Sunday, July 31, 2011

Ali makan makanan halal je :)


Satu hari yang lengang masa aku tengah kerja kat Tesco. Ada orang datang kat aku.

Dia : Hello, ada orang mau kerja tak?
Aku : Kerja apa?
Dia : Jual waffer, jual kuih muih, dekat giant. Ada tak?
Aku : Tak tahu. Kalau ada saya bagitahu. Boleh bagi no.phone?
Dia : 01*-*******
Aku: Nama awak apa ya?
Dia : Ali :)
Aku : (Diam, tengok betul-betul muka dia. Hmmph, confirm chinese. Cakap pun manyakk pelat maaa ;) )

Dengan segan tak segannya aku tanya dia.

Aku : Awak Islam ke?
Dia : Tak adalah, huhu.
Aku : Nama Ali?
Dia : Saya memang talak makan makanan tak halal. Makanan halal je saya makan. Itu ba*i saya talak usik, itu alak semua talak usik :)
Aku : Ouhh, baiknyaaa :D
Dia : Sebab itu semua olang panggil saya Ali. Bila saya datang, semua cakap, HAH, Ali dah datangggg ^^

So, moral of the story, jangan tengok yang banyak buruk tu buruk je semua, kalau didakwah dengan berhikmah, Alhamdulillah, ada lagi rakan baru dalam agama kita :)


Aku tengok benda pink neh comel, apa pendapat korang? HAHAHAHA

P/S : Baru pandai nak letak likeee tu, sobss, huhu

Cara mengurangkan WORLD WAR III, IV semasa PMDD, PMS :)


Perempuan memang sinonim gileee lah dengan PMS or pre-menstrual syndrome neh. Bila datang je PMS, tak sakit kat atas ari-ari tu confirm mood gila babeng tak okay. Kalau tak sakit pinggang, mulut lak rasa nak sakitkan hati orang. Pulak ramai yang tak berapa nak faham pasal uncontrollable hormone tu. Kawal kawal, memang tak terkawal, macam reaksi kita bila rasa benda panas. Kalau mood hari hari biasa memang boleh kawal, kalau hari hari tak biasa, auuuum ;)

PMDD pulak? Hah ada yang tak pernah dengar lah tu. Kalau aku, memang PMDD neh biasa gila lah berlaku. HAHAH, cakap nak main hentam, tak ada perasaan dan bla bla bla. Meh aku explain sikit pasal PMDD neh, PMDD juga bermaksud pre-menstrual dysphoric disorder. Yang neh lagi dasyat daripada PMS, keadaan di mana biasanya golongan cun melecun macam kita-kita neh mengalami depression yang agak teruk, tekanan dan perubahan emosi yang mendadak eventho tak ada orang kacau pun. Biasa berlaku dalam 5-11 hari sebelum PMS. Muahahahahaha, kalau difikirkan balik, setengah bulan lah mood perempuan lintang pukang plus dengan PMS, hehe. *psstt, sekarang aku PMDD :P

Well, aku tak nak cakap banyak pasal kejadian PMS, PMDD neh, aku just nak cadangkan cara-cara mengurangkan PMS bagi perempuan daripada apa yang aku tahu, daripada apa yang aku pernah terbaca. Sebab aku rasa lelaki tak tahu sangat yang kalau perempuan tengah PMS, PMDD , kau gurau over sikit dah bergenang air mata. HAHA. So, nak tak nak perempuan kena kurangkan sendiri, eventho memang peratus dia sangat rendah, sobss :( Mengharapkan ada yang faham, eheh. *umum


First of all, kontrol diet anda. Camane? Makan makanan yang good good je start sekarang. Yang tak suka makan sayur, trylah makan *euwww*. Kurangkan coffee ke nescafe ke minuman bergas kee, sebab ada caffein, caffein tu buat PMS, PMDD korang makin teruk ye. Chocolate pun ada caffein tapi tak banyak, tapi kalau dah sehari kau minum secawan hentak sebanyak dua kali macam aku, memang PMDD tu jadi bertambah teruklah. HAHAHA *terasa

Aku dengar minum susu baik untuk mengurangkan PMS, errr, yang neh memang euww lah sebab aku tak boleh nak sumbat susu dalam mulut. Masa aku tengah google google maklumat, aku ternampak iklan pasal susu tu. Errr, peminat susu boleh cuba, hehe.  Campaign kat australia bernama ‘Everything I Do Is Wrong’ – Milk reduces PMS, HAHA, mesti lelaki sana tension pasal girlfriend or wife diorang kena PMS :P Chill bro, lumrah alam ^^

Salah satu gambar :P

Meh nak reply balik ;)

And you know what, kempen yang kata, milk helps reduce a majority of women’s symptoms after 3 months of taking 1,200 mg calcium/day sangat menipu :) Faktanya wahai kaum lelaki. Keseimbangan kalsium sangat penting daripada pemgambilan kalsium yang berlebihan yang boleh buat kidneys-penat-nak-buang-lebihan-kalsium :) Malah boleh buat korang sakit buah pinggang dengan cepat macam kau suntik vitamin C nak tegangkan kulit tu, direct pergi kat kidney :) So, got facts? Hihi :P Yahooooooo, aku menang!

Senyumlah kawan-kawan kalau rasa mood tak okay tu. *ada orang pesan kat aku. Sebab bila kita senyum, automatik mood kita akan berubah lepas tu aura senyum kita akan effect orang lain, buat orang ceria lak. Tapi jangan lah senyum kambing lak, nak kena sepak free lah tu ;) Sebab bab senyum sesinis yang boleh tu, kalau aku tengok rasa nak stapler bibir tu. :p

Lelaki, aku rasa kena tanya gf kau, BILA AWAK NAK PERIOD YE? Sebab kena kuatkan ketahanan fizikal dan mental korang yang tak berapa nak kuat tu layan karenah kami. Okay? Heheee.

Ada orang suka makan pain-killer tak pun ubat comel warna pink tu. Tak elok lah korang! Sebab bila korang bergantung lama-lama nanti, sistem badan korang akan immune dengan benda alah tu, dan korang kena beralih arah pergi carik pain killer jenis lain lak. Banyaknya najis ubat-ubatan dalam badan. wuhuuu. So aku galakkan minum air mineral banyak banyak, terutama masa period :) Akan melegakan sikitlah. Ada PMS yang teruk tu, aku susah nak cakap. 

Aku rasa perempuan kena elakkan diri masa PMDD tulah daripada boyfie korang. Sebab memang kat dia je yang korang akan lempiaskan marah. *terasa. Kalau contact nak gaduh je, panas je, baik tak payah. Kan kan? Hehee.



Kalau lah lelaki merasai saat tido tak senang, berdiri tak selesa, baring rasa nak menjerit, mesti korang faham golongan kami. Heee. Jangan lupa ye, lelaki pun ada jugak PMS bagai neh, cuma lain sikit je. Dia tak ada had masa macam kaum perempuan, so korang search sendiri lah ye? Kalau aku ada alat nak tukarkan soul, dah lama aku suruh kaum lelaki rasa sakitnyaa period. Nak tengok sikit, boleh kawal ke tak ;)

Tapi lelaki, jangan jadikan alasan korang pun ada jenis PMS sampai tak boleh nak puasa ;)

P/S : Ashraf/Alessa dah meninggal. Takziah untuk keluarga arwah. Jangan dicaci lagi, Allah Maha Adil, jangan risau. Bak kata  the other khairul, ada golongan alim junior yang suka menghukum tanpa memeriksa, zasssssssssssssss :D

Thursday, July 28, 2011

Kesian singa :(


Auuww auww, walaupun tadi tak ada hajat langsung nak tengok pertempuran kalah mati tu tadi, oleh kerana aku  kat kedai makan, aku tengok jugak :) Bukan apa, aku takut panas hati je kalau tengokk. 

Seeeeeeeeeeee? Kan dah panas, sobs :( Kesian JUGAK aku tengok si ghimau, bangun sendiri tak mintak orang tolong pun. Singa siap ada datang lap lap lagi tu. Punyelah besar kasih sayang kat singa neh. Ish ish ish. Kena contohi tahu tak! :D 

Aseeek aseeek nak maki maki je. Janganlah maki maki singa. Dia penghulu hutan tau! Walaupun banyak singa import, janganlah macam tu, bisa hati nengok :P 

Pastu, asyik kena tanduk jee pulak tu si singa-mat-saleh tu. Uwaaaaaa, kesian lah. Dahlah handsome you, asyik tergolek je. Tu tu, yang lagi sorang tu, semua yang pernah sumbat gol kat tempat singa tergolek, uwaaaa, sedih sangat. Lupa minum tongkat ali kot. Kenapa tak mintak I belikan je yang? I freeeeeee jeeeee, you yang tak calling calling tadi. 

Keeper yang kena hentak kat kepala tadi tu, okay ke tak ye? Aku risau sangat. Mana tahu boleh melarat jadi kanser otak tak pun strok. Balik nanti pergi medical check up tau! X-ray kepala otak tu. Takut tengkorak retak je, hmmphh.

TAK PUAS HATI!  Kenapa paramedic tak turun padang tolong singa hah? Tak nampak ke singa sekor sekor tergolek tu? Haih, sabar je aku. Kalaulah aku dah pegang title Dr, dah lama aku turun padang, sedih nengok neh hah. Nak bergenang ayak mataaa :( 

Babai semua, saya kecewa dengan sikap anda terhadap singa, HAHAHAHA 

P/S : Sarkastik betul! Jangan nangis ye ghimau? Ghimau kan kuat, takde tergedik gedik macam singa, eheh. Lain hari kita kasi benam itu singaa ;) Ghimau hebatttttttttttt (!) 

Tuesday, July 26, 2011

FACEBOOK VS LUAR :)

Di facebook.

Wanita bertudung tak dapat banyak like, wanita yang tidak, like melambak-lambak ;)
-Tak apa, mengurangkan fitnah. Alhamdulillah, kita tak memukau nafsu lelaki.

Wanita bertudung tak dapat banyak komen, wanita yang tidak, berpuluh puluh komen ;)
-Alhamdulillah, wanita bertudung selamat daripada mata-mata lelaki yang penuh bernafsu.

Wanita bertudung kurang ditegur lelaki, wanita yang tidak, cuba tengok wall , mesti banyak lelaki tegur, lagi-lagi yang single ;)
-Alhamdulillah, kita dah berjaya buat diri kita wanita yang mahal ;) Lelaki bukan tak nak tegur, tapi takut, sebab tengok kita berlitup.

Wanita bertudung tak dapat banyak sangat komen-komen liar, wanita yang tidak, hmph, faham faham jelah ;)
-Alhamdulillah, kita terselamat lagi. Tak ada faedah naikkan nafsu diorang dengan letak gambar yang sipi sipi. Simpan je.

Di luar.

Tak ramai yang suweet suweet wanita bertudung, diorang berani pandang je, wanita yang tidak, hmph, kompem ;)
-Alhamdulillah, bukan tak menarik di mata, cuma harga diri tu tinggi. Segan orang nak tegur, takut dikatakan tak tahu malu, gatal, miang.

Tak ramai yang nak cabul wanita bertudung, wanita yang tidak, hmph, tengok kes kat paper jelah ;)
-Alhamdulillah, kita terselamat daripada mata-mata syaitan.

Tak ramai yang nak ajak wanita bertudung ke tempat yang tak senonoh, wanita yang tidak, hmph, lu fikirlah sendiri ;)
-Alhamdulillah, kita tak terlibat dengan aktiviti yang tak bermoral.

Tak ramai yang nak mengintai wanita bertudung, wanita yang tidak, hmph, pantang nampak ;)
-Alhamdulillah, terjaga maruah kita.


See? Simple kan? Renung-renungkan lah ;) Tak berniat nak sakitkan hati sapa-sapa.

Ada orang cakap, bukan luak pun. Memanglah tak :) Takde siapa pun cakap luak, tapi kau dah jadi modal diorang nak main sabun dalam bilik air, seronok kan? Bukannya semua orang dapat chance macam tu ;) Kalau semua orang dah tengok apa yang kita ada, suami nanti macam mana? Dapat sisa-sisa je. Oppps, sorry, neh pandangan aku je. Tak ada niat menyakiti pun. Teheee.

Kanak-kanak noob, ada jugak upload pic kat FB sebab ikut orang bertudung/tak. Tak apalah, aku pun pernah jadi kanak-kanak noob tu :) Sama-sama kita ubah diri masing-masing ^^ Zassssssssssssssssssss.

Kelibat putih :(

SK Padang Mengkuang digemparkan dengan kelibat kelibat manusia berpakaian putih menuruni van putih yang ada cat cat merah di sekelilingnya.Muka muka tegas memandang setiap pelusuk kawasan itu untuk memasuki bilik rahsia yang dikhaskan untuk mereka. Murid-murid SKPM menggigil ketakutan, ada yang berlari memasuki kelas masing-masing, ada juga yang bersembunyi di toilet. Pabila kad diberikan, satu demi satu nama dipanggil untuk memasuki bilik khas tersebut.

Ada yang mata mula berair dan merah kerana terlampau takut. Tak kurang juga ada yang menangis selepas keluar dari bilik tersebut. Aku dan rakan-rakan ku yang lain terpinga-pinga. Nama kami sudah dipanggil. Masing-masing sudah berpandangan sesama sendiri.

Apa lagi, cabuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut!

Satu hari yang indah telah digegarkan oleh tangisan seorang budak perempuan yang berlari-lari ke belakang surau pabila jururawat mula menyetartkan enjinnya untung mengejar budak itu. Pabila tangan nurse itu mencapai badan budak perempuan itu, dia memusingkan mukanya meminta simpati.

.
.
.
.
.

Kelip-kelip mata, pleaseeeeeee nurse, tak nak boleh?
.
.
.
Nurse muka garang jeeeee. Sobs, akhirnya masuk jugak.

Melalak lah aku, sampai 2,3 orang nurse kena pegang kepala aku. Yang aku takut, sebab nampak playar tu masuk dalam mulut aku. Wuuuuu, aku paling takut doktor gigi. Takmoh pergi jumpa lagi dah! Yang tak puas hati, perlu ke cabut gigi aku yang sihat walafiat macam orang yang pakai braces tu? Tak paham aku -.-' Nurse, terima kasih, harap-harap mak cik tak kenal saya lagi. Maluuuuuuuuuuu, hehe.

*farra, agak-agak kau ingat lagi tak kes neh? Hehe. Kali ke dua, ustaz kot yang kejar, BHAHAHAHA. Malunyee aku!

Monday, July 25, 2011

Bila hati berbicara.



Kalau lah orang tahu apa yang kita rasa.

Kalau lah kasut aku boleh cabut cabut letak kat kaki orang lain.

Kalau lah aku boleh cipta machine tukar soul dengan orang.

Mesti sifat saling memahami tu lagi kuat kan?

Kita tak akan faham orang lain melainkan kita kena macam tu jugak :)

Cuba faham dia, dia akan cuba faham kita *yang xpaham jugak tu, tak reti bahasa lah tu. HAHA

Kadang-kadang kita kena kejar sampai dapat.

Tapi kalau layang-layang tu tali dia dah putus, redha je :)

Allah ada disamping kita setiap masa.


P/s :: Hati yang tulis ;)

Tuesday, July 19, 2011

Ambil berat atau mengongkong?

SITUASI PENDEK SATU.

Girl : Awak, janganlah message perempuan lain.
Boy : Baiklah.

SITUASI  PENDEK DUA.

Boy : Awak jangan rapat dengan lelaki lain.
Girl. : Ye saya tahu.

SITUASI PENDEK TIGA.

Girl : Janji dengan saya, awak tak pandang perempuan lain?
Boy : Ye ye.

SITUASI PENDEK EMPAT.

Boy : Jangan senyum dekat lelaki tulah!
Girl : Ye, tapi dia yang senyum dulu.

SITUASI PANJANG SATU.

Boy : Awak, jangan main hujan tau. Nanti demam, saya risau.
Girl : Kalau saya terkena hujan jugak, sorry. Tak ada niat nak buat awak risau.
Boy : Tapi, elakkan lah ye.
Girl : Kalau boleh, saya elakkan.

SITUASI PANJANG DUA.

Girl : Jangan hisap rokok, bahaya untuk kesihatan.
Boy : Susahlah nak berhenti.
Girl : Cubalah, kesihatan tu kena jaga.
Boy : Saya cuba lah ye?
Girl : Cuba kena buat. Jangan cakap je.
Boy : Ye saya tahu.

HAHAHAHA, aku rasa ada yang akan terasa. Well, kalau difikir balik, semua situasi di atas bersebab. Kalau panjang perbincangan tu, terserlah lah dia tu ambil berat. Conversation yang pendek, orang akan buat andaian, DIA MENGONGKONG. Jangan macam tu murid murid, kita snorkeling dulu okay? Tengok betul betul :)

Friday, July 15, 2011

LIMA BELAS JULAI DUA RIBU SEBELAS

LIMA BELAS JULAI DUA RIBU SEBELAS.












Aku tak akan lupa, siapa yang buat aku berdiri sampai sekarang.
Parents, sahabat, Allah.
Dan yang tidak akan dilupakan, orang yang selalu berdiri teguh belakang aku,
YOU ;) IZHUAN IKHWAN (!)

I love all of you, muaah!

Alhamdulillah ya Allah :)