Tuesday, August 2, 2011

Turun tangga, naik tangga :)

Tangga, stairs ;)

Tajuk berkias, aku memang suka berkias, kadang-kadang sampai orang yang blur sikit susah nak faham :) Hehe, sorry sorry, bukan nak mengata ^^

Aku buat entry neh secara umum. Mungkin sebab sahabat aku, mungkin jugak sebab junior aku. Hati manusia neh sangat lemah bila terima sesuatu yang tak selari dengan apa yang diinginkan. Aku jugak macam tu :) Cuma macam mana kita kawal, macam mana kita positivekan balik negative yang kita terima menjadi penawarnya balik :) Macam ada orang selalu nasihatkan aku, kita kena ada self-awareness, then develop self-control dalam diri, baru cun! ^^

Salah satu soalan yang budak tanya aku.

Kak Aen, saya dah usaha macam-macam, dah buat macam-macam, tapi hasilnya tetap sama. Kadang kadang saya rasa nak marah sebab bila lecturer bagi penerangan kat depan, saya sorang je tak faham, yang lain semua faham. Start balik class, saya study, malam stay up study lagi, tapi kenapa tak ada apa-apa pun? Saya rasa saya dah putus asa.

Kalau anda kat situasi kat atas, apa yang anda buat? Memang ada manusia yang jenis lambat pick-up. Tak semua yang senang terima apa yang disampaikan oleh orang lain. Apa yang aku boleh syorkan, kalau tak faham apa yang lecturer ajar dalam class, kau angkat tangan terus tanya (untuk pelajar matrikulasi dan form 6 je). Jangan segan, sebab lecturer kat sana sehabis boleh nak kau faham. Dia akan terangkan sehabis mungkin untuk buat korang faham. Kalau dah segan sangat, kau tunggu je sampai habis kelas, lepas tu tanya. Make sure buat temu janji dulu. Kang kecewa lak sebab lecturer ada kelas lepas tu. Huhu.


Jangan fikir sangat kalau ada orang cakap kau lemah ke lambat pick-up atau bahasa kasarnya lembab. Sebabnyaa, hidup dia dengan kau ada gap, kau tak patut sedih-menangis-tadah-air-mata-dalam-cawan, sebab buang masa je. Seriously, aku tak suka orang yang cepat give up. Kalau kau tak goreng sampai habis, mana kau tau apa yang akan jadi masa depan? Ingat cita cita, ingat parents, ingat masa depan, ingat Allah, dan jangan lupaa pulak future husband korang. Kan dah ramai menggedik nak kahwin awal awal macam aku. HAHA, terasa lettewww ;)

Okay fine, kitaa teruskan perbincangan kita.

Ada jugak junior tanya aku.

Kak Aen, macam mana ni? Cikgu cakap ambik diploma sains lagi senang nak ambik medic (doc of medicine) berbanding form 6?

Hah ini satu kes bila darah akan mula menyerbu ke otak, lepas tu jantung mula pam darah dengan cepat, jantung pun mula berdegub kencang, diri dah berdebar debar a.k.a nervous. Dengar je gimik macam tu, memang tak sah kalau tak jadi macam tulah. Muka berlagak cool, jantung dah nampak terkeluar dah, cettttt. *terasa.

Pandangan peribadi aku, sekali dah buat sesuatu perkara tu, jangan ubah pendirian. Memang biasalah kalau goyah, okay tak apa lagi kalau goyah. Boleh ketuk ketuk paku, tanam konkrit bagi teguh balik. Kalau terus terbalik macam mana? So set dalam otak, whatever orang nak cakap apa-apa, biarkan. Teruskan apa yang kita dah buat dan nak buat. Kalau asyik ikut cakap orang je, kat mana pulak cakap kita yang kita nak ikut? (Ayat macam ape ntah, huhu). Dengar boleh, jangan duk follow je. Kalau orang cakap terjun gaung lagi bagus daripada main roller coaster, korang nak ikut lah? Jangan jangan :) FYI, bukan apa yang kita ambil jadi penentu, apa yang kita hasilkan yang menentukan. Kau hengat kalau amek dip, tak dapat 4.0 senang nak dapat medic? Ada orang 4.0 melalak tau tak dapat medic. So? Yang neh apa pulak kau nak complain?


Mengenai seorang sahabat yang menuruni tangga untuk menaiki tangga balik. Jangan lah nak complain apa-apa. Perasaan seorang budak bio yang dapat engineering yang more to physic than chemistry, no biology, a lot of maths jangan dipermainkan. Kau senanglah cakap, terima jelah, rezeki kot. Okay, mulut memang senang cakap, jari memang senang nak tulis. Tapi cuba try aku guna machine tukar soul, rasa apa yang dia rasa. Worst weh! With a good result, and what do you think? It's fun to make fun of others dreams? Helloooo, stop that darla!


Bermula dengan perasaan yang rasa diri gagal, dia bangkit balik, berusaha sehabis mungkin untuk merealisasikan impian dia sejak kecil. Aku salute weh! Dia ambil yang negative, dia tukarkan jadi positive, menaikkan semangat diri dia. Sebab aku rasa, orang lain belum tentu sekuat dia dan seberani dia untuk tolak dan cari yang lain, nak mula dari bawah balik, naik ke atas balik. Macam mana kau nak belajar apa yang korang tak tahu langsung. Okay, akan ada orang cakap, belum cuba belum tahu. Memang :) Tapi, kat mana cita cita yang korang sanjung? Allah akan berkati lebih usaha orang yang tak jemu untuk dapatkan yang terbaik dalam hidup dia. Tapi tak ada sangkut paut nak cari bakal suami macam Aaron Aziz atau iras iras Brad Pitt ye, :P

Turun tangga? Gagal? Jangan setkan minda macam tu dalam diri. Sebab Allah tak suka hamba-Nya yang mengalah tanpa berusaha :) Bukan jenis jalan yang diambil kira, tetapi destinasi akhir yang menentukannya :) Kalau ambil high-way, lepas tu kantoi, meroyan lak, hehe.

P/S : Sesiapa yang terkena, jangan terasa. Sekadar pandangan peribadi dan menguatkan semangat yang dah lemah :) Terima kasih sebab baca esei panjang aku ;)

8 comments:

nurshaf said...

ya, jgn putus asa

susah payah tu asam garam je , untuk buat kita lebih yakin dengan diri sendiri.

ღ αεn ツ said...

Fiq, yup :) Kalau tak ada dugaan, tak ada hikmah disebaliknya ;)

Far8 budak baik said...

tu ar jadi diri sendiri kn...
hahahahah..
panjang gile..
seyes aku bace skip2..
hihi..tapi ayat last tu power kn..
nak aron aziz je...
baik pilih aku..
ekekeke

ღ αεn ツ said...

Far8, HAHA, apasal skip? Luku kepala tu kang :P HAHA, aku tengok aaron pun cair, lagilah orang lain, hihi

merahitujambu said...

good entry...salam ramadhan=)

ღ αεn ツ said...

Merahitujambu, thanks. Salam Ramadhan jugak :)

!meimei cik ayu! said...

usaha tanpa putus asa 2 penting..kan2..insyaAllah rezeki ada kat mana2.:)

ღ αεn ツ said...

Mei mei, betul betul! Hehe :)