kisah janji sedap dan kenyang.

RM3.80 untuk semua ini. Murah bukan? Tolonglah buka cawangan di KL. Hmph :(

Partner in crime tengah anti-sosial update Twidder

Kemudian, kami singgah ke Masjid lagi sekali untuk mandi. Oh, aku tak bagitahu korang yang kitorang tak mandi lagi eh? Hahahaha. Roadtrip bhai, mana boleh mandi awal-awal. Sejuk.

Lepas mandi, kami berbincang untuk makan tengahari dekat mana. Nasi Stadium atau Nasi Ganja. Last-last Nad bawa pergi makan dekat Nasi Ganja. Plannya nak bungkus Nasi Ganja. Tapi lepas kenyang, kau mana nak fikir makanan dah haha.

Ini Nasi bungkus Stadium. RM3. Kalau Nasi Kerabu, RM4. Aku lupa harga ikan keli. Tapi Nasi Bungkus dua, satu ikan keli, satu telur sambal hitam dan dua air sirap, RM12.40. Murah lah tu. Please lah ada dekat KL macam ni jugak. *nangis


Nad ni pemalu orangnya. Tak suka orang ambil gambar dia. Cis

Lepastu aku sakit pinggang dan bantai tidur dalam kereta separuh perjalanan. Nad terpaksa drive balik. Sampai RnR baru aku jaga dan teman dia sampai dia hantar aku balik rumah. Kesian dia je yang drive sepanjang road trip.

Aku janji, aku janji lepas ni aku akan drive separuh perjalanan :p

P/s : Jangan carut pengalaman sis. Nanti sis pergi sana lagi sekali dan buat food hunting lagi sekali. Hehe

XOXO,
Aen.

Sunday, August 30, 2015

Road to Marriage #1 : Kisah Cari Baju Kahwin Putih

Assalamualaikum.
Aku bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun hadapan selepas habis tahun akhir. Lambat lagi sebenarnya. Tetapi, disebabkan aku jenis yang semua benda nak cari sendiri, nak pilih sendiri, nak buat sendiri, persiapan aku dah mula dari sekarang. Sikit-sikit lama lama jadi bukit. Ini pelan jimat supaya majlis aku lebih barakah. Baju pun dah design dan buat pola. Tinggal nak gunting kain. Pendek kata, I want to do everything. Jadi, cerita hari ini ialah, pencarian kain untuk baju kahwin.
Payah seperti melombong emas. Bukan payah apa, payah nak bawak berbincang. Tentang apa? Tentang colour charts. Sebab lelaki ni jenis yang ringkas. Jadi, lelaki akan rangkumkan semua range warna jadi satu. Kalau perempuan, putih ada banyak e.g; off white, pearl white, white itu white ini. Bagi lelaki, semua putih nampak sama. Cuba kasi warna blue turquoise dan green turquoise, mesti dia akan kata itu green atau blue je.
Nad tetapkan putih untuk nikah. Aku pun pergilah singgah Jakel dengan dia harini. Tengah pusing-pusing, Nad dah pening tengok kain. Biasalah, lelaki kan alergik sikit masuk tempat-tempat perempuan ni.
Sampai satu section, aku nampak satu kain putih glitter-glitter gitu. Tak mahal mana dan tak jarang mana. Boleh pakai inner macam biasa je. Aku cuba untuk elakkan beli kain chiffon sebab malas nak buat double lining. Tapi bila tanya, ok ke tak warna putih ni (merujuk pada warna putih yang bukan betul-betul putih), dia kata ok.
Aku : Ini bukan putih betul betul putih tau
Nad : Tak apa. Mana-mana je. I ok. (Jenis malas nak jawab pertanyaan aku sebab dah bosan kahkah)
Aku : Yelah, tapi you kata nak putih. Tapi ini bukan putih, takpe ke?
Nad : I ok. Beli je. Tak apa.
Aku : Tapi you kata nak putih? You kata wajib putih? (emosi)
Nad : La, tak apa lah. I suka warna tu. Beli jelah.
Aku masih lagi tak puas hati (sebab aku ni agak tegas dan strict. Kalau orang kata nak A, maknanya dia nak A je.). Kalau dia nak putih, it means putih macam kain baju budak sekolah. Aku pun pergi ambil lace warna putih betul-betul putih dan bagi contoh.
Nad dah pening kepala, jadi dia kata dekat brader tu potong kain bidang 60 tu 4 meter. Aku dah jenguk-jenguk brader tu potong kain dan masih lagi tak puas hati.
Nad : Ha tak payah jenguk-jenguk dah. Kain tu dah gunting.
Sebenarnya warna yang dia pilih tu lawa je, tapi entahlah. Maybe aku ni suka tanya banyak soalan kot. Hiks.
Kami pun sambung bertekak sampai luar Jakel (padahal kain dah beli masa tu). Last-last untuk menyejukkan hati, kami makan ABC. Kalau aku tahu, awal-awal aku dah sediakan ABC. Tak ada lah bertekak nak pilih warna kain.
Aku tahu, perempuan memang sukar. Tapi sekurang-kurangnya permintaan Nad yang nak pakai suits dengan sneaker oren tu aku dah approved. Jadi, it's payback time kan? Lol.
Dan aku memang suka tanya banyak soalan. Tahap curiosity aku bak kata Nad, 'can kill more than a cat'. Contoh, tadi masa makan ABC aku tanya pasal air Extra Joss buat kali kedua selepas kali pertama Nad tak boleh jawab.
Aku : Kenapa bergas? Kenapa panggil extra joss? Apa kandungan dia?
Nad : Kenapa air mountain dew bergas?
Aku : Mana I tahu. I tanya you ni. Carilah jawapan
Nad : Yelah, I cari. (Ambil phone dan bukak google chrome). Ha cepat, you nak tanya apa lagi? Biar I cari dan jawab.
Aku : *jeling maut.
Tapi akhirnya aku tahulah yang Extra Joss tu diperbuat daripada Ginseng. Ianya minuman tenaga dan memang dibuat sebagai minuman bergas. #TIL kata orang. Lepas tu aku bising lagi, ha cakaplah macam dia tulis, barulah I faham. Yeah, Nad geleng kepala dan terus habiskan ABC.
Kami masing-masing beredar. Nad pergi kerja. Aku balik Cheras. The End ~
P/s : Total damage untuk kain tadi RM80. Aku harap cukuplah kain tersebut untuk dibuat baju yang aku dah siap design. Pilih kain untuk bakal mak mertua sekali. Harap dia suka!
XOXO,
Aen