Tuesday, January 31, 2012

Takdir. Destiny. Don't deny,

Hei, I got time to blog, I got time you know - in my final week examination. Hari cuti Wilayah esok, untung lah untung lah :P


How are you? What do you feel? Do you feel miserable with your life?




What?!


Yeah, I felt miserable when I couldn't get what I want. Stay in depression, do mouth protrusion, lay down in prone position, don't wanna talk with people, and just stay in my-own-terrible-forever-alone-world.


Dululah. Masa diri sangat tak matang lagi.


But then I realized of something when I turned 19 years old. I have to change for good. To a better person, who only take positive things from a problem. Do you think you'll be okay if you're doing things as the red sentence above? Don't you think those will make you go worst? For God sake, I think I was toooo immature, who just think about myself. Dululah.



What kind of problem do you got? Break up with boyfriend/s? Your parents didn't give you I Pad for your birthday present? Or did you failed your exams?




Bernasib baiklah sebab kita cukup makan.


Okay, look around you. What can you see? Yeah, I know, a laptop or a pc in front of you, may provided with webcam. Your cellphone by your side, maybe android, got bluetooth, MMS and your bla bla bla. Do you think your problems are miserable enough? No, I would say no. Strongly deny it! Look how many persons are suffering right now. Palestin? Iran? Can't you see that you're better enough? Yes you can. Right? Of course unless you're too blind too see. Not your eyes, but your heart.


Break up with boyfriend, wanna jump out of the windows, jump into the sea, drunk, take drugs. Fail the examination, wanna quit studying. Didn't get I Pad, gonna hate your parents. For God sake, you're a loser. Boooooo. FACE THE REALITY, GUYS. Tolonglah ye. Or else, go slam your face at the door. Your pain receptor will be stimulated, and send impulse to your brain, and then you will feel the real pain. I repeat, REAL PAIN. Don't waste your tears or lysozyme which is in tears for a month. Cukup lah sehari dua ya.


Destiny guys. Believe in God. He creates you with brains. Most special creatures. Sedar lah ya. Sedar lah. There are a lot biochemical processes in your body. Your depression will disrupt them, especially your immunity system. Trust me. Modify your pain which is in your heart. Heart heart, not liver. Sigh, okay, Qalbu.


A lot of people lost their love one everyday. They still can face the reality and move on - doesn't mean that you're forgetting them, but it shows that you're mature enough. Pray sincerely. He could hear you :) Who will lend a hand when you got problem? Him, God, Allah.




Change yourself for good. Only you can decide what best for you. Kalau bukan kau, siapa lagi?




Til then. See you in February. Wish me best of luck, guys!


[UPDATE]

Ayah kepada kawan aku meninggal petang tadi. Nadhirah nama course-mate aku tu. Berat untuk hadapi dugaan macam ni masa tengah exam week. Pray for her father and of course for her. Moga Allah berikan dia kekuatan. Nasib baik esok hari cuti wilayah. Ada ruang untuk dia balik dan uruskan jenazah.

See people, thank to Allah, you still have your parents by your side. Most important, alive.

Al-Fatihah.



XOXO, Aen.

Wednesday, January 25, 2012

Seoul Garden ;)

Hai hai. Oh, sebenarnya aku malas dah update dah sampai habis exam. Tapi kan sebab ada orang request suruh aku update kalau aku pergi makan makan ke apa apa ke, aku penuhilah permintaan dia. Cissssss, bajet macam retis. Puih. Ahah!


Aku keluar nak tenangkan fikiran. Yelah, hari hari stay up sampai pukul 5 pagi masa study week ni. Bercadang nak tengok Underworld - Awakening and oh yeah oh yeah, superb, gempak, aku terkejut-terkejut, semart habis cara fighting. Cool gila Kate. Dia berjalan pun dah boleh buat aku terpesona. Konon lah :D




Tengah tengah fikir, nampak singa lalu lalang :D Yang tengah tu dah macam kena iring dah.



Aku dah rasa macam pelancong, kah kah



Inilah II ;)



Silau, dan tak ready. Sepet mata mata -.-


Well, rehat kejap sampai otak berpusing pusing, pening nak fikir nak makan kat mana. Suruh II tolong pilihkan tempat makan, pusing pusing satu Dataran Pahlawan tak fikir lagi. II ni pon satu, cisssss. Dia sebut semua fast food restaurant. Tak nak fast food, nak lunch ni :( So, dia bawak jalan-jalan pergi Mahkota Parade. Bawak masuk Seoul Garden. Ehem, ehem.




Tara tara tarangggggg :D


Okay, sediakan duit, dan kad pelajar anda. Untuk dapatkan discount. Aku punyalah menyampah II tak pesan bawak kad pelajar. Aku pun apa lagi, terpaksa buat muka budak sekolah, buat muka innocent, bagi kat pelajar masa sekolah menengah dulu, SMK Elit Lembah Bidong. Kakak yang jaga kaunter bayaran tu siap jengah dua tiga kali tengok kad aku. Nasib baik lepas. Hahah, maaf kakak. II pun guna kad pelajar Unimas dia. Padahal dah habis belajar, cisss, pentipu betul dua-dua ni. Jangan ikut contoh kami. Tipu sunat untuk berjimat. Lalalalalalala~



Price :)



Aku ni kan mata berseni, so aku teliti semua interior design dia. Aku rasa cun, dia guna blocking colours. Merah, biru, kuning, brown. Aku rasa superb lah. Yang aku tak puas hati (padahal okay jeeeee), tak ada orang greet masa masuk. Tapi aku rasa benda tu bukan masalah besar sangat pun. Saja nak komen, hihi.





Modern style right?


Apa makanan, minuman kat Seoul Garden ni? Cara makan pulak camano? Dah nama Seoul kan. Konon nak berlagak Korea sikit, makan cara orang Korea makanlah. Kalau rasa nak betul2 macam orang Korea, tiru macam aku. Bersila atas kerusi. Oh guys, make yourself feel comfortable. Ihiks. Ada steamboat, ada bako bako sikit, ke goreng ah? Err, ntah -.- Jaaappp, apa yang best sangat pasal Seoul Garden ni? Bayar, makan buffet sebanyak mana korang nak, sampai nak muntah pun tak apa! Pilih makanan yang banyak banyak kat bawah ni hahhhh.




Waaaaaaaaaa.




Whoaaaaaaaaa.


Lepas tu, kalau rasa nak steamboat, rendam je kat dalam tomyam kat mangkuk kat tengah tengah tu. Dia akan bagi jag, penuh dengan tomyam. Pandai pandai balance kan api kat bahagian tepi. Kang tebakoooo lak daging daging ayam ayam, or paling kurang pun, mendidih didih tom yam tu merecik recik kena korang. Yes, sangat panas dan pedih dan sakit. #pengalaman




Macam ni ye, cara cara dia :)



Ada ice-creams, ada banyak jugaklah drinks, soft drinks segala. Makanan, aku try coffee beefs, scezhuan beefs, tomyam chickens, curry chickens, garlic chickens, teriyaki chickens, and mussels. Fav aku, scezhuan beefs. Coffee beefs tu memang sejibik rasa coffee. Hahah. Fav II, teriyaki chickens. Scezhuan beefs rasa macam manis manis sikit. Lagipun semuanya dah kena perap awal awal dah. Tu yang sedap tu. Veggies? Heee, ambik lady fingers jelah. Okay la tu kan daripada tak makan sayur langsung. Dessert, aku ambik apple salad. Lupa nak ambil gambar tunjuk. Aku suka fruits, so, aku rasa memang best lah.




Besepah anak dara makan. Do I care? :P Hah, buah kat belah kiri tu.



Semangat II makan :D



 Jangan makan kat sini hari-hari ye? Bukan takut duit habis ke apa. Takut kena hypertension ke apa ke. Yelah, makan daging ayam jeeee. Alaaaaaaaaah, takkan nak bagitau semua rasa. Korang kenalah try sendiri. Kalau tak tak curious lah nak tahu kan? Syuh syuh pergi :D Ouh, Seoul Graden ada kat mana? Klang Valley, Penang, Melaka, JB. Ye ye, janganlah sedih orang yang tak ada sekitar sana. Kan boleh melancong. Maklumat lebih lanjut, klik web dia Seoul Garden :)




Buh-bye :)


Babai readers, followers, haters (ada ke?)


XOXO, Aen.

Monday, January 23, 2012

Usaha Tangga Kejayaan.

Panjangnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Maigoood, tak perasan. Baca dengan hati terbuka :)


Hidup memang tak seindah yang kita sangka. Memang pun. Tidur, mimpi yang indah indah, konon kena lamar dengan putera raja. Lepas tu putera raja bawak pergi jalan jalan, masuk taman bunga, petik bunga untuk kita, selit kat telinga (kalau dalam mimpi tak pakai tudung). Lepas tu masa nak kawen je, pufffff. Lenyap, terus jaga. Jam loceng berbunyi. Yes, memang selalunya macam tu. The best part mesti kena cut, takpun macam telemovie yang ending dia tergantung. Bangun tidur je mesti, aahhhhhhhh, ruginyaaaa tak habis mimpi. Yes, jangan tipu. Ramai macam tu.


Realitinya tak seindah tu pun. Dugaan melintang lintang datang. Siap hampar red carpet lah depan kita nak suruh harungi dugaan tu. Hahah. But then, itu life kan? Hidup yang sebenar. Memang pun tak semanis yang kita bayangkan. Tak semanis yang kita harapkan. Tapi dugaan tulah yang bagi rencah kat hidup kita, kalau tak ada, ibarat lauk tak ada ajinomoto. Tapi jangan letak ajinomoto banyak sangat, nanti dapat penyakit.


Hidup pun tak berapa nak indah, bila dapat tahu neurons kita akan mula mati bila berumur 18 tahun. APA NEURON TU? Errrr, cell dalam otak, kalau tak ada dia, flat flat lah korang. Pesanan Prof. Raymond, belajar bahasa sebelum 18 tahun. Tapi kalau ikut tahun aku dah 20 tahun (ikut bulan, baru 19 tahun 1 bulan). Jadi? Adakah miserable hidup anda lepas tu? Tidak mungkin lah. Kalau bagi budak bawah 18 ambil medic, I won't trust them to do the surgery or treat people. Kan? Eh, neuron dah start mati, macam mana? Ouh yeeee, usaha kan ada. Kalau ada keinginan dan usaha, apalah sangat setakat neuron dah start mati. Bukannya dia mati sekaligus, One by one maybe? Ada neuron spare part lah. Kita guna 10% je. Albert Einstein datuk aku tu, guna 20%. Kan banyak lagi tak guna tu? Antara rajin dan malas je. Alright. Apa kaitan otak dengan orang yang nak baca pulak ni? Ntah, aku pun tak tahu. Ahah. Boooooooooo, Aen! 


Siapa nak ambil medic? Angkat tangan! Errrr, ramai orang takut. Sebab apa? Orang cakap susah gila. Haah, memanglah susah kalau korang gila :P No no. Apa je yang korang belajar tak susah. Bahasa Melayu? Pun susah kan? Ntah berapa ramai anak Melayu yang fail. Melukis? Kalau senang, kenapa tak semua artist berjaya? THE REASON IS YOU! YOU! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kenapa selalu sia sia kan peluang yang ada? Kalaulah kita gagal sebab berusaha, bersyukurlah, sebab kita dah berusaha, Allah tengah uji kekuatan kita tu. Tapi kalau kita gagal sebab tak buat apa apa? Lame YOU. Lame lame. Parents akan senyum. Tak apa sayang, usaha lagi. Sejuk hati kalau kita gagal sebab usaha. Kalau tak? Tak rasa bersalah ke?


Aku teringat masa aku ambil keputusan SPM dulu. Dapat 8As 1B (bukan nak show off ye). Aku mimpi dapat 10A. Bila sedar, mana datang pulak lagi 1A ni? Cerita kat mak. Dia cakap, lagi satu lesen memandu lah tu kot. Mak aku confident yang aku akan dapat 9As. Bila dia announce nama nama kat atas pentas, nama aku tak ada. Aku dah perasan yang aku tak dapat straight As bila dia dah sebut nama kelas lain. Ye, aku tak tersenarai.


The first thing aku buat, pandang mak aku. She smiled. Aku terus sedih. Aku bukan sedih sebab tak dapa straight. Yang tu huruf je kot. Tapi sedih sebab aku tahu mak aku mesti sedih. Tapi dia senyum just to make me happy. I know. Mummy, I love you damn much! Aku pergi dekat dia, terus cakap, sorry mak. Mak cakap, tak apa, pergi ambil result tu dulu. Lepas ambil, mak aku terus bawak keluar. Dia tahu aku tengah sedih sangat masa tu. Pertama kali dalam hidup aku, aku tak dapat straight. Perasaan yang menyakitkan. I can smile, tapi mungkin nampak janggal kot. Mak terus bawak aku pergi jalan jalan makan makan. Balik rumah, aku memang dah tak ada mood, terus menangis puas puas. Masa tu aku rasa macam, aku tak bagi yang terbaik untuk mak aku. Ayah aku call cakap, okayla tu Aen. But then, hmph.


Matriculation. Aku ambil keputusan masuk sana. Dengan keputusan tu, aku tak layak untuk dapat JPA ke luar negara. Kimia kot yang B, susah nak pilih course JPA masa tu. Susah sangat. Okay. Aku dapat asasi PALAM. Tak pergi. Bagi aku, biarlah aku stay kat Malacca Matriculation College. Mula dari bawah. Medic tak ada dalam kepala aku lagi masa tu. Tapi, aku usaha je. Alhamdulillah, pointer semester pertama dapat 4.00. Tak ada arah tujuan lagi, sampai lah sebelum final semester dua. Orang cakap, Aen, ada peluang, jangan sia sia kan. InsyaAllah layak dapat. Haah kan. Why not? Alhamdulillah semester kedua aku dapat 4.00 jugak. Thank you Allah.


Bila aku fikir balik, kesedihan aku dulu ada hikmahnya. Kalau aku dapat straight, aku tak dapat nak janji aku akan usaha betul betul masa matrikulasi. Aku tak janji yang aku akan serius je tak main main. Hikmah. Ye, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Betullah tu :) Apa kaitan dengan korang? Kegagalan yang korang rasa, positif kan minda tu. Ambil sebagai pengajaran untuk shoot diri kepada yang lebih baik. Kita mana tahu masa depan macam mana? Mungkin aku dah ditakdirkan akan jadi doktor. Tapi kan, kalau tanpa usaha, aku rasa, masuk U pun tak dapat. Gagal sekali bukan gagal selamanya.


Yes, skema sikit. Bagi aku, medic tak susah, medic bukan tak ada life. Susah kalau tak berusaha. Tak ada life kalau tak pandai manage masa. Aku boleh je meronggeng ronggeng. Tapi ingatkan diri lah. Waktu belajar, fokus. Fokus dan fokus. Pesanan buat adik adik yang tengah sekolah lagi, kat asasi tu, matrikulasi terutama Melaka (ehem ehem) dan STPM. Peluang belajar dah ada, peluang masa, peluang nyawa, gunakan sebaik-baiknya. Ingatkan diri, ibu bapa tonggak utama kita, jangan kecewakan mereka. Jangan sia sia kan pengorbanan mereka.





XOXO, Aen.

Saturday, January 14, 2012

Capricciosa Pasta & Pizza.


Assalamualaikum, hai, hello :)


Tanpa dirancang, dayahdior ajak aku keluar teman dia beli barang kat Pavillion. Aku pun, hmph, why not, boleh cramp otak aku nampak lecture notes metabolism. Kena jugak release tension, kang study tak masuk apa-apa lagi susah. Barulah naya. Habis je lecture, terus gerak pergi monorel chow kit, menuju ke destinasi - Bukit Bintang.


First of all, teman dia beli hair accessories. Aku singgah Watson beli lipstick, lipbalm. Konon tak nak beli apa-apa. Tapi beli jugak. Okaylah tu daripada shopping baju, kasut ke apa.



Lapar, kena pergi makan! Jalan-jalan dulu, tengok tempat mana yang affordable, yang menarik perhatian. So, we found one! Capricciosa Pasta & Pizza.



Taraaaaaa :D Italian style of Japanese :) Authentic Italian Food :)



Layanan okay. Tempat dia simple dan menarik. Nice decor, nice interior design :) Sesuai la ajak kawan kawan lepak situ. Cuma kekurangan dia tempat dia terbuka lah, tak ada glasses ke apa ke. Memang tak ada dinding :)



Hai Dayah! :D



Fine, tak rancang pun. Tetiba je warna baju TERsama. Mata nampak bengkak sikit, yes I know :)



So now I wanna talk about food.




Taraaaaaaaaaaaaaa. Banyakkan kitorang makan. Dua orang makan macam makan tiga orang. Tak cukup meja, so lepas waitress dia nampak macam sesak semacam je meja kitorang, dia terus tarik tambah lagi satu meja. Fuhhh. Thank you , awak :)







Capricciosa Pizza. Chef's Fav. Makanan first yang sampai. Our expectation, this pizza maybe about 6 inches, dalam gambar nampak small. Bila dah sampai, gedebak, 12 inches. Hoh, sedap dia kalah Pizza Huts, Papa John. Harga, RM19.90. Memang masa tu rasa menyesal order benda alah lain. Kalau tau, beli satu pizza, satu spaghetti, sobs.





Ni Seafood spaghetti. Ada sotong, mussels, calamari. Tomato sauce spaghetti dia ada campur ikan sikit,  tuna. Yang ni pedas, urmmm, best! Yang aku rasa kureng sikit (actually sangat sedap, tapi aku je yang memang terlebih deria rasa) sebab ada rasa bawang, aku rasa macam pahit sikit. Tapi habis je lepas tu because I love seafood so much!





Pepperonccini with Steamed Chicken. Yang ni pulak, Dayah punya. Mula mula ingat ada pepperoni, tapi rupa-rupanya tak. Nama dia bikin konpius daaa -,- Rasa dia light, tak muak. Untuk siapa yang tak suka pedas, boleh lah amek yang ni. Untuk siapa yang suka pedas tapi nak yang ni jugak, ameklah dia punya lada, tabur banyak banyak :D




Pasta semua ada set sekali dengan salad and drink. Air dia boleh refill, so sesiapa yang suka minum air banyak banyak, memang untung datang sini. Refill lah berapa banyak kali korang nak :)





Sebenarnya sebelum jumpa Capricciosa, aku terjumpa benda ni dulu kat The Slice of Heaven. Strawberry Cheese Cake! Ada tujuh strawberries kat atas. Sedap! Kalau beli strawberries kat market, 10 dapatlah RM20++. So, baik beli kek ni, tujuh bijik strawberry, tambah cheese cake sekali. Harga? RM9.90 jeeeee!



Kenyang, perut ketat je, nak berjalan rasa macam tegang semacam je. Siapa yang tak try, korang bernasib baik tak alami nasib macam kitorang. Huhu. Tapi berbaloi sebab sedap dan affordable. Thank you Capricciosa, will come there again.



Alright, Capricciosa ada dekat Pavillion, Subang Parade and Sunway Pyramid. So, pergilah serbu kat mana-mana. Agak agak area dekat dengan dia, boleh lah call, suruh buat delivery ;) Layari Capricciosa Website untuk maklumat lebih lanjut.


Til then, tata.


XOXO, Aen.

Saturday, January 7, 2012

Isu bertunang mengikut Islam.

Assalamualaikum dan hadai. Ehem ehem. Akhir akhir ni aku selalu je perasan ramai budak budak muda, dan yang tak berapa nak muda kecoh mengenai isu bertunang mengikut Islam. Ramai yang dah gatal nak nikah lettew. Hihi.


Definisi bertunang, korang boleh rujuk kat sini, http://muzakarah.tripod.com/tunang.html, jelas sejelas jelasnya. So, aku tak perlu nak bagi penerangan panjang panjang macam cikgu cikgu kat sekolah. Bila semua baca yang ni, mesti semua couple excited nak melafazkan lamaran, dan si perempuan excited nak menerima, yelah excited nak jadi tunangan orang. Ye ye aku tahu ramai yang macam tu.


Tengah berjalan jalan dalam muka buku, aku ternampak satu printscreen yang orang share daripada FB Ustaz Azhar Idrus.



Ye, aku tahu glamour gila soalan ni, ntah berapa ramai yang share ntah.



Otak aku tengah sesak dengan metabolism module, so aku dengan rajinnya, tengok komen komen kat bawah gambar ni. Dan aku terjumpa satu komen yang panjang berjela yang mungkin ramai yang tak perasan tentang kewujudannya. Yelah, semua fokus pasal isu bertunang kat gambar atas tu. Tak ramai yang fokus tukang komen.




Bagi aku, satu penerangan yang bernas untuk yang mengetepikan ibu bapa.


Memanglah pertunangan tak elok di uar-uarkan, takut menimbulkan fitnah dan masalah masalah lain. Tapi tu dengan orang ramai, bukan dengan ibu bapa. Siapa ibu bapa dengan kita? Orang yang paling dekat kot!


Perempuan sekalian. Kita sebagai anak yang masih ada ibu bapa, kena ingat, ibu bapa tu masih ada hak atas kita selagi kita belum berkahwin. Walau macam mana berhak pun kita boleh menerima lamaran atau pinangan orang, janganlah terima tanpa pengetahuan ibu bapa. Anak anak wajib menghormati ibu bapa, memberitahu perkara perkara penting macam bertunang tu pada diorang. Janganlah ikut kepala sendiri je.


Ramai yang sayang ibu bapa kan? Nanti nikah siapa yang sibuk sibuk uruskan, ibu bapa kan? So, janganlah lupa jasa mereka. Ini tidak, sesetengah anak muda sekarang, excited menggatal, sampai lupa kat ibu bapa. Aku pantang sikit orang yang ketepikan mak bapak ni. Bagi aku, kurang ajar, tu je.


Dan lelaki, kalau gentleman sangat, kalau memang sayang sampai nak gila, tolong be a man, bagitahu pada mak bapak si perempuan. Biar diorang tahu, korang semua tengah ada hubungan. Lelaki yang tak berani jumpa mak bapak orang, korang tak layak dijadikan suami. Tak ada duit lagi tak apa, boleh dicari. Restu kedua ibu bapa tu penting.


People, what you give, you get back.


Bercinta tanpa restu, ibarat jasad tak bernyawa. Wallahualam.


Love,


Aen.