Friday, March 27, 2015

TRIP : Krabi (2015) #1 : Tips & Persiapan ke Thailand Melalui Jalan Darat



Sebelum aku cerita pengalaman di Phuket (yang mana aku malas nak cerita lagi sebab malas nak collage-kan gambar gambar yang ada), lebih baik aku bagi tips dan persiapan ke Krabi atau mana-mana tempat di Thailand melalui jalan darat. Bukan susah pun sebenarnya. Yang penting kau jenis yang tak kisah berpenat lelah.

Aku pergi Krabi jadi full-time backpacker ditemani oleh insan tersayang (lol) dan rakan-rakan. Lebih lebih lagi bila kau guna jalan darat. Senang, tak payah nak tarik bagasi ke sana ke mari. Kali ini aku lebih kepada sight-seeing dan food-hunting. Jadi susah nak nampak gambar aku dan rakan rakan. Kurangkan selfie, tingkatkan prestasi!


Perkara pertama : Kenderaan. Bas, keretapi atau kereta?
Kau kena buat keputusan untuk naik keretapi, bas atau kereta. Kapal terbang tak termasuk untuk cerita kali ini. Kalau nak naik kapal terbang, separuh dari entry ini je yang korang boleh pakai. Pada mulanya aku nak naik ktm, pilih katil tapi disebabkan lambat book, dah habis. Aku nak pergi masa peak season pulak tu. Orang tengah cuti raya cina. Memang habislah tiket. Range harga boleh tengok dekat sini.

Jadi aku buat keputusan untuk naik bas memandangkan itu je jalan yang tinggal. Nak naik kereta malas, sebab fikirkan penat dan lain-lain lagi. Plus kalau nak pergi, memang kena naik dua kereta. Minyak, tol dan sebagainya lagi makan belanja yang banyak.

Bas untuk ke Thailand akan berhenti di Hatyai. Naik bas di Pudu Sentral. So, dua minggu sebelum ke sana, aku beli tiket dekat Pudu Sentral.

Harga tiket pergi KL-Hatyai (Nice/KKKL VIP Coach) : RM70
Harga tiket balik Hatyai-KL (Alisan Golden Coach) : RM80

Aku lagi suka KKKL VIP coach dari Alisan walaupun harga KKKL VIP coach lagi murah. Nak tahu kenapa? Yang tu kena rasa sendiri. Dua dua bas siap wifi dan electric source untuk charge apa-apa. Boleh je ambil bas biasa, harga dalam RM50++ untuk lebih jimat. Disebabkan rakan-rakan ni takut naik bas berjalan jauh, nak tak nak kena pujuk naik VIP coach. Hewhew.



Alisan sediakan bas untuk pergi dan balik. Boleh beli balik terus. Dan Alisan je yang jual tiket balik dekat Pudu. Nice/KKKL tu tak sedia. Kena beli dekat sana. However, boleh beli tiket dekat Hatyai Town. Sebab kaunter Alisan dan Nice/KKKL tu sebelah sebelah je.

Perkara kedua : Passport
Ini memang aku malas nak cerita panjang. Tapi kalau tak pesan, ada je menonong nak masuk negara orang dengan passport yang kurang dari 6 bulan dari tarikh tamat. Masuk ke Thailand guna jalan darat pun perlukan passport minima 6 bulan dari tarikh tamat. Take note dan jangan buat silap. Yang ruginya korang jugak nanti. Menangis air mata pelangi pun takkan ubah apa yang tertulis dalam passport tu. Baca nota di belakang passport! Jangan reti nak ambil gambar muka hadapan passport dan tiket je untuk tayangan ramai. Haplod gambar passport dengan caption *Pray for my journey*. Alih alih tersangkut dekat imigresen. Sadis.

Pergi buat dekat UTC atau Imigresen berdekatan. Pudu pun ada UTC cuma memang ramai lah. Last minute nak buat takut tak sempat. Bukan mahal pun sekarang, RM200 je untuk 5 tahun.

Perkara ketiga : Bajet penuh
Di bawah merupakan bajet penuh aku untuk 6 hari 4 malam. Dua malam dah burn atas bas.


Currency masa aku pergi, 100 baht = RM11.20. Masa tu, ini paling murah. Dekat area Jonker Walk, Melaka dan Tesco Cheras.

Jadi, jumlah kos aku ke sana, RM985.45.

Kau boleh jimat dekat pengangkuan dan hotel kalau tak stay dekat Hatyai. Biasa orang pergi Krabi 3 hari 2 malam je dengan bajet RM500 untuk semua. Bajet ini hanya untuk rujukan engkoma, lain orang lain cara belanja. Jangan expect harga akan sama masa aku pergi dan kau pergi. Lebih kurang lah. Prepare RM100 extra untuk sebarang kemungkinan yang mendatang. Cewah!

Perkara keempat : Tips untuk ke Krabi dari Hatyai
Perjalanan aku ke Krabi memang jauh kata orang. KL-Hatyai-Krabi-Hatyai. Jadi di Hatyai kau kena cari minibus ke sana. Minibus dia sebenarnya van. Van berdesup pakwe aku panggil. Sebab bawak memang superpower punya laju. Kalau sesiapa yang ada mabuk kenderaan tu memang dah muntah bertalu-talu.

Memandangkan aku tinggal sehari di area Khao Rup Chang, dari sana aku ambil tuktuk untuk ke tempat minibus tu. Harga 400baht per tuktuk. Area Hatyai banyak tuktuk, jadi tak perlu risau pun. Agak jauh ye kawasan hotel aku tu untuk ke Hatyai. Sampai je aku terus rasa kagum sebab memang situ dia sediakan minibus untuk ke Phuket, Surat Thani dan lain-lain tempat sekitar Thailand. Harga dia ada tulis depan kaunter, ada yang tak tulis.

Khabi tu merujuk kepada Krabi

Untuk ke Krabi aku dapat harga 230baht/pax. Kalau dari kawasan stesen bas harga 330-350baht. Depends lah macam mana kau nak. Perjalanan dari Hatyai ke Krabi makan masa 4-5 jam ikut kelajuan minibus dan berapa kali dia berhenti. Dia ada berhenti di OTOP (aku tak tahu maksud dia, tapi mungkin R&R sana). Makan, buang air dan sebagainya siap-siap.

Lepas 4-5jam, driver akan drop depan mall. Aku sampai dalam pukul 6 petang, hari dah mula gelap. Dekat situ ada motorsikal untuk disewa. Ada jugak teksi untuk hantar korang ke hotel. Dah majoritinya perempuan, memang taklah nak terkangkang naik motor bawak backpack haha. So, naik teksi jugaklah bersempit sempit untuk 300baht. Masa ni lupa nak tawar menawar. Ah lantak lah.

Tak jauh mana mall tu ke Andaman Legacy Guesthouse, 3km je. Tapi kalau jalan kaki dengan backpack dan kepenatan naik minibus, patah kaki jugak lah. Mahunya aku suruh pakwe aku angkat backpack tu karang.

Lain-lain tips macam mana nak survive dekat Thailand, korang boleh tengok Tips & Persiapan ke Phuket ni. Sebab hampir sama je.

Perkara kelima : Hotel
Cara untuk book hotel boleh tengok entry Tips dan Persiapan ke Phuket.

Aku tinggal di Hatyai, Songkhla sehari sebelum ke Krabi untuk jalan-jalan. Hotel di Songkhla, L Residences. Memang cantik! Ada balkoni. Walaupun memang susah nak cari sebab jalan masuknya sempit. L Residences pulak baru lagi. Tapi servis tiptop, bilik memang terbaik. Harga RM70/malam termasuk tax. Berdekatan hotel, ada jual makanan halal yang sedap. Sarapan dan makan malam. Harga berpatutan.




Di Krabi, aku tinggal di Krabi Town. Kenapa? Sebab nak tinggal 3 malam, so kitorang nak harga yang murah. Biasanya orang akan tinggal di Ao Nang. Harga agak mahal sikit berbanding hotel atau guest house sekitar Krabi Town. Plus di Krabi Town pun ada tarikannya tersendiri. Makanan halal pun senang nak cari.



Andaman Legacy Guesthouse, Krabi Town (walaupun tak se-cosy L Residences) yang bagusnya, receptionist akan bagi peta Krabi Town dan beritahu dekat mana nightmarket atau tempat makanan halal yang mana memang akan rambang mata habis tengok makanan! Pekerja dia boleh cakap inggeris, jangan risau. Depan Andaman Legacy, ada Krabi Culture Walk. Ada persembahan setiap hari Khamis dan jualan makanan. Ini nanti aku cerita! Best wo! Orang kebudayaan memang suka benda benda macam ni.

Berdekatan hotel, ada laundry service, ada tempat untuk sewa motorsikal, ada coffee shop.


Perkara keenam : Makanan
Nanti aku akan buat satu entri khas pasal makanan halal di Krabi Town. Siap harga supaya korang boleh bajet nak makan banyak mana. Banyak sangat nak cerita. Kalau tak sabar nak tahu, boleh tengok instagram aku - vavaaen.


Perkara ketujuh : Kenderaan di Krabi Town
Sini yang aku perasan, tak banyak sangat tuk tuk. Tak macam Hatyai, tuktuk bersepah-sepah. Jadi nak taknak terpaksa sewa motorsikal. Dia akan ambil passport sebagai pajak. Kalau kau rosakkan atau hilangkan motor dia aku tak tahu apa akan jadi. Tapi passport selamat lah lepas 24 jam berada dalam genggaman owner tempat sewa motorsikal tu.






180baht untuk 24jam dan minyak isi sendiri. Bolehlah ronda ronda satu Krabi guna motor. Harga minyak sana lagi mahal dari Malaysia dan harga tak tentu pulak tu. Range ikut harga Malaysia RM2.70-RM3.00++. Sini tak pakai helmet pun tak kena saman. Tapi aku ni pentingkan keselamatan, jadi aku pakai jugak helmet. Dahlah dekat negara orang kan. Park motor tepi jalan pun macam tak ada sape nak curi. Walaupun aku anxious jugak tengok motor kena tinggal haha.

Perkara kelapan : Pakej aktiviti
Aku nak rekemenkan satu agensi dekat Krabi Town. Dekat je dengan tempat aku tinggal. 3 minit jalan kaki dah sampai. Dari hari pertama sampai hari nak balik aku guna servis dia. Memang terbaik. Layanan bagus, dan dia boleh cakap inggeris dengan baik. Tak adalah susah nak berkomunikasi ke apa. Bahasa inggeris sana kan lagi teruk dari Malaysian hiks.





Pakej Phi Phi Island speed boat : 1200baht/pax
Pakej Water rafting, Elephant trekking : 1500baht/pax
Minibus balik ke Hatyai : 350baht

Ms. Min siap kasi business card lagi, suruh contact kalau nak datang lagi. Tapi entah mana entah aku letak haha. But, I will come again for sure!

Perkara kesembilan : Entahlahnak
Aku dah tak tahu nak tulis apa. Kalau aku ingat aku edit balik. Mungkin korang boleh tanya, then aku jawap dengan bagi dekat entry ni.

Ps : Orang akan bash kau bila kau bekpek ke Krabi. Buat bodoh je. Bukan kau pakai duit diorang pun. Plus, Krabi memang tempat yang cantik. Aku suka budaya dan makanan yang ada. Tu tak cerita pasal thai massage lagi. Aku sendiri plan nak menetap kat sini suatu hari nanti. Ehhhhh :p

XOXO,
Aen

8 comments:

Anonymous said...

salam. nak tanya. dekat area mana ye beli tiket minibus Hatyai-Krabi yg 230baht/pax? tq :)

Wak Lat said...

salam. hee sonoknyeer g krabi ;p

Anonymous said...

nak tanya..andaman legacy per night brpa rm?

Unknown said...

wahh syokkk..x sabar nk p jugak :)

Unknown said...

Boleh whatsapp sy utk details trip ke krabi ni..coz sy nk buat trip family day to krabi naik kereta...pls..jasa admin amat diperlukn 0179269324

Budak Letrik said...

Kurangkan selfie, tingkatkan prestasi!

Power !

aensaari said...

Boleh email saya, Zad. Terima Kasih :)

noor said...

mini van dr krabi ke hatyai booking mse bile?kt krabi/ao nang or dr hatyai?