Sunday, February 20, 2011

ANTARA USAHA DAN SOLAT

Di muka bumi Allah, ada seorang pemandu teksi. Pemandu teksi tersebut sering berasa susah hati kerana teksinya jarang dinaiki penumpang. Suatu hari, pemandu teksi berjumpa dengan seorang imam di masjid.

PT : Imam, saya tak pernah dapat untung. Bukan tu aje, saya susah nak dapat penumpang.
Imam : Kalau macam tu, datang masjid pagi esok, kita solat Subuh berjemaah.
PT: Baiklah.

Pemandu teksi tersebut berharap imam mampu mendapatkannya seorang penumpang. Usai solat subuh berjemaah,

PT: Imam, ada penumpang untuk saya ke?
Imam: Eh, tak adalah.
PT: Mengeluh.

Tiba-tiba seorang lelaki muncul di hadapan mereka berdua.

L : Imam, tolong saya carikan teksi. Saya dah lambat ni.
Imam: Ouh ya, kebetulan, di sini ada seorang pemandu teksi.

THE END.

Tu cerita yang disampaikan oleh ustad aku!
Kisah benar (!)
Usaha memang penting, tapi kalau takde link dengan Allah, mana nak dapat rezeki?
Usaha lah, kemudian tawakal, berdoa pada Allah.
Allah mendengar setiap isi hati hamba-Nya.
Well, bila dah berdoa, still tak dapat, jom cari kat mana salah kita.
Muhasabah diri, perbaiki diri untuk jadi manusia yang lebih baik.

Lots of love, AEN.

No comments: