Wednesday, August 17, 2011

Cebisan Kasih -_-


Makna cinta terlalu subjektif untuk diolah. Cinta terlalu abstrak untuk diungkap. Cinta juga memerlukan pemahaman yang mendalam untuk dihayati. Cinta sejati amat sukar untuk dicari. Mungkin sesuatu perhubungan itu kelihatan indah. Namun, tidak semestinya perhubungan itu lahir daripada hati yang suci.
     Bagi sesetengah insan yang sedang hangat menyulam cinta, hari-hari yang dilalui pasti sentiasa diiringi oleh madah-madah puitis. Namun, bagi insan bernama Afrina Iwana, madah-madah puitis itu hanyalah suatu bentuk pendustaan.

     “Reen, dengar dulu apa yang I nak cakap.”
     “Lepaskan tangan I, Fiz. Tolong jangan bagi I nampak you lagi. Pergilah, Fiz,”ujar Afrina sebak. Dia tidak sanggup lagi mahu menatap wajah Hafiz Helmi.
     “Reen…”
     Afrina tunduk memandang lantai simen itu. Hatinya remuk tatkala melihat kecurangan Hafiz di hadapan matanya sendiri. Puas dipekakkan telinganya daripada mendengar khabar angin yang dianggapnya hanyalah cara untuk memisahkan cinta mereka. Namun, hari ini dia seakan-akan sudah tersedar daripada mimpi indah yang telah dilaluinya. Mimpi yang penuh dengan pembohongan dan pengkhianatan. Hafiz Helmi, satu nama yang akan dia buang daripada kamus hidupnya.
     “Fiz, dulu I anggap you lelaki yang paling berharga dalam hidup I. Tapi, syukur kerana Allah dah buka mata I untuk lihat penipuan yang you hadiahkan untuk I selama ni. I ingat you lelaki yang boleh dipercayai. Tapi, rupa-rupanya you macam syaitan bertopengkan manusia.” Afrina menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba mengumpulkan kekuatan untuk menatap mata lelaki itu.
     “Dah ramai orang beritahu you curang. Tapi I buat bodoh je. Hari ni I dah tau yang sebenarnya I dah lama diperbodohkan. Cukuplah, Fiz. Terima kasih sebab pernah buat I merasai indahnya cinta palsu you. Kita dah tak ada apa-apa ikatan lagi. Assalamualaikum.”
     Afrina mengatur langkah meninggalkan Hafiz. Lelaki itu hanya mampu melihat. Tangannya meraup wajahnya yang penuh dengan penyesalan. Namun, penyesalan itu sudah tidak berguna lagi.
     “Reen, maafkan I,”bisiknya perlahan.

  ------------------------------------------------------------------

     Burung yang berkicauan mematikan lamunan Afrina. Dia memerhatikan sekumpulan yang berterbangan itu. Alangkah bagusnya kalau aku jadi seperti burung itu. Gadis itu tersenyum sendirian. Walau sebesar mana pun masalah yang melanda, dia sudah berazam akan menempuhinya dengan tabah. Cukuplah dengan kelemahan silam yang telah memperbodohkan dirinya sendiri.
     “Assalamualaikum, Reen..”
     “Eh, mama!”Afrina terjerit kecil. Tubuh tua dipeluknya erat. Perasaan rindunya yang menebal akhirnya dapat dileraikan. Tiga pasang mata yang lain memerhatikan mereka berdua.
     “Abang! Tak rindukan Reen ke?”
     “Eh, mana boleh tak rindu kat budak cengeng ni,”ujar Azri sambil menuju ke arahnya. Kepala Afrina diusap lembut. Matanya tertumpu pada wajah polos Afrina. Wajah itu kelihatan lebih matang daripada sebelumnya. Mungkin empat tahun berada di negara orang banyak mengajarnya erti kehidupan.
     “Reen, tak nak sapa papa ke, sayang?”Haji Amri menepuk bahu anaknya itu.
     Afrina hanya tersengih lalu mendakap Haji Amri. Mereka kemudiannya beriringan menuju ke tempat parkir kereta.

  ------------------------------------------------------------------

     “Lama aku tak jumpa kau, Reen. Kut ya merajuk dengan aku pun, janganlah lari jauh sangat.,”seloroh Feeka.
     “Eh, mana ada. Aku pergi belajar okay, tak main lah lari-lari.”
     Feeka hanya tersenyum. Dia kelihatan agak gelisah. Dipandangnya kiri dan kana berulang kali. Afrina perasan akan kelakuan sahabatnya itu.
     “Kau kenapa, Fee? Macam ada yang tak kena je,”soal Afrina.
     “Emm, sebenarnya, aku ada sesuatu nak bagitahu kau. Tapi, aku harap kau tak marah aku.Promise?”Lambat-lambat Feeka menuturkan kata.
     “Cakaplah apa dia.”
     “Fiz nak jumpa kau, Reen. Dia ada kat sini.”
     Buntang mata Afrina mendengar kata-kata Feeka. Bagaikan dirasuk, dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. Baginya, perkara yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Dia cuba untuk berlagak tenang walaupun debaran dihatinya semakin kencang.
     Kelibat tubuh sasa Hafiz bersama perempuan yang pernah dilihatnya suatu ketika dahulu menyebakkan dadanya. Tidak sangka Hafiz akan menemuinya bersama perempuan itu. Afrina bingkas bangun daripada tempat duduknya. Hati aku sakit. Tetapi, apa gunanya, Reen. Kau dengan dia dah tak ada apa-apa. Afrina bermonolog sendirian. Belum sempat kakinya mengatur langkah pergi, Fiz sempat memaut pergelangan tangannya. Mata jejaka itu memandang sayu, tepat ke dalam anak mata Afrina. Afrina tertunduk. Dia tidak mampu untuk melawan pandangan Hafiz.
     “You nak apa, Fiz?”Sekian lama membisu, akhirnya Afrina mengeluarkan kata.
     “I nak jelaskan perkara empat tahun lalu. Berilah I peluang. Kalau you tak nak terima I lagi lepas ni, tak mengapa. I nak you tau kedudukan I yang sebenar masa tu. Please, Reen,”rayu Hafiz.
     Afrina menggelengkan kepalanya. Dia memandang Hafiz dan perempuan itu silih berganti. Hatinya seakan-akan berdarah kembali. Baginya, tidak guna Hafiz memberikan sebarang penjelasan lagi. Hatinya sudah tertutup rapat untuk lelaki itu. Tapi, kenapa hati aku sakit lagi?
     “Ahhh, sudahlah Fiz. Lepaskan tangan I!”Afrina merentap tangannya kembali. Kakinya laju meninggalkan mereka bertiga. Suara Feeka yang melaungkan namanya semakin tenggelam. Air matanya bercucuran membasahi pipi.

 ------------------------------------------------------------------

     Afrina mendengar dengan teliti. Air matanya mengalir lesu. Seribu satu penyesalan menguasai dirinya ketika ini.
     “Sya, you tahu dia kat mana sekarang?”
     “I rasa mungkin dekat tempat kesukaan you. Dia selalu pergi sana lepas kejadian itu. Maafkan I, Reen. Semua salah I. Keikhlasan hati Hafiz menyintai you membuatkan I sedar. Cinta tak mungkin dapat dipaksa. Pergilah cari dia, Reen. He needs you,”ujar Syahira. Jari-jemarinya menyeka sisa air matanya.
     “Thanks, Sya. Thanks a lot. I pergi dulu.”

 ------------------------------------------------------------------


     “Assalamualaikum, boleh saya duduk sini.”
     Hafiz hanya menganggukkan kepalanya. Tidak terniat langsung di hatinya untuk menoleh ke belakang.
     “Sekurang-kurangnya, jawablah salam tu.”
     “Waalaikumussalam, awak siapa?”Serentak dengan itu, Hafiz menoleh ke belakang. Hampir gugur jantungnya melihat susuk tubuh Afrina yang berdekatan dengannya. Air matanya bergenang.
     “Datang sini, tak ajak I pun?”Afrina tersenyum manis.
     “Macam mana you tahu I ada kat sini? Sya bagitahu ke?”
     “Tak habis-habis ingatkan Sya je kan? I tak ada siapa yang nak ingat pun kan?”
     “Reen, setiap saat I ingatkan you. Tidak pernah terdetik pun di hati I untuk ingat orang lain selain you. Selepas kejadian tu dulu, I selalu berdoa pada Allah, untuk bukakan hati you. I hilang arah bila you tiada. Terlalu cepat you buat keputusan untuk meninggalkan I tanpa sempat I berikan penjelasan. Empat tahun, Reen. Empat tahun I menanti. Menanti you kembali dalam hidup I,”luah Hafiz. Tangannya menguak kasar rambutnya. Air mata lelakinya gugur jua.
     “Fiz, I dah tahu semuanya. Sya dah ceritakan semuanya. Maafkan I, Fiz. Hati I terlalu sakit masa tu sampaikan tak dapat nak fikir jalan yang terbaik. I masih mentah lagi untuk berfikir. Perpisahan yang berlaku buat I rasa I tak dapat hidup tanpa you. Rupa-rupanya jodoh kita masih ada. Allah termukan juga kita selepas apa yang berlaku. Maafkan I, Fiz. I patut…” Kata-kata Reen tergantung di situ. Dia sudah berada dalam dakapan jejaka itu. Afrina meleraikan pelukan itu perlahan-lahan.
     “Fiz, tak elok macam ni. Kalau you betul-betul sayangkan I, jumpa mama dan papa. I nak hubungan yang halal dan sah di sisi agama.”
     “Maaf, Reen. I terlalu rindukan you. Reen, sudikah you jadi permaisuri hati I?”


------------------------------------------------------------------

     “Sayang, kenapa termenung?”soal Hafiz. Rambut Afrina dielus lembut.
     Afrina mengangguk perlahan. Bibirnya mengukirkan senyuman penuh makna.
     “Tak ada apa.”
     “Sayang, terima kasih untuk segalanya. Kenangan pahit kita dahulu memberi kemanisan kepada kehidupan kita sekarang. I akan jadi suami yang baik untuk you.”Hafiz menggenggam erat jari jemari Afrina. Wajah isterinya itu ditatap dengan penuh kasih sayang.
     “I pula akan jadi Isteri yang solehah untuk you.”
     “I love you, dear,”bisik Hafiz.
     “I love you too,”balas Afrina.

Ya Allah, andai inilah kebahagiaan yang aku cari selama ini, aku bersyukur padamu ya Allah. Sesungguhnya, Hawa dijadikan daripada tulang rusuk kiri Adam untuk dijaga, dicintai dan melengkapi hidup sang Adam.




P/S : Lepas neh SINAR BAHAGIA versi sambung sambung lak :) Selamat membaca. Maaf penulisan aku tak sebaik penulis novel dan cerpen terkenal. Aku hanya mampu mengeluarkan isi berdasarkan apa yang aku fikir, tu je :)

6 comments:

Ku Azhar said...

T_T..serious sedih bc dr atas smpai bwh T_T

ღ αεn ツ said...

Huhu, jangan nangis lak ye. Hohoh :)

Cik Rara said...

amboi dasyat nya, ada bakat ni jadi penulis novel.. hehe

ღ αεn ツ said...

Huhu, tak adalah, biasa biasa je :) Banyak kekurangannya tu.

mohdhazlan Dreadlock said...

cinta suci bila kita menerima seadanya segala apapun tentang dirinya :)

peace!

ღ αεn ツ said...

Yup, betul tu :)