Saturday, September 28, 2013

Braces #1 : Kos dan Proses


Assalamualaikum. Hai. Oh okay agak lama tak update sebab terasa macam tak ada benda indah jadi dalam hidup haha. Lulz, makin lama makin nampak hambar sangat hidup ni. Banyak je benda yang jadi, cuma aku ni jenis malas nak mengarang sejak dua menjak bertwitter beberapa tahun lepas. Ehem. Hashtag #poyo.

Okay. Hari ini, bersamaan 28 September 2013, aku dah buat temujanji dengan doktor gigi. Untuk rawatan ortodontik a.k.a braces. Dan keputusan ini selepas aku reveal gigi yang berbraces dengan getah/rubber baby pink tu, banyak sangat soalan yang sama bertubi-tubi singgah di laman twitter. Ibarat retis yang baru buat plastic surgery nak cantikkan hidung, up kan pipi, masukkan silikon, ouch.

Jadi dengan lafaz Bismillah, aku harap korang terima jawapan retis aku ni dengan hati yang terbuka.

Aku mengalami masalah deep bite (mungkin bahasa melayu berbunyi gigi tenggelam ke dalam). Jadi, gigi tu kalau dilihat dah gantikan gusi aku ni. Kalau korang ada gusi warna merah merah gitu, aku gusi warna putih. Dan keadaan itu mungkin (?) dah tolak gigi sebelah dia kebelakang. So separuh gigi tu memang ke belakang. So apa masalah dia kan? Molar teeth kot, orang tak nampak? Ke kau bajet nak ikut trend terkini? Pasang braces ubah kecantikan yang Tuhan kasi? Ouch.

Benar. Tak disangkal lagi. Memang tak nampak, yang itu benar. Akan tetapi aku bukan saja-saja nak habiskan duit beribu semata-mata nak ikut trend. Baik pasang braces pelesu tu? RM100 je kot, beli je kat blackmarket, online, hah uols, boleh tukar warna rubber everyday. Tak gitu?

Jadi kenapa? Begini. Bila gigi tenggelam ke dalam, gigi sebelah dia tertolak ke dalam, dia akan tinggalkan ruang kosong. Ruang kosong ni dia macam dah jadi hotel kat daging pipi sebelah dalam. Katakan aku tengah khusyuk makan tak fikir pasal gigi tu, kompem (angkat tangan kanan ke sisi bahu) memang tergigit, terus jadi ulcer. So benda ni macam every week jadi. Tak tahan iols. Gigi memang tersusun rata tapi masalah deep bite ni memang menyusahkan. Salah aku jugak lari masa doktor gigi datang nak cabut. (Punya takut dengan dentist T.T) Aku pun tunggu, cabut sendiri. Rerupanya dah tumbuh separuh. Nasib tak berlapis. Fuh.

Dah jelas? Kalau tak jelas jugak, entoh le.


Jadi sakit tak? How much? Ni soalan biasa. Okay let me talk about the process dulu.


Mula-mula sekali, sebelum dia proceed dengan braces :

          1) Cek gigi
          2) Moulding : Letak tanah liat dalam mulut untuk dapatkan struktur gigi


          3) X-ray : Untuk gambaran masalah gigi dengan lebih jelas





Kalau korang dah memang setuju nak pakai braces :


Biasa dentist akan cabut gigi kalau kau ada masalah ruang. Means, masalah gigi berlapis tu memang nak tarik ke tempat asal tak cukup ruang. Bagi masalah aku, Alhamdulillah memang tak ada masalah ruang (setakat ni). Sebab aku dah memang rasa nak meraung kalau kena cabut, nampak playar dia tu, peh. Doktor terus cakap, okay, tak payah cabut, boleh pasang harini. *cough*









Kalau kau ada masalah ruang yang tak berapa severe lagi lagi kalau kau muda lagi, (aku kiranya dah tua sebab dah tumbuh wisdom teeth) dia akan guna separator. Khas untuk bagi ruang kat gigi, so that gigi yang berlapis tu dapat tarik masuk tempat asal dan tersusun ala ala bendul gittew (bukan bumper jalan tu).

Bagi masalah yang teruk lagi, contohnya jongang dia mungkin akan cabut gigi dan guna separator, kes ini ada ok. Ada jugak jenis dentist yang nak test dulu sama ada gigi kau bergerak ke tak bila pasang braces if dia tak payah cabut gigi (yang ni aku tengah risaukan). Tapi kalaulah masa dah pasang, 1-3 months lepas tu tak ada perubahan atau pergerakan gigi, insyaAllah kau akan hilang sebatang dua gigi. Dan proses ni berkemungkinan azab dia Nauzubillah. Aku baca ada orang tu menangis tahan sakit, gigi nak gerak tapi gusi sakit. Jadi, hang fikirlah. *gulp*




Selepas selesai masalah ruang., sebelum dia pasang, scaling akan dilakukan. Tujuan dia nak gigi kau senang gerak masa pakai braces. Ni bagi aku (tadi), proses yang paling sakit. Masa gigi bawah, terasa ngilu. Bila dia buat kat gigi atas, rasa macam kena electric shock sebab memang sakit. Aku genggam baju macam nak koyak baju tu. Tapi masih boleh tahan. Jangan risau sangat.

Dan tibalah masa pemasangan braces. Ehem. Tak sakit. Yang ni memang tak. Tapi mungkin setiap individu akan alami masalah yang lain. Esp kalau gigi dia teruk. Mungkin sakit kalau dia letak rubber band nak tarik gigi dia ke belakang/ke bawah. Aku lupa nak tanya lepas ni aku kena pakai ke tak. Biasanya yang ada masalah over bite (jongang) yang teruk atau rahang senget, dia akan pakai rubber band tu.


Ini contoh bila gigi dah ada braces. Aku tak guna headgear tube (besi kliling gigi hujung).



Aku guna ni. Buccal Tube.





Rubber band




Ni namanya tayang gigi. Baby pink yawww.



Ini pulok tak nampak langsung, Tapi tengok gambar ni aku tau yang ada something kat gigi aku.
Ke aku je yang perasan?


Okay dah boleh cakap pasal kos. Yang ni orang akan fikir dulu sebelum buat keputusan nak pakai ke tak. Dalam berpuluh kali jugak.

Kos bukan braces (kos yang tak ada kaitan dengan harga metal braces tu sendiri) :

          Moulding : RM50
          X-ray : RM100
          Scaling : RM65
          Barang-barang yang dia provide (interdental brushes, ortho brush, wax) : RM33
          Cabut gigi : RM40-RM60 sebatang (yang ni aku tak ada)

Kos braces itu sendiri :

          Metal Braces : RM3800 (Depo : RM800. Monthly : RM150)
          Clear Braces : RM5000 (Depo : RM1500. Monthly : RM200)

Kos-kos yang kena bayar after pemasangan braces ialah : +/- RM1250. Ini kalau korang buat semua dari A-Z kecuali cabut gigi. Kalau pemasangan dan proses sebelum buat braces ni korang buat asing, maknanya bayar asing-asing lah.

Kau tahu aku nak bercakap rasa awkward, nak senyum malu, nak tunjuk gigi segan. Rasa nak sorok muka dalam guni. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Ahaks.

Oh ya. Penjagaan dan barang-barang yang wajib (?) korang ada selepas pemasangan braces akan diberitahu dalam entri yang lain. Serius aku lupa nak ambil gambar klinik gigi ni. Tunggu next appointment okay. 2 November. Lulz.

Yang mana bersungguh-sungguh nak pasang, boleh contact Klinik Pergigian Impian, Melaka, 06-2826653. Dr. Zahar yang akan bertindak dalam pemasangan braces. (Ex UKM uols!) Very neat and quick. The most important thing is, it is not painful. Klinik ni bertempat di Plaza Melaka Sentral, tingkat satu (atas kedai gunting rambut), sederet dengan Ar-Rahnu.

Till then! Tata. Thank you for reading.

Ps: Suka berlari? Nak lari sejauh 5KM atau 10KM sambil beramal? Kalau suka, sila klik link ini. Pink Ribbon Run 2016

XOXO,
Aen.