Tuesday, April 24, 2012

The Pepper Lunch. Sizzle it your way!

Hi :)




By the way, hari tu (dah lupa hari apa, yang penting hampir dua bulan yang lepas, entri ni baru publish, hoh) aku dan DayahDior (seperti biasa) pergi Pavilion lepaskan tekanan. Mesti ada orang cakap, asyik Pavi je. Tu je yang dekat ye dari fakulti, naik Monorail, berhenti dekat Stesen Bukit Bintang. Dan baru-baru ini aku baru tahu yang lagi dekat kalau berhenti dekat Stesen Raja Chulan. Ah lame me! Hotspot aku untuk makan kalau dari kolej, pergi Ampang Park. Kalau tengok wayang, Time Square :)


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa.


The Pepper Lunch. Sizzle it your way.


Pepper Lunch Pavilion




Pendapat aku dengan dia punya hiasan dalam a.k.a interior design, mostly modern style, tapi dia punya lampu tu melambangkan ciri-ciri lampu jepun. Jadi, dia campurkan dua elemen tu untuk nampakkan restoran ni naik serinya. Okay. Suasana tenang lah masa mula-mula masuk. Bila dah masuk angka 1 je, dah penuh dan bising, normal lah tu kan. Lunch hour.





Soft serve - Passion Fruit. So let me show you our appetizer. Orang lain mungkin gelarkan dia dessert. Tapi aku suka makan awal-awal, sebagai pembuka selera. Sumpah manis nak mampus. Hahaha, okay, lepas ni nak pilih flavour lain pulak. Ada flavour, mango, caramel kinako, green tea dan seperti gambar di atas :)


Bertepatan dengan slogan restoran ini, memang kami kena gaul-gaul dan masak sendiri. Ye, mula-mula memang blur gila. Apa ntah nak buat dengan benda yang berasap-asap ni. Sampai rasa macam kena steam muka, macam sauna pun ada. Hoh. Nasib baik waiter dia tolong tunjukkan. Trimas, Mr. I-Don't-Know-Your-Name :)




Beef Pepper Rice. Berdasarkan dengan apa yang aku rasa, ada nasi tu butter rice, lepas tu ada lagi butter kat tengah tengah nasi tu. Dia punya corn memang fresh gila. Dan daging dia, sangat sedap sekali. Mula-mula aku tak confident pun yang daging dia akan masak kalau aku setakat gaul-gaul macam tu. Tapi tersilap ye, memang kena kacau bodoh-bodoh je. Dia cakap kalau berhati-hati sangat, nanti hangit pulak. Okay. Kacau seserabai rasa :)




Salmon Pepper Rice. Okay, mainly yang lain sama dengan atas, dengan apa yang aku mention except for the salmon. For Dayah, rasa salmon dia sangat great, yelah salmon rasa salmon lah kan. Haha, cuma aku tak suka salmon, jadi maknanya kalau kau tanya aku sedap ke tak, aku cakap, tak lah. LOL :P Tapi serius, sedap sebenarnya except salmon, errrr *for me



Kenyang. Nampak macam sikit (nampak jelah) , sekali makan, rasa dah tak larat. Haha. Okay, you should try, jangan ragu-ragu di situ :) Rasa dia sedap dan sedap. Lain kali kalau aku datang, nak makan steak dia pulak. Nampak marvelous! Kalau ada masa nak keluar lah. Sem ni sangat sibuk dengan aktiviti nak cari merit. Dengan aktiviti peringkat Universiti -.- Kus semangat.


Nak tahu lebih lanjut mengenai Pepper Lunch dan cawangan-cawangannya di Malaysia? Boleh layari Pepper Lunch :) Jemput datang dan gembirakan perut anda. Babai ^^


XOXO, Aen.

Friday, April 20, 2012

Shizens - South Korea Natural's cosmetics

Assalamualaikum. In my previous post, I told you that I will write about girly post. Kan? Dah ini dia :)


Actually sebelum aku beli benda-benda alah di bawah ni, aku merayap, shopping menghabiskan duit dekat Pavillion. Nak singgah Farenheit yang masih lagi area Bukit Bintang sebab nak masuk Star Dust belikan hadiah Iris. Star Dust ni kedai cecomel warna pink. Mainly jual teddy, toys dan banyak lagi barang dari Korea. 


Dayah tetiba excited dengar satu jurujual Shizens bagi keterangan tentang barang-barang dia. First thing, Lip Painter. Lepas tu Sun Balm. Last sekali benda yang nak panjangkan bulu mata, Eye-Charm (yang aku try tapi tak beli pun, nampak macam panjang gila, hoh).


Okay, stop it. Now kita cakap pasal produk tu okay.


Mineral Sun Balm.



Price : RM168

An ultra-light (non-greasy) cleansing cream formulated with natural ingredients of grape seed oil and meadow foam seed oil removes dirt, oil and heavy make-up residues thoroughly, leaving skin refreshed smooth and soft.  
This natural extracts and Vitamin E (in aloe vera) rich cream builds up your skin’s inner moisture reserves to improve texture, clarity and resiliency.

Usage : Smooth over face and gently massage in circular motion for a minute. Rinse off with tepid water.


My testimony : Basically, I didn't use any compact powder after use this. Seriously. Dah dua bulan dah. Yelah, kenapa nak guna compact powder lagi kan. Benda ni dah ada SPF50. So no need. Except kalau korang nak nampak cerah sikit, hee. *pardon me* Mainly sunblock :) Tak berminyak dan tak mengeringkan kulit. Belum cuba belum tahu. Okay, harga  aku tahu mahal sikit. But worth it, bila kau hanya guna dia, without any other cream lagi, for one to two years. Bukan ke lagi berbaloi? Kan? Sebab if I count the price that I should pay for using creams and compact powder per year, they should be up to more than RM200. Tapi yang ini, RM168 for two years. Hmph, sangat jimat di situ :) 



Lip Painter.




Price : RM110+/-





Lip painter is a dual function lip treatment that transforms lip into natural rosy colour with firming effect.

Step 1
Lip tint is a natural active ingredient lightens dark pigmented lips into natural rosy tones within seconds and last whole day; use twice daily for both preventive and correction use.

Step 2
Infused with Vitamin C and collagen production properties, this specially formulated lip plumber gloss minimize the formation of fine lines and moisturize dry cracked lip, use daily for effective result.




Taraaaaaa :D Okay, bibir yang atas, selepas dua bulan guna.Bibir yang bawah, masa baru sapukan STEP 1 tu. Tak banyak beza dah kan? :) Nampak basah sebab lepas pakai terus ambik gambar.Ignore part bibir yang menggelupas tu, gatal pergi tarik tarik kulit -.-

My testimony : Sama jugak, dah guna dua bulan. Dan bila tak guna, bibir still the same, tak pucat. Dia suruh aku test sebulan dulu. Dan dia tak tipu pun. Produk ni macam tak terusik pun bila guna. Hoh, kata dia tahan 1-2 years jugak :) Yang lip gloss tu (step 2), dia macam mint sikit, dan nampak bibir lagi menyerlah lah kalau guna dia. Aku jarang guna, kalau merekah je guna :) Yang ini tak ada lah recommended, sebab ada yang tak suka lipgloss atau nak cerahkan bibir nampak natural. Tapi bagi aku, bibir tu kena nampak segar sikit, biar bila orang tengok nampak okay sikit.


Hidayah's testimony : Dengan apa yang aku nampak, bibir dayah nampak fresh sebab dia ambil ubat asthma (salbutamol) so, ada effect pucat lah kat dia. Bila dia guna, totally different. :)


So what you're waiting for? Go and get them!



XOXO, Aen.


Tuesday, April 17, 2012

Sudden and early marriage?

Assalamualaikum and hi.



Maceh incik google.


Hi people, forget about my examination or I rather called it as a test, suicidal test, exactly it is. How's your life? Having a good time huh?


Regarding to my topic above, what do you think about sudden and early marriage? Of course it's allowed in Islam :)


Dan sebenarnya siapa yang sangat meninginkan perkahwinan di usia yang muda ni? Of course for sure absolutely definitly I strongly sure that, remaja macam kita-kita ni. Okay, aku awal dewasa, dah 20 tahun. Masih muda dan bergetah.


Dan kenapa sebenarnya? Mengelakkan maksiat, dan yang ini kalau dah ada rasa something yang make you excited like adrenaline flows around your body,  and the feeling of wanted to be touch aroused, tolong, anda sudah wajib kahwin. Bagitahu your mom and dad, kalau berani dan umur masa tu sudah dikira matang untuk berkahwin.



Oh, shoo sweet ;)


Baik atau tak kahwin awal? Mestilah baik, sebab actually for good reason macam I stated above. Lots of evidences dah keluar, kalau kahwin awal masa belajar, I can get 4.00 in final exam. Whoa, siapa tak nak kan?


My opinion kepada yang nak pandangan simple tetapi terketuk dekat kepala macam terlanggar tiang konkrit besi yang belum bersimen, baca ni.


Tak salah kahwin di usia yang muda. Banyak khasiatnya. Di samping mengelakkan berlakunya noda noda hitam, boleh juga melatih diri supaya lebih matang. Tetapi seelok-eloknya, matangkan diri terlebih dahulu, buat persediaan yang rapi macam askar nak pergi berperang. Sebab kalau terus terjah je, senapang entah ke mana, body entah ke mana. Kan?

Tanggungjawab. Sudah bersedia nak pikul? Ibarat diletak beban 100 kilogram atas bahu, 100 kilogram dirantai pada kaki. Mungkin manis itu ada bila kita fikir hanya berlandaskan perasaan, nafsu yang kalau kita ukur, pecah thermometer tu? Tapi cuba istikarah, letak hati hanya pada Allah, agak-agak apa outcome dia? Mungkin berbeza bukan?

Dan lelaki, berani untuk bertanya kepada yang sepatutnya. Kerana kami, wanita, perlukan lelaki yang mampu dan berani. Sebab kalaulah one day ada lipas lalu depan mata, aku nak korang yang halau. Jangan dua-dua lari sekali. Haha, okay ini kiasan. Lepas tu dah boleh guna tali dahulu. Baru guna gam. Jika anda faham maksud saya, anda sangat pandai. Bagaimana mahu memahami? Relate kan fungsi kedua-duanya dalam kehidupan manusia.  


Tepuk dada tanya iman :) Assalamualaikum.






Kita ni kalau tanggungjawab pada ibu bapa pun goyah, bagaimana nak memikul tanggungjawab terhadap bakal keluarga sendiri? Ask yourself.

P/S : Lepas ni saya janji akan hapdate pasal barang wanita okay. Asyik post macam ni je:/

XOXO, Aen.

Friday, April 6, 2012

Kes Pembunuhan dan Penculikan.

Assalamualaikum, hai :)

Dah habis kesibukan yang melanda bulan Mac yang lalu. So, dah melangkah kepada bulan April yang kurang sikit kesibukan dengan aktiviti UKM. Tapi, lectures melimpah ruah untuk diulang kaji. Nasib badan sebagai pelajar universiti, kena terima aja lah :) Alah bisa tegal biasa ^^


Yes, berkenaan tajuk entri kali ini, memang betul ada dua kes yang berlaku dua hari berturut-turut.


-----------------------------------------------------------------------------


Kes pertama pada 2 April 2012, iaitu pada hari Isnin. Di mana seorang lelaki ditemui mati ditembak di dalam kereta. Mayat dijumpai berlumuran darah pada jam 5 petang. Kejadian ini berlaku di tempat meletak kenderaan berhadapan pintu masuk Kolej Tun Syed Nasir, UKM (yang mana kalau aku jalan kaki dari pintu pagar masuk ke parking lot tu, kurang 5 saat). Juga berhadapan denga Taman Tasik Titiwangsa. *gulp.


Mula-mula kes ni tak adalah seram sangat, yelah, mungkin tiada kaitan langsung dengan budak-budak kolej. Cuma kes berlaku di hadapan kolej kami je. Okay, boleh tenang lagi, cuma kena berhati-hati jugak lah kan.


------------------------------------------------------------------------------


Kes kedua, keesokan harinya pada 3 April 2012, iaitu pada hari Selasa. Seorang pelajar cina Kolej Tun Syed Nasir, hampir-hampir saja diculik oleh lelaki yang dipercayai warga Indonesia pada jam 1-2 petang. Blok B, aras berapa tak pasti. Yang pasti, Blok B ni sebelah Blok A (blok aku), yang mana aku boleh je pergi sana, sebab ada bridge yang link kan. Wohooooooo. Fine, yang ni dah seram. Sangat seram!


Pelajar tersebut sudah diseret ke dalam kereta, sedang bergelut, mangsa tercedera di leher pabila terkena prang penjenayah tersebut. Nasib baik masa tu, dia dah boleh menjerit, dan berjaya melepaskan diri. Suspek pula sempat melarikan diri dengan kereta Peson berwarna silver. Muka suspek hanya di cam oleh beberapa orang saksi termasuk mangsa.


-----------------------------------------------------------------------------


Nasib baik mangsa terselamat walaupun ada minor injury. Kalau tak,? Huish, mintak jauh.


Seriously, sekarang kalau aku nak pergi toilet je, aku mesti tengok kiri kanan depan belakang. Intai dulu toilet, ada orang asing tak. Yelah, mana taknya, kejadian bermula di toilet. Aku dahla selalu stay up, keluar pergi toilet 2, 3 pagi :(


For me, hostel should be the safest place after home. Tapi kalau dah nak jadi tu, terima ajalah. Cuma kena tingkatkan keselamatanlah. Lepas tu, kolej aku dah tambah curfew termasuk menghadkan kemasukan pelawat. Mak aku ni, tak tahulah lepas ke tak nak masuk kolej hari ni. Aku tak nak jalan kaki keluar :( Banyak pulak barang aku ni.


Jaga diri, jaga diri. Tu yang kena terapkan sekarang. Berdoa agar kejadian yang sama tidak berulang. Itu wajib.



XOXO, Aen.