Friday, August 19, 2016

My Life #1 | "How Come You Live Heavenly Til Now?"

How come you live heavenly til now?

Aku selalu dapat soalan macam ni. Lagi lagi lepas aku grad (konvo pun belum weh, apatah lagi pergi interview SPA).
Semua orang tanya aku, macam mana aku boleh menulis, buat makeup, study medic dalam masa yang sama. Mereka silap. Aku tak buat tiga benda serentak. Melainkan aku naruto yang boleh buat teknik bayang bayang tu.
Aku huraikan pasal medik dulu. Aku mengaku yang aku all rounded student dari UPSR. SPM aku dapat 8A1B (sedihnya, teacher ingat sampai sekarang) 😂).

Tapi untuk orang yang dream high, nak pergi oversea, dapat 1B adalah batu penghalang. Lepas tu, aku belajar betul betul masa matrik untuk lepas dapat ambik medic. Perjalanan dalam medic gembira sampai tahun kedua sahaja. Tahun ketiga, bila jejak kaki tahun klinikal, semua berubah. Masa ni semua dalam proses nak menyesuaikan diri. Start jumpa patients, start ward round, start case presentation. Sampai sekarang aku terfikir, 'how did i surpassed those things?' Aku bukan best student. Dalam medic, tak ada dah makna all rounded students. Tak ada dah. Yang penting, kau faham dan lepas untuk ke tahun seterusnya.

Aku tak pernah gagal apa apa paper masa tahun praklinikal. Tapi bila masuk tahun klinikal, tidak begitu lagi. Aku ingat lagi mula mula aku dapat premonition, lepastu betul pulak tu. Gagal posting O&G. Dekat ukm, dia ada 3 bahagian untuk 1 posting. 1 penilaian berterusan, 1 teori (theory paper), 1 klinikal (exam clinical). Satu je fail, fail semua 😂

Reseat posting maknanya masuk posting balik 3 minggu. Dan ambil semua exam lagi sekali untuk posting berkenaan. Road to #misijubahmerah1516 was never easy weh. Lepas lulus masuk tahun 3, tahun 4 aku fail posting paediatric. Kali ini fail clinical. Siang malam takut, sebab takut bila lagi sekali posting pun kau fail lagi. Tapi itulah, ketakutan tu yang buat aku usaha lebih. Buat nota, semua nota paeds yang common diseases tu. Tak caya, tanya postingmates. Tanya Dayah, tanya Faizwan.

Menyesal ke ambik medic? At one point menyesal jugak. Because aku nak ambik fashion dulu. Tapi, mengenangkan Mr. JPA, aku kuatkan hati. Aku banyak je buat masalah. Kekadang masalah tu bukan sebab aku tak suka medic, sebab masalah lain. Bila diorang tanya aku kenapa, I couldnt answer. Trust me, even if they know pun, dia tak boleh tolong. Tapi aku ada bercerita dengan mentor. Nasib lah dia faham. Dia pun tak tahu macam mana aku boleh nampak cool til now. Those problems were causing too much damage. In fact, til now.
Masuk tahun 5. Dugaan makin banyak. A lot. Aku punya stress, aku mesej someone penting dalam fakulti, decide nak jadi drop out. Tapi tak mampu jugak jadi drop out. Dan cara aku hadapi, aku buat benda yang aku suka. Make up. Aku start jadi freelance MUA. The 1st person yang percayakan aku masa tu Azieta Azman. Aku ingat lagi. Nervous weh nak makeup dia. Tapi I'm glad that she loves it. Thanks babe!
Hilang tak stress? Tak jugak. Sebab the same problem yang aku tak cerita tu keep coming. But then, at least aku ada buat something yang boleh buat aku penat dan tak fikir sangat pasal masalah. Feeling relieved? A little bit. Sebab sekurang kurangnya aku mampu buat benda yang tak membahayakan diri.
Aku selalu kena, "kau ada kereta, boleh pi mana mana. Untunglah". Kau tahu, bagi sesetengah orang, kereta mungkin bukan keperluan. Tapi bagi aku, ya. Aku tak boleh nak suruh mak aku ambil hari hari. Aku tak boleh nak bazirkan duit naik public transport every single time aku nak keluar untuk cari duit. I just can't. After doing make up job, aku akhirnya berjaya tak menyusahkan parents. Makan pakai aku bayar sendiri.
Aku sendiri tertanya tanya, bila entah aku cuti. Bayangkan, study 5-6 hari seminggu termasuk oncall. Kerja sehari. Maknanya 7 hari seminggu aku tak ada leisure time.
Mak ayah aku tak kaya. Masih sederhana. Kalau kaya, i tak payah buat pape sekarang haha 😂
Aku pernah tinggal dalam rumah kayu, yang banyak tikus, lipas, lipan. Bercucuk tanam untuk makan. Aku beruntung sebab mak ayah aku jenis berusaha untuk anak anak. Janji anak hidup. Kalau macam ni aku tak bersyukur lagi tak tahulah. Diorang civil servant, sebab tu hidup makin indah. Sebab civil servant banyak kelebihan lelagi pinjaman rumah dan kenaikan gaji.

Aku tahu Allah sayang aku bila, setiap kali aku nak give up, Dia hantar kasih sayang Dia. Contoh, novel sulung berjaya diterbitkan. Bila aku nampak muka aku dalam paper, i get teary. I am never proud of myself despite of everything that i've done. Tanyalah member terdekat. Aku jenis segan sikit nak cakap pasal diri aku. Aku sendiri sampai sekarang pelik kenapa Lejen percaya karya aku haha. I have low self esteem. I have to do extra things just to feel confident. Eg, makeup lol. Aku selalu cakap, sorry aku kena makeup. Nanti aku tak confident nak present. Nak long case pro exam pun aku kena pilih baju betul betul dan kena buat natural make up just to feel confident. Orang kata aku tak bersyukur, tapi biarlah. Aku ada cara aku.
Aku ingat lagi, team monday long case pro exam. 1st group yang rasmi long case. Masa aku mula mula tahu, aku act cool. Ah tipu tak nervous. Tapi aku hanya mampu positif. Aku taknak orang pessimist dalam hidup aku. Haha. Meroyan pun kena ambik exam jugak. Masa tu, tahap redha level 100% dah. Berulang ulang kali aku cakap pada diri sendiri, "you'll be fine. Allah tahu apa yang terbaik untuk kau."
Aku menulis bila aku ada masa lapang. Bila aku stress, aku manipulasikan stress aku dalam bentuk cerita. Kekadang bila aku tulis pasal motivasi, aku tengah sedih maknanya. Bila aku tulis pasal pembunuhan, aku tengah happy. Nampak tak incongruence kat situ 😂


Well, you have to do something to live. And what I did was, and is be tough in life. No one will hear and empathize you. You only have your one self in the end. Be kind to you, pamper yourself, be everything you want and be successful. I'm far from successful, and still striving for the definition of successful in my life. Keep your head and chin high but never forget what you went through to be where you are now.
They can talk. But they can never reach you. Stand still for yourself.
Lastly,
I would like to thank Muhammad Nadzri Razak for being so supportive. Tak sangka lah you dah jadi tunang I haha. Dulu main maki hamun je. Kena friendzoned etc. Will you marry me? 
😘
Thanks everyone yang selalu ada. I love you. I really do.

Ps: Hopefully, Lejen will release my second novel this year hehe. Jangan lupa beli Psiko: Nota dari Bilik Gelap. Not good enough but a fair start for me I would say. Thank you for your support!

Xoxo,
Aen Sa'ari.