Thursday, August 25, 2011

Sinar Bahagia Part 2

P/S : Selamat membaca kembali. Terlepas yang terdahulu? Boleh view Sinar Bahagia Part 1 :) Lepas neh entry pasal persiapan raya kot. Persiapan apa? Ahh, rahsiaaaaa, tunggguuu malam raya nanti ;) Komenlah pasal cerpen neh. Mana kelemahan yang ada. Nanti next cerpen aku boleh perbaiki . Daaa~


     “Abah, abah tak sayang Amy. Abah tipu Amy,”ujar Amelia pabila Azrul memeluknya. Tersentak Azrul mendengar kata-kata yang keluar dari mulut comel itu.
     “Kenapa ni sayang? Ibu marah Amy ke?”Soal Azrul.
     “Ibu cakap Amy anak kutip. Amy bukan anak ibu. Bukan anak abah. Betul ke abah?”Jawap Amelia sebak.
Azrul meruap mukanya. Apakah dosa anak kecil ini sehingga Amira sanggup melukakan hatinya.
     “Amy, amy anak abah. Amy anak kandung abah dan mama. Ibu tu ibu Amy. Ibu tiri Amy.”Perlahan Azrul menyatakan kebenaran. Wajah Amelia berubah. Ada riak ceria di wajahnya.
     “Mama mana abah? Amy nak jumpa boleh?”
Perlahan-lahan Azrul menarik dan menghembus nafasnya.
     “Amy, mama dah tak ada. Mama dah meninggal masa melahirkan Amy.”
     “Amy nak mama….”Air mata Amelia kembali berlinangan.

     Azrul mendukung Amelia ke bilik bacaannya. Dia membuka kembali album lama dia dan arwah Aimi. Membiarkan Amelia membelek dan menatap setiap kenangan ketika Aimi masih hidup. Wanita yang tabah dan kuat itu perlu dikenali oleh Amelia. Azrul membuka cerita satu persatu tentang kisah silam mereka. Kebetulan Aimi mempunyai ketumbuhan otak ketika mengandungkan Amelia. Doktor telah menasihatkannya supaya menggugurkan kandungan supaya tidak membahayakan diri. Namun Aimi pantas membantah. Baginya ajal dan maut di tangan Allah. Jika dia ditakdirkan tidak hidup lama, dia ingin anak yang bakal dilahirkan selamat melihat dunia. Amelia hanya mampu menangis. Aimi, satu nama baru dalam benaknya walaupun telah lama wujud dalam kamus hidupnya. Mama… Kalaulah mama masih ada.

---------------------------------------------------------------------

     “Abah, kan bagus kalau mama ada sekarang. Amy tak sempat tengok mama pun abah. “

     Lamunan Azrul terhenti. Azrul hanya memandang sayu anaknya itu. Usia anak gadisnya yang sudah menginjak 16 tahun. Dia tahu anaknya itu dahagakan kasih sayang seorang ibu.  Dia masih ingat lagi tika Amelia teresak-esak menangis pabila mengetahui dia hanyalah anak tiri Amira. Namun tetap anak kandungnya sendiri, darah dagingnya. Darah yang mengalir dalam tubuh Amelia adalah darah dia. 

     “Amy, Allah lebih sayangkan mama. Kalau Amy nak tahu, mama orang yang paling baik yang pernah abah jumpa. Tak pernah mengeluh walau sedikit pun. Abah tahu kadang-kadang mama Amy berkecil hati dengan ibu. Tapi dia masih lagi mampu tersenyum. Abah nak Amy teruskan dan bawa ketabahan mama. Dia pasti tersenyum di sana. Amy jangan lupa, mama tetap sayang Amy walaupun jasadnya dah hancur dimamah bumi. Roh mama masih ada di alam yang lain.”

     Amelia berpaling memandang Azrul. Dipeluk erat tubuh tua sasa itu. Mengharapkan kasih sayang abah juga tidak berkurangan terhadap dirinya. Amy tahu abah. Amy tahu mama sayangkan Amy.

     “Hah, berpeluk-peluk pulak anak dengan bapak. Cepat turun makan, bang. Mira dah lapar,”sergah Amira tiba-tiba. Kemudiannya dia pantas menuruni anak tangga. Hatinya sakit melihat betapa besarnya kasih sayang Azrul terhadap anak gadis itu. Ahhhh, budak tu tak berhak dapat kasih sayang Azrul!

2 comments:

Saiazuan said...

rajinnya dia type cerita ;D

ღ αεn ツ said...

AHAH, hobi. Huuu, kalau bukan hobi, tak type nye :D