Monday, October 28, 2013

Love Letter To All SPM Candidates

Assalamualaikum dan hai sayang-sayang sekalian. Terutamanya yang hati tengah geli-geli kena cuit dengan SPM. Jantung berdebar-debar. Darah dah naik ke muka macam ala-ala pakai blusher gitu. Lagi dahsyat daripada jantung jatuh bedebuk akibat penangan cinta yedok? Hehe. Iols pun pernah jugak. Walaupun tak berapa nak cemerlang (sebab tak dapat pergi oversea, ehem).




Recently, aku ada terima beberapa email daripada adik-adik comel yang tengah nervous jantung lub dub lub dub ibarat baru lepas marathon dalam satu Pavilion (kes shopping tak ingat dunia agaknya). Tak pun ibarat tengah lalu bawah susur gajah berpagar. kat atas ada, zombie kejar, standby nganga mulut ala ala World War Z gitu. At least WWZ ada vaksin konon-konon zombie takkan kunyah diorang dah. SPM tak ada pulak vaksin genius ke apa kan? Kalau ada, don't worry, aku mesti jual heh.

Soalan 1 : Tips menghafal untuk subjek yang banyak nau benda nak baca.



Jawapan : Tak ada tips yang senang melainkan khatamkan satu buku text yang ada ditambah pula dengan perisa buku rujukan yang dua kali ganda tebal daripada buku teks kalian. Pentipu tau kalau sikit pun adik-adik tak ingat apa yang adik baca. At least dapat jugak ingat nama-nama topik yang ada. Kan?

Kalau aku, cara nak senang ingat, buat anologi sendiri. Mungkin rasa macam ada beberapa anologi yang rasa macam tak senonoh. Tapi kenapa nak fikir deep sangat kan? Sebab benda benda macam tu yang kita senang nak ingat. So why not?

Contoh : Mitosis (PMAT, Pak Mat Ada Telo). Prophase : Kita assume sekarang dalam satu dewan ada 4 couples. Each couple we assume as one. So bila bercouple ni, confirm macam tebal sikit kan? So okay, key point dia, THICKENING. Next, Metaphase. Okay lining up lah nak daftar kursus kahwin ni kekonon. Then nak kena separate pulak. Lelaki duduk dengan lelaki, perempuan duduk dengan perempuan. So, it's anaphase, kena tarik to each pole. Lastly, Telophase, final division of the two groups. Yang penting kena ingat, start as 2n, final result pun 2n. Start as 4 couples, final group ada 4 person.

Ada orang yang suka buat concept map. Tulis keypoint je. Then bila tengok keypoint, terus keluar bulb atas kepala dan dia senang nak jawap soalan.




Praktis buat soalan untuk semua topik. Kalau tak boleh jawap, ulang baca topik tu. Yang penting. Baca dulu sampai habis. Kalau tak, bukan ulangkaji namanya. Banyakkan minum air mineral. Banyak sikit oksigen dalam otak, untuk senang kita nak berfikir.



Soalan 2 : Jantung dah jatuh bedebuk. Macam mana nak elakkan adrenaline rush?




Jawapan : Cukup tidur. Nak elakkan jantung jatuh bedebuk tulah.

Sebelum masuk dewan tenangkan diri. Kalau ada gegula. Kunyah dulu.

Masa nak masuk dewan, langkah guna kaki kanan sambil baca bismillah. Duduk je terus baca doa penerang hati, especially doa 'Robbi Shrohli Sodri . . ." Nak kurangkan nervous tu. Aku kalau join mana mana pertandingan lepas baca mesti macam konfiden je walaupun tak menang kehkeh. Lepas tu awal-awal sebelum selak kertas soalan tu, baca 'Robbi Yassir Walatu Assir Ya Karim'. Biasa orang suruh baca masa jumpa soalan susah. Tapi apa salahnya kalau baca awal-awal kan? Mana tahu soalan pertama susah? Heh.

Kalau tak boleh jawab, selawat tiga kali dan terus lompat pergi soalan seterusnya. Jangan biarkan diri stress dengan soalan yang tak boleh nak jawabkan. Bila dah ke hujung kertas, baru pusing balik pergi soalan tadi. Kebiasaanya otak dah cool down sikit. So tetiba je bulb keluar, kita rasa senang nak jawab. InsyaAllah.

Lagi satu, minta restu mak ayah dan cikgu-cikgu sekali. Itu penting. Dan yang amat penting, DOA :)


Soalan 3 : Soalan mengira macam mana?



Jawapan : Practice makes perfect. Jadi. Praktis. Hafal formula tu penting. Dah lama tak study math sejak dua menjak berkecimpung dalam bidang 90% human biology ni hehe.



Soalan 4 : Lepas SPM nak ambil apa?



Jawapan : Well. Cuba gali balik post yang ada label motivasi. Mana tau ada kat situ? Haha lupa lah.


Sebenarnya aku tulis entri kali ni khas untuk SPM candidates je. Tapi insyaAllah applicable untuk semua yang akan menduduki peperiksaan. InsyaAllah. Jadi terpulang pada diri masing-masing. Boleh ambik yang mana sesuai dengan diri sendiri. Dan yang mana tidak tu, boleh dijauhkan. Semoga dapat manfaat daripada entri yang tak seberapa ni okay?

Kalau ada soalan, boleh email aenrhapsody@gmail.com. Aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua adik-adik yang tengah bekerja keras untuk SPM. Majulah korang untuk negara! Adios.

P/s : Aku pun tengah nervous. Esok ada long case presentation. Ugh. Tulis blog untuk hilangkan nervous. Lalala~

XOXO,
Aen.

4 comments:

Muhammad Irfan said...

Hai , Saya Masih baru dalam Dunia Blog ni . Mintak Tolong tunjuk ajar ye Mari Singgah Blog saya :)

http://i-irufan.blogspot.com/

ika zulkefli said...

yeah spm dh nk dekat.. wish for my cousin juga, gud luck ye adik adik semua,:)

Strider English said...

good advise..ade presentation ke esok??well, my advise is dont read what on the board..tell them a story on whats on the board..

ღ αεn ツ said...

Irfan : I will. Thanks :)

Ika : Good luck untuk your cousin jugak! :))

Strider English : Yes I do have presentation. W/o slideshow :) I have to remember all of them using my tiny brains :) Thanks for your advice.