SK Padang Mengkuang digemparkan dengan kelibat kelibat manusia berpakaian putih menuruni van putih yang ada cat cat merah di sekelilingnya.Muka muka tegas memandang setiap pelusuk kawasan itu untuk memasuki bilik rahsia yang dikhaskan untuk mereka. Murid-murid SKPM menggigil ketakutan, ada yang berlari memasuki kelas masing-masing, ada juga yang bersembunyi di toilet. Pabila kad diberikan, satu demi satu nama dipanggil untuk memasuki bilik khas tersebut.
Ada yang mata mula berair dan merah kerana terlampau takut. Tak kurang juga ada yang menangis selepas keluar dari bilik tersebut. Aku dan rakan-rakan ku yang lain terpinga-pinga. Nama kami sudah dipanggil. Masing-masing sudah berpandangan sesama sendiri.
Apa lagi, cabuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut!
Satu hari yang indah telah digegarkan oleh tangisan seorang budak perempuan yang berlari-lari ke belakang surau pabila jururawat mula menyetartkan enjinnya untung mengejar budak itu. Pabila tangan nurse itu mencapai badan budak perempuan itu, dia memusingkan mukanya meminta simpati.
.
.
.
.
.
Kelip-kelip mata, pleaseeeeeee nurse, tak nak boleh?
.
.
.
Nurse muka garang jeeeee. Sobs, akhirnya masuk jugak.
Melalak lah aku, sampai 2,3 orang nurse kena pegang kepala aku. Yang aku takut, sebab nampak playar tu masuk dalam mulut aku. Wuuuuu, aku paling takut doktor gigi. Takmoh pergi jumpa lagi dah! Yang tak puas hati, perlu ke cabut gigi aku yang sihat walafiat macam orang yang pakai braces tu? Tak paham aku -.-' Nurse, terima kasih, harap-harap mak cik tak kenal saya lagi. Maluuuuuuuuuuu, hehe.
*farra, agak-agak kau ingat lagi tak kes neh? Hehe. Kali ke dua, ustaz kot yang kejar, BHAHAHAHA. Malunyee aku!
3 comments:
betol3..like!! =)
sory cilap comment yg ats 2. nk komen yg laen..=(
HAHAHA, takpe takpe.
Post a Comment