Assalamualaikum, hai, hello :)
Tanpa dirancang, dayahdior ajak aku keluar teman dia beli barang kat Pavillion. Aku pun, hmph, why not, boleh cramp otak aku nampak lecture notes metabolism. Kena jugak release tension, kang study tak masuk apa-apa lagi susah. Barulah naya. Habis je lecture, terus gerak pergi monorel chow kit, menuju ke destinasi - Bukit Bintang.
First of all, teman dia beli hair accessories. Aku singgah Watson beli lipstick, lipbalm. Konon tak nak beli apa-apa. Tapi beli jugak. Okaylah tu daripada shopping baju, kasut ke apa.
Lapar, kena pergi makan! Jalan-jalan dulu, tengok tempat mana yang affordable, yang menarik perhatian. So, we found one! Capricciosa Pasta & Pizza.
Taraaaaaa :D Italian style of Japanese :) Authentic Italian Food :)
Layanan okay. Tempat dia simple dan menarik. Nice decor, nice interior design :) Sesuai la ajak kawan kawan lepak situ. Cuma kekurangan dia tempat dia terbuka lah, tak ada glasses ke apa ke. Memang tak ada dinding :)
Hai Dayah! :D
Fine, tak rancang pun. Tetiba je warna baju TERsama. Mata nampak bengkak sikit, yes I know :)
So now I wanna talk about food.
Taraaaaaaaaaaaaaa. Banyakkan kitorang makan. Dua orang makan macam makan tiga orang. Tak cukup meja, so lepas waitress dia nampak macam sesak semacam je meja kitorang, dia terus tarik tambah lagi satu meja. Fuhhh. Thank you , awak :)
Capricciosa Pizza. Chef's Fav. Makanan first yang sampai. Our expectation, this pizza maybe about 6 inches, dalam gambar nampak small. Bila dah sampai, gedebak, 12 inches. Hoh, sedap dia kalah Pizza Huts, Papa John. Harga, RM19.90. Memang masa tu rasa menyesal order benda alah lain. Kalau tau, beli satu pizza, satu spaghetti, sobs.
Ni Seafood spaghetti. Ada sotong, mussels, calamari. Tomato sauce spaghetti dia ada campur ikan sikit, tuna. Yang ni pedas, urmmm, best! Yang aku rasa kureng sikit (actually sangat sedap, tapi aku je yang memang terlebih deria rasa) sebab ada rasa bawang, aku rasa macam pahit sikit. Tapi habis je lepas tu because I love seafood so much!
Pepperonccini with Steamed Chicken. Yang ni pulak, Dayah punya. Mula mula ingat ada pepperoni, tapi rupa-rupanya tak. Nama dia bikin konpius daaa -,- Rasa dia light, tak muak. Untuk siapa yang tak suka pedas, boleh lah amek yang ni. Untuk siapa yang suka pedas tapi nak yang ni jugak, ameklah dia punya lada, tabur banyak banyak :D
Pasta semua ada set sekali dengan salad and drink. Air dia boleh refill, so sesiapa yang suka minum air banyak banyak, memang untung datang sini. Refill lah berapa banyak kali korang nak :)
Sebenarnya sebelum jumpa Capricciosa, aku terjumpa benda ni dulu kat The Slice of Heaven. Strawberry Cheese Cake! Ada tujuh strawberries kat atas. Sedap! Kalau beli strawberries kat market, 10 dapatlah RM20++. So, baik beli kek ni, tujuh bijik strawberry, tambah cheese cake sekali. Harga? RM9.90 jeeeee!
Kenyang, perut ketat je, nak berjalan rasa macam tegang semacam je. Siapa yang tak try, korang bernasib baik tak alami nasib macam kitorang. Huhu. Tapi berbaloi sebab sedap dan affordable. Thank you Capricciosa, will come there again.
Alright, Capricciosa ada dekat Pavillion, Subang Parade and Sunway Pyramid. So, pergilah serbu kat mana-mana. Agak agak area dekat dengan dia, boleh lah call, suruh buat delivery ;) Layari Capricciosa Website untuk maklumat lebih lanjut.
Til then, tata.
XOXO, Aen.
2 comments:
berapa harga semua? hehehe
RM70 something for two, yang sepatutnya makan for three :)
Post a Comment