Thursday, November 28, 2013

Semangat dan Kipas




Assalamualaikum.


Semangat adalah satu perasaan rohani yang subjektif. Kau susah nak agak bila semangat tu akan tinggi dan bila semangat tu akan hilang macam air sirap selasih dalam plastik bocor. Sikit sikit hilang tanpa bagi peringatan kepada si peminum. Barangkali apabila sesuatu perkara yang juga subjektif terjadi, semangat yang tadinya subjektif juga terpalit sekali. Sama ada buruk atau baik.

Suatu hari bila aku bangun dengan semangat yang jatuh merudum tanpa sebab yang utuh, aku mula beri bermacam macam persoalan pada diri sendiri. Sepertibiasa sememangnya persoalan akan bermula dengan kenapa mengapa bagaimana apa dan lain lain lagi. Aku letak diri aku dalam dilema. Padahal sebelum tu tak ada pun jenis dilema yang sama yang pernah aku alami. Aku mula tertanya tanya apa yang aku corak semalam. Sama ada secantik batik yang dicanting oleh si pencanting Noor Arfa batik atau seburuk tangan aku yang mencorak buku nota ketika sedang dengar kuliah yang macam bagi ubat tidur.

Kadang kadang aku hilang dalam dilema. Murung. Depresi. Terasa macam tak ada yang elok dalam dunia ni. Terasa macam semua orang hilang dalam hidup aku. Terasa macam aku digantung tak bertali. Tanpa jawapan. Tanpa persoalan yang jelas memang sebetulnya sukar nak dapat jawapan. Dan masa itu aku terus bangkit meninggalkan katil yang penuh depresi, menuju ke sinki dan menyimbah air ke muka bak tiada lagi air pada esok hari. Di cermin sinki aku mula melihat wajah yang tak seberapa dan lagi beberapa percent nak cecah muka zombie. Masa itu aku tanya lagi diri sendiri kenapa dan mengapa. Refleksi wajah aku hanya mengejek. Gagal.

Jadi aku kembali ke bilik untuk bertapa di atas katil yang depresi tadi. Aku lihat ke atas. Nampak langit putih beserta kipas yang berpusing.

Apakah signifikan kipas? Aku tenung lama lama sampai mata aku naik juling, kepala pening. Jadi aku baring dan terus melihat kipas putih berhabuk tadi. Aku terlupa akan kewujudan kipas. Padahal kalau tak ada kipas aku akan mengamuk bak gorilla tak dapat pisang atau bak tarzan tak dapat jumpa Jane.

Penting jugak kipas ni. Dia gagah berputar. Tak kira lah kau kesah atau tak. Tak kiralah dia dah tua macam nak tercabut atau bunyi krek krek. Dia tak pedulikan habuk setebal satu inci. Janji tuan yang ada di bawahnya terasa angin putaran. Walaupun kadang kadang aku mengamuk sebab tak sejuk, angin tak kuat. Padahal salah diri sendiri yang malas lap kipas.

Di situ aku sedar. Kenapa aku nak sedih padahal aku manusia dengan fizikal yang sempurna. Lebih daripada mampu nak bergerak ke sana ke mari lebih lebih lagi kalau nak 'membeli belah tingkap'. Kipas tu lagi sedih tanpa kaki untuk berjalan. Dia cuma ada kaki untuk terus berputar je. Dia tak ada peneman. Malah tak ada siapa peduli melainkan kalau tuan dia dah tak rasa angin. Cuma kadangkala kipas rasa diri dia berharga sebab retis selalu guna untuk efek rambut mengerbang masa photoshoot, itu belakang cerita.

Jadi di situ aku buang kekusutan minda. Saat aku rasa semangat aku melayang-layang bak dandelion ditiup angin, aku perhatikan sekeliling, jadikan apa-apa yang utuh kewujudan dia sebagai satu refleksi untuk aku cari kembali semangat yang bersifat halimunan tadi. Mungkin kau akan berada dalam satu tahap yang semangat kau jatuh ke kaki lima, dipijak oleh pejalan kaki, tapi kau mana tahu daripada situ kau boleh bangkit balik dan gapai apa yang kau impikan?

Jadikan perkara buruk sebagai satu platform untuk membaiki diri, menambah inti ke dalam matlamat untuk mendapatkan semangat itu kembali. Bukan orang lain yang perlu tolak kau, tapi diri kau sendiri. Sokongan hanyalah sokongan, bukannya jadi seperti tukul yang mengetuk pahat. Kau bukan pahat, jadi kau tak perlu tukul sepanjang masa.

Percaya pada diri sendiri, usaha, tawakal. Jangan risau, sesiapa yang besar semangat dan usaha dia, InsyaAllah besar juga ganjaran dia.

Sekian, dari aku yang menyintai kipas dan menjadikan aircond sebagai skandal.



Untuk sesiapa yang ingin menaikkan semangat lagi, sila baca How A Pencil Become My Teacher? by Ayesyah Abdullah yang ditulis oleh salah satu rakan baik aku. Jangan risau, ayat cantik, power punyalah. Kawan siapa kan Ehem.


XOXO,
Aen.

Monday, October 28, 2013

Love Letter To All SPM Candidates

Assalamualaikum dan hai sayang-sayang sekalian. Terutamanya yang hati tengah geli-geli kena cuit dengan SPM. Jantung berdebar-debar. Darah dah naik ke muka macam ala-ala pakai blusher gitu. Lagi dahsyat daripada jantung jatuh bedebuk akibat penangan cinta yedok? Hehe. Iols pun pernah jugak. Walaupun tak berapa nak cemerlang (sebab tak dapat pergi oversea, ehem).




Recently, aku ada terima beberapa email daripada adik-adik comel yang tengah nervous jantung lub dub lub dub ibarat baru lepas marathon dalam satu Pavilion (kes shopping tak ingat dunia agaknya). Tak pun ibarat tengah lalu bawah susur gajah berpagar. kat atas ada, zombie kejar, standby nganga mulut ala ala World War Z gitu. At least WWZ ada vaksin konon-konon zombie takkan kunyah diorang dah. SPM tak ada pulak vaksin genius ke apa kan? Kalau ada, don't worry, aku mesti jual heh.

Soalan 1 : Tips menghafal untuk subjek yang banyak nau benda nak baca.



Jawapan : Tak ada tips yang senang melainkan khatamkan satu buku text yang ada ditambah pula dengan perisa buku rujukan yang dua kali ganda tebal daripada buku teks kalian. Pentipu tau kalau sikit pun adik-adik tak ingat apa yang adik baca. At least dapat jugak ingat nama-nama topik yang ada. Kan?

Kalau aku, cara nak senang ingat, buat anologi sendiri. Mungkin rasa macam ada beberapa anologi yang rasa macam tak senonoh. Tapi kenapa nak fikir deep sangat kan? Sebab benda benda macam tu yang kita senang nak ingat. So why not?

Contoh : Mitosis (PMAT, Pak Mat Ada Telo). Prophase : Kita assume sekarang dalam satu dewan ada 4 couples. Each couple we assume as one. So bila bercouple ni, confirm macam tebal sikit kan? So okay, key point dia, THICKENING. Next, Metaphase. Okay lining up lah nak daftar kursus kahwin ni kekonon. Then nak kena separate pulak. Lelaki duduk dengan lelaki, perempuan duduk dengan perempuan. So, it's anaphase, kena tarik to each pole. Lastly, Telophase, final division of the two groups. Yang penting kena ingat, start as 2n, final result pun 2n. Start as 4 couples, final group ada 4 person.

Ada orang yang suka buat concept map. Tulis keypoint je. Then bila tengok keypoint, terus keluar bulb atas kepala dan dia senang nak jawap soalan.




Praktis buat soalan untuk semua topik. Kalau tak boleh jawap, ulang baca topik tu. Yang penting. Baca dulu sampai habis. Kalau tak, bukan ulangkaji namanya. Banyakkan minum air mineral. Banyak sikit oksigen dalam otak, untuk senang kita nak berfikir.



Soalan 2 : Jantung dah jatuh bedebuk. Macam mana nak elakkan adrenaline rush?




Jawapan : Cukup tidur. Nak elakkan jantung jatuh bedebuk tulah.

Sebelum masuk dewan tenangkan diri. Kalau ada gegula. Kunyah dulu.

Masa nak masuk dewan, langkah guna kaki kanan sambil baca bismillah. Duduk je terus baca doa penerang hati, especially doa 'Robbi Shrohli Sodri . . ." Nak kurangkan nervous tu. Aku kalau join mana mana pertandingan lepas baca mesti macam konfiden je walaupun tak menang kehkeh. Lepas tu awal-awal sebelum selak kertas soalan tu, baca 'Robbi Yassir Walatu Assir Ya Karim'. Biasa orang suruh baca masa jumpa soalan susah. Tapi apa salahnya kalau baca awal-awal kan? Mana tahu soalan pertama susah? Heh.

Kalau tak boleh jawab, selawat tiga kali dan terus lompat pergi soalan seterusnya. Jangan biarkan diri stress dengan soalan yang tak boleh nak jawabkan. Bila dah ke hujung kertas, baru pusing balik pergi soalan tadi. Kebiasaanya otak dah cool down sikit. So tetiba je bulb keluar, kita rasa senang nak jawab. InsyaAllah.

Lagi satu, minta restu mak ayah dan cikgu-cikgu sekali. Itu penting. Dan yang amat penting, DOA :)


Soalan 3 : Soalan mengira macam mana?



Jawapan : Practice makes perfect. Jadi. Praktis. Hafal formula tu penting. Dah lama tak study math sejak dua menjak berkecimpung dalam bidang 90% human biology ni hehe.



Soalan 4 : Lepas SPM nak ambil apa?



Jawapan : Well. Cuba gali balik post yang ada label motivasi. Mana tau ada kat situ? Haha lupa lah.


Sebenarnya aku tulis entri kali ni khas untuk SPM candidates je. Tapi insyaAllah applicable untuk semua yang akan menduduki peperiksaan. InsyaAllah. Jadi terpulang pada diri masing-masing. Boleh ambik yang mana sesuai dengan diri sendiri. Dan yang mana tidak tu, boleh dijauhkan. Semoga dapat manfaat daripada entri yang tak seberapa ni okay?

Kalau ada soalan, boleh email aenrhapsody@gmail.com. Aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua adik-adik yang tengah bekerja keras untuk SPM. Majulah korang untuk negara! Adios.

P/s : Aku pun tengah nervous. Esok ada long case presentation. Ugh. Tulis blog untuk hilangkan nervous. Lalala~

XOXO,
Aen.

Sunday, October 6, 2013

Braces #2 : Penjagaan Gigi Ketika 'Berbesi'.

Salam dan hai. Laga laga pipi sikit meh bagi yang tidak haram berlaga. Hiks.

Jumpa lagi! Boring plus agak stress sebenarnya. Jadi, cara nak atasi masalah tu, terkeluar idea pulak nak sambung cerita pasal gigi besi. Ni sambungan post Braces #1 : Kos dan Proses bagi siapa yang tak baca lagi :)

Semenjak dua menjak berbesi ni, biasalah, memang bercakap awkward macam nak tersembur gigi tu. Oh bukan tu je. Terasa lidah tu duk rogol semua besi yang ada, dia tak biasa lagi agaknya. Makan? Heh, makan macam biasa. Orang kata kena makan bubur sebulan, tak boleh makan pedas, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Dia kena tahu aku ni makan kalah saiz badan. Mana gheti nak makan bubur sebulan -.- Baik letak feeding tube, masuk terus sampai ke perut yedok?

Yang lawaknya (?) bila orang panggil diri ini vampire. Yang peliknya, apa relation gigi besi dengan vampire? Mungkinkah gigi besi boleh gigi orang? Taring makin panjang? Nayyyyyyy, nak makan epal pun tak lut, lagikan nak gigi orang tinggalkan love bite. Sedih tahu. T.T Setakat melantak GCB McD dengan Big Burger Carls Junior tu masih mampu. Cuma makan sopanla, kuis kuis macam makan depan mertua. Heh :B

Banyak pulak celoteh dia, bukannya best pun celoteh panjang-panjang tadi tu -.-

So kita teruskan kepada agenda utama. Penjagaan Gigi Ketika Berbesi. Yang nak baca ni aku syorkan pada yang tak pakai braces lagi, sebab yang pakai dah tau lah yedok? Ke ada lagi yang confuse? Entoh.




Sebelum pergi buat braces aku memang dah google (khidmat nasihat paling popular worldwide you know). Then bila dah pergi makin berilmu lah aku pasal penjagaan ni (konon).


Di sini aku senaraikan beberapa barang yang memanglah penting untuk penjagaan gigi yang comel lote :














  • Orthobrush
  • Interdental Brush
  • Antiseptic Mouth Wash (Listerine/Colgate/etc)
  • Orthocare Wax

Orthobrush. Yang memang direka khas untuk berus gigi yang pakai braces. Ekceli boleh je pakai berus lain cuma korang akan rasa beza pakai Orthobrush dengan berus lain walaupun pakai slimsoft. Percayalah, sebab Orthobrush aku hilang sekali dengan uncang yang ada Listerine, Wax dan Interdental Brush. Mahu tak rasa meroyan macam mati laki? Gila kau, benda penting kot. Dahlah baru je pakai. Careless betui. Kesian gigi besi :'(


Interdental Brushes. Okay ini memang penting. Lagi lagi yang makan tak hingat dunia, terselit taugeh ke kat celah celah besi, nasik cecomel ingat ruang besi tu tempat dia ke. Memang common sangat tersangkut. Yeay inilah penyelesaian dia! Gosok setiap celah celah yang ada celah. Atas getah pun ada celah. Kalau tak basuh bersih-bersih kompem teruk gakla rupa masa nak caut getah, pernah nampak. Erk.


Antiseptic mouthwash. Kita yang pakai braces lagi susceptible (cenderung) nak dapat bakteria yang selesa lepak kat gigi plus besi plus getah yang comel lote berwarna warni. Dia maybe ingat brackets tu macam meja kat kedai mamak, yelah, lawo kan, so dia stay lah sehari dua. Dah syok sehari dua, dia stay berminggu-minggu pulak. Kesan dia, jadi plak gigi. Kena scaling lagi, ouch sakit uols :( Aku ska colgate sebab tak pedih sangat. Sedap lak tu haha.



Orthocare Wax. Okay dia kecik je sebenarnya. Tugas dia, lindung bracket yang tajam. Lagi lagi yang kat hujung sekali sebab tahulah bila gigi bergerak, besi hujung makin panjang, peh bila bergesel memang syoklah dapat ulcer -.- Macam tengah on the way nak dapat je ni. Haih. Cara nak pakai, ambik sikit je, ala-ala besar dalam 3-4mm, lepas tu tampal kat besi. Serius aku rasa macam tak pakai braces bila tampal. Jangan tampal kat semua brackets, gila ko. Dah nampak macam tak gosok gigi dah hee.


"Ah sibuk je. Sekati lah nak jaga ke tak." Ye betul. Cuma takut masa pasang gigi lawo putih berseri, lepas bukak, bertompok sana sini. Nak contoh?


Comel sangat :B


Well basically, it's your teeth. Not mine. Heheh. Okay sampai sini saja. Oh, pasal sakit, serius aku tak lah cakap tak sakit langsung, nampak nau le menipunya. Cuma aku boleh cakap, the pain is bearable. Boleh tolerate. Tapi depends kat gigi masing-masing. Ada yang kena cabut, bila gigi gerak rasa sakit gila. Tapi disebabkan aku tak cabut gigi, so aku tak rasa sakit tu :D


Okay, till then! Adios!


XOXO,
Aen.

Saturday, September 28, 2013

Braces #1 : Kos dan Proses


Assalamualaikum. Hai. Oh okay agak lama tak update sebab terasa macam tak ada benda indah jadi dalam hidup haha. Lulz, makin lama makin nampak hambar sangat hidup ni. Banyak je benda yang jadi, cuma aku ni jenis malas nak mengarang sejak dua menjak bertwitter beberapa tahun lepas. Ehem. Hashtag #poyo.

Okay. Hari ini, bersamaan 28 September 2013, aku dah buat temujanji dengan doktor gigi. Untuk rawatan ortodontik a.k.a braces. Dan keputusan ini selepas aku reveal gigi yang berbraces dengan getah/rubber baby pink tu, banyak sangat soalan yang sama bertubi-tubi singgah di laman twitter. Ibarat retis yang baru buat plastic surgery nak cantikkan hidung, up kan pipi, masukkan silikon, ouch.

Jadi dengan lafaz Bismillah, aku harap korang terima jawapan retis aku ni dengan hati yang terbuka.

Aku mengalami masalah deep bite (mungkin bahasa melayu berbunyi gigi tenggelam ke dalam). Jadi, gigi tu kalau dilihat dah gantikan gusi aku ni. Kalau korang ada gusi warna merah merah gitu, aku gusi warna putih. Dan keadaan itu mungkin (?) dah tolak gigi sebelah dia kebelakang. So separuh gigi tu memang ke belakang. So apa masalah dia kan? Molar teeth kot, orang tak nampak? Ke kau bajet nak ikut trend terkini? Pasang braces ubah kecantikan yang Tuhan kasi? Ouch.

Benar. Tak disangkal lagi. Memang tak nampak, yang itu benar. Akan tetapi aku bukan saja-saja nak habiskan duit beribu semata-mata nak ikut trend. Baik pasang braces pelesu tu? RM100 je kot, beli je kat blackmarket, online, hah uols, boleh tukar warna rubber everyday. Tak gitu?

Jadi kenapa? Begini. Bila gigi tenggelam ke dalam, gigi sebelah dia tertolak ke dalam, dia akan tinggalkan ruang kosong. Ruang kosong ni dia macam dah jadi hotel kat daging pipi sebelah dalam. Katakan aku tengah khusyuk makan tak fikir pasal gigi tu, kompem (angkat tangan kanan ke sisi bahu) memang tergigit, terus jadi ulcer. So benda ni macam every week jadi. Tak tahan iols. Gigi memang tersusun rata tapi masalah deep bite ni memang menyusahkan. Salah aku jugak lari masa doktor gigi datang nak cabut. (Punya takut dengan dentist T.T) Aku pun tunggu, cabut sendiri. Rerupanya dah tumbuh separuh. Nasib tak berlapis. Fuh.

Dah jelas? Kalau tak jelas jugak, entoh le.


Jadi sakit tak? How much? Ni soalan biasa. Okay let me talk about the process dulu.


Mula-mula sekali, sebelum dia proceed dengan braces :

          1) Cek gigi
          2) Moulding : Letak tanah liat dalam mulut untuk dapatkan struktur gigi


          3) X-ray : Untuk gambaran masalah gigi dengan lebih jelas





Kalau korang dah memang setuju nak pakai braces :


Biasa dentist akan cabut gigi kalau kau ada masalah ruang. Means, masalah gigi berlapis tu memang nak tarik ke tempat asal tak cukup ruang. Bagi masalah aku, Alhamdulillah memang tak ada masalah ruang (setakat ni). Sebab aku dah memang rasa nak meraung kalau kena cabut, nampak playar dia tu, peh. Doktor terus cakap, okay, tak payah cabut, boleh pasang harini. *cough*









Kalau kau ada masalah ruang yang tak berapa severe lagi lagi kalau kau muda lagi, (aku kiranya dah tua sebab dah tumbuh wisdom teeth) dia akan guna separator. Khas untuk bagi ruang kat gigi, so that gigi yang berlapis tu dapat tarik masuk tempat asal dan tersusun ala ala bendul gittew (bukan bumper jalan tu).

Bagi masalah yang teruk lagi, contohnya jongang dia mungkin akan cabut gigi dan guna separator, kes ini ada ok. Ada jugak jenis dentist yang nak test dulu sama ada gigi kau bergerak ke tak bila pasang braces if dia tak payah cabut gigi (yang ni aku tengah risaukan). Tapi kalaulah masa dah pasang, 1-3 months lepas tu tak ada perubahan atau pergerakan gigi, insyaAllah kau akan hilang sebatang dua gigi. Dan proses ni berkemungkinan azab dia Nauzubillah. Aku baca ada orang tu menangis tahan sakit, gigi nak gerak tapi gusi sakit. Jadi, hang fikirlah. *gulp*




Selepas selesai masalah ruang., sebelum dia pasang, scaling akan dilakukan. Tujuan dia nak gigi kau senang gerak masa pakai braces. Ni bagi aku (tadi), proses yang paling sakit. Masa gigi bawah, terasa ngilu. Bila dia buat kat gigi atas, rasa macam kena electric shock sebab memang sakit. Aku genggam baju macam nak koyak baju tu. Tapi masih boleh tahan. Jangan risau sangat.

Dan tibalah masa pemasangan braces. Ehem. Tak sakit. Yang ni memang tak. Tapi mungkin setiap individu akan alami masalah yang lain. Esp kalau gigi dia teruk. Mungkin sakit kalau dia letak rubber band nak tarik gigi dia ke belakang/ke bawah. Aku lupa nak tanya lepas ni aku kena pakai ke tak. Biasanya yang ada masalah over bite (jongang) yang teruk atau rahang senget, dia akan pakai rubber band tu.


Ini contoh bila gigi dah ada braces. Aku tak guna headgear tube (besi kliling gigi hujung).



Aku guna ni. Buccal Tube.





Rubber band




Ni namanya tayang gigi. Baby pink yawww.



Ini pulok tak nampak langsung, Tapi tengok gambar ni aku tau yang ada something kat gigi aku.
Ke aku je yang perasan?


Okay dah boleh cakap pasal kos. Yang ni orang akan fikir dulu sebelum buat keputusan nak pakai ke tak. Dalam berpuluh kali jugak.

Kos bukan braces (kos yang tak ada kaitan dengan harga metal braces tu sendiri) :

          Moulding : RM50
          X-ray : RM100
          Scaling : RM65
          Barang-barang yang dia provide (interdental brushes, ortho brush, wax) : RM33
          Cabut gigi : RM40-RM60 sebatang (yang ni aku tak ada)

Kos braces itu sendiri :

          Metal Braces : RM3800 (Depo : RM800. Monthly : RM150)
          Clear Braces : RM5000 (Depo : RM1500. Monthly : RM200)

Kos-kos yang kena bayar after pemasangan braces ialah : +/- RM1250. Ini kalau korang buat semua dari A-Z kecuali cabut gigi. Kalau pemasangan dan proses sebelum buat braces ni korang buat asing, maknanya bayar asing-asing lah.

Kau tahu aku nak bercakap rasa awkward, nak senyum malu, nak tunjuk gigi segan. Rasa nak sorok muka dalam guni. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Ahaks.

Oh ya. Penjagaan dan barang-barang yang wajib (?) korang ada selepas pemasangan braces akan diberitahu dalam entri yang lain. Serius aku lupa nak ambil gambar klinik gigi ni. Tunggu next appointment okay. 2 November. Lulz.

Yang mana bersungguh-sungguh nak pasang, boleh contact Klinik Pergigian Impian, Melaka, 06-2826653. Dr. Zahar yang akan bertindak dalam pemasangan braces. (Ex UKM uols!) Very neat and quick. The most important thing is, it is not painful. Klinik ni bertempat di Plaza Melaka Sentral, tingkat satu (atas kedai gunting rambut), sederet dengan Ar-Rahnu.

Till then! Tata. Thank you for reading.

Ps: Suka berlari? Nak lari sejauh 5KM atau 10KM sambil beramal? Kalau suka, sila klik link ini. Pink Ribbon Run 2016

XOXO,
Aen.


Tuesday, April 30, 2013

Tuan Tanah Kokdiang #1 : Habit makan

Assalamualaikum. Sat na. Nak mintak tolong. Hampa tolong cek kira sikit berapa lama cek tak usha blog cek sendiri ni? Cukup ka pakai kaki tangan? Ka nak cek panggil teman hampa yang lain? Kehkeh.

Hai hello semua! It's been a while since my last post. No, tak a while sangat pun. Tak payah nak menipu sangat Aen oi, dah berbulan bulan. Laman sesawang pun dah ada spider web. Patut deactivate je akaun blog ni yedok?

Apa agaknya cerita tuan tanah ni kan? Entah, makin kurus. Seluar makin longgar, pipi makin bertulang, mata makin sembab. Stay up tu makanan rasmi. Makan tu aktiviti yang rasmi cuma bila busy sangat, makan segantang nasi pun tetap tak mampu nak naikkan badan mak, jaaaaaah oiii! Rasa macam zombie dah sekarang. Kalau korang tengok lah cerita Warm Bodies, aku yang tengah koyak kulit nak jadi si bony. Mungkin akan jadi lebih pantas dan efisien. (eh sempat nengok movie uolllls, tak sempat tengok ironman lagi ni.)

Stop Aen, stop merapu. Okay.

Korang kena tahu. Disebalik poker face aku tu, aku ada ciri ciri personaliti yang tak kurang gentarnya nak dibandingkan dengan retis retis di Malaysia mahupun antarabangsa. Aku cerita satu lah. Pasal taste buds. Tahu tak taste buds? Cuba jelir lidah sat. Jelir lah! Bukan ada orang nampak pun, kau sorang je tu. Cuba tengok apa yang ada? Bintik bintik tu taste buds (in a very simple explanation, senang). Sekelompok functional group yang fungsi dia untuk merasa makanan yang menerjah ke lidah anda.




Aku punya deria rasa sangat sensitif. Sampai aku jadi terlalu cerewet. Sampai aku sendiri stress tak dapat makan makanan yang orang biasa makan. Contoh, yang famous, 'Medium rare beef steak'. Kalau dia terjah atas lidah aku, taste buds aku meronta bagi maklumat kat anak tekak dan segala struktur seangkatan dengannya untuk tolak balik makanan tu keluar. Hebat kan taste buds aku? (kekwat betui iols ni kan)

Aku bagi contoh kalau benda pahit. Macam sawi? Atau khailan masak belacan? Pergggggh sentap gila makanan feveret orang aku tak boleh terima. Seteresssss tahu? Nutrisi kot. Kalau part masin, manis pun sama. Tapi itu sangat berbaloi lah. Kurang risiko aku nak kena kencing manis dan darah tinggi. Good job taste buds.

Masam? Masam aku okay je kalau jeruk, buah macam tu. Cuma aku tak boleh terima kalau lauk pauk macam tomyam, macam masak lemak belimbing kecik tu, yang sepatutnya menangkap anak tekak biar dia telan segala yang terhambur atas dia. Tapi malangnya. Tak, aku tak boleh.

Yang peliknya. Pedas aku kurang deria rasa pulak. Aku rasa dia pedas (kang tak rasa tak lalu makan pulak), cuma aku xada mood nak respons dengan tahap kepedasan tu. Tapi aku kira okay lagi, setakat orang normal campuran Melaka dan N.Sembilan. Mak, nogori. Ayah, melakau *eh. Ayah aku, cili padi buat ulam. Tak ada cili padi tak nak makan. Dia akan test cili padi dulu, dah puas hati dapat yang gred yang paling pedas, berselera berpinggan pinggan. Yang aku pelik, xcirit, gastrik atau buasir pulak ayah aku ni. -.- (hebak hebak)

Pembaca-pembaca sekalian (eceh!),

Aku tak makan mayonis. (masam). Aku tak makan sponge cake atau brownies atau biskut biskut raya yang tersohor. Tak, aku tak makan. Aku tak makan sayur sayur bandar macam brokoli, tak, aku tengok rupa pun geli, harap maaf. Aku macam sayur cekur manis, aku makan kangkung goreng belacan, aku makan kacang buncis goreng, lobak merah sebab ada defisit fungsi mata atau rabun jauh. Aku tak suka sushi yang mentah sebab rasa nak terberanak tekak aku bila rasa. Tak makan kambing sebab bau hamis dia kuat sangat (sama rasa macam daging ostrich/burung unta). Tak makan kari, atau lauk pauk yang berempah. Tak suka macaroni cheese. It tastes like milk because I really hate fresh milk.

Apa yang aku makan? Kalau dah semua tak makan? Aku makan nasi putih, makan ayam goreng dan makan benda simple yang senang tak kompleks dalam rasa dan bahan bahan. Makan sambal. Sambal goreng mak aku power siot, boleh buasir dibuatnya bagi yang tak biasa hahaha sorry, censored statement :p Aku just makan cheesecake. Gila cheese tapi tak makan macaroni cheese, baked lasagna, agak ketidak-betulan jugak lah kat situ kan? (Aen memang sengal, serius jangan kawan dia). Biasa western foods aku prefer, chicken chop, fish and chip, full cooked steak, dan yang tak ada lebih atau defisit dari segi rasa. Sebab kalau lebih serai pun aku boleh detect.

Yang penting. Aku anak campuran nogori dan melakau yang tak suka sangat makan masak lemak cili api dan asam pedas. Aku suka sambal sambal dan sambal.

Aku tahu teruk, tapi apa boleh buat, taste buds aku dah set dia punya kriteria makanan yang dia nak, dia hantar maklumat dekat otak bahagian cerebrum sedih kan? Aku tau. Banyak benda aku tak lalu makan. Benci.


Tapi semua orang tak perfect, kena terima kekurangan diri.

Eh nak ajak makan? Oh ajak je, sebab dalam kedai tu banyak menu yang aku boleh pilih ;) Senang je nak makan dengan aku sebenarnya. Hakhak, saja explain sesukar yang mungkin. Kehkeh






By the way, a very short-term--written-long-essay to read. See ya soon. Ask me whatever you want. Especially post-SPM students. I'll try to update about post-SPM path choice. Thank you for reading this infamous blog from infamous blogger.

Love,
Aen. 

Saturday, January 19, 2013

Nikah Kahwin.

I'm so into marriage right now. The feeling of nak kahwin. Ada suami jaga. Nak pegang baby. You know. Setiap kali aku nampak baju baby. Mesti pegang perut. Fikir. "Baby dalam perut nak pakai baju apa bila dah melihat dunia nanti?" Hahahaha. This is so insane. Rasa macam gila isim pulak. Eh. Please tipula kalau you guys tak rasa apa yang aku rasa. Kan. But then when I take a deep breath. I know this is just not right. Bukan nak kata yang benda nikah kahwin ni tak baik tau. Tapi benda ni macam you have to take it slowly. There's a lot of things to think of. Macam contoh. Diri masih tak matang. Meroyan hentak kaki kalau tak dapat naik roller coaster. Melalak macam orang gila kalau tak ada kereta ke apa nak keluar. And the thing is. If you guys ada suami. Semua kena dengar cakap suami. Mesti rasa tak bersedia nak dikawal sepenuhnya oleh suami. Eceh. Tak. Benda tu bukan tak bagus, baguslah kalau dah nikah nanti. But then. I think. The time is not now. Really not. Pandangan aku je. Kalau orang tak setuju I'm sooooo sorry. Masing masing ada pendapat kan.

By the way. Orang macam aku. Sangat perlukan jati diri yang kukuh sebelum nikah kahwin ada suami beranak pinak. You know why. Because I'm a shy girl. Mihmihmih. Yang mana kalau nampak baby nak pegang. Nak main main tu. Segan. Rasa macam muka pakai blusher. Then ada unggun api sipi sipi dekat muka. Merah uolls 

Persediaan yang penting adalah. Agama. Ilmu pengetahuan mengenai agama. Dan aku sangat tahu yang aku kurang betul part tu :'( Jadi kena berusaha untuk itu. Kebetulan pulak medic ni susahnya mak aih. Takut terabai pulak laki. Kesian setiap malam jumaat tak diisi. Eh?

Serious medic ni susah. Nak manage diri sendiri pun kelam kelibut. Dan aku rasa meniaga tu salah satu nak didik aku supaya sangat bersabar, mematangkan diri yang sangat keanak-anakan ni. Yelah. Baru sebulan lebih sikit je masuk 20 tahun. Dan mengajar aku untuk berani mengambil risiko. Kan hadis nabi kata 9/10 rezeki tu datang dari perniagaan. Eheh. Okay part ni aku dengan dia sangat berbeda. Dia memang takut part ambil risiko. Sampai aku pernah cakap, "I harap you berani ambil risiko dengan I. I ni kan berisiko." Hoh. Walaupun abang dia dah nak kahwin dan selepas itu memang sepatutnya gikiran dia. We just have to act cool. Relax. Masa akan tiba. Hewhew.

Merapek. Okay. Yang penting. Yang dah nak kahwin tu. Semoga berbahagia. Manakala yang sudah bertunang tu, jaga ikatan pertunangan anda dengan baik. I mean bertunang yang parents tahu tau. Tau. *ehem* Yang dah kahwin bakal beranak seperti Dena Bahrin dan Irine Nadia. Omg, tak sangka kita sama umur. Wakaka. Irine. You junior my mrii dulu. Ahaks. Dia takkan baca pun post ni kan? Who the hell I am yang sampai dia nak baca. Jangan share anyone. Oh siapa aku yang sampai orang nak share -.- K mengarut. Selamat beranak kalian. Jangan lupa insta gambar baby banyak banyak. I would love to see your babiessss. :)


K bye. Update guna phone time on the way nak pergi JB dengan mak sangat cool yaw.

XOXO,
Aen.

Tuesday, January 1, 2013

2013.

Assalamualaikum. Hai.

HAPPY NEW YEAR!

Nothng much to write. Wishing all of you all the best.

Wish me luck for my final examination.

And to those who are struggling to pass the examinations, all the best guys.

Leave it to Allah.

Azam? Leave my hectic life. Belai diri sendiri dengan kasih sayang.

Kalau nak perubahan. Jangan lupa istiqamah. Itu kunci kejayaan.

Akan kembali selepas final.


Love, Aen.