Wednesday, February 15, 2012

Kursus Doktor Perubatan Susah.


" Medic ni susahlah! Tak payahlah pilih! Dengan kerja susah lagi. Hish. "

" Jangan pilih medic! Nanti tak dapat bawak!"




Oihoih, apa ni semua tanda seru. Saja je nak stress kan benda ni. Ahah. Well, kalau kau tanya budak ambil accountancy, mesti dia syorkan accountancy. Kalau tanya budak engineering, mesti diorang syorkan engineering. Kalau tanya aku? Ehem , mestilah tak perlu aku nak jawap lagi, yedokk? Okay baby baby sekalian. Biasa orang cakap, janganlah masuk medic, susah, tak boleh nak bawak, tak ada life, tak boleh meronggeng, tak boleh nak berjimba sakan. Ehem, aku ni biasa je. Ada je life, Alhamdulillah, dikurniakan nyawa sehingga sekarang.



Apa kebaikan ambil course medic ni. Biasiswa tanggung kita 6K++. Boleh shopping sana, shopping sini, beli buku banyak banyak, boleh bukak mini library lah kat dalam bilik. Study 5 tahun kalau dapat biasiswa, tabah je. Kerajaan tanggung kita 200K++. 2 tahun teori, 3 tahun klinikal, kiranya dah masuk wad posting segala tulah. Aku tak ada experience lagi pasal klinikal tu. Baru part teori. Lepas tu nak kena sambung 2 tahun praktikal, or housemanship. Lah lah, dah graduate pun tak jadi doktor lagi? Dah, cuma jadi doktor pelatih, tak sah jadi MEDICAL OFFICER lagi. Eh, praktikal gaji dah boleh cecah 4K masa zaman kita kerja nanti. Tu baru praktikal ye ;)


Seronok dengar pasal duit? Seronok? Haah, seronoklah kan. Saja nak bagi excited sebut pasal duit. Aku tak syorkan korang masuk medic sebab duit. For me, get lost! (Maaf kasar di sini). Helloooooooo, kalau pasal duit tu, mana-mana boleh cekau. Ilmu mana nak cekau sayang? Nak ke duit ada beriban riban tapi malas nak belajar. Tak berkat pulak duit tu. Dahlah biasiswa duit rakyat, ingat sikit tau :)


Medic ni susah? Haah, memang susahpun kalau korang tidur je masa lecture (which I always do, tapi selalu record dengar balik, tak tahan sangat T.T) , selalu tak study, meronggeng je keje. Aku selalu sangat keluar makan-makan, jalan-jalan, kena ada distraction jugak kan? Kalau susah yang kita fikir, susahlah yang datang. Kalau rasa sangat stress, yang mana korang dah belajar pagi petang siang malam, keluarlah, have fun. Tak salah pun. Pensyarah pun syorkan macam tu. Cuma janganlah stress sebab fikir benda tu susah, tapi muka surat tu je tak gerak-gerak. Jangan macam tu okay?


Kadang-kadang benda ni mindset, kalau mindset kita dah memang macam tu, lepas tu tak nak ubah, jangan harap lah benda tu akan jadi senang. Kalau semua benda petik jari dah boleh buat, tak tercipta pula universiti ni semua. Genius pun masuk Universiti tau, belajar benda baru dan dapatkan kelulusan untuk masa depan. Kalau ada contoh tak elok, janganlah ikut. Kita ambil yang positif. Trust me, there will be a lot of people who are willing to help us :)


" If you ask me why I choose this field, I will say, Allah gives me a chance to learn one of his knowledge. Thank you Allah. This is my destiny. "


Rasa macam dah panjang sangat je, korang pun malasa nak baca ni. Kan kan? It's okay, siapa nak baca, bacalah :) Nanti aku update pasal aku jalan-jalan jadi tourist kat Melaka hari tu. Ye, melancong di negeri sendiri. Okay, buh-bye.



XOXO, Aen.

34 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

yupp!
setuju..kalau mind set dok kata susah..benda tu akan rasa susah..tpi nak tukar mindset tu kadang2 susah skit..huhu

mohdhazlan Dreadlock said...

fikir positif :)

ღ αεn ツ said...

Syafawani : Haah, dia susah sikit, tapi bukannya tak boleh kan? :) Kuatkan semangat, insyaAllah okay.


MohdHazlan : Yup, think positive :>

aizadalias said...

gud luck...bnyk gaji 4k?hahaha

ღ αεn ツ said...

Haha, ketepikan gaji tu. Tapi insyaAllah berbaloi lah apa yang kita usaha dengan apa yang kita akan dapat :)

NuMeeQah said...

tp aku lain weh...aku nak jek announce kat budak nanti "jgn amik PURE BIO ye adik2 hahahaha"

ღ αεn ツ said...

HAHA, kau je. Aku tak. Susah ke tak susah ke, kena survive jugak, kena bagi lulus gak sampai graduate. Kalau tak, rugi weh -.-

Dhiya Fariza said...

I used to agree on all this. Tapi naik tahun 4 oh God. Memang membunuh I tell u.

ღ αεn ツ said...

Yeah, senior ada banyak bagitahu. Kena tabah jelah masa tu. Kena jadi orang yang tak kesah bila orang membebel, jangan ambik hati, senyum je. Huu, cabaran2.

cik najihah said...

semua kos pun same..susah la kalau x belaja kan :)

ღ αεn ツ said...

Ye, susah kalau tak belajar. Tapi mostly takut nak amek medic :/ Dah dapat siap tolak.

ridoma said...

gud luck.

ღ αεn ツ said...

Thank you :)

Anonymous said...

sangat membantu thank you

Anonymous said...

sangat membantu thank you

ღ αεn ツ said...

Sama-sama. Semoga dapat memberi manfaat :)

fyzah ahmad said...

guna result spm ke matriks..

fyzah ahmad said...

guna result spm ke matriks..

Intan Zzati said...

YES ! sis ambil medic dari asasi, pasum or matriks?

Intan Zzati said...

Lagi satu nak tanya. kalau ambil medic, ada byk kena belajar calculation tak ?
FYI, I hate & tak blh bwk physics but I really LOVE Biology.
Math & Chemistry okay je, tak suka tak benci :)

ღ αεn ツ said...

Fyzah : Guna matrik. SPM tak dapat straight so decide masuk matrik :)

Intan Izzati : Matrik :) Ada calculation untuk genetic dan statistic. Tak gna physics and stuff. Jangan risau :)

Intan Deana said...

asalam..na jdy doctor mmg susah kan..so akk yg da bpglmn boly bgy inspirasi pde sya ta.

Intan Deana said...

asalam..na jdy doctor mmg susah kan..so akk yg da bpglmn boly bgy inspirasi pde sya ta.

Intan Deana said...

asalam..na jdy doctor mmg susah kan..so akk yg da bpglmn boly bgy inspirasi pde sya ta.

ღ αεn ツ said...

Yang penting mental kena kuat. InsyaAllah semua okay. Boleh dik, email je aenrhapsody@gmail.com :)

Najihah Muhd said...

salam, akak plis reply this message! T-T akak dulu 4 flat ke time asasi/stpm/matrix ? saya ni lepasan spm cita2 nak jadi doktor! akak skunk amek medic kt mane? upm/hukm/um ? dan muet akak band 4 ke?

aensaari said...

Hi dik, akak 4 flat zaman matrik dulu. Medic dekat ukm. Kalau ada apa apa boleh cari dekat twitter @vavaaen atau email aenrhapsody@gmail.com

Siti Fatimah said...

hi sis, na tnya.. kalau time praktikal mmg 2 tahon eh?

Anonymous said...

kak aen under scholar apa??

Anonymous said...

dulu boleh dapat jpa tp time saya dah takde dah jpa.JPA hanya utk lepasan dip/stpm. Skrg semua ptptn! 4.0 2sem matrik pun dah takde guna dah T.T dahlah medic byk pki duit :'(

Anaf Nasuha said...

perlu kpd minat x amik medik?

Mohd Izzat said...

Apa yg susah bidang doc ni brbanding engineer? Di prgkat diploma pon doc dah susah dr engineer ke? Hmm..saya dpt twran bidang doc tapi saya sedang belajar bidang engineer. So, saya nk mnta nasihat akak tntg situasi saya skrg ni 😩 ada org ckp doc susah ad ckp engineer susah lpstu psal gaji plak ad ckp doc lg murah dr engineer lain dr kak ckp.huhu..sekian shja..

Wan Siti said...

Nice

Wan Siti said...

Nak tnya cth kn klau matrik 4flat.nk apply kos medic.die tgok jugak ke result spm kita