Monday, January 23, 2012

Usaha Tangga Kejayaan.

Panjangnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Maigoood, tak perasan. Baca dengan hati terbuka :)


Hidup memang tak seindah yang kita sangka. Memang pun. Tidur, mimpi yang indah indah, konon kena lamar dengan putera raja. Lepas tu putera raja bawak pergi jalan jalan, masuk taman bunga, petik bunga untuk kita, selit kat telinga (kalau dalam mimpi tak pakai tudung). Lepas tu masa nak kawen je, pufffff. Lenyap, terus jaga. Jam loceng berbunyi. Yes, memang selalunya macam tu. The best part mesti kena cut, takpun macam telemovie yang ending dia tergantung. Bangun tidur je mesti, aahhhhhhhh, ruginyaaaa tak habis mimpi. Yes, jangan tipu. Ramai macam tu.


Realitinya tak seindah tu pun. Dugaan melintang lintang datang. Siap hampar red carpet lah depan kita nak suruh harungi dugaan tu. Hahah. But then, itu life kan? Hidup yang sebenar. Memang pun tak semanis yang kita bayangkan. Tak semanis yang kita harapkan. Tapi dugaan tulah yang bagi rencah kat hidup kita, kalau tak ada, ibarat lauk tak ada ajinomoto. Tapi jangan letak ajinomoto banyak sangat, nanti dapat penyakit.


Hidup pun tak berapa nak indah, bila dapat tahu neurons kita akan mula mati bila berumur 18 tahun. APA NEURON TU? Errrr, cell dalam otak, kalau tak ada dia, flat flat lah korang. Pesanan Prof. Raymond, belajar bahasa sebelum 18 tahun. Tapi kalau ikut tahun aku dah 20 tahun (ikut bulan, baru 19 tahun 1 bulan). Jadi? Adakah miserable hidup anda lepas tu? Tidak mungkin lah. Kalau bagi budak bawah 18 ambil medic, I won't trust them to do the surgery or treat people. Kan? Eh, neuron dah start mati, macam mana? Ouh yeeee, usaha kan ada. Kalau ada keinginan dan usaha, apalah sangat setakat neuron dah start mati. Bukannya dia mati sekaligus, One by one maybe? Ada neuron spare part lah. Kita guna 10% je. Albert Einstein datuk aku tu, guna 20%. Kan banyak lagi tak guna tu? Antara rajin dan malas je. Alright. Apa kaitan otak dengan orang yang nak baca pulak ni? Ntah, aku pun tak tahu. Ahah. Boooooooooo, Aen! 


Siapa nak ambil medic? Angkat tangan! Errrr, ramai orang takut. Sebab apa? Orang cakap susah gila. Haah, memanglah susah kalau korang gila :P No no. Apa je yang korang belajar tak susah. Bahasa Melayu? Pun susah kan? Ntah berapa ramai anak Melayu yang fail. Melukis? Kalau senang, kenapa tak semua artist berjaya? THE REASON IS YOU! YOU! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kenapa selalu sia sia kan peluang yang ada? Kalaulah kita gagal sebab berusaha, bersyukurlah, sebab kita dah berusaha, Allah tengah uji kekuatan kita tu. Tapi kalau kita gagal sebab tak buat apa apa? Lame YOU. Lame lame. Parents akan senyum. Tak apa sayang, usaha lagi. Sejuk hati kalau kita gagal sebab usaha. Kalau tak? Tak rasa bersalah ke?


Aku teringat masa aku ambil keputusan SPM dulu. Dapat 8As 1B (bukan nak show off ye). Aku mimpi dapat 10A. Bila sedar, mana datang pulak lagi 1A ni? Cerita kat mak. Dia cakap, lagi satu lesen memandu lah tu kot. Mak aku confident yang aku akan dapat 9As. Bila dia announce nama nama kat atas pentas, nama aku tak ada. Aku dah perasan yang aku tak dapat straight As bila dia dah sebut nama kelas lain. Ye, aku tak tersenarai.


The first thing aku buat, pandang mak aku. She smiled. Aku terus sedih. Aku bukan sedih sebab tak dapa straight. Yang tu huruf je kot. Tapi sedih sebab aku tahu mak aku mesti sedih. Tapi dia senyum just to make me happy. I know. Mummy, I love you damn much! Aku pergi dekat dia, terus cakap, sorry mak. Mak cakap, tak apa, pergi ambil result tu dulu. Lepas ambil, mak aku terus bawak keluar. Dia tahu aku tengah sedih sangat masa tu. Pertama kali dalam hidup aku, aku tak dapat straight. Perasaan yang menyakitkan. I can smile, tapi mungkin nampak janggal kot. Mak terus bawak aku pergi jalan jalan makan makan. Balik rumah, aku memang dah tak ada mood, terus menangis puas puas. Masa tu aku rasa macam, aku tak bagi yang terbaik untuk mak aku. Ayah aku call cakap, okayla tu Aen. But then, hmph.


Matriculation. Aku ambil keputusan masuk sana. Dengan keputusan tu, aku tak layak untuk dapat JPA ke luar negara. Kimia kot yang B, susah nak pilih course JPA masa tu. Susah sangat. Okay. Aku dapat asasi PALAM. Tak pergi. Bagi aku, biarlah aku stay kat Malacca Matriculation College. Mula dari bawah. Medic tak ada dalam kepala aku lagi masa tu. Tapi, aku usaha je. Alhamdulillah, pointer semester pertama dapat 4.00. Tak ada arah tujuan lagi, sampai lah sebelum final semester dua. Orang cakap, Aen, ada peluang, jangan sia sia kan. InsyaAllah layak dapat. Haah kan. Why not? Alhamdulillah semester kedua aku dapat 4.00 jugak. Thank you Allah.


Bila aku fikir balik, kesedihan aku dulu ada hikmahnya. Kalau aku dapat straight, aku tak dapat nak janji aku akan usaha betul betul masa matrikulasi. Aku tak janji yang aku akan serius je tak main main. Hikmah. Ye, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Betullah tu :) Apa kaitan dengan korang? Kegagalan yang korang rasa, positif kan minda tu. Ambil sebagai pengajaran untuk shoot diri kepada yang lebih baik. Kita mana tahu masa depan macam mana? Mungkin aku dah ditakdirkan akan jadi doktor. Tapi kan, kalau tanpa usaha, aku rasa, masuk U pun tak dapat. Gagal sekali bukan gagal selamanya.


Yes, skema sikit. Bagi aku, medic tak susah, medic bukan tak ada life. Susah kalau tak berusaha. Tak ada life kalau tak pandai manage masa. Aku boleh je meronggeng ronggeng. Tapi ingatkan diri lah. Waktu belajar, fokus. Fokus dan fokus. Pesanan buat adik adik yang tengah sekolah lagi, kat asasi tu, matrikulasi terutama Melaka (ehem ehem) dan STPM. Peluang belajar dah ada, peluang masa, peluang nyawa, gunakan sebaik-baiknya. Ingatkan diri, ibu bapa tonggak utama kita, jangan kecewakan mereka. Jangan sia sia kan pengorbanan mereka.





XOXO, Aen.

23 comments:

Nurfarahana A.Aziz said...

good ! keep up your good work :)

ღ αεn ツ said...

Thank you, dear :) You too,

myrapinky michiko said...

keep it up - allthebest utk kamoo huny ;)

ღ αεn ツ said...

Myra, thank you so much. You too. All the best in your life :)

ZazaSD said...

saya mendoakan awak :)

ღ αεn ツ said...

Zaza, terima kasih. Moga doa awak diterima. Pray for you too.

ZazaSD said...

:) terima kasih juga..

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

bila dah ada usaha..kena rajin n kuat semangat..doa banyak2..insyaallah berjaya =D

Miss Hani Zain said...

setuju dengan semua kata kata aen. kadang kadang, Allah berikan kita peluang yang lain, sebab Dia tau, kita lebih baik dalam sesuatu perkara yang kita sendiri tak jangka =']

ღ αεn ツ said...

Syafawani : Yes, betul tu :) Dah usaha, selebihnya tawakal :)

Hani : Betul tu Hani. Walaupun sangat down masa tu. Tapi, Alhamdulillah, dia bagi rezeki sekarang :)

fiqah said...

setuju setuju :) keep it up

Wanie said...

dah follow !
http://colourfuldaysofwanie.blogspot.com/
follow sini yew :)

ღ αεn ツ said...

Fiqah : You too :)

Wanie : Thanks, I will :)

si musang said...

waaaahhhh ! kamu hebat ! ;)

ღ αεn ツ said...

Thank you , dear. You too :)

syasyajohan said...

wahh,dengar akak punya result spm boleh kira hebad lah tu,
conggrates 4flat :)

ღ αεn ツ said...

Thanks. Alhamdulillah. Masa tu kecewa sebab tak dapat offer JPA. Memang tau tak layak, tapi pergi isi jugak, hihi.

syasyajohan said...

oh macam tu,btw,masa tu tak try mara plk?hurm,turn saya ambik result tahun ni=.=

ღ αεn ツ said...

Dua dua tak layak dik :) Sebab maybe kimia B, tu yang dia tak nak. Nak pilih pharmacy, kimia B, nak amek medic, B jugak. Takde harapan masa tu.

Best of luck! Aminn!

Kay Sablihan said...

wah..gudluck in ur life ;)
ajinnye tlis pnjg2..hehee

Sharifah Eepa said...

waa.. panjng giler................ hehe.. tapi, sume tu betol.. thanks, sis!

ღ αεn ツ said...

Kay : Ahah, sebenarnya tak nak tulis panjang tu. Tapi bila dah start, and stop, tengok2 dah panjang :) Btw, thanks baca :D

Sharifah : Ahah, haah, memang panjang. Tu belum baca cerpen2 sis lagi :D Thank you baca :)

Anonymous said...

salam kak aen you really gave me an inspiration. SPM 2013 for this year. i really want to be.. but im arfaid i cant .