Saturday, December 20, 2014

Busy & Moral

Aku sebenarnya agak busy pada semester kali ini.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya apa yang busy sangat sampai tak boleh nak bergembira merawat hati duka lara.

Tak, sebenarnya aku busy. Sem ni aku diberikan tugas berat, jadi presiden kebudayaan yang hm ok aku terima atas desakan rakan-rakan yang tak tahu nak letak siapa jadi presiden. Dan aku cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik. Yang tak puas hati atau apa belakang cerita. Hidup aku  bukan nak puaskan hati semua orang yedok?

Dua bulan aku ke sana ke mari, ulang alik Cheras-Bangi uruskan beberapa pertandingan kebudayaan yang aku kira aku dah boleh quit medik dan berkecimpung dalam dunia seni secara serius - hm sebagai pengurus jelah.

Aku jenis yang tahu apa yang aku nak, dan yang tak tahu apa yang aku nak tu, maknanya tak cukup complicated untuk fikir perkara yang complicated yang aku fikir. Aku bukan apa, kadang-kadang common sense tu perlu.

Lepas tu aku ke Phuket, yang mana aku ada janji akan bagi tips itu dan ini tapi aku rasa aku dah lupa kenangan dekat Phuket tu. A sweet escape, a short getaway, enough to release my stress sebab terlalu busy.

Aku ni cerita macam aku sorang je busy haha.

Tak cukup dengan itu aku busy lagi dengan pilihanrayakampus yang aku fikir cukuplah sekadar ini sahaja aku beritahu. Bukan apa, takut aku bakar line je kalau komen itu ini.

Tapi aku decide aku nak komen jugak haha!

Aku jenis yang tahu apa aku nak buat. Jenis yang akan susun gerak kerja aku dan sedaya upaya tak kacau gerak kerja orang lain. Tak kiralah kau musuh atau sahabat. Yang penting kerja aku jalan dan sukses. Kena letak tulang empat kerat, letak usaha, baja dan siram sampai benih yang aku tanam tadi bercambah.

Tidur dua tiga jam, bangun awal, tidur lambat, ulang-alik ke sana ke mari untuk pastikan semua berjalan dengan lancar. Yang aku terkilan bila ada manusia-manusia yang aku tak payah lah sebut namanya - siapa yang makan cili terasa pedasnya - berdiri di atas platform yang aku cipta untuk condemn semua yang aku dan team aku buat.

Benda ni diaplikasikan untuk semua perkara. Betul lah tak semua orang akan berpuas hati. Tapi main cara kotor, dengan fitnah dan prasangka yang entah bila nak berkesudahan bagi kau ganjaran apa selain dari kemenangan. Kemudian beri aku pencapaian sewaktu kau ada. Aku selalu bekerja di sebalik tabir, menyorok dalam gua, berselindung di balik bayang-bayang, sebab aku tak nak bermegah-megah.

Tapi lepas perkara tempohari, aku sedar yang menunjukkan apa yang kita lakukan terutamanya perbuatan yang baik tak semestinya menunjukkan yang kau ni riak. Menunjukkan yang kau ni serba boleh dan berani.

Dan aku belajar semua tu dari team aku yang selama ni berdiri teguh atas platform kami sama-sama untuk terus bergerak ke hadapan.

Menyesal? Tak, langsung tak menyesal sebab aku dapat banyak pengajaran.

1. Jangan sailang program orang
2. Pastikan program memberi kebaikan

Lepastu, si buih-buih yang entah mana munculnya tadi kalau nak kutuk apa sekalipun, sekurang-kurangnya aku tahu, apa yang aku buat tu betul dan aku bagi sepenuh hati aku. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Amanah tetap amanah.

Tak puas hati lagi? Silakan pergi.

Ayat aku biasanya keras, keras sebab kalau berlembut, dia tak faham. Agak keras pun susah nak hadam lagi. Mana common sense, mana?

Nanti aku ada masa aku cerita pasal Phuket. Sekarang aku nak final, aku up entri pun sebab stress. Komen korang dekat entri braces dan Bandung tu nanti aku reply lepas final. Ok? Ok. Bai semorang!

XOXO,
Aen.

Wednesday, August 6, 2014

Website Review : Luxola, The Fastest & Reliable Whole Body Care Service!

Hello. Kinda excited to start this superb website review - eksaited lah sangat ~

Dua minggu yang lepas, sehari dua sebelum final exam semester enam, dengan tekanan melampau tahap dewa, aku ambik keputusan download latest episod running man dekat DramaCool. Tengah menunggu download nak habis sambil baca slaid Postpartum Emergencies, tetiba ada aku terperasan ada iklan comel lote dekat sidebar.

LUXOLA katanya! Biasalah perempuan ni inkuiri tinggi bila nampak ada kosmetik terpampang sekali dengan nama website tu. Tak pikir panjang terus klik nak ushar!

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



Sebenarnya Luxola ni based in Singapore. Website bak angel bagi wanita ni menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk kosmetik-kosmetik fofuler obersea yang tak ada dekat Malaysia - ada jugak yang ada dekat Sephora. Tapi dari segi harga dan mega-trillion-sales, memang tak mampu lawan Luxola! Rambang mata weh rambang mata!

Cepat-cepat aku sign up!

Servis memang terbaik. Kenapa? Sebab aku jenis customer yang banyak tanya kalau beli online ni. Dari A sampai Z aku tanya. Hang tanya harini, harini jugak dia jawab, bagus betui! ARAMEX sebagai penghantar barang pun setiap kali aku call jawab baik-baik je, mana tak bestnya kan?

Banyak perkara yang korang kena tahu pasal web ni. Produk dari hujung rambut sampai ke hujung kaki gitchew. Bukan untuk wanita je, untuk lelaki pun ada. Jadi, katakanlah korang tak tau nak bagi hadiah anniversary (eceh) dekat pakwe ke, tunang ke, hasbeng ke, ayah ke, adik lelaki, abang bla bla bla, korang boleh ushar dekat sini. Untuk mak, kakak, adik perempuan, awek, isteri, mak mertua, makcik etc pun boleh.


Tengok hah senarai barang! Kemain banyak lagi!


Lepas sign up, sila request untuk Lx Insider, Lx insider ni akan kasi kita point. Setiap dolar kita belanja, dapat 1 point. Dah beli mesti nak kasi review yedok? Setiap review dapat 25 points. Pastu kalau ada pulak kawan-kawan gila shopping kosmetik macam uols, gi suggest lepas tu hah dapat 100 points. Setiap 250 points dapat discount 12 hingget. Ulala!



Jangan lupa apply Lx insider dulu baru beli. Kalau tak tak masuk lah point.



Luxola jugak akan tolong engkorang yang banyak makan semut seperti aku, yang sekali jenguk produk memang tak ingat langsung nama produk. Bawah setiap ADD TO CART ada ADD TO MY WISHLIST. Klik je. Lepas tu boleh tengok balik wishlist dekat tab yang dibulatkan. Aku kemain banyak barang letak wishlist. Bertahun-tahun agaknya nak habis wishlist tu kahkah.


Tak bolehlah kasi tengok apa yang iols wishlistkan. Kantoi lah nafsu wanita iols satgi. :p


Untuk produk yang sold out pulak, jangan risau. Klik je seperti di bawah. Maknanya dekat sini, bila barang tu dah restock je, dia akan inform engko dulu lah. Kok tak layan notifikasi macam tu, melepaih lagi lah hangpa!



Habis ushar website ni, aku beli produk VMV Hypoallergenics, hydra balance superskin set (trial set) & BB cream dari jenama yang sama. Masa tu ada 30% sales. Hihi. Lepas tu dapat free sunblock Armada 70spf 15ml. Huntong-huntong. Pembelian kali kedua, aku beli Egyption Magic Cream - yang mana orang kata sesuai beno dengan kulit sensitif & cepat naik rashes macam aku. Dan juga Mario Badescu herbs facial spray - macam facial mist gitu. Yelah cuaca panas ni, benda benda gini memang tolong. Kali kedua ni aku daat $20 discount - RM48. Gila tak berbaloi? Produk tu dah pakai sebulan dua nanti iols review okay?

Jeles? Gi beli!


Tips :

Nak jimat, sila tunggu email sales baru gi beli. Kalau barang tu memang sedia murah, tak tunggu pun takpe. Sebab biasalah barang obersea ni harga pun harga obersea. Reti?

Cara-cara nak tahu produk X, Y, atau Z sesuai dengan kita? Tengok review yang ada. Dari review tu kita tau jenis kulit si pembeli & kesan setiap produk ke atas si pengguna. Kalau nak lagi win, google pasal produk tu dan cari review sendiri. Warna-warna BB Cream, foundation & lipstick kan penting. Jadi buat review sendiri sebelum beli. Nak elak engko membazir jugak ni tahu.

K. Sila pandai berjimat cermat! Adios!


XOXO,
Aen.

Tuesday, August 5, 2014

Novel Review #LejenPress : Rebiu Awek Chuck Taylor & Lelaki Eksistensial.

Review kembali bersama novel terbitan Lejen Press.

Buku ini kedua-duanya ditulis oleh penulis yang meletop top top, rasanya tak ada si pembaca Lejen yang tak berebut mintak sign kalau Nami ada dekat booth dan tak ada yang tak tanya sama ada Nami ada ke tak dekat booth mana mana kalau ada jelajah Lejen di serata Malaysia.

Perkara yang paling marvelous mengenai cara penulisan Nami yang engkorang kena tahu ialah, bersahaja dan penuh dengan isi. Kekadang ada jugak terlalu ilmiah sampai aku kena baca dua kali nak fahamkan maksud, tak kurang jugak, aku google je terus istilah-istilah yang aku tak pernah jumpa. (Dah baca biologi manusia je 24/7, mana nak jumpanya.)

Dalam novel tipikal cinta tebal ya ampun tu biasanya watak utama mesti perempuan, cara perempuan berfikir, cara perempuan itu, cara perempuan ini, perempuan menangis, putus cinta, merajuk dan lain-lain. Novel Nami akan beri sudut pandangan lelaki yang orang kata tak nak digelar mainstream, kekadang kau akan rasa, hispter betei watak dia ni kahkah. Tapi benda macam ni lah kena baca, dia bukak minda kau untuk terima pendapat lain.

Walaupun kekadang aku tak setuju dengan pendapat dia, aku boleh terima lagi since setiap orang ada pendapat masing-masing, sama ada dia berani nak lontarkan atau tak je.

Kesemua buku Nami aku dah baca termasuk buku duet beliau dengan Aisa Linglung dan buku Diorama Eksisten (Terfaktab). Tak ada satu pun yang buat aku bosan dan rasa menyampah kalau baca. Tak ada satu pun. Tahniah Nami!

Ini baru intro. Tak rebiu buku lagi hakhak.

Awek Chuck Taylor | Karya Nami Cob Nobbler


Berkisarkan kisah benar, cerita ni memang kelakar, diselang-selikan dengan unsur-unsur kekecewaan dan kesedihan. Menceritakan perihal si Hafiz tak boleh hidup kalau tak mengendeng dengan awek, dan akhirnya jumpa Mira si awek chuck taylor (converse). Mira diluarannya digambarkan sebagai awek yang hipters, kental, keras, memberontak. Pada masa yang sama jauh disudut hatinya dia terlalu sayang akan Hafiz, dan adiknya, Nana.

Dalam cerita ni, kau akan tengok bagaimana persahabatan terjadi, dan bagaimana seseorang terima perangai sahabat dia tak kira dia buruk macam mana sekalipun. Kisah cinta pulak, kau akan tengok macam mana Hafiz handle Mira dan macam mana layanan Mira terhadap Hafiz. Pada masa yang sama, hubungan kekeluargaan antara Mira dan Nana yang boleh buat sesiapa sebak. Lagi-lagi bila Nana ada kekurangan upaya dari segi yang korang kalau nak tahu kena beli dan baca.

Aku sendiri, di pengakhiran cerita meleleh air mata. Itu perkara yang kau paling tak sangka, dan salah satu ending yang memang pecah kilang air mata selain dari Seyogia (nanti aku rebiu, ni memang hebat!).

Cerita yang ringkas tapi permainan Nami dalam pembawaan karakter-karakter memang win. Bukan buku ini je, buku-buku dia yang lain pun sama. Sebab itu setiap buku dia ramai orang berebut-rebut nak beli.

Sekarang dah ada cover baru, tapi since masa aku baca novel ni (aku lupa edisi ke berapa, buku takde depan mata), ini cover dia, aku nak guna gambar cover ni jugak. Klasik dan sensual luls.

Cover baru sempena teater Awek Chuck Taylor. Memandangkan teater dilangsungkan di PJ, dan tarikh-tarikhnya memang dengki dengan jadual medik, memang kirim salam jelah jawabnya. Aku berharap bila aku free nanti, teater tu akan ada lagi.

Dengar cerita dari Instagram Nami, novel ni ada sambungan? Yang tu kena tunggu lah jawabnya.


Lelaki Eksistensial | Karya Nami Cob Nobbler


Perkara yang paling menarik ialah cover buku. Orang nak fikir kuning ke, blue ke apa ke, aku peduli apa. Kau kena tahu kadang-kadang cover tak melambangkan isi. Plus, buku buku alternatif ni otak kena kritis nak tafsir maksud cover. Sebab bagi aku, kadang-kadang luaran tu melambangkan isi. Macam buku ni, gamabr cover dah havoc, apatah lagi isinya muehehe.

Perkara yang aku belajar melalui buku ini, kau tak semestinya mampu lupakan kenangan paling pahit dalam hidup kau. Kita memang paksa diri untuk lupakan, tai sebenarnya jauh dalam sel-sel otak, memori tu tetap kat situ. Kalau kau cuba buang dan simpan rasa benci sekalipun, akan buat diri sendiri makin ingat dan makin sayang - bukannya makin benci. Dan akibatnya, kau akan gunakan orang lain sebagai kambing hitam, semata-mata nak buat diri kau nampak win. Win tak win pun, itulah moral utama yang aku dapat melalui novel hebat ni.

Juga ada selit macam mana dia bangkit dari bawah sampai atas dan macam mana dia rasa dia sayang tapi sebenarnya apa yang dicurahkan bukan sayang tapi kuasa. Macam mana dia gagal bercinta dan dipermainkan oleh awek lama dan macam mana dia handle perempuan-perempuan yang jauh beza latar belakang memang nice habis.

Bak kata aku kat atas tadi, memang permainan watak dia superb. Itu belum permainan latar tempat dan plot cerita, tersusun dan menakjubkan. Watak watak dia walaupun ramai Nauzubillah, kau tetap ingat kalau kau baca novel sambungan dia.

Pergi cari Diorama Eksisten (Terfaktab), Rokok Nan Sebatang dan Pengejar Bintang. Buku-buku lain beliau, Bau Semangat Anak Muda, Enam Darjah, Bayang & Dendam Anak Jagoan (hasil duet padu dengan Aisa Linglung). Tak rugi membaca ni. Yang rugi bila kau baca, kau tak dapat apa.

Selamat membaca!

Ps : Promo dekat kawan-kawan buku-buku cenggini tak apa, bagi pinjam sebijik dua bagi dia rasa. Tapi kalau sampai dua puluh bijik buku kau dia sebat atas alasan nak ambik feel, cepuk je :p

XOXO,
Aen.

Thursday, June 5, 2014

Novel Review #BukuFixi : Rebiu Kelabu & Licik

Aku mengambil keputusan untuk buat rebiu mengenai novel-novel alternatif di Malaysia setelah aku lihat gerobok buku aku hampir runtuh menahan tekanan berkilo-kilo novel-novel berkenaan.

Rebiu bagi aku bermaksud, memberi pendapat mengenai cerita. Aku bukanla pen-rebiu tegar dan handal. Aku cuma pembaca tegar. Tapi aku bukan jenis pembaca tegar yang akan beli setiap bahan bacaan keluaran syarikat yang sama, aku akan pilih ikut selera aku (banyak duit aku nak beli semua muehehehe, buku medik pun dah beratus-ratus). Sebagai contoh aku elakkan cerita seram, sebab memandangkan biasanya aku baca buku tengah-tengah malam. Jadinya sampai ke sudah aku tak beli novel Asrama yang fofuler tu.

Jadi, rebiu yang aku buat pun akan ikut selera aku.


Kelabu | Karya Nadia Khan



Ini merupakan novel pertama aku baca sejak aku berjinak-jinak dengan bahan bacaan alternatif awal 2013 dulu. Lip lap lip lap kelopak mata, dah lebih setahun rupanya aku bercinta dengan bahan bacaan superpower ini.

Apa yang aku boleh katakan dengan stail dan gaya penulisan Nadia Khan, dia pandai bermain dengan latar tempat dan masa. Part dia main dengan watak toksah cerita. Kalau kau baca novel ni, kau akan tahu betapa geniusnya dia bermain dengan layar utama. Kalau engkorang takut beno tengok ketebalan novel ni, yang mana novel tertebal di abad Fixi, kau boleh ambil masa dan baca slo-mo. Tak ada orang nak marah. Cuma rugilah bro baca macam siput babi, mana klimaksnya nanti?

Penggunaan bahasa memang umph. Macam cara kau cakap dengan kengkawan hari-hari. Senang nak faham, jelas, dan tak payah baca dua tiga kali nak dapatkan maksud.

Novel Kelabu mengisahkan seorang manusia yang terperangkap dalam dunia kelabu, dunia yang tak ada hitam dan putih, dunia yang tak jelas. Dalam mencari identiti dan cinta, watak utama novel ini berhadapan dengan seribu satu kecelaruan emosi.

Apa yang buat aku tersentuh, kisah cinta dan persahabatan yang dihulur pada watak utama. Bukan klise macam kau selalu dengar. Dan bukan jugak jenis percintaan manusia yang kena dera je dari awal sampai akhir. Pengkhianatan, persahabatan dan nilai cinta yang ditonjolkan memang marvelous. Nilai persahabatan yang aku rasa susah nak cari dan jaga. Sampai kadang-kadang aku terfikir, 'ini kisah betul ke ni?'

Perkara yang paling kau rasa nak flip table, bila kau dah sampai ke pertengahan cerita - kalau ikut tebal buku, lebih sikit dari separuh. Masa tu kau baru reti beza langit dan bumi, kahkah. Sama ada kau rasa tertipu atau teraniaya dengan kehebatan buku ni, kau akan rasa lepas kau baca.

Buku faling fofulerrr abad ini. Masa aku beli buku ni, dah cetakan ke lapan. Gila tak fofuler?


Licik | Karya duet Sham Hashim & Julie Anne


Karya duet yang bernas.

Di mana mengisahkan Fira sebagai watak utama yang menjadi con artist yang sempurna. Diajar oleh ayahnya dalam mengejar kemewahan. Setelah kemewahannya direnggut oleh si pembalas dendam, akhirnya Fira tercampak ke satu daerah terpencil menyembunyikan diri. Saat dia mahu keluar mencari nafas dan mangsa yang baru, dia menemui Sadik yang akhirnya menjadi kekasih juga mastermind setiap rencana mereka.

Bagi aku, penulis novel ini mempunyai tahap imaginasi yang tinggi. Bijak mengatur rentak dari satu cerita ke satu cerita. Plus setiap bab kiranya tak sah kalau tak disajikan dengan nikmat dan debaran cerita. Kalau tak rasa kagum sambil ternganga mulut tengah-tengah baca dan lepas baca bab terakhir tu aku tak tahulah nak cerita macam mana lagi.

Gaya penulisan mudah. Tak ada guna term-term yang aku dan kau tak faham. Semua straight to the point dan senang nak hadam. Bukan macam aku, dan budak budak medik lain masa tengah buat lawak pasal medik, dan tak ada sorang pun budak course lain paham... Bukan.

Dalam novel ni. Kau dapat lihat kat mana zaman kejatuhan dan zaman kegemilangan seseorang. Tak kisahlah betapa hebatnya kau. Itu yang aku dapat dari cerita ini. Macam watak utama, si Fira sendiri. Sebab betullah, hidup ni macam roda, sekejap kau hepi melenggang dekat atas, kejap lagi kau terjelepuk muka tersembam kat bawah.

Memang superb wa cakap, superb. Sama superb macam baca novel Barbara Taylor Bradford muehehe.

Ps : Tak rugi duit baca buku macam ni. Yang rugi kalau kau beli tapi tak baca, dan paling rugi bila baca kau tak dapat satu moral pun dari novel tu sebab kau jenis baca kurang penghayatan. Tak kisahlah cerita hantu ke, cerita lawak gelak sampai terkeluar anak tekak ke, semua ada moral. Dan kadang-kadang ramai tak nampak. Ramai nampak permukaan je, iaitu plot cerita.


Adios!

XOXO,
Aen,

TRIP : Bandung (2014) #2 : Jalan-jalan di Bandung - Day One, Night Two


Pergi pada : Khamis, 27 Mac 2014
Ditulis pada : Jumaat, 6 Jun 2014, 8.30 a.m

Assalamualaikum, hai!

Disebabkan aku dah habis peperiksaan akhir, dan aku rasa nervous nak mati tunggu result yang bakal keluar sat lagi ni, baik aku menulis untuk tenangkan diri. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku kenang-kenang apa yang boleh dikenang dekat Bandung dulu.

Hari kedua dipenuhi jalan sana jalan sini, bagi aku nak memahami sejarah dan budaya orang lain kita kena melawat tempat bersejarah atau wasata-wasata yang ada. Aku tak akan datang sini semata-mata nak habiskan duit membeli-belah (sakan jugak sebenarnya) - yang ini terima kasih dekat mak, nak harapkan poket lobos aku memang tidur kat hotel jelah jawapnya. Kena 2 in 1, sambil menyelam minum air. Bak kata mak, sesekali cuci mata dan cuci poket.


Gunung Tangkuban Parahu


Tempat pertama seawal 7.30 pagi bergerak ke Gunung Tangkuban Parahu, terletak di Jawa Barat. Hampir sejam jugak nak sampai sebab jem dan kebetulan memang ramai orang Malaysia melancong. Perkara yang menarik perhatian, banyak gila moto dekat sini! Kereta memang bawak tak laju, dan orang-orang sini aku salte habis sebab memang penyabar nak arwah (bertolak ansur nak elak sangkut sana sini). Cuma kena tahan telinga dengar bunyi hon lah. Yang paling aku salute, dia tak ada polis trafik jaga jalan macam kita. Yang jaga lalu lintas tu orang yang niat memang nak jadi sukarelawan. Waktu hujan lebat pun tak berganjak, hah, kau hado?

Nama asal Tangkuban Parahu diambil dari Bahasa Sudan bermaksud perahu yang terbalik, kata orang yang bawa aku pusing-pusing, kalau dari Kota Bandung, memang dapat tengok  rupa perahu terbalik (aku tak tengok lah pulak). Sejuk, so jangan lupa bawak sweater.


Nasib baik aku datang awal pagi, dengan jelas dapat tengok Kawah Ratu, 30 minit lepas tu kabus dah mula tutup gunung. Ye aku tahu dalam salah satu gambar, kiri kanan ada orang iring sebab katanya 'cuba untuk berniaga'. Kau kena hati-hati, kalau kau tak selesa, jangan bercakap dengan sesiapa. Terus jalan, buat muka toye, kalau dia panggil, cakap je dah biasa datang.

Insan yang 'cuba berniaga' ni pandai sedut duit orang. Sebagai contoh strawberi dekat strawberi farm di Hostpring baru 80ribu sekilo, dia jual 100g, 100ribu. Harga tshirt standard 20ribu, jangan beli kalau tinggi dari ni! Jangan termakan kata-kata manis dia. Jangan! Aku lemas akhirnya bila dah sampai ke tempat paling hujung, aku patah balik terus pergi kereta dan blah.

Elakkan beli cenderamata di airport. Yang ni kena ingat!

Harga tiket masuk : 75ribu/pax untuk pelancong luar. 15ribu parking


Sari Ater Hotspring



Tempat di mana sumber air matanya dari Gunung Tangkuban Parahu, ada yang memang tak boleh rendam kaki atau masuk langsung sebab memang air panas ori.

Mak aku excited nak rendam kaki (aku malas nak bukak kasut) tapi akhirnya mak putus asa sebab terlalu panas dan dia ada darah tinggi, tak boleh terima panas sangat haha. Ok.

Perkara pertama aku buat lepas ambil gambar itu ini (masa ni ada jugak yang ikut ke sana ke mari, penjual aiskrim katanya), ialah Flying Fox! Yeay! Ini mengujakan. Tapi bila dah naik rasa tak puas hati sebab nak naik lagi panjang, nak lagi tinggi. Hm.


Jelajah lagi, pergi rumah hantu (dekat sini banyak hiburan, mainan itu ini, jadi pandai-pandai lah pilih nak yang mana, semuanya berbayar ok). Rumah hantu unik (aku rasa) sebab bangunannya dan dalamannya. Ada yang akan guide kau di depan memandangkan dua orang je yang masuk. Sini kalau dia tinggal aku dan mak berdua cari jalan keluar, aku akan nangis dulu sebab tak jumpa pintu keluar. Mak pulak pegang aku dan tutup mata sepanjang jalan - serius rasa nak heret kahkah. Mr. II pun sama penakut! Ok itu cerita lain kali. Kot.

Dah panas, dahaga beli aiskrim yang mahal (aku kena tipu). Dia caj aku 20ribu. Bila dah on the way keluar, aku nampak papan tanda aiskrim yang aku makan tak sampai 10 ribu. Aiskrim paling mahal ala-ala cornetto pun 12 ribu. Jadi kau kena pandang papan tanda sebelum beli, kalau boleh ambil gambar dan tunjuk. Biar dia gelabah kalau dia caj tinggi. Keluar je, aku bagi tips 20 ribu (bersamaan RM6.60 sebab dia dah makan duit aku tadi, huh)

Harga tiket masuk : 22ribu/pax
Flying Fox : 15 ribu sekali pusing, 20ribu dua kali pusing
Rumah hantu : 17ribu/pax


De'ranch, Lembang



Merupakan salah satu tempat yang semua pekerja fully pakai outfits koboi. (Aku tak ambil gambar rasanya) Sini yang menariknya aku rasa suasana dan reka bentuk tempat ni. Paling penting, tiketnya yang paling murah. Kehkeh. Tiket boleh tukar dengan susu (aku tak minum susu, so tak tukar, eeee geli)

Harga makanan pun murah, berpatutan lah kiranya. Kalau kau berani makan, sila makan. Kalau tak, jangan makan. Pilihan di tangan anda!


Nampak budak kecil di atas, dia lukis atau cat tangan budak baju putih tu. Kreatif dan berseni. Sini memang ramai kanak-kanak yang berseni. Ingat nak cuba tapi macam malas je haha. Dia pun akan cat seramik sekali. Ingat nak beli hello kitty untuk anak buah Mr. II tapi takut aku bahayakan budak tu je, hihi - mahu tak pecah sana pecah sini, aku jugak yang kena.


Ini kafe dan kedai cenderahati. Heyho Red Indian! Argh kenapa aunty tu tak pakai topi koboi!


Kaktus sini sama je macam kaktus dekat rumah aku, cuba batu warna warni yang siap di cat (direndam cat) yang buat lagi nampak menarik.

Harga tiket masuk : 5ribu/pax


Floating Market, Lembang




Bila aku google wisata menarik di Bandung, aku bajet ini sama dengan Floating Market di Bangkok. Ternyata tertipu hahaha. Moden sangat aku rasa. Cis. Tapi tak apa lah, pengalaman (salah aku jugak yang ni aku masukkan tapi tak buat research dulu).


Jadi apa yang aku buat ialah, melompat dengan girang di sini! Yehaaaa!


So aku paksa mak lompat sekali. Mesti tekanan darah naik, siapa suruh lompat dengan bagpack haha.

Apa-apa pun setiap tiket boleh tukar dengan Milo dan Kopi :)

Harga tiket masuk : 10ribu/pax, parking 2ribu


Kampung Daun, Culture & Cafe


Sejuk, nyaman, penuh dengan tradisi, unik. Itu memang perkataan sesuai untuk gambarkan tempat ni. Mulanya aku fikir tempat ni semata-mata cafe, aku tak sangka memang cantik gila! Rugi sebab masa aku datang tak ada show. Lain kali, akan repeat! Ini tempat wajib yang korang patut singgah!



Tempat makan pulak, kau kena kena pilih satu pondok untuk kau je. Maknanya kalau ada pondok besar, tapi ada dua orang je makan, kau tak berhak duduk dalam pondok tu! Sila berangkat keluar dan cari pondok lain yang kosong. Kalau nak panggil orang untuk order, sila ketuk buluh ala-ala angklung. Pelayan akan datang lepas tu.


Pondok dihias sangat romantis. Mak sempat lelap mata sementara tunggu makanan sampai. Mungkin aku akan ajak laki datang sini kehkeh. Sila lihat buluh yang ada, buka mata besar-besar.


Makanan (sila baca dari bawah kiri ke kanan hingga ke atas).

Makanan 1 : Bakso Malang Campur. Sedapnya! Aku tak pernah makan bakso yang tak rasa hamis daging. 25ribu. 8.5/10. Sebab ada rasa masin sikit bila dah tinggal lama-lama. Tak tau kenapa.

Makanan 2 : Pisang Goreng Cheese. Aku suka gila cheese so sebab tu aku order. Not bad dan boleh masak di rumah lepas ni. 7.5/10

Makanan 3 : Nasi Campur Sudan. Ada sate lembu, ayam goreng, daging lembu salai, tempe, kerabu sayur, nasi kukus, telur asin dan sambal pedas nak mati. Aku yang suka pedas pun terasa pedasnya. Nasi kukus dia memang terbaik! 9/10

Makanan 4 : Bebek Goreng. Bebek = itik. Omg, sedap gila, daging lembut tak liat macam makan di Malaysia (sorry Malaysians). Nasi kukus yang sama sedap lepas tu ada acar lada potong dengan tomato (aku tak berani makan, takut nak makan cili raw). 9/10. Sebab tak ada sup haha.

Sangat bersih dan terjamin. Kalau tak mesti aku dah kena food poisoning dan doktor kena buat notifikasi sekarang hihi. Ok boleh berhenti baca kalau rasa lapar, nanti sambung baca ;)


Rumah Mode (Tak ada gambar)

Dapat sekewrt (skirt) satu, yang mana itu je yang terkenan. Seluar jeans size besar murah dekat sini size 40 ke atas. Cotton wideshawl banyak nak mati tapi mahal dari Malaysia. Masa ni aku confuse Malaysia ambil tudung dari mana. Kuciwa.


Factory Outlet Jalan Dago (Gambarnya untuk hari dua, malam tiga ok?)

Masuk keluar sahaja. Tak sempat beli Siomay (tak tahu apa tu, tapi kawan ada sebut, cis kempunan). Tempat ini aku repeat keesokan harinya lepas terlepas beli seluar dan baju adik di Pasar Baru.

Dah rasanya, dah rasanya. Penat nya kitaaaaaaaaaaaaaaaaa tulis, luls.

Orang akan tanya, pergi berdua jeke? Haah berdua kehkeh.

Harga supir untuk ambil di airport : 150ribu
Harga supir untuk hari pertama : 480ribu (sebab Tangkuban Parahu agak jauh dari Kota Bandung, cajnya mahal sikit)

Ok selesai. Lain kali pula ok? Sat lagi aku cerita pasal Angklung dengan tempat soping soping ala-ala Pavilion pulok ok? Ok ok bye.


XOXO,
Aen,

Monday, March 31, 2014

How to deal with envious friends?


Assalamualaikum, hai.

Lah apahal tetiba nak buat post cenggini? Entah hahahaha boring atau memang dah rasa nak haematemesis (muntah darah) study sistem pernafasan agaknya - padahal baru signs and symptoms yang cenonet ni cis. Mungkin jugak sebab dah lama tak tulis cenggini.

Pernah kan dalam hidup jumpa orang cemburu tak tentu pasal, iri hati pasal itu ini, muka engkorang lawa (walaupun ada jerawat bercambah-cambah) sikit dia sakit hati. Engkorang senyum nampak gigi nampak gigi korang putih dari dia pun dia pandang kerek. Engkorang punya hidung muncung sikit pun dia sibuk nak tekan penyek-penyek.

---- memang manusia agaknya kan? Yang jenis kutuk meleis akan terus cakap, tipikal meleis.

Orang macam ni biasanya sorok rasa iri hati tu dengan condemn orang lain, iyalah dah tak ada kerja lagi baik suci dan murni, jadi itu je cara dia nak puaskan hati. How? Ah perli je.

----- eh, cantiknya hari ni, yelah orang tu pakai produk mahal-mahal lah katakan
----- si terkena perli was like ---- oh, okay --- senyum secara literal secara figuratif rasa nak bagi penumbuk sulung

Masa kecik-kecik dulu (entah kenapa nak selit part ni), orang selalu iri hati sebab aku kurus sangat (sampai sekarang rasanya - bukan iri hati tapi lebih kepada simpati). Komen membina yang selalu aku terima

---- oommmjayyy, kenapa kurus sangat (pegang pergelangan tangan, goncang-goncang macam sesi regangan), tak patah ke tulang ni? Makan tak cukup zat ke?

Atau jeles bila aku senyum nampak pipi main cak-cak. Cubit bagai nak rak - aku siap lari balik rumah nangis sebab sakit gila babs. Mungkin aku patut cuba balas dendam waktu tu. Mungkin.

Ok, biasanya aku buat tak kisah dan korang pun kena buat tak kisah. Sifat orang macam ni dia sebenarnya tak lebih dari perasaan cemburu dan iri hati, well yeah maybe ada tambah perasa benci sekali. Bila dia nampak si A tak  macam dia, they will bring you down. For some reasons, dia tak happy pun. Dia rasa insecure, ---- kenapa aku tak macam dia?

Just don't give a damn. (aku kadang-kadang maki jugak di twitter hahaha). Sebab kalau layan tak dapat pahala, tak layan dapat jugak pahala sikit-sikit (kot). Make friend with them if you care, kalau macam aku yang tak peduli aku buat hal sendiri je. I don't do much talking sebab malas, lagi-lagi dengan orang macam ni. Senyum dan buat tak tahu kira dah macam kejam dah.

---- iyalah, orang kata diam tu lagi berbisa. yedok?

Dalam hidup kau akan bergerak atas tanah yang Allah kasi pinjam bukan sorang-sorang, walaupun kau rasa kau sorang-sorang, kau wujud atau tak sama je, sebenarnya ada manisnya. Allah ada, buat apa nak takut. Kalau kau yakin kau boleh buat, tak kisah kau sorang-sorang ke ramai-ramai kau boleh buat. Cuma bila ada perkara yang perlukan teamwork -- macam assignments, research projects -- sila bekerjasama. Sila tahu bila masanya kau boleh berdiri sorang sorang buat tak tahu dan bila masanya kau kena wujudkan wonderpet dalam diri.

Sebab pernah satu tahap dalam hidup terumbang ambing, aku terlalu tenggelam dengan orang-orang macam ni, so I changed a lot of things. I became so lazy and put everything for granted. Hell, it was not working at all. I shut myself down - left click windows, shut down, blackout. Tak nak usaha sebab terlalu fikir orang cakap itu ini, buang masa 24 jam tak buat apa-apa. Tak kritis, dah tak jadi student yang rajin kejar lecturer. Serius apa yang aku dapat adalah kejatuhan yang bertimpa-timpa. Amazing kan? Padahal dalam masa 2 bulan je.

Ok lupakan. Belajar dari kesilapan.

Kalau boleh dalam hidup ;
senyum selalu
doa selalu
makan sedap sedap selalu (untuk aku yang kurus, haih)
belajar selalu
baca novel selalu


Okay, dah dah le

merapu.


Have a nice day. Okay tak kena. Have a good sleep. Good night!

Ps : Toksah le main April fool, nampak sangat macam fool, serius


XOXO
Aen

Saturday, March 29, 2014

TRIP : Bandung (2014) #1 : Tips & Persiapan



Awas! Entri ini dipenuhi perkataan yang panjang berjela-jela. Sila jangan juling!

Assalamualaikum. Hai.

Ini merupakan entri untuk hari pertama. Tetapi memandangkan hari pertama aku di Bandung bermula pukul 11.00 malam. Jadi aku tukar entri ini lebih kepada persiapan sebelum untuk pelancong (seperti aku) ke Bandung.

Entri ini penting bagi sesiapa yang inginkan penjimatan berlipat-lipat dan berdarab-darab kali ganda (seperti aku). Lebih-lebih lagi jika anda pelajar (seperti aku) dan suka ke sana ke mari ( juga seperti aku). Baiklah. Senang cerita aku merupakan subjek untuk entri kali ini. Jadi, sila baca segala subjek seperti pelajar, pelancong suka penjimatan dan lain-lain lagi sebagai aku.

Aku menitik-beratkan kesempurnaan jadi aku ada nota kecil untuk semua perkara. Catatan setiap tempat dibuat sebelum dan selepas. Mungkin ini membantu entry yang akan datang.

Perkara pertama : Destinasi
Sila tahu destinasi anda. Semestinya Bandung! (aku pilih destinasi berdasarkan harga tiket kapal terbang waktu itu).

Perkara kedua : Tiket pergi balik
Apabila sudah pilih destinasi, sila beli tiket kapal terbang sepantas yang boleh untuk mengelakkan harga meningkat dan terus meningkat. Aku syorkan guna perkhidmatan Air Asia. Bukan bermakna aku saja nak mempromosikan syarikat penerbangan ini. Cuma ini antara yang murah. Mahu lagi jimat, sila naik kapal atau bot ke Bandung. (Ini aku tak ambil tahu). Selesai beli, simpan semua dokumen! Tiket aku beli tiga bulan sebelum perjalanan.

Perkara ketiga : Passport
Pastikan kau ada passport. Dan yang paling penting pastikan passport kau ada enam bulan ekstra sehingga hari ketibaan kau ke Malaysia. Bermakna, kalau kau pergi 1 Mac. Sekurang-kurangnya passport tamat pada 2 September. Jika kurang, sila renew kalau tak nak kena halau. Trimas!

Perkara keempat : Hotel
Untuk penjimatan, aku sarankan jangan ambil pakej. Tapi ada juga ground pakej (pakej asas seperti tempat tinggal, pengangkutan, makan dan minum tanpa tiket kapal terbang) yang murah. Tapi ada juga yang melampau. Kena pandai pilih. Kebanyakan pakej yang ada memerlukan jumlah minimum pelancong. Tapi kalau nak pergi ramai, tak jadi masalah.

Aku asingkan semua. Bermula dari tiket sehingga ke pengangkutan (kejap lagi aku cerita). Hotel aku beli secara dalam talian (online) menggunakan khidmat web Agoda.com. Salah satu web ternama yang menyediakan pelbagai jenis hotel dari hampir semua negara. Sah dan dipercayai! Jangan risau. Aku merupakan salah satu testimoni. Kau hanya perlukan kad kredit atau paypal (pinjam mak bapak, bayar cash).

Kena bijak dalam pencarian hotel/guesthouse. Kalau pergi ramai-ramai elok cari guesthouse yang ada double triple twin bed rooms. Lagi ramai, cari dormitory. Jangan lupa baca komen/ulasan bekas penginap di kolum bawah sekali. Dekat situ aku tahu hotel itu sesuai atau tidak. Tak perlu mahal, asal selesa dan sedap mata memandang. Di Agoda.com harga memang murah nak mati. Tak payah mewah sangat pun tak apa, kau banyak habiskan masa di luar.

Pilihan hotel aku : The Cherry Homes Hotel & Residence, Pasteur Bandung terletak betul-betul di pintu masuk ke Kota Bandung. RM168 untuk 3 malam beserta sarapan untuk dua orang dan wifi percuma. Bilik ada penghawa dingin, TV dan sebagainya.

Pilihan pertama aku sebenarnya di Guest House & Salon Spa Fora Lingkar Selatan. Memang sumpah cantik dan berpatutan dan supir (pemandu dalam bahasa Indo) sendiri cakap cantik. Cuma jalan berliku-liku (itu yang aku faham) membuang masa dan tenaga, jadi aku tukar pilihan. Bahagian hotel dah panjang berjela! Explore sendiri ok?

Gambaran hotel, yang lain ada dalam phone, malas nak bluetooth ke laptop.
Sini sangat sejuk dan nyaman! Mungkin sebab banyak pokok.


Perkara kelima : Pengangkutan beserta supir
Memandangkan aku ada rakan di Bandung (trimas Mahani pelajar perubatan UNPAD-UKM, bakal junior ni hihi), jadi urusan pengangkutan senang untuk diselesaikan. Aku mintak nombor supir dan mula saling berwhatsapp (kurlas gittew) untuk segala perancangan dan harga keseluruhan. Untuk aku, RM360 (full dua hari, ambil dan hantar ke airport). Supir ini sangat membantu dan dah selalu bawa pelajar Malaysia. Jadi, aku tak ada masalah nak serahkan kepercayaan. Nak guna khidmat beliau? Email aku untuk sebarang pertanyaan.

Nama supir : Salim
WhatsApp : +6281322731636
Email : emirtourtravel@gmail.com
Link : Emir Tours

Sebut nama aku dan you're good to go! Oh ya, dia ada pakej terbaru sekarang untuk yang nak ke sana! Bandung trip 4 hari 3 malam hanya pada harga RM250 seorang (khas untuk percutian berkumpulan seramai 6 orang). Ini pakej ground only, hotel dan pengangkutan. Bagi aku better ambil pakej macam ni sebab biasanya hotel ada free breakfast. Lepastu explore atau jadi food hunter dekat sana lagi syok!


Perkara keenam : Rancang tempat secara spesifik
Sila buat research sebelum nak pergi. Jangan main hentam keromo memandangkan kau pergi tanpa pakej. Kena tahu tempat nak pergi area mana, tempat itu tempat apa, dan agak-agak berapa harga tiket untuk masuk ke sesuatu tempat. Ini penting untuk rancang bajet kau. Selepas buat research, senaraikan tempat ikut hari dan beri pada supir. Supaya dia boleh tengok kesesuaian tempat dan masa. Dan dia akan rombak balik ikut area. Ketahuilah harga pengangkutan ikut kawasan, sekitar Kota Bandung sahaja lebih murah. Ke Gunung Tangkuban Perahu (Kawah gunung berapi di Utara Bandung) dan Kawah Putih (kawah gunung berapi di Selatan Bandung) lebih mahal sebab agak jauh dari Kota Bandung. Aku hanya pilih Tangkuban Perahu memandangkan supir kata dua-duanya sama. Mungkin lain kali kalau nak repeat aku pergi ke Kawah Putih ;) (Next entry aku akan senaraikan harga tiket!)

Perkara ketujuh : Waktu solat
Sediakan sebelum untuk kesenangan kau. Boleh fikir bila nak jama' qasar. Waktu solat boleh Google. Aku Google dan tanya kawan pada masa yang sama.

Perkara kelapan : Peta
Untuk kecemasan kalau kau jenis nak jadi fulltime backpackers dan kena tipu dengan supir teksi. Atau boleh bagi sesiapa yang nak berlagak seperti fulltime backpackers.

Perkara kesembilan : Barang peribadi
Sediakan semua barang peribadi. Bawa panadol untuk kecemasan. Yang ada asthma sila bawa Ventolin dan lain-lain lagi. Ini ramai yang lupa sebab terlalu teruja nak berjimba sakan. Jaga diri, baru boleh berjimba sakan dan ambil gambar lompat namaste. Charger telefon dan sebagainya sila periksa berulang kali sebelum pergi! Campak segala keperluan kau dan buat checklist untuk elakkan tertinggal apa-apa. Kalau bolej jangan bawa rumah dalam bagasi. Kalau boleh biar ada beg-beg kecil untuk pegang dokumen perjalanan, dan sebagainya. Nanti engkorang jugak yang senang. Jangan lupa sediakan beg agak besar saiznya, boleh didapati di Daiso untuk letak duit Indonesia Rupiah yang berjuta-juta tu hihi

Sediakan semua yang kecil. Luggage tag tu memudahkan, dari jauh aku dah nampak bagasi melambai-lambai tuannya, terang benderang!


Perkara kesepuluh : Kamera
Tak ada kamera besar, digital pun jadilah. Polaroid ke instax pun ok. Handphone pun ok. Janji ada bukti momen-momen korang. Mungkin boleh pahat dalam otak, pahat dalam hati. Tapi mungkin gambar akan jadi salah satu pelekat momen paling seronok. (Pastikan tak hilang! ;)

Perkara kesebelas : Makanan dan minuman
Sediakan air mineral dan jajan atau roti (sihat sikit) untuk alas perut kalau tengah-tengah malam lapar. Aku beli maggi je kat sana, Pop Mie namanya sedap gila! (walaupun kuciwa takde perisa kari dan tom yam, ayam ayam ayam)

Tak jumpa 100 plus, Mizone pun jadilah (isotonik). Bumbu (rencah) tak masin macam Malaysia.
Aku siap beli bawak balik


Perkara keduabelas : Nombor telefon beserta internet
Ini untuk sesiapa yang tak berada dalam lingkungan kawasan free wifi. Kalau ada nak beli pun boleh (macam aku). Dan nombor aku sediakan sebelum. Kenapa? Sebab aku dah mintak tolong supir belikan awal-awal siap topup untuk internet ha ha ha! Gunakan supir sebetulnya. Pesan aku, sila berbuat baik dengan supir. Dia yang paling setia waktu kau sibuk berjimba. Jadi photographer tak bergaji lah apa lah. 45 ribu untuk simcard XL Axiata dan topup 25 ribu. Internet sehari 2 ribu, seminggu 12.5 ribu. (murah gila!)

Perkara ketigabelas : Duit
Jangan lupa tukar duit. Aku tukar di Malaysia kerana menurut kawan aku, lebih murah jika ditukar di Malaysia. Tukar duit di Malaysia lebih sebagai persediaan. Dan di Bandung boleh tukar duit secukup selera. Atau bawa duit Malaysia siap-siap secukup selera untuk ditukar. Bukan apa. Takut meleleh air liur nak beli itu ini hihi. Melainkan kalau kau ada kad kredit.

Perkara keempatbelas dan terakhir : Mulut
Sediakan mulut yang manis beserta senyuman. Kita ada dekat tempat orang. Jadi pandai-pandai jaga adab. Jangan jadi keji masam muka.


Semoga jadi panduan buat pertama kali ke Bandung. Sebab ini panduan yang aku guna ke Bandung untuk pertama kali jugak. Mana yang elok, sila ambil. Tak elok, buat bodoh je senang. Aku uruskan hotel dan pengangkutan di Bandung dua minggu sebelum vacation. Sesiapa yang nak berjimba waktu cuti sekolah, rancang lebih awal! Silap aku, waktu aku pergi waktu cuti sekolah, jadi harga tiket agak tinggi. Nasib baik supir aku tempah awal.

Gambar mana? Entri lain boleh? Gambar banyak dalam hari kedua dan ketiga je sayang oi ;) Untuk sebarang pertanyaan boleh email aenrhapsody@gmail.com. Untuk hal-hal serius sahaja (kalau tak, kena block, luls).

Ps : Cuti aku dihabiskan dengan berkualiti. Mari kembali ke sekolah *sigh

Ps2: Suka berlari? Nak lari sejauh 5KM atau 10KM sambil beramal? Kalau suka, sila klik link ini. Pink Ribbon Run 2016


XOXO,
Aen

Sunday, March 9, 2014

Pray for MH370 : Simpati versus Empati



Assalamualaikum dan hai.

Aku terpanggil untuk tulis entri mengenai M370. Bukan untuk bersama menambah spekulasi yang sedia ada melimpah ruah. Bukan juga untuk menyampaikan berita terkini seperti Astro Awani. Bukan juga nak jadi FBI atau jurucakap MAS. Aku terpanggil untuk menulis buih-buih perkataan (words bubble) yang terlintas difikiran. Di mana aku ingin sentuh mengenai simpati dan empati.

Sebenarnya untuk tahu perbezaan simpati dan empati kau tak perlu baca blog aku pun. Tapi biar aku jelaskan mana tahu ada yang kurang jelas (barangkali tertutup hijab) atau mungkin konfius tak boleh nak beza dua benda alah yang nama dekat-dekat tu.

Simpati dan empati dua perkara yang jauh berbeza, walaupun 'si' ditendang lalu digantikan dengan 'e', ibarat perbezaan langit dan bumi, puteri raja dan dayang, raja dan hulubalang, dan aku dan engkau.

Simpati. Simpati hanyalah satu perkara yang kau rasa tanpa ada emosi.  Kau mampu beri simpati pada sesiapa sahaja. Kucing, burung, kereta, bahkan pada aku yang sedang belajar kursus perubatan. Merasa dan meluahkan simpati pada orang ibarat kau bersetuju yang dia patut berada dalam keadaan tu. Ibarat aku sang kancil yang ada dalam kandang harimau. Sang buaya berasa simpati pada aku kemudian tolong melepaskan aku. Apabila aku dilepaskan, kaki aku sudah berada dalam mulut buaya tadi. Kau nampak? Kau simpati tapi kau tetap tak betulkan keadaan.

Orang macam ni rasa simpati kerana jelas dengan keadaan si polan. Lepas tu mereka buat apa? Mereka tidak membantu, mereka bertindak meneruskan tradisi simpati mereka. Hanya lahir dari lidah tanpa berusaha untuk membetulkan keadaan. Sebagai contoh beria-ia mahu berdoa tapi hanya pada kata, hanya pada tulisan, lidah tak basah ketika berdoa dalam dan selepas solat.

Ganti simpati dengan empati. Stephen Covey sendiri ada tulis mengenai empati dalam buku The 7 Habits of Highly Effective People. Katanya orang yang teratur dalam kerjanya, mempunyai gaya pemikiran empati. Bermakna,  mereka bukan sekadar jelas dengan keadaan seseorang. Mereka faham keadaan seseorang dari segi literal, figuratif, dan juga emosi. Orang yang ada empati ini biasanya meletakkan diri dia dalam keadaan yang sama supaya dia tahu dia mampu mengubah keadaan itu. Letakkan diri dalam kasut dia bak kata omputeh.

Aku bagi contoh paling dekat perbezaan simpati dan empati. Dulu ada satu kes mengenai kanak-kanak yang mati didera dan dibunuh secara tragis. Gambarnya tersebar di blog-blog popular. Bukan itu sahaja, sejak fesbuk mula terkenal setiap gambar hotsetuf disebarkan dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Orang yang simpati hanya jelas dengan keadaan tu, diucapkan pada lidah dan aksara setiap entri. Tetapi simpati mereka tak mampu halang mereka daripada berhenti sebarkan gambar yang mengaibkan kanak-kanak itu serta keluarganya. Ayat-ayat puitis mereka hanya mengaburi mata si pembaca supaya turut serta bersimpati dan menyebarkan hal itu.

Manakala orang yang ada rasa empati akan merasai keadaan keluarga si mangsa secara emosi. Mereka tahu betapa beratnya beban yang ingin dipikul untuk melupakan insiden tragis tadi. Jadi mereka mampu menghalang diri daripada terus sebarkan gambar tadi.

Kau faham apa maksud aku? Aku tak ada salahkan sesiapa dalam hal ini. Aku cuma menyampaikan apa yang aku rasa. Dan apa yang perlu kau lakukan, kalau kau mampu, tukar rasa simpati kepada empati. Hentikan spekulasi mengarut, paling kurang kalau dah tak boleh cakap benda baik, kau doa atas sejadah tutup mulut, ikat jari.

At least kau tak dapat dosa menyakitkan hati orang.

Jadi rakyat Malaysia atau secara umumnya jadi manusia yang sensitif dan prihatin. Jangan hanya pada kata-kata, tapi pada hati.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan tak kira apa jenis pengakhirannya sekalipun. This is my deepest condolence.

Ps : Berhenti jadi pakar matematik dan kaitkan surah dengan nombor yang berkaitan. Tak kisahlah betapa islamik dan romantisnya penyampaian kau, tetap khurafat. Trimas.


XOXO,
Aen

Thursday, March 6, 2014

TRIP : Universal Studio of Singapore (2013)


Maafkan wajah gua baru bangun tidur. Ini wajah sebelum bergigi besi.



Awas! Entri ini dipenuhi gambar!

Assalamualaikum. Hai.

Sebenarnya entri ni dah setahun aku draftkan sebab kekurangan idea untuk update itu ini memandangkan trip ini bergantung penuh kepada agensi perlancongan yang aku bayar (kedengaran agak gah di situ) disebabkan ini kali pertama aku menyeberang laut ke Singapura. Lebih-lebih lagi ekspedisi (lah sangat) ini membabitkan dua wanita yang bergelar ibu. Jadi aku tak yakin kedua-dua mereka betah untuk meredah panas tanpa perkhidmatan bas dan sebagainya.

Bermula dengan persiapan sebelum.

Aku merancang untuk berjimba dan bersuka ria untuk memeriahkan cuti semester yang kurang dua minggu. Survey dilakukan dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan kerana terlalu yakin akan ada mana-mana agensi ada masa lapang untuk bawa kami ke sana ke mari. Lagipun waktu pelajar seperti kami cuti, jarang yang ada cuti sekali.

Perkara pertama yang aku buat, gunakan khidmat pencarian google untuk mencari agensi yang sesuai - dan ofkos harga yang sedap-sedap rasa. Taip aje, 'pakej ke USS murah di Malaysia'. Kan aku pelajar, kena lah pandai-pandai sendiri!

Salah satu pakej yang menarik perhatian aku - salah satu? Itu je yang menepati citarasa murah aku - adalah AmazingUSS yang dijalankan oleh Albert Chia. Sebenarnya tak banyak aku tahu pasal AmazingUSS tapi disebabkan dia menepati citarasa murah aku (sekali lagi diulang) aku layankan aje.

Kami hanya berhubung menggunakan email sehingga hari kejadian (sehari sebelum ke USS). Selepas tu kami berhubung menggunakan telefon bimbit.

Aku, kawan aku (Ila), dan emak kami berdua membeli tiket tanpa berlengah. Maksud aku membeli pakej tanpa berlengah. Pengangkutan aku dari Melaka ke Johor ditetapkan menggunakan kereta oleh emak. Manakala kawan aku dan emak dia, menggunakan bas dari KL ke Johor. Lupa nak bagitahu, pakej yang aku ambil menetap di hotel di Johor - New York Hotel.

Pakej yang diambil berharga lebih kurang (aku lupa sebenarnya) RM250++ sekepala. Aku ambil pakej 2 hari 1 malam. Pakej ini termasuk kos pengangkutan Johor-USS-Johor. Dan mestilah apabila berada di hotel akan dapat sarapan pagi percuma. Tak banyak yang hendak diceritakan sebelum pergi ke USS. Cuma perlu diingatkan bersedia tukar duit ke matawang dolar Singapura ketika berada di Johor. Tukar di sana dia beli mata wang Malaysia agak rendah (berdasarkan pemerhatian). Jangan lupa sediakan wang secukupnya in case kalau ada kecemasan. Kau mana tahu kan? Dekat tempat orang kot.

Oh iya, dah namanya ni trip ke USS, jadi pakej termasuk tiket masuk ke USS yang perlu diprint sebelum. Sama macam tiket booking hotel. Hari kejadian, nasib baik aku tak noob pergi beratur sekali sebab sebenarnya tiket tu boleh direct scan. Ada team yang ingat tiket tu kena tukar dulu hihi.

Selain itu, jangan lupa sediakan air mineral secukup rasa di Johor. Dekat sana sebotol air 2.5 dolar. Jangan lupa juga sediakan jajan atau roti untuk isi perut kalau kau nak berjimat dekat sana. At least boleh beli cenderahati mahal ya rabbi dia. Ok? Macam aku, breakfast aku makan sepuas-puasnya di hotel, bawa air mineral tanpa jajan dan roti (tak ingat sebenarnya). Lapar gila woi lepas tu. Terpaksa makan jugak.

Okay, sudahlah mencarut dan mengarut. Aku hadiahkan gambar aje boleh? Beberapa keping dulu. Lain kali aku tambah lagi - internet nak habis kuota ni.


Here we are!


Hollywood streets. Dekat sini jangan risau nak perasan lebih-lebih. Sebab akan ada yang lagi over dari kau.
Have fun!


Anak beranak di hadapan kedai cenderahati pemakan duit ;)



Marilyn Monroe celup di Hollywood.


Tengah cari nak mula dari mana lepas buat senaman muka di Hollywood street.





Madagascar! Suka gila tempat ni!


Selfie guna kamera gedabak sebelum mula perjalanan di Sungai Madagascar! Al-maklumlah masa tu tak kenal monopod ke apa pod pod tu.


Masih di Madagascar. Ye. Aku berat.


Since aku pencinta arts, jadi aku minta pelukis di sesame street lukiskan ini guna krayon. Harga 50 dolar tak diendahkan. Lagipun in je yang paling mahal. Lain-lain aku beli poskad dan fridge magnet haha. Eh Trimas! Lupa nak tanya nama. :p



Sebenarnya lepas balik dari USS (8 pagi sampai 7 malam), sampai di Johor pukul 9 malam macam tu. Singgah makan nasi ayam penyet sebab lapar nak arwah. Depan hotel je. Boleh tahan. Dan kau gila nak terus balik Melaka lepas tu? Hanya aku dan emak cari hotel murah atas bantuan sepupu aku dan aku lupa nama hotel tu. Tapi hotel kecil molek tu cantik. RM90/night. Di situ dapat buat penjimatan jugak disebabkan kalau aku beli pakej 3 hari dua malam sekepala kosnya RM350++.

Ini web agensi yang dimaksudkan sedari awal, http://amazinguss.weebly.com/. Mungkin blog tak ada update baru. Tapi jangan risau. Agensi ini dipercayai.

Itu saja. Dan ya itu saja. Sebarang pertanyaan sila tanya secara sopan santun. Mungkin akan repeat balik ke sini. Bila? Mungkin lepas kahwin. Lols. Okbai.

XOXO,
Aen.