Friday, August 26, 2011

Tips comel di hari raya ;)

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS ;)

Raya nanti mesti ramai anak dara nak melaram nampak cantik, comel. cun melecun. Berejam lah bersiap tu. So, meh aku bagi tips sikit lah. Pasal make-up. Aku pun memang tak advance sangat. Make-up pun tak sangat. If ada dinner segala je aku tepek tepek muka aku. Kalau keluar biasa, pakai compact powder, lip ice, then jalann. Natural gituuuu, hik hik.

Simple make-up tutorial for Hari Raya :)

Perkara yang anda perlukan.

1. Wajah suci tanpa make-up :P
Ini muka biasa aku kalau keluar. Aku pun kurang menacap-nacap :)

2. Toner - Seri Aida
3. Moisturizer cream - Seri Aida lagi.
4. Naturactor - Meiko
5. Eyeshadow - Two colours are needed, MAC
6. Eyeliner - Fasio by KOSE
7. Lip Ice Sheer Colour

P/S : Jenama terpulang kepada anda :)

First step.

Pakai toner menggunakan kapas diikuti dengan Moisturizer cream.
Ratakan cream dengan hujung jari.

Second step.

Sapu naturactor pada bahagian bawah dan atas mata terlebih dahulu.
Diikuti dengan keliling bibir, bukan pada bibir ye.
Lepas tu ratakan naturactor pada seluruh wajah.
Boleh juga guna foundation ^^

Third step.

Ratakan bedak pada wajah anda sebagai pelengkap :)

Fourth step.

Okay, tiba masanya untuk apply eyeshadows. 
First, ambil warna putih or skin colour, sapukan pada seluruh kelopak mata, sebagai asas :)
Lepas tu, sapukan light pink colour eyeshadow pada keseluruhan kelopak juga.
Lastly, baru guna brown colour eyeshadow. Sapu pada bahagian akhit kelopak mata.
Untuk nampak natural, jangan gunakan warna eyeshadow yang terlalu gelap atau cerah ye? :)

Fifth step.

Kalau pakai eyeshadow, then tak pakai eyeliner, mata akan nampak sedikit cacat.
Tapi bagi kelopak mata jenis macam aku lah ye. Huhu.
Apply start kelopak mata bahagian dalam ke luar. Kemudian ulang, dari luar ke dalam.
Dinasihatkan, jangan tarik bahagian tepi mata tu. Nanti cepat ada wrinkles :)

TADAAAAAAAA hasilnya!


Sixth step.


Last but not least, apply lah Lip Ice Sheer Colour.
Adalah tu yang tertanya tanya, kenapa tak guna yang lain macam lip stick ke.
Jawapan aku, sebab Lip Ice neh kalau pakai, bibir dah merah semedang yee.
Dia ikut warna darah. Comel okay bibir lepas tu. Macam LISA SURIHANI :p

Result!



-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

TADAAAA! Tu diaaaa.
Mata belah kiri aku tu aku tutup sebelum eyeliner kering, so, dia tertampal kat atas.
AHAH, abaikan ye, aku malas nak padam2 balik, kang kena ulang dari awal.
Yes, saya tahu saya pemalas.

Soalan yang bakal di tanya. (Ye ye je)

Q : Tak ada tutorial pakai eyeliner?
A : Eyeliner aku ajar macam mana nak pakai. Tapi susah aku nak pakai sambil snap gambar, sebab aku jenis pemalu bila orang tengok aku bergerak-gerak, hehe.

Q : Tak pakai mascara dengan blusher ke?
A : Sorry ya. Sebab aku tak suka sangat pakai mascara untuk simple make-up. Kenapa? Sebab kalau aku pakai, korang tak akan nampak eyelashes aku. Sangat nipis yeee. Kena pakai macam ROZITA CHE WAN. Hehe. Blusher pulak, sebab pipi aku suka memerah dengan sendiri.

Q : Habis tu, cara pakai blusher yang betul macam mana?
A : Mula-mula muncungkan mulut biar pipi tu kurus, sapu blusher from tulang pipi bahagian ke atas, and repeat sampai korang rasa puas hati. Jangan over sangat, kang nampak terlalu cengkung. Then, smile, sapu sikit kat pipi yang terkembung tu. Jangan over sangat sebab nanti nampak cam badut lak. Hihi.

Q : Jangka masa nak make-up?
A : 1st sampai 3rd step, 3-5 minit je. 4th step, 5th step, 3 minit setiap satu. 6th step, beberapa saat je. Ahah. See, tak sampai 15 minit pun :)

Sekian sahaja sampai di sini ;)

P/S : Aku recommend kan, kalau nak pergi mana-mana dengan muka yang tak rimas. Skip FOURTH STEP. OR FIFTH STEP. Tapi if tak nak nampak bahagian mata macam pucat. Jangan abaikan FIFTH STEP. Thanks sebab view ^^

Ehem. Tolong aku boleh? Hihi. Aku tahu korang semua baik ;)

1st like this page Mon Cherie Shop

2nd like my pic Nurul Aen

Thursday, August 25, 2011

Sinar Bahagia Part 2

P/S : Selamat membaca kembali. Terlepas yang terdahulu? Boleh view Sinar Bahagia Part 1 :) Lepas neh entry pasal persiapan raya kot. Persiapan apa? Ahh, rahsiaaaaa, tunggguuu malam raya nanti ;) Komenlah pasal cerpen neh. Mana kelemahan yang ada. Nanti next cerpen aku boleh perbaiki . Daaa~


     “Abah, abah tak sayang Amy. Abah tipu Amy,”ujar Amelia pabila Azrul memeluknya. Tersentak Azrul mendengar kata-kata yang keluar dari mulut comel itu.
     “Kenapa ni sayang? Ibu marah Amy ke?”Soal Azrul.
     “Ibu cakap Amy anak kutip. Amy bukan anak ibu. Bukan anak abah. Betul ke abah?”Jawap Amelia sebak.
Azrul meruap mukanya. Apakah dosa anak kecil ini sehingga Amira sanggup melukakan hatinya.
     “Amy, amy anak abah. Amy anak kandung abah dan mama. Ibu tu ibu Amy. Ibu tiri Amy.”Perlahan Azrul menyatakan kebenaran. Wajah Amelia berubah. Ada riak ceria di wajahnya.
     “Mama mana abah? Amy nak jumpa boleh?”
Perlahan-lahan Azrul menarik dan menghembus nafasnya.
     “Amy, mama dah tak ada. Mama dah meninggal masa melahirkan Amy.”
     “Amy nak mama….”Air mata Amelia kembali berlinangan.

     Azrul mendukung Amelia ke bilik bacaannya. Dia membuka kembali album lama dia dan arwah Aimi. Membiarkan Amelia membelek dan menatap setiap kenangan ketika Aimi masih hidup. Wanita yang tabah dan kuat itu perlu dikenali oleh Amelia. Azrul membuka cerita satu persatu tentang kisah silam mereka. Kebetulan Aimi mempunyai ketumbuhan otak ketika mengandungkan Amelia. Doktor telah menasihatkannya supaya menggugurkan kandungan supaya tidak membahayakan diri. Namun Aimi pantas membantah. Baginya ajal dan maut di tangan Allah. Jika dia ditakdirkan tidak hidup lama, dia ingin anak yang bakal dilahirkan selamat melihat dunia. Amelia hanya mampu menangis. Aimi, satu nama baru dalam benaknya walaupun telah lama wujud dalam kamus hidupnya. Mama… Kalaulah mama masih ada.

---------------------------------------------------------------------

     “Abah, kan bagus kalau mama ada sekarang. Amy tak sempat tengok mama pun abah. “

     Lamunan Azrul terhenti. Azrul hanya memandang sayu anaknya itu. Usia anak gadisnya yang sudah menginjak 16 tahun. Dia tahu anaknya itu dahagakan kasih sayang seorang ibu.  Dia masih ingat lagi tika Amelia teresak-esak menangis pabila mengetahui dia hanyalah anak tiri Amira. Namun tetap anak kandungnya sendiri, darah dagingnya. Darah yang mengalir dalam tubuh Amelia adalah darah dia. 

     “Amy, Allah lebih sayangkan mama. Kalau Amy nak tahu, mama orang yang paling baik yang pernah abah jumpa. Tak pernah mengeluh walau sedikit pun. Abah tahu kadang-kadang mama Amy berkecil hati dengan ibu. Tapi dia masih lagi mampu tersenyum. Abah nak Amy teruskan dan bawa ketabahan mama. Dia pasti tersenyum di sana. Amy jangan lupa, mama tetap sayang Amy walaupun jasadnya dah hancur dimamah bumi. Roh mama masih ada di alam yang lain.”

     Amelia berpaling memandang Azrul. Dipeluk erat tubuh tua sasa itu. Mengharapkan kasih sayang abah juga tidak berkurangan terhadap dirinya. Amy tahu abah. Amy tahu mama sayangkan Amy.

     “Hah, berpeluk-peluk pulak anak dengan bapak. Cepat turun makan, bang. Mira dah lapar,”sergah Amira tiba-tiba. Kemudiannya dia pantas menuruni anak tangga. Hatinya sakit melihat betapa besarnya kasih sayang Azrul terhadap anak gadis itu. Ahhhh, budak tu tak berhak dapat kasih sayang Azrul!

Saturday, August 20, 2011

Sinar Bahagia Part 1

Shasha Amelia berlari-lari anak menuju ke pintu utama rumah itu. Senyumannya tidak lekang daripada bibir. Pak Tam tersenyum melihat gelagat Amelia.  Hm, nombor satu lagilah tu. Pandai betul budak ni.

    “Ibu, ibu, tengok buku laporan Amy ini, bu! Amy dapat nombor satu dalam kelas!”Jerit sejurus dirinya membolosi daun pintu rumah besar itu. Lebar senyuman yang dilemparkan anak kecil itu. Namun senyumannya mati tatkala melihat raut wajah wanita di hadapannya itu. Keras. Tiada riak gembira.
     “Alah, orang lain pun boleh dapat nombor satu. Bukan kau sorang je.”Amira merenung anak kecil itu tajam.
     “Tapi bu, cikgu cakap, markah Amy paling tinggi,”jawap Amelia perlahan.
     “Peduli apa aku! Nombor kau tu tak turunkan duit daripada langit pun. Dah pergi mandi, kejap lagi abah balik!”Jerkah Amira. Terkulat-kulat Amelia memandang lantai. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menuju ke kamarnya.

Buku laporannya itu ditatap sayu. Air matanya berlinangan. Hatinya tertanya-tanya, apakah makna kebencian yang ditunjukkan Amira terhadapnya. Jiwa kecilnya masih lagi tidak mengerti. Seingat dia, wanita itu tidak pernah melemparkan senyuman padanya. Suara wanita itu tidak pernah kedengaran mesra di telinganya.

      “Abah, baliklah cepat. Amy  nak tunjuk buku laporan ni. Ibu tak nak tengok pun. Kenapa ibu tak sayang Amy abah? Kan Amy anak ibu?”rintihnya dalam sendu.


-----------------------------------------------------------------


“Ibu, janganlah tarik rambut Amy. Sakit.”
“Tahu pun sakit. Pasu mahal yang kau pecahkan tu ingat tak menyakitkan hati aku?”
“Amy.. Amy tak sengaja, bu.”Esakan Amelia mula kedengaran. Amira menolak tubuh kecil itu sehingga terjelepok ke lantai. Tangisan Amelia semakin kuat. Mak Esah hanya mampu melihat dari jauh. Mengalir air matanya melihat kebencian Amira terhadap Amelia.
“Hah menangis aje kerja kau! Rimas aku tengok.”
“Ibu, kenapa ibu benci Amy? Amy kan anak ibu.”
“Siapa kata kau anak aku? Kau anak kutip tahu tak!”Amira ketawa puas.
“ Anak kutip?”Amelia mendongakkan kepalanya. Mencari kebenaran di wajah Amira.
“ Ya, anak kutip. Aku kutip, lepas tu bela kau sampai sekarang. Bersyukurlah sikit sebab aku tak buang kau dulu.
“Tapi abah cakap, Shasha anak abah, anak ibu,”bergetar suara anak kecil itu.
“Percaya sangat cakap abah kau tu. Dahlah, aku nak tidur! Jangan kacau aku.”Amira menghempaskan pintu biliknya. Dia tersenyum puas melihat Amelia sebegitu. Baginya anak kecil itu perlu tahu siapa dia dan kedudukannya dalam keluarga mereka.

Amelia seakan terpinga-pinga seketika. Kemudiannya dia berlari mendapatkan Mak Esah. Anak kutip? Getus hatinya. Dia tahu apa makna anak kutip. Gurunya di sekolah telah menerangkannya. Sayu hati Mak Esah melihat anak itu. Diseka air mata suci dia dan dan dibawa ke dalam pelukannya dengan kasih sayang.

“Mak Esah, kenapa ibu tak sayang Amy ya? Abah pun tak sayang Amy.”
“Amy, tak baik cakap macam tu. Abah sayang Amy sangat-sangat. Ibu pun sama.”Sebak hati Mak Esah mendengar rintihan gadis berumur sembilan tahun itu.
“Tapi ibu cakap Amy anak kutip. Amy bukan anak ibu, anak abah.”Ngongoi Amelia.
“Tak, sayang. Tak. Mak Esah sayang Amy, jangan menangis ya.”

Amelia terlena dalam pelukan Mak Esah. Deritanya masih belum berakhir. Jika orang lain tubuh badan yang didera, tapi berlainan pula baginya. Hatinya yang masih lagi mentah didera sedemikian. Saat dia memerlukan tangan seorang ibu untuk digapai, dia hanya mampu menangis. Ibu tidak mungkin akan menghulurkan tangannya, apatah lagi untuk mengemis secebis kasih sayang daripada Amira.

P/S : Bersambung ;) Teruskan membaca, thanks!

Dugaan Allah.

Assalamualaikum, hai readers and followers. Lately Aen banyak, sangat dugaan yang menjengah. Dalam bulan Ramadhan pulak tu. Mestilah kena banyak bersabar, ye tak? Hehee :)

Sesiapa yang banyak dugaan tu, Aen nasihatkan bawak bersabar jugak. Aen pun pernah going overboard jugak. Manusia biasa, tak mampu lari dari kesilapan. Sama-sama muhasabah diri balik.

Kalau kita rasa orang ada salah, fikir tentang diri sendiri jugak. Kita ada salah ke tak. Jangan menunding jari dekat sebelah pihak je. Jangan berperasangka buruk dan dengar cerita sebelah pihak je. Seelok-eloknya dengar daripada dua-dua belah pihak. Ingat ya, dugaan tu datang untuk mematangkan diri sendiri.

Memang susah nak bila orang cakap buruk pasal kita, kita nak buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kita pun ada perasaan. Otak kita ada banyak neuron, memory cells, mana boleh nak lupa macam tu kan? We can forgive, but can't forget :)

Jangan sesekali memfitnah orang, sebab dosa dia ibarat membunuh orang Islam. Selama mana orang yang kita fitnah tu merana, selama tulah kita tanggung dosa. Nak ke? Seronok ke macam tu? Nak kata dapat duit tak, dapat pahala lagilah tak, doa je yang menjengah-jengah. Ingat yang doa orang teraniaya senang diangkat. Okay?

Allah maha Adil. Dia akan balas balik perbuatan orang yang menganiaya kita. Jangan risau. Teruskan hidup dengan kekuatan yang Allah bagi. InsyaAllah, Allah akan balas balik kesabaran kita tu. Semua yang berlaku ada hikmahnya kan? Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah bagi :)

Kalau terasa diri susah, sebut INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN. Kalau terasa diri kurang bersyukur,ASTAGHFIRULLAHALAZIIM. Biar kita sedar balik :)

Heee. Macam ustazah lak. Tapi Allah tak halang sesiapa je nak menyampaikan nasihat walaupun dia seorang MUALAF. Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal ;)

See you again. Salam sayang, Aen.

-------------------------------------

UPDATE.


Wanita Itu Mahal.


Wanita :)

Jangan salahkan wanita kalau melahirkan anak perempuan sebagai anak sulung dan bukan lelaki. Kenapa? Sebab lelaki kena kaji sendiri ya, itu sebab SPERMA Y lelaki yang tak kuat. Dan yang paling penting, itu adalah ketentuan Allah. Jangan menyalahkan takdir. BERDOSA!


Jangan senang-senang cakap perempuan tu hanya mengandung, lelaki yang jadi faktor utama perempuan mengandung. Disini ingin ditegaskan. Adakah anda boleh melahirkan anak dengan sendiri wahai lelaki? Anda ada rahim, dan adakah anda merasai kesakitan dan kesusahan seorang ibu mengandung dan melahirkan anak? Dan sains telah membuktikan bahawa perempuan mampu mengandung dengan spermanya sendiri yang dihasilkan oleh tulang belakang. (Perempuan jangan buat kaedah ini ya, melanggar fitrah manusia).


Tanpa perempuan, tiada lelaki. Tanpa perempuan, tiada suami, tiada ayah, tiada pemimpin. Lelaki dan perempuan sama-sama memerlukan.


Sekian :)

Wednesday, August 17, 2011

Cebisan Kasih -_-


Makna cinta terlalu subjektif untuk diolah. Cinta terlalu abstrak untuk diungkap. Cinta juga memerlukan pemahaman yang mendalam untuk dihayati. Cinta sejati amat sukar untuk dicari. Mungkin sesuatu perhubungan itu kelihatan indah. Namun, tidak semestinya perhubungan itu lahir daripada hati yang suci.
     Bagi sesetengah insan yang sedang hangat menyulam cinta, hari-hari yang dilalui pasti sentiasa diiringi oleh madah-madah puitis. Namun, bagi insan bernama Afrina Iwana, madah-madah puitis itu hanyalah suatu bentuk pendustaan.

     “Reen, dengar dulu apa yang I nak cakap.”
     “Lepaskan tangan I, Fiz. Tolong jangan bagi I nampak you lagi. Pergilah, Fiz,”ujar Afrina sebak. Dia tidak sanggup lagi mahu menatap wajah Hafiz Helmi.
     “Reen…”
     Afrina tunduk memandang lantai simen itu. Hatinya remuk tatkala melihat kecurangan Hafiz di hadapan matanya sendiri. Puas dipekakkan telinganya daripada mendengar khabar angin yang dianggapnya hanyalah cara untuk memisahkan cinta mereka. Namun, hari ini dia seakan-akan sudah tersedar daripada mimpi indah yang telah dilaluinya. Mimpi yang penuh dengan pembohongan dan pengkhianatan. Hafiz Helmi, satu nama yang akan dia buang daripada kamus hidupnya.
     “Fiz, dulu I anggap you lelaki yang paling berharga dalam hidup I. Tapi, syukur kerana Allah dah buka mata I untuk lihat penipuan yang you hadiahkan untuk I selama ni. I ingat you lelaki yang boleh dipercayai. Tapi, rupa-rupanya you macam syaitan bertopengkan manusia.” Afrina menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba mengumpulkan kekuatan untuk menatap mata lelaki itu.
     “Dah ramai orang beritahu you curang. Tapi I buat bodoh je. Hari ni I dah tau yang sebenarnya I dah lama diperbodohkan. Cukuplah, Fiz. Terima kasih sebab pernah buat I merasai indahnya cinta palsu you. Kita dah tak ada apa-apa ikatan lagi. Assalamualaikum.”
     Afrina mengatur langkah meninggalkan Hafiz. Lelaki itu hanya mampu melihat. Tangannya meraup wajahnya yang penuh dengan penyesalan. Namun, penyesalan itu sudah tidak berguna lagi.
     “Reen, maafkan I,”bisiknya perlahan.

  ------------------------------------------------------------------

     Burung yang berkicauan mematikan lamunan Afrina. Dia memerhatikan sekumpulan yang berterbangan itu. Alangkah bagusnya kalau aku jadi seperti burung itu. Gadis itu tersenyum sendirian. Walau sebesar mana pun masalah yang melanda, dia sudah berazam akan menempuhinya dengan tabah. Cukuplah dengan kelemahan silam yang telah memperbodohkan dirinya sendiri.
     “Assalamualaikum, Reen..”
     “Eh, mama!”Afrina terjerit kecil. Tubuh tua dipeluknya erat. Perasaan rindunya yang menebal akhirnya dapat dileraikan. Tiga pasang mata yang lain memerhatikan mereka berdua.
     “Abang! Tak rindukan Reen ke?”
     “Eh, mana boleh tak rindu kat budak cengeng ni,”ujar Azri sambil menuju ke arahnya. Kepala Afrina diusap lembut. Matanya tertumpu pada wajah polos Afrina. Wajah itu kelihatan lebih matang daripada sebelumnya. Mungkin empat tahun berada di negara orang banyak mengajarnya erti kehidupan.
     “Reen, tak nak sapa papa ke, sayang?”Haji Amri menepuk bahu anaknya itu.
     Afrina hanya tersengih lalu mendakap Haji Amri. Mereka kemudiannya beriringan menuju ke tempat parkir kereta.

  ------------------------------------------------------------------

     “Lama aku tak jumpa kau, Reen. Kut ya merajuk dengan aku pun, janganlah lari jauh sangat.,”seloroh Feeka.
     “Eh, mana ada. Aku pergi belajar okay, tak main lah lari-lari.”
     Feeka hanya tersenyum. Dia kelihatan agak gelisah. Dipandangnya kiri dan kana berulang kali. Afrina perasan akan kelakuan sahabatnya itu.
     “Kau kenapa, Fee? Macam ada yang tak kena je,”soal Afrina.
     “Emm, sebenarnya, aku ada sesuatu nak bagitahu kau. Tapi, aku harap kau tak marah aku.Promise?”Lambat-lambat Feeka menuturkan kata.
     “Cakaplah apa dia.”
     “Fiz nak jumpa kau, Reen. Dia ada kat sini.”
     Buntang mata Afrina mendengar kata-kata Feeka. Bagaikan dirasuk, dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. Baginya, perkara yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Dia cuba untuk berlagak tenang walaupun debaran dihatinya semakin kencang.
     Kelibat tubuh sasa Hafiz bersama perempuan yang pernah dilihatnya suatu ketika dahulu menyebakkan dadanya. Tidak sangka Hafiz akan menemuinya bersama perempuan itu. Afrina bingkas bangun daripada tempat duduknya. Hati aku sakit. Tetapi, apa gunanya, Reen. Kau dengan dia dah tak ada apa-apa. Afrina bermonolog sendirian. Belum sempat kakinya mengatur langkah pergi, Fiz sempat memaut pergelangan tangannya. Mata jejaka itu memandang sayu, tepat ke dalam anak mata Afrina. Afrina tertunduk. Dia tidak mampu untuk melawan pandangan Hafiz.
     “You nak apa, Fiz?”Sekian lama membisu, akhirnya Afrina mengeluarkan kata.
     “I nak jelaskan perkara empat tahun lalu. Berilah I peluang. Kalau you tak nak terima I lagi lepas ni, tak mengapa. I nak you tau kedudukan I yang sebenar masa tu. Please, Reen,”rayu Hafiz.
     Afrina menggelengkan kepalanya. Dia memandang Hafiz dan perempuan itu silih berganti. Hatinya seakan-akan berdarah kembali. Baginya, tidak guna Hafiz memberikan sebarang penjelasan lagi. Hatinya sudah tertutup rapat untuk lelaki itu. Tapi, kenapa hati aku sakit lagi?
     “Ahhh, sudahlah Fiz. Lepaskan tangan I!”Afrina merentap tangannya kembali. Kakinya laju meninggalkan mereka bertiga. Suara Feeka yang melaungkan namanya semakin tenggelam. Air matanya bercucuran membasahi pipi.

 ------------------------------------------------------------------

     Afrina mendengar dengan teliti. Air matanya mengalir lesu. Seribu satu penyesalan menguasai dirinya ketika ini.
     “Sya, you tahu dia kat mana sekarang?”
     “I rasa mungkin dekat tempat kesukaan you. Dia selalu pergi sana lepas kejadian itu. Maafkan I, Reen. Semua salah I. Keikhlasan hati Hafiz menyintai you membuatkan I sedar. Cinta tak mungkin dapat dipaksa. Pergilah cari dia, Reen. He needs you,”ujar Syahira. Jari-jemarinya menyeka sisa air matanya.
     “Thanks, Sya. Thanks a lot. I pergi dulu.”

 ------------------------------------------------------------------


     “Assalamualaikum, boleh saya duduk sini.”
     Hafiz hanya menganggukkan kepalanya. Tidak terniat langsung di hatinya untuk menoleh ke belakang.
     “Sekurang-kurangnya, jawablah salam tu.”
     “Waalaikumussalam, awak siapa?”Serentak dengan itu, Hafiz menoleh ke belakang. Hampir gugur jantungnya melihat susuk tubuh Afrina yang berdekatan dengannya. Air matanya bergenang.
     “Datang sini, tak ajak I pun?”Afrina tersenyum manis.
     “Macam mana you tahu I ada kat sini? Sya bagitahu ke?”
     “Tak habis-habis ingatkan Sya je kan? I tak ada siapa yang nak ingat pun kan?”
     “Reen, setiap saat I ingatkan you. Tidak pernah terdetik pun di hati I untuk ingat orang lain selain you. Selepas kejadian tu dulu, I selalu berdoa pada Allah, untuk bukakan hati you. I hilang arah bila you tiada. Terlalu cepat you buat keputusan untuk meninggalkan I tanpa sempat I berikan penjelasan. Empat tahun, Reen. Empat tahun I menanti. Menanti you kembali dalam hidup I,”luah Hafiz. Tangannya menguak kasar rambutnya. Air mata lelakinya gugur jua.
     “Fiz, I dah tahu semuanya. Sya dah ceritakan semuanya. Maafkan I, Fiz. Hati I terlalu sakit masa tu sampaikan tak dapat nak fikir jalan yang terbaik. I masih mentah lagi untuk berfikir. Perpisahan yang berlaku buat I rasa I tak dapat hidup tanpa you. Rupa-rupanya jodoh kita masih ada. Allah termukan juga kita selepas apa yang berlaku. Maafkan I, Fiz. I patut…” Kata-kata Reen tergantung di situ. Dia sudah berada dalam dakapan jejaka itu. Afrina meleraikan pelukan itu perlahan-lahan.
     “Fiz, tak elok macam ni. Kalau you betul-betul sayangkan I, jumpa mama dan papa. I nak hubungan yang halal dan sah di sisi agama.”
     “Maaf, Reen. I terlalu rindukan you. Reen, sudikah you jadi permaisuri hati I?”


------------------------------------------------------------------

     “Sayang, kenapa termenung?”soal Hafiz. Rambut Afrina dielus lembut.
     Afrina mengangguk perlahan. Bibirnya mengukirkan senyuman penuh makna.
     “Tak ada apa.”
     “Sayang, terima kasih untuk segalanya. Kenangan pahit kita dahulu memberi kemanisan kepada kehidupan kita sekarang. I akan jadi suami yang baik untuk you.”Hafiz menggenggam erat jari jemari Afrina. Wajah isterinya itu ditatap dengan penuh kasih sayang.
     “I pula akan jadi Isteri yang solehah untuk you.”
     “I love you, dear,”bisik Hafiz.
     “I love you too,”balas Afrina.

Ya Allah, andai inilah kebahagiaan yang aku cari selama ini, aku bersyukur padamu ya Allah. Sesungguhnya, Hawa dijadikan daripada tulang rusuk kiri Adam untuk dijaga, dicintai dan melengkapi hidup sang Adam.




P/S : Lepas neh SINAR BAHAGIA versi sambung sambung lak :) Selamat membaca. Maaf penulisan aku tak sebaik penulis novel dan cerpen terkenal. Aku hanya mampu mengeluarkan isi berdasarkan apa yang aku fikir, tu je :)

Tuesday, August 16, 2011

IMPERFECT

 













Perkara yang memukau dan menjengkelkan mata blogger.


AGAK menjengkelkan.

Silau.

Yang neh biasa nampak kan? Hik hik. Warnaaa background atau tulisan yang mengancam. Pehh, pedih mata siot kalau jengah. Kalau aku dah sure sure aku pangkah je. Tulisan PINK boleh(merujuk pada diri sendiri). Tapi cari yang gelap sikit lah. Jangan light pink suda, eheh ;)

Terbang-terbang.

Masuk je dah ada benda sambut. Terbang sana terbang sini. Kalau tak pun, macam salji tak pun rain drop. Kacau je mata-mata blogger yang tengah eksaited nak baca blog. Memang entry bagus. Tapi kalau macam tu, malas nak baca jugak, huhu :)

Lambat loading.

Disebabkan korang sangat kreatif dengan benda alah di atas, dah lambat loading page korang disebabkan benda benda alah tu. Kesian lah dekat blogger yang internet connection dia macam siput masa tu. Confirm spoil mood je, huhu. Yang neh biasanya jadi untuk sesiapa yang buat classic template. (Aku dulu pernah buat, aku sendiri nak loading dah lama gila =.=)

Lalalalalala~

Music Widget ;) Bukak je, bang bang bang lagu menerjah gegendang telinga dengan rakusnya. Orang ramai nak membaca dengan tenang. Memanglah boleh MUTE. Tapi kalau orang tu nak dengar lagu diorang. Macam mana nak MUTE music widget korang yang tak ada MUTE button? Fikir ye sayang sayang :O


Love story mory in every post.

Selalu sangat cakap pasal love story mory diri sendiri. Gaduh nak sumbat. Berbaik nak sumbat. Sekali sekala sudah. Ada blogger setiap kali entry pasal tu. Kadang-kadang benda tu boleh buat orang tahu kat mana kelemahan kita, so better jangan acap kali sangat. (Aku pun kekadang tulis entry pasal tu jugak, sesekali nak rasa jiwang, HAHA)

Magnifying Glasses/Zoom MengeZOOM.

Okay, tulisan terlalu kecik. So, spoil je mood nak membaca entry yang comel comel. Kena zoom lah hapelah.

Tadika-style?

HAHAH, gelak kejap tengok tajuk. (Tak lawak pun sebenarnya =.=) Please jangan taip macam neh. Awaks, shaye shayunk awaks shangats-shangats. Ite suke at awak ler. Atot lah, amoh le amoh le. Exeleh, apew pown tucks bowleyh lewr. CUTE sangat sampai rasa geli nak bace, yuks yuks. Kitorang singgah sebab feel free and please nak baca. Jangan tulis macam tu pulak ye? SKEMA ITU HOT lah macam blog Lilianna Mardiana. Psssst, promote blog dia sikit, dia comel gilaaaaaa (!)

Type of font (UPDATE)

Rakan blogger, kalau boleh guna font yang skema untuk senang kami melihat :) Ada gaya gaya font sikit sikit tak apa. Jangan sampai terlampau curly yang tak boleh nak baca =.= Macam mana kami blogger nak jadi readers nanti?



AGAK memukau.

Entry yang selari dengan tajuk.

Orang rasa excited nak baca bila tengok tajuk gempak. View, isi pun gempak, peh peh, enaknya nak baca. Tapi awas ye. Memang tajuk entry kekadang boleh naikkan traffic. Kalau tetiba isi spoil mood, orang malas nak baca selanjutnya, PANGKAH dan malas singgah lagi :)

Widget biasa biasa je.

Kenapa? Lajuu je bila bukak. Bukak terus ada entry dan boleh tatap banner korang yang cun melecun, leh baca entry korang yang superb. Kan? Siapa setuju angkat tangan!

Doodle dan banner dan simple template.

Hah, aku memang suka view blog yang banner cun tapi simple dan yang suka buat entry yang ada doodle tu. Peh serius cakap comel gila. Aku pulak memang tak boleh nampak benda comel. (Biasalah hati pink, huhu). Aku nak buat tapi malas nak belajar, HAHAH -.-' Kekangan waktu dengan business baru baru neh, so, aku malas ye. Lepas neh insyaAllah kot. Contoh macam blog Fatin Liyana dengan Hanis Zalikha. Banner simple tapi cun ;) Walaupun aku kekadang tak puas hati tengok template Fatin Liyana yang sebegitu warna, hohoh. Tapi aku still view ;)

Banyak info menarik.

Aku suka macam blog Mambang. Sebab ada je benda yang boleh buat aku cakap OUH, MACAM TU. See see?

Ikhlas dan ikhlas. (UPDATE)

Yang penting ikhlas dan tak terlalu menjatuhkan seseorang dengan teruk :) Orang akan baca entry kita yang ikhlas tu dengan sepenuh hati. Jangan hampakan readers, okay?

Aku rasa banyak lagi kot info tu :) Pergilah search blogger blogger lain punya blog kalau nak tahu sebab sebab lain. Aku bagi pandangan diri aku sendiri dan mewakili beberapa orang blogger je. Eheh.

Actually, kalau aku tengok entry menarik, aku abaikan jelah yang tak sedap mata memandang tu :)

Neh, konklusi aku ;) Zassss


P/S : Lihat bawah.


Tataplah gambar neh. Photoshoot kat DZMS Agency.
First Time kot aku rasa tak ikhlas gila depan Cam. Tengok senyum tu.
Hambar je. Dan compare dengan gambar-gambar lain, TQ :P

Tuesday, August 9, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ;)










 

Promise me this, okay?

P/S : Being perfect is not important to be loved :)

Faktor Pergaduhan dan TIPS mengelakkan :)


Pernah gaduh? Cehhh, tipulah kalau tak pernah. Kenapa? Mesti yang sini salahkan yang sana. Yang sinun salahkan yang sini. Abeh tu? Siapa yang salah? Takkan BLOG AEN SA'ARI lak =.='

Faktor 1 : Wrong communication skills ;)




Contoh senang bila kau sarcasm sangat, sikit nak bagi orang makan dalam. Terluka, terkecik hati dia. Kalau terluka terkecik je tak apa. Kalau dia dah doakan korang yang tak elok? Kan naye? -.-' Sebab tulah ramai yang berdiri atas bangunan tinggi tinggi tak gayat, hohoh.


TIPS 1 : Cuba untuk menggunakan bahasa yang sedap didengar. Sebab si dia akan balas balik dengan bahasa yang sedap didengar :) Bahasa yang indah didengar neh akan buat si dia rasa disayangi dan terharu je bila bercakap dengan anda.


Faktor 2 : No understanding between each other.


Selalu je bergaduh sebab benda kecik, TAK MEMAHAMI. Lagi lagi masa Perempuan PMS, PMDD. Cuba cakap berapa ciput je yang paham? Orang busy tak nak faham. Orang sakit cakap alasan -.-' Apa nak jadi?


TIPS 2: Kata sehati sejiwa? Kata you sayang I, I sayang you. Okay, develop sikit rasa memahami tu :) Dia faham kita, kita faham dia lah kan? Fair and square. Kita tak akan faham seseorang dengan sepenuhnya selagi kita tak rasa benda tu. So, try bayangkan diri anda di situasi tersebut.


Faktor 3 : SMS.


Kenapa? Sebab lambat balas sikit dah nak marah marah :P *terasa . Lepas tu kalau tengah bengang, baca message dengan perasaan yang bengang. Lepas tu naik bengang. Orang di sana pun bengang. Last last dua dua bengang, world war III, maki sana maki sini -.-'


TIPS 3 : Kalau tak boleh message, call dia cakap busy atau apa. Sebab mesti dia akan faham kesibukan kita. At least hantar satu message je cakap, I BUSY LAH SAYANG. KEJAP LAGI I MSG K? ILY :) Mesti dia akan tenang. Jangan pulak tak message langsung lepas dah habis busy tu, kang perang dunia ke IV lak :P


Faktor 4 : Terlalu mengongkong.


Itu tak boleh ini tak boleh. Then, fedup, then mulalah rasa nak memberontak, perang dunia ke V pulak berlaku. Message dengan dia tak boleh. Kawan dengan dia tak boleh *terasa woo.


TIPS 4 : Wohoo. Kalau kita sayang, kita trust. Kalau kita trust, kita takkan mengongkong-gari-tak-bagi-kaki-berjalan :) Faham kan? ^^ Tapi kadang kala, bagus jugak macam tu :) Mengajar diri setia dan bertanggungjawap.


Faktor 5 : Tiada masa.


Setahun jumpa sekali. Sebulan call sekali. Seminggu message sekali. Woohh. Teruknya. SMS tak, MMS tak, CALL tak, 3G apatah lagi. Pulak tu, batang hidung tak nampak, lagikan bayang-bayang. Terasanya diri tersisih.


TIPS 5 : Keep in touch, dan sentiasa buat si dia rasa you all ada dengan dia. Memanglah dah dapat hati dia. Konon dah dapat cinta dia, boleh lepas jelah layang layang tu kat udara? Tak boleh :) Dah dapat, kita kena selalu jaga, sirami dengan kasih sayang :)


Faktor 6 : Berprasangka/cemburu buta tak pakai tongkat :P


Yang neh ada link dengan Faktor 4 :) Sikit nak cemburu buta. Nak syak yang bukan bukan. Kalau bercinta tak ada saling mempercayai macam mana? Lepas porak peranda, mulalah kecoh salah sinun kata ada orang ketiga -.-' Salah diri asyik syak bukan bukan. Buat kena tuduh, tak buat pun kata. Apa lagi, baik buat ;)


TIPS 6 : Okay, biasalah kalau sedikit ada rasa cemburu (tandanya sayang), tapi janganlah over sangat ye mak jah :P Tak elok untuk kandungan ^^ Nanti si dia lari baru tau :)



Faktor 7 : Sukar mengalah/keras kepala besi/keras hati batu -.-'


Okay yang neh aku terasa, HAHAHA. Sebab aku agak keras kepala :P Okay, contoh (bukan aku), bergaduh je pihak sebelah je yang nak mintak maaf, yang tu je kena pujuk, lagi sebelah tadah tangan sua muka je. Haih haih, tepat kat batang hidung.


TIPS 7 : Aku rasa bab neh, tak layak aku nak bagi tips, eheh. Tapi kurangkan lah. Lebih baik elakkan bergaduh. Cuba develop self-awareness followed by self-controlled, insyaAllah okay :)

Sampai sini je yang aku dapat kongsikan. Kalau ada update lagi, aku akan update kat sini :) Terima kasih kerana sudi baca blog aku. Jangan lupa comment ye? HAHAHA, Adios ;)

P/S : Aku pun bergaduh jugak. Gaduh besar ada kecik ada manja ada. Biasalah adat :)



Thursday, August 4, 2011

YaNa Yassin | Birthday Giveaway

Adeh, kena tagged, siapa yang tagged neh hah? HAHAHA ;) Sobs, terharu sebab baru je follow dia dah tagged, hihi. Trimas Shahniz ;)



Kalau birthday aku, hadiah yang aku mintak tak banyak pun. Cukuplah sekadar diri ini dilamar oleh sang putera pujaan hati, intan payung gunung meletop. Sebab aku nak menghalalkan apa yang haram. Itu je :) Bagi aku material tak penting (walaupun aku shopaholic), yang penting diri kita disayangi, tak kisahlah apa jenis sekali pun hadiah yang kita terima. Asalkan diri gembira, sobs :') Tapi, kalau dapat Samsung Galaxy S II tak pun I Pad 2 pun okay jugak. Hehe, tak dapat derrrr, Dslr dengan Xperia nak campak mane? Longkang?

Di sini aku mengisytiharkan  nama-nama di bawah telah di tagged untuk join GA ini ;)


So, kalian klik link bawah gambar untu tengok syarat :)

P/S : Birthday aku jangan lupa bagi hadiah, HAHAHA

Tuesday, August 2, 2011

Babak di KL ;)



Di suatu hari yang hening, Aen dan Aaron melepakkan dirinya di tepi pantai tak ada nama.

Aen : Awak sayangkan saya?
Aaron : Mestilah sayang. Awak aje yang ada dalam hati saya.
Aen : Kalau macam tu, tinggalkan kerja kerja tu.
Aaron : Saya buat untuk kebahagiaan kita, Aen. Nak buat awak hidup senang bila kita kawen nanti.
Aen : Tapi saya tak nak makan duit haram, Aaron :(
Aaron : Tapi, Aen....... 
Aen : Tak ada tapi tapi. Saya minta disayangi je,.
Aaron : Ya sayang, apa sahaja untukmu.

Bahagia hingga ke akhir hayat ^^

P/S : Patutnye macam neh scene terakhir KL Gangster. HAHA :p Apa pendapat korang? Hihi