Saturday, January 7, 2012

Isu bertunang mengikut Islam.

Assalamualaikum dan hadai. Ehem ehem. Akhir akhir ni aku selalu je perasan ramai budak budak muda, dan yang tak berapa nak muda kecoh mengenai isu bertunang mengikut Islam. Ramai yang dah gatal nak nikah lettew. Hihi.


Definisi bertunang, korang boleh rujuk kat sini, http://muzakarah.tripod.com/tunang.html, jelas sejelas jelasnya. So, aku tak perlu nak bagi penerangan panjang panjang macam cikgu cikgu kat sekolah. Bila semua baca yang ni, mesti semua couple excited nak melafazkan lamaran, dan si perempuan excited nak menerima, yelah excited nak jadi tunangan orang. Ye ye aku tahu ramai yang macam tu.


Tengah berjalan jalan dalam muka buku, aku ternampak satu printscreen yang orang share daripada FB Ustaz Azhar Idrus.



Ye, aku tahu glamour gila soalan ni, ntah berapa ramai yang share ntah.



Otak aku tengah sesak dengan metabolism module, so aku dengan rajinnya, tengok komen komen kat bawah gambar ni. Dan aku terjumpa satu komen yang panjang berjela yang mungkin ramai yang tak perasan tentang kewujudannya. Yelah, semua fokus pasal isu bertunang kat gambar atas tu. Tak ramai yang fokus tukang komen.




Bagi aku, satu penerangan yang bernas untuk yang mengetepikan ibu bapa.


Memanglah pertunangan tak elok di uar-uarkan, takut menimbulkan fitnah dan masalah masalah lain. Tapi tu dengan orang ramai, bukan dengan ibu bapa. Siapa ibu bapa dengan kita? Orang yang paling dekat kot!


Perempuan sekalian. Kita sebagai anak yang masih ada ibu bapa, kena ingat, ibu bapa tu masih ada hak atas kita selagi kita belum berkahwin. Walau macam mana berhak pun kita boleh menerima lamaran atau pinangan orang, janganlah terima tanpa pengetahuan ibu bapa. Anak anak wajib menghormati ibu bapa, memberitahu perkara perkara penting macam bertunang tu pada diorang. Janganlah ikut kepala sendiri je.


Ramai yang sayang ibu bapa kan? Nanti nikah siapa yang sibuk sibuk uruskan, ibu bapa kan? So, janganlah lupa jasa mereka. Ini tidak, sesetengah anak muda sekarang, excited menggatal, sampai lupa kat ibu bapa. Aku pantang sikit orang yang ketepikan mak bapak ni. Bagi aku, kurang ajar, tu je.


Dan lelaki, kalau gentleman sangat, kalau memang sayang sampai nak gila, tolong be a man, bagitahu pada mak bapak si perempuan. Biar diorang tahu, korang semua tengah ada hubungan. Lelaki yang tak berani jumpa mak bapak orang, korang tak layak dijadikan suami. Tak ada duit lagi tak apa, boleh dicari. Restu kedua ibu bapa tu penting.


People, what you give, you get back.


Bercinta tanpa restu, ibarat jasad tak bernyawa. Wallahualam.


Love,


Aen.

3 comments:

ainol akasyah said...

sy pun suke rujuk dekat page ustaz azhar idrus.. kadang2 on9 semata2 nak baca persoalan2 dan jawapan kat page beliau..jemput singgah SEGMEN : COVER PHOTO TIMELINE PALING AWESOME?

Cik diLLa a.k.a pemilik BLog said...

kalau cmtu dah bpe kali lah dila bertunang =)

ღ αεn ツ said...

Ainol : Haah, UAI memang terbaik :)

Dilla : Tulaaah pasal. Hehe.