Saturday, December 20, 2014

Busy & Moral

Aku sebenarnya agak busy pada semester kali ini.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya apa yang busy sangat sampai tak boleh nak bergembira merawat hati duka lara.

Tak, sebenarnya aku busy. Sem ni aku diberikan tugas berat, jadi presiden kebudayaan yang hm ok aku terima atas desakan rakan-rakan yang tak tahu nak letak siapa jadi presiden. Dan aku cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik. Yang tak puas hati atau apa belakang cerita. Hidup aku  bukan nak puaskan hati semua orang yedok?

Dua bulan aku ke sana ke mari, ulang alik Cheras-Bangi uruskan beberapa pertandingan kebudayaan yang aku kira aku dah boleh quit medik dan berkecimpung dalam dunia seni secara serius - hm sebagai pengurus jelah.

Aku jenis yang tahu apa yang aku nak, dan yang tak tahu apa yang aku nak tu, maknanya tak cukup complicated untuk fikir perkara yang complicated yang aku fikir. Aku bukan apa, kadang-kadang common sense tu perlu.

Lepas tu aku ke Phuket, yang mana aku ada janji akan bagi tips itu dan ini tapi aku rasa aku dah lupa kenangan dekat Phuket tu. A sweet escape, a short getaway, enough to release my stress sebab terlalu busy.

Aku ni cerita macam aku sorang je busy haha.

Tak cukup dengan itu aku busy lagi dengan pilihanrayakampus yang aku fikir cukuplah sekadar ini sahaja aku beritahu. Bukan apa, takut aku bakar line je kalau komen itu ini.

Tapi aku decide aku nak komen jugak haha!

Aku jenis yang tahu apa aku nak buat. Jenis yang akan susun gerak kerja aku dan sedaya upaya tak kacau gerak kerja orang lain. Tak kiralah kau musuh atau sahabat. Yang penting kerja aku jalan dan sukses. Kena letak tulang empat kerat, letak usaha, baja dan siram sampai benih yang aku tanam tadi bercambah.

Tidur dua tiga jam, bangun awal, tidur lambat, ulang-alik ke sana ke mari untuk pastikan semua berjalan dengan lancar. Yang aku terkilan bila ada manusia-manusia yang aku tak payah lah sebut namanya - siapa yang makan cili terasa pedasnya - berdiri di atas platform yang aku cipta untuk condemn semua yang aku dan team aku buat.

Benda ni diaplikasikan untuk semua perkara. Betul lah tak semua orang akan berpuas hati. Tapi main cara kotor, dengan fitnah dan prasangka yang entah bila nak berkesudahan bagi kau ganjaran apa selain dari kemenangan. Kemudian beri aku pencapaian sewaktu kau ada. Aku selalu bekerja di sebalik tabir, menyorok dalam gua, berselindung di balik bayang-bayang, sebab aku tak nak bermegah-megah.

Tapi lepas perkara tempohari, aku sedar yang menunjukkan apa yang kita lakukan terutamanya perbuatan yang baik tak semestinya menunjukkan yang kau ni riak. Menunjukkan yang kau ni serba boleh dan berani.

Dan aku belajar semua tu dari team aku yang selama ni berdiri teguh atas platform kami sama-sama untuk terus bergerak ke hadapan.

Menyesal? Tak, langsung tak menyesal sebab aku dapat banyak pengajaran.

1. Jangan sailang program orang
2. Pastikan program memberi kebaikan

Lepastu, si buih-buih yang entah mana munculnya tadi kalau nak kutuk apa sekalipun, sekurang-kurangnya aku tahu, apa yang aku buat tu betul dan aku bagi sepenuh hati aku. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Amanah tetap amanah.

Tak puas hati lagi? Silakan pergi.

Ayat aku biasanya keras, keras sebab kalau berlembut, dia tak faham. Agak keras pun susah nak hadam lagi. Mana common sense, mana?

Nanti aku ada masa aku cerita pasal Phuket. Sekarang aku nak final, aku up entri pun sebab stress. Komen korang dekat entri braces dan Bandung tu nanti aku reply lepas final. Ok? Ok. Bai semorang!

XOXO,
Aen.