Saturday, August 20, 2011

Sinar Bahagia Part 1

Shasha Amelia berlari-lari anak menuju ke pintu utama rumah itu. Senyumannya tidak lekang daripada bibir. Pak Tam tersenyum melihat gelagat Amelia.  Hm, nombor satu lagilah tu. Pandai betul budak ni.

    “Ibu, ibu, tengok buku laporan Amy ini, bu! Amy dapat nombor satu dalam kelas!”Jerit sejurus dirinya membolosi daun pintu rumah besar itu. Lebar senyuman yang dilemparkan anak kecil itu. Namun senyumannya mati tatkala melihat raut wajah wanita di hadapannya itu. Keras. Tiada riak gembira.
     “Alah, orang lain pun boleh dapat nombor satu. Bukan kau sorang je.”Amira merenung anak kecil itu tajam.
     “Tapi bu, cikgu cakap, markah Amy paling tinggi,”jawap Amelia perlahan.
     “Peduli apa aku! Nombor kau tu tak turunkan duit daripada langit pun. Dah pergi mandi, kejap lagi abah balik!”Jerkah Amira. Terkulat-kulat Amelia memandang lantai. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menuju ke kamarnya.

Buku laporannya itu ditatap sayu. Air matanya berlinangan. Hatinya tertanya-tanya, apakah makna kebencian yang ditunjukkan Amira terhadapnya. Jiwa kecilnya masih lagi tidak mengerti. Seingat dia, wanita itu tidak pernah melemparkan senyuman padanya. Suara wanita itu tidak pernah kedengaran mesra di telinganya.

      “Abah, baliklah cepat. Amy  nak tunjuk buku laporan ni. Ibu tak nak tengok pun. Kenapa ibu tak sayang Amy abah? Kan Amy anak ibu?”rintihnya dalam sendu.


-----------------------------------------------------------------


“Ibu, janganlah tarik rambut Amy. Sakit.”
“Tahu pun sakit. Pasu mahal yang kau pecahkan tu ingat tak menyakitkan hati aku?”
“Amy.. Amy tak sengaja, bu.”Esakan Amelia mula kedengaran. Amira menolak tubuh kecil itu sehingga terjelepok ke lantai. Tangisan Amelia semakin kuat. Mak Esah hanya mampu melihat dari jauh. Mengalir air matanya melihat kebencian Amira terhadap Amelia.
“Hah menangis aje kerja kau! Rimas aku tengok.”
“Ibu, kenapa ibu benci Amy? Amy kan anak ibu.”
“Siapa kata kau anak aku? Kau anak kutip tahu tak!”Amira ketawa puas.
“ Anak kutip?”Amelia mendongakkan kepalanya. Mencari kebenaran di wajah Amira.
“ Ya, anak kutip. Aku kutip, lepas tu bela kau sampai sekarang. Bersyukurlah sikit sebab aku tak buang kau dulu.
“Tapi abah cakap, Shasha anak abah, anak ibu,”bergetar suara anak kecil itu.
“Percaya sangat cakap abah kau tu. Dahlah, aku nak tidur! Jangan kacau aku.”Amira menghempaskan pintu biliknya. Dia tersenyum puas melihat Amelia sebegitu. Baginya anak kecil itu perlu tahu siapa dia dan kedudukannya dalam keluarga mereka.

Amelia seakan terpinga-pinga seketika. Kemudiannya dia berlari mendapatkan Mak Esah. Anak kutip? Getus hatinya. Dia tahu apa makna anak kutip. Gurunya di sekolah telah menerangkannya. Sayu hati Mak Esah melihat anak itu. Diseka air mata suci dia dan dan dibawa ke dalam pelukannya dengan kasih sayang.

“Mak Esah, kenapa ibu tak sayang Amy ya? Abah pun tak sayang Amy.”
“Amy, tak baik cakap macam tu. Abah sayang Amy sangat-sangat. Ibu pun sama.”Sebak hati Mak Esah mendengar rintihan gadis berumur sembilan tahun itu.
“Tapi ibu cakap Amy anak kutip. Amy bukan anak ibu, anak abah.”Ngongoi Amelia.
“Tak, sayang. Tak. Mak Esah sayang Amy, jangan menangis ya.”

Amelia terlena dalam pelukan Mak Esah. Deritanya masih belum berakhir. Jika orang lain tubuh badan yang didera, tapi berlainan pula baginya. Hatinya yang masih lagi mentah didera sedemikian. Saat dia memerlukan tangan seorang ibu untuk digapai, dia hanya mampu menangis. Ibu tidak mungkin akan menghulurkan tangannya, apatah lagi untuk mengemis secebis kasih sayang daripada Amira.

P/S : Bersambung ;) Teruskan membaca, thanks!

5 comments:

kaizen said...

ade smbungan pulak...

Cik Domo said...

starting y best!!

keep update ya :)

ღ αεn ツ said...

Kaizen, HAHAHA, rasa panjang sangat entry kalau letak habis ^^

Cik Domo, trimas. Hee, I will :)

syahirooAhmad said...

haha. tahu tak pe. nih pun dahpanjang habis~

ღ αεn ツ said...

Hehe, tulah pasal. Ahah, selamat membaca sambungan dia nanti. Ntah berapa part ntah.