Saturday, February 18, 2012

TRIP : Melaka : A Famosa & Dataran Pahlawan (2012)

Assalamualaikum ;) Di cuti yang bersejarah dalam hidup aku, ehem, cuti semester yang seminggu tu, hari pertama cuti, aku isi dengan kembara di A Famosa dan Dataran Pahlawan. Yes, aku tahu, melancong di negeri sendiri kan? Pedulikkan je :P Oh ya, klik gambar jika mahu gambaran yang lebih besar :)





Sampai sampai je lapar, so ajak Jannah makan kat Seoul Garden di Mahkota Parade. Baru dia rasa macam mana seronoknya makan makanan panas-panas. Tebako lidah. Huhu. Ye, aku kelihatan sangat bersemangat di situ.





Selepas kenyang trang tang tang, kami menuju ke GSC Dataran Pahlawan. Tengok cerita Chronicle. Komen aku pasal cerita ni, persahabatan tu saling berkait. Kalau kawan dia tengah marah je, mesti hidung keluar darah. Ramai yang judge cerita ni berdasarkan penamat dia, terus ramai cakap bosan lah, tak best lah. Padahal yang awal-awal dia best je (diorang cakap) dan  pada aku, keseluruhannya cerita ni best :)





Habis je wayang, singgah Tutti Frutti. Yelah, cuaca tengah panas. So, nak sejukkan tekak dengan frozen yogurt tu. Jannah ajak naik atas Dataran Pahlawan tu, aku pun on jelah. Ni kali kedua kot aku ada kat atas tu. You know what, orang Melaka pun tak excited sangatlah nak naik atas ni, pelancong je yang kena naik :) Disebabkan aku gelarkan diri sendiri sebagai pelancong dan Jannah sebagai tourist guard, so naik jelah ye.

Tetiba jumpa Shazzy. Budak matrik Melaka dulu. Dah lama tak jumpa dia. Dia dengan budak matrik aku jugak, tapi aku tak kenal. Belajar di UniMAP sekarang :)





Habis je cik Tutti tu, kami teruskan perjalanan ke A Famosa. Ehem, ni pertama kalinya dalam hidup aku naik sampai atas sekali. Sebelum ni lalu and pergi kat pintu gerbang dia tu je. Ahah, gayat gayat. Gayat ni erti kata, jakun dalam fahaman orang Melaka :) Bukan gayat takut tinggi tu ye.





Tinggi jugaklah tangga dia, walaupun tak setinggi tangga Batu Caves tu :/  Bagi aku, yang paling banyak kat sini, batu nisan. Nampak tak gambar tengah paling bawah ni? Tu batu nisan yang melekat kat dinding. Tak tahulah ada mayat kat belakang tu ke tak. Sebab Jannah cakap, sebenarnya batu nisan tu kat atas lantai. Errr, ke aku pijak semua mayat-mayat tu? Errrk? Nak masuk kat kawasan kubur Belanda tu, tapi disebabkan macam sunyi tak ada orang, batalkan niat je. Nampak tak ada pakcik main seruling? Best sangat, tapi menyeramkan bunyi dia. Gulp.





Gambar paling tengah tu, tempat mayat disemadikan, tapi kubur asal dah dipindahkan ke Cape Town in 1915. Aku bukan main syok lagi sandar dekat batu nisan tu, sebab masa tu tak tahu lagi tu batu nisan. Apasal lah Jannah ni tak bagitahu awal-awal -.- Patung tu, digelar, Saint Paul. Bawah dia tu St. Paul Church,  pada zaman Portugis. Masa zaman belanda, gereja tu digelar Nossa Senhora da Annunciada bermaksud Our Lady of Grace yang merujuk kepada Virgin Mary. Masa zaman British ambil balik, dia tukar jadi rumah api, untuk simpan senjata. Semangat aku baca keterangan kat board tu. Huhu.





Dah selesai dengan A Famosa kat atas tu, aku nampak ada satu jalan panjang nak pergi tempat apa ntah. Kami cuba menyusuri jalan tu. Ceewaaah. Panjang kot, tapi disebabkan excited ambik gambar, tak terasa pun kepanjangan dia. Keluar dekat bahagian tembok Portugis.





Taraaaaa, ni bahagian kubu. Lupa lak. Kubu Belanda ke Portugis? Entah. Korang jenguklah sendiri. Bersebelahan dengan Pelabuhan Melaka pada zaman dulu. Aku pun dengan excited tengok gambar-gambar tu. Keterangan yang panjang tu malas dah nak baca, hehe. Gambar bawah sekali tu, tembok Portugis yang dah dimusnahkan oleh rakyat sendiri. Kata Jannah, ayah dia bagitahu, orang Melaka taknak benda yang menjajah negeri tu gah di Melaka. So, dia tinggalkan sisa-sisa je. Macam A Famosa, dulu besar gila you. Now? Sekeping kat sana, sekeping kat sini. Tu sungai tu tempat River Cruise lalu. Kami sendiri tak pernah naik benda alah tu. Ye, orang Melaka tak berhati sangat nak naik. Lain kali lah.





Menurut tourist guard aku, Jannah, air pancut yang korang tengah tengok ni, adalah air pancut semulajadi yang tidak pernah berhenti semenjak tahun 1867 lagi. Wah, kagum seketika. Wink wink :D






Ni kawasan jualan bagi peniaga barang cenderahati untuk pelancong-pelancong sekalian. Jannah tanya aku, taknak beli ke. Aku pandang sakit hati je, aku orang Melaka kot, takpe, dah banyak dah. Mekasih. Haha. Beca Melaka ni cantik kan? Jannah cakap, harga RM10 sekali pusing, untuk pelancong sesuai la sebab tak tahu hala tuju kan. Siap ada pakcik beca datang bawak gambar, tanya nak naik ke tak. Jannah jawap, takpe pakcik, saya orang sini. Huhu. Seriously dengan kamera gabaknya, kitorang memang macam pelancong luar -.-





Jalan-jalan lagi. Masa ni dah penat gila. So, malas nak ambil gambar kekami ni. Ambil jelah gambar bangunan ni hah. Barulah aku tahu, banyak rupanya Muzium dalam negeri Melaka ni -.- Yang aku tahu, Muzium Kapal tu je. Hehe.



Selesai sudah melancong di negeri sendiri. Sesiapa yang nak datang melancong, sila datang pada waktu siang. Takut jugak kalau dah gelap nak jalan-jalan kat kawasan ni. And korang takkan sesat punyalah. Jalan je ikut gerak kaki, setiap inci korang jalan, mesti ada benda menarik yang korang nampak. Bangga jadi rakyat Melaka walaupun lahir di Terengganu, mak orang nogori dan ayah je orang Melaka. Bak kata ayah, ingat Aen, keturunan kita ni memang keturunan penjajah -.- Yes, belah ayah, nenek orang Jawa, Atuk orang Belanda. Fine fine. Ingat ye, segalanya bermula di Melaka ;) Jumpa lagi, buh-bye :)


XOXO, Aen.

Wednesday, February 15, 2012

Kursus Doktor Perubatan Susah.


" Medic ni susahlah! Tak payahlah pilih! Dengan kerja susah lagi. Hish. "

" Jangan pilih medic! Nanti tak dapat bawak!"




Oihoih, apa ni semua tanda seru. Saja je nak stress kan benda ni. Ahah. Well, kalau kau tanya budak ambil accountancy, mesti dia syorkan accountancy. Kalau tanya budak engineering, mesti diorang syorkan engineering. Kalau tanya aku? Ehem , mestilah tak perlu aku nak jawap lagi, yedokk? Okay baby baby sekalian. Biasa orang cakap, janganlah masuk medic, susah, tak boleh nak bawak, tak ada life, tak boleh meronggeng, tak boleh nak berjimba sakan. Ehem, aku ni biasa je. Ada je life, Alhamdulillah, dikurniakan nyawa sehingga sekarang.



Apa kebaikan ambil course medic ni. Biasiswa tanggung kita 6K++. Boleh shopping sana, shopping sini, beli buku banyak banyak, boleh bukak mini library lah kat dalam bilik. Study 5 tahun kalau dapat biasiswa, tabah je. Kerajaan tanggung kita 200K++. 2 tahun teori, 3 tahun klinikal, kiranya dah masuk wad posting segala tulah. Aku tak ada experience lagi pasal klinikal tu. Baru part teori. Lepas tu nak kena sambung 2 tahun praktikal, or housemanship. Lah lah, dah graduate pun tak jadi doktor lagi? Dah, cuma jadi doktor pelatih, tak sah jadi MEDICAL OFFICER lagi. Eh, praktikal gaji dah boleh cecah 4K masa zaman kita kerja nanti. Tu baru praktikal ye ;)


Seronok dengar pasal duit? Seronok? Haah, seronoklah kan. Saja nak bagi excited sebut pasal duit. Aku tak syorkan korang masuk medic sebab duit. For me, get lost! (Maaf kasar di sini). Helloooooooo, kalau pasal duit tu, mana-mana boleh cekau. Ilmu mana nak cekau sayang? Nak ke duit ada beriban riban tapi malas nak belajar. Tak berkat pulak duit tu. Dahlah biasiswa duit rakyat, ingat sikit tau :)


Medic ni susah? Haah, memang susahpun kalau korang tidur je masa lecture (which I always do, tapi selalu record dengar balik, tak tahan sangat T.T) , selalu tak study, meronggeng je keje. Aku selalu sangat keluar makan-makan, jalan-jalan, kena ada distraction jugak kan? Kalau susah yang kita fikir, susahlah yang datang. Kalau rasa sangat stress, yang mana korang dah belajar pagi petang siang malam, keluarlah, have fun. Tak salah pun. Pensyarah pun syorkan macam tu. Cuma janganlah stress sebab fikir benda tu susah, tapi muka surat tu je tak gerak-gerak. Jangan macam tu okay?


Kadang-kadang benda ni mindset, kalau mindset kita dah memang macam tu, lepas tu tak nak ubah, jangan harap lah benda tu akan jadi senang. Kalau semua benda petik jari dah boleh buat, tak tercipta pula universiti ni semua. Genius pun masuk Universiti tau, belajar benda baru dan dapatkan kelulusan untuk masa depan. Kalau ada contoh tak elok, janganlah ikut. Kita ambil yang positif. Trust me, there will be a lot of people who are willing to help us :)


" If you ask me why I choose this field, I will say, Allah gives me a chance to learn one of his knowledge. Thank you Allah. This is my destiny. "


Rasa macam dah panjang sangat je, korang pun malasa nak baca ni. Kan kan? It's okay, siapa nak baca, bacalah :) Nanti aku update pasal aku jalan-jalan jadi tourist kat Melaka hari tu. Ye, melancong di negeri sendiri. Okay, buh-bye.



XOXO, Aen.

Saturday, February 11, 2012

DELIcious.


Assalamualaikum, hai! Heaven kan rasa bila dah habis final. Oh ya, tak payah susah susah nak tanya kenapa final lambat. Lepas tu cuti pulak seminggu je. Ah, lupakan. Kena enjoy je cuti ni, benda itu semua tak payah nak fikir.


Tak tahu nak makan apa lepas final. Syud bagi idea nak pergi try DELIcious. Okay, jom. Excited nak try dessert dia. Orang cakap gempak gila rasa dia.





Welcome to DELIcious Dua Residents. 




First of all, mestilah nak komen pasal interior design dia. Aku suka pokok ni. Nampak classic je. Ranting tu ranting betul. Dia lekatkan kat tiang tiang.





Nampak tak lampu tu? Cantik kan? Dia letak dalam sangkar burung. Unik dan kreatif. Suasana dekat DELI ni sangat harmoni. Aman dan tenang. Even tho aku datang masa lunch hours. Datang pun semua macam fokus makan sebab dah nak balik office. Aku dengan Syud je yang masih lagi lepak lepak.






Pelayan dia datang, bagi menu. Comel sangat aku rasa.





Ini Syud. Khusyuk baca CLEO. Konon lah :P Aku beli before OSPE. Orang hadap OSPE, aku hadap CLEO. Bagus betul -.- Saja nak hilangkan nervous :)





Oh, nampk sangat muka letih after exam dan tido lambat malam tu -.- Oh ye, dah lama tak keluar pakai baju kurung. Last time, masa kat matrik dulu. Malas lah nak tukar baju. Lunch je kot :P


 Time to talk about foods, dessert, and drinks. Jom jom!




Watermelon and Lychee Blast. Syud punya. Best, terasa sangat fresh :)





Death by Iced Chocolate. Mine. A large scoop of vanilla ice-cream on top, with fresh milk and layer of dark chocolate. Kacau lah sendiri ye sampai jadi warna coklat. Disebabkan dia ni dark choc, aku tak terasa pun yang aku minum fresh milk kat dalam :) Yes, aku tak suka rasa susu segar.





Duck Confit. Main dish. With Charred Potato, Mushrooms, Sauerkraut & Mustard Cream Sauce. Okay, bolehlah tahan. Harga jelah tak boleh tahan. It's okay, datang je bila duit tengah menimbun-nimbun :) Tak nak main dish, boleh pilih pastas dan lain-lain. Lagi murah :) Rasa dia, rasa itik lah. Light, tak muak, sedap je. Mustard cream soup sangat marvelous. Yummy! Cendawan dia masam sikit.




Berrilicious Chocolate Pavlova. Okay, I love strawberry so much. Comel je Pavlova ni. With creams on top. Manis sikit lah. Orang lain akan rasa okay je kot, sebab deria rasa aku sensitif sangat, tak makan benda manis sangat. Tapi sedap, don't worry :) I can't describe the taste. Have a try :) I will go here again to taste their many kind of desserts. Excited!



Dah kan? Sikit je makan. Haah, sebab lepas tu nak teman mak aku makan, kesian dia datang jauh jauh ambik aku. Tak kan nak biar mak makan sorang-sorang kan? Huhu. Thank you, mak sebab sudi ambik :D


Oh ya, mesti nak tahu harga makanan, menu, locations dan lain-lain lagi kan? Layari laman sesawang ni, DELIcious . Selamat mencuba dan menjamu selera. I will update about Gelato Fruity later. Bye-bye :)



XOXO, Aen.

Tuesday, February 7, 2012

The Manhattan Fish Market

 Assalamualaikum, hello, hi readers, and followers. Come back again with foods. Yummy yummy :D


I won't take your time so long, so, aku buat entry ni pendek je, tak ada nak membebel panjang dan sebagainya. Sebab aku keluar pun semata-mata nak lunch sebab cafe kolej tutup sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam.



Dengan perasaan, nak makan kat mana ye? Setelah perbincangan dilakukan, nak pergi Ampang Park. Tu pun sebenarnya tak tahu lagi nak makan apa. Ikut je kaki berjalan, then sampai lah kat tempat ni :)





Suasana kat dalam The Manhattan Fish Market. Tenang aman dan tenteram. Siapa nak dating tu boleh datang sini. Huhu. Siapa yang suka makan dengan aman, memang kena datang sini. Oh, tax dia mahal sikit. 10%. Service charge, 6%. Phew.




Kekasih setia yang sentiasa menemani diriku. Muah DayahDior :)




The blue one, called gummy bear. Cute kan nama dia? Rasa dia macam soda plus fruit punch. And mine, Cala-cala. Haha. Whatever. Rasa dia macam lemonade. Tapi manis sikit.




This is fried country mushrooms. Not bad, mushrooms dia macam lembut sikit. Kadang2 tak terasa pulak. Maybe sebab dia letak sikit and tepung dia banyak , KOT? Sauce dia sedap, mayonis campur IDK apa benda. Walaupun aku tak makan mayonis, tapi rasa dia light, so aku boleh makan.




Fried Calamari. Okay, best. Siapa yang suka seafood, recommended daripada kami lah :)




Cream Seafood Spaghetti. Dayah punya. I don't know apa rasa dia. Ahah, dayah cakap ada bawang, so aku tak nak rasa. Yes, aku tak makan bawang. Tapi dayah cakap sedap. Dia makan LICIN habis. Boleh pilih small and regular. Oh, dayah dah cakap, dia punya rasa pedas sebab black pepper and seafood sangat banyak. Okay, tak rugi makan.




Next, mine. Baked Mediterranean Fish. Ikan dia sedap. Rasa macam sihat je makan ikan dia. HAHAH. Sedap. Garlic Rice dia cakap, tapi tak rasa garlic pun. Aku boleh telan. Nampak macam simple. But then, korang kena rasa dulu macam mana. Simple tapi nak pecah perut makan. Kenyang sangat :')




Ehem. Me. Mata kanan bengkak sikit. Hew hew. Nasib lah keluar dengan mata macam tu. Oh, gambar kedua tercandid. Mula mula dah ready, tapi nampak brader hantar drinks terus macam malu. AHAH.



Ouh, nak tahu lebih lanjut pasal makanan semua, kat negeri mana yang ada semua, boleh klik web dia, Manhattan Fish Market . Selamat mencuba guys!


See you again in next entry. Maybe about foods again? OSPE on this Thursday. Can you please pray for us, first year medical students? Thank you. Feel free to visit my blog again. Buh-bye, tata.


XOXO, Aen.