Saturday, September 24, 2011

Sehari di UKM kampus Bangi :)

Assalamualaikum, hello, hai :) Selesai sudah hari yang sangat sibuk untuk minggu ini. Minggu depan bersambung balik untuk majlis penutupan Bulan Mesra Pelajar (BMP), merangkap BULAN orientasi. Amazing kan? Kat sini je ada orientasi sebulan =.= Sarcasm. Okay sorry. Tu bukan point aku untuk entry neh.

Baru sampai. Muka fresh lagi :)

Fokus pada note Connective Ts. persebut. Pelajaran tak dilupakan ;)
Menunggu untuk cheers. Ahh, memang tak sabar gila!

Suka gaya lelaki main basketball, weeee ;)

Sebelum.

Yeah, mata mata mata ! Memang aku snap gambar basketball team je.
Aku ditugaskan cheers untuk dorang je :P Tapi aku cheers gak untuk teams lain.

Okay, masa dah tak tahan gila dengan tahap kepanasan di UKM Bangi.
Walaupun aku rasa macam kena BBQ je dekat tengah-tengah padang, tak apa, kita kena sokong dan terus menyokong. Sampai satu tahap, semua game dah habis, semua dah longlai. No energy left. Pheww.


Last but not least, muka si photog yang sangat letih. Damn =.=


So, carta untuk hari tersebut :

Bola keranjang (P) – Emas
Bola tampar (P) – Emas
Sepak takraw (L) – Perak

Yang lain lain macam bola sepak, bola keranjang (L), bola tampar (L), bola jaring, semua masuk separuh akhir. Ya, aku bangga dengan semua.


P/S : Sunburn kot. Pipi dah macam pakai blusher, semua tegur macam tu. Sobs. Tunggulah, InsyaAllah budak kebudayaan termasuk aku, akan buat yang terbaik untuk boria minggu depan ;) Wish me luck.


TIPS BELAJAR 3S : 


Sebelum kuliah, baca sekali imbas. Semasa, tumpukan perhatian dengan lecture yang diberi, recall balik apa yang dah dibaca sebelum. Selepas, fahamkan kembali, dan recall kata-kata lecturer, cuba hafalkan, tambahkan apa yang perlu. Good luck!

Tuesday, September 20, 2011

Green Lung

First time aku dengar pasal Green Lung neh masa tetiba aku terserempak dengan senior aku dari Kolej Matrikulasi Melaka. Aku tengah busy kerja masa tu (kononlah). Aku kenalkan dia dengan nama Nur, currently study at UKM KL, Pharmacy second year :) Jodoh aku dengan dia kot, AHAH. From same matriculation college, and in the same university now, ngeee ^^

Masa tu aku blur, apa ntah Green Lung bla bla bla. Bila aku jejak kaki kat UKM KL neh, ada pengenalan pasal Green Lung. Oh, yeke? Masa tu baru aku tahu. So, aku decide nak buat review sikit about Green Lung. I'm interested with the visions and missions :)

-----------------------------------------------


Green Lung is a Youth Grassroots Movement empowering youths as the change agents in advocating for tobacco-free environment not only in campuses but also in Malaysian community as a whole.

This special interest group was initiated by Universiti Sains Malaysia (USM) pharmacy students in May, 2009. In July 2009, the name of Green Lung was first introduced to USM campus and subsequently to other universities in December 2009. Green Lung was officially launched in USM on 23rd February 2010.

The name of Green Lung was euphemistically adopted to represent such youth group in hope of giving the public a less stressful yet fresh outlook of a tobacco control organization.



Vision and Missions:
To create and support for a tobacco-free environment through:
  • Creating the awareness of the danger of secondhand smoke and the importance of having a tobacco-free environment - Kitalah secondhand smokers tu.
  • Campaigning for the full implementation of smoke-free campuses for the betterment of QOL in campuses - Hope ada yang bakal insaf :)
  • Disseminating evidence-based tobacco control related information to the peers and public
  • Providing assistance to the existing smokers through peer support and - Kan satu Malaysia, mestilah saling bantu membantu.
  • Sharing the Green Lung concept with more youths in hope of expanding the youth capacity in tobacco control activities - I'm sharing this now!

Up to date, a total of five universities including USM share the same vision and have joined up the force to advocate for a tobacco-free environment. 

1) Universiti Sains Malaysia (USM)
2) Universiti Malaya (UM)
3) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ----> I'm here. (Err, perlu ke?)
4) Universiti Teknologi Mara (UiTM)
5) International Islamic University Malaysia (IIUM/UIAM)



On February 2010, USM Green Lung had signed a memorandum of understanding with the International Pharmaceutical Student Federation (IPSF). Green Lung is now the official collaborating partner and youth clearinghouse for tobacco control of IPSF in Asia Pacific region.


Copy paste from Green Lung (USM)

Tak join tak apa, asalkan kita sokong Green Lung. Bukan takat sokong je, usaha untuk merealisasikan visi dan misi tu perlu ada jugak :)

----------------------------------------------------


Aku tertarik dengan explanation President of Green Lung in UKM. About secondhand smokers. Tahu tak apa?


Imagineeeee okay. (Sorry buruk gila gambar, guna paint je)




Ada sebuah kolam renang. Terbahagi kepada dua bahagian. Satu peeing section, satu lagi, non-peeing section without any boundary. Si A masuk dalam PS, si B masuk dalam NPS. Kalau A lepaskan urine dia, do you think B can't feel A's urine?




Macam tulah dengan udara. Air has no boundary. Kalau ada dua bahagian dalam satu restoran without any boundary, satu untuk perokok, satu bukan perokok tegar (secondhand smokers), for sure kita akan hidu jugak. Lainlah kalau hidng kita ada perangkap asap kan? :)


So, faham tak apa tu secondhand smokers? Hampir semua jadi secondhand smokers. Tragis tragis, sobs.


Perokok, hmph, sorry to say, tapi memang perokok tak sayang diri sendiri, for sure, dan for sure tak sayang orang yang dia sayang. Kan? Ikut logik sendirilah. Matlamat tak menghalalkan cara. (Err, ada kaitan tak?) Think back. Only you can change yourself. Adios :)


P/S : These days a little bit stressful for me. Hmph. Dugaaaan dalam adaptation process. Ouh ya, ada orang tanya macam mana pakai shawl pashmina buat gaya itu ini bagai, nanti aku masukkan tutorial bergambar. Thanks for reading!

Friday, September 16, 2011

Kehidupan Baru :)

070911 - REGISTRATION DAY

Dah sampai UKM. Register hampir dua jam.

Babai mak, ayah :( Dah start balik kehidupan berasrama.


130911 - PPD CAMP


Masuk UKM je dah kena pergi kem. HAHA. Hampir dua tahun kot tak masuk hutan. PPD Camp or nama penuh dia, Personal and Professional Development. Katanya untuk menghasilkan bakal doktor yang bukan je, know how to doctor the disease, but doctor the patient too :) And transform lay to medical students.

Seee, first day punya baju untuk camp. Macam budak sekolah kan? Sorry, aku terasa muda :)


150911 - PPD CAMP

Aku malas sikit nak ambil gambar banyak-banyak sebab aku bukan camwhore sangat :P Huu, aku rasa kurang sopan tengah aktiviti dengan fasi tetiba keluar HP amek gambar. Dan group SGD aku terbaik! Sopan je. HAHA.

Seronok betul orang mandi sungai. Aku? Lepak atas batu je.

Aku, Atikah, Amalina.

Aku rasa muka macam ceria gila. AHAH.

Warga bilik sebelah :) 

Konon candid lettewww ;)


Penat terpancar melalui mata.

Letih memang sedia ada.

Murung seketika.

Gembira bakal menjelma.

Mungkin untuk selamanya.

Yang jauh dikenang-kenangkan.

Yang dekat dierat-eratkan.

Kesetiaan dikekalkan.

Ikatan persahabatan disatukan.

Jenguk luar jendela, hati merindu orang-orang Melaka.

Haih :(


P/S : Dah lama aku tak update blog. Otak aku tumpul sikit. =.= And excuse me people. Aku tak guna rupa untuk tarik traffic, sekian :) I'm on my way improving my entry. Sobs. Sedih.


Sunday, September 4, 2011

Kau pergi.


Pasang background music, Kau Pergi by Aizat.

Mengeluh, hur, huh, haih.

Mengemas barang dengan perasaan yang hiba, hiba, hiba.

Jenguk bilik, hmph, hampir kosong.

Tengok luar bilik, beg bertimbun-timbun. Bebear, bumbum tak dilupakan.

Suasana hambar.

Jenguk luar rumah, sunyi.

Tengok hp, no message, no misscall.

Tertunduk pilu.

Termenung merenung masa depan.

UKM, KL, Doctor of Medicine.

Hur, huh, haih.

Aku datang UKM, KL. Bersoraklah orang KL. Orang Melaka membisu.

Aku? Sebak.

Selamat Tinggal rumah, parents, bilik, sayang.

Pergi berjuang mencari kemenangan untuk masa depan.

Pilu, bye.

Friday, September 2, 2011

Sinar Bahagia Part 3




     “Hai, Amy.”
     “Hai, Rizal! You buat apa kat sini?”
     “I tunggu you lah. Dah lama tak nampak you datang sini.”

     Amelia tersenyum. Rizal seorang lelaki yang cukup mengambil berat. Jejaka itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya walaupun kadang-kadang dia suka bergurau mengenai perihal perkahwinan. Mereka berkawan baik selepas peristiwa sapu tangan di situ. Dek kerana terlalu leka melayani sendu di taman bunga itu, tangisannya didengari oleh Rizal. Pada saat itulah Rizal menghulurkan sapu tangan kepunyaannya kepada Amelia.

     “I sibuk dengan assignments. Sesekali kalau lapang, I datang sini tenangkan fikiran,”tutur Amelia.
     “You sedih lagi Amy?”

     Senyumannya yang hambar itu tidak mampu menutup dukanya. Dia lupa bahawa dia tidak pandai menyembunyikan sesuatu.

     “Entahlah, Rizal. Kadang-kadang I rasa helpless. I tak tahu nak buat apa lagi. Buntu. I dah cuba rebut kasih sayang dia. Tapi, gagal,”luah Amelia. Nada kecewa jelas kedengaran.
     “Amy, I minta maaf kalau apa yang I nak cakapkan ni melampau dan terlalu terburu-buru. I dah jumpa abah you. I nak hantar rombongan meminang. Boleh kan?”
     “Apa?!

---------------------------------------------------------

     “Amy, pusinglah.”
     “Tak nak.”
     “Amy malu ke sayang?”
     “Tak adalah.”
     “Habis tu apa?”
     “Amy segan.”

     Ketawa Rizal pecah. Dia tahu Amelia malu untuk menatap wajahnya. Namun dia tahu di mata Amy, ada cinta untuknya. Kerana itulah dia yakin untuk memperisterikannya. Perasaan kasihan yang hadir pada dahulunya diganti dengan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya pada gadis itu. Seawal umur 22 tahun, Amelia telah bergelar sebagai seorang isteri. Sama seperti mamanya dahulu.

     “Abang sayang Amy,”bisik Rizal perlahan. Dia mampu merasai debaran yang dirasai Amelia. Dia juga merasainya.
     “Amy takut.”
     “Jangan takut sayang, abang ada…”

--------------------------------------------------------- 

Syurga si isteri di bawak tapak kaki suami.

Syurga si anak di bawah tapak kaki ibu.

Meletakkan mereka di tangga yang paling tinggi, InsyaAllah kita akan menghidu bau syurga.

     Kata orang bahagia itu perasaan indah yang membuai jiwa pabila diri disayangi. Kasih sayang suami tiada tolok bandingannya. Rizal sememangnya menyayangi diriku. Aku nampak keikhlasan yang terbit daripada sinar redup matanya.

     Namun jiwaku seakan-akan kosong. Aku masih tercari-cari di mana kasih sayang ibuku. Mampukah aku merasainya walaupun sekelumit rasa bahagia pabila dikasihi seorang wanita bernama ibu? Benar aku hanyalah seorang anak tiri, namun aku juga berhak merasainya. Mama, kenapa mama pergi tinggalkan Amy terlalu cepat? Amy rindu.

     Ibu, Amy sayang ibu. Walau macam mana sekalipun ibu membenci Amy, Amy tetap sayangkan ibu. Amy tahu ibu benci mama. Memang hati Amy sakit. Tetapi, Amy tahu ibu perlukan masa untu terima Amy. Amy terima. Amy terima, ibu. Amy sayang ibu sama macam Amy sayang abah, mama. Sama… Tak akan pernah berubah. Kalaulah ibu tahu.

P/S : Lepas neh part last ;) Eid punya entry pun tak sempat nak karang T.T Busy nak buat persiapan pergi pursue my study. Sobs.