Friday, November 16, 2012

The Windmill Station


Hi. Happy holidaaayssssss university students. Rasa macam baru terlepas dari penjara kan? Terasa macam dah tumbuh sayap boleh terbang tinggi sikit daripada ayam. I've been waiting for so long for this holiday. Why? Sebab kehidupan di UKM yang gila mencabar kesabaran dan tahap keimanan yang ada. Terasa macam suatu hari nanti bila aku keluar, kerja aku banyak terpahat di dada-dada pengurusan. Mungkin aku akan jadi ketua jabatan suatu hari nanti? LOL. Tahap berangan yang tinggi. Bagus tapi kalau terlebih berangan boleh jadi riak sebelum berlakunya realiti.


Tak apa. Tu bukan titik utama untuk entri kali ni. Tujuan aku, entri jalan-jalan cari makan.


Sampai si Azieta Azman (if you know her) boleh tanya. "Suka makan kan?". Hew. Oh. Kami ni. Same course, same MD UKM, but in different university. Yeah I know. Mesti pelik bagi yang tak tahu. Kalau nak tahu, AUCMS pun ada sediakan MD UKM macam kat UKM yang biasa ni. Tujuannya kemungkinan UKM tak mampu nak tampung more than 200 students. Jadi dia letak pelajar lagi +/- 100 kat AUCMS. Sukatan pembelajaran sama je. Eh apa beza MD dan MBBS pulak? Oh please. Lain kali k. Kalau nak terangkan sekarang, entri ni akan jadi lebih mengarut daripada ini.



Hi Windmill Station!





Aku tahu aku ni noob dan lame bila aku tak pernah lagi jejak kaki kat Windmill Station ni. Setakat sekali jeling, bila lalu nak pergi Dataran atau Mahkota guna jalan Tengkera tu. Aku pun tak tau apa yang aku tulis ni betul ke tak. Bukannya aku ni hafal jalan sangat. Mak selalu cakap, "Apasal belajau boleh ingat, jalan tak boleh ingat?" Aku selalu jawab, "Sebab belajau lain, jalan lain. Walaupun STUDY is the ROAD to success." Ok, mak diam. Tak tahulah mak sentap ke atau memang malas nak jawab.


Whatever.


Sebelum sampai, Mr. II dah sibuk ber-speaking london. Pelik. Bila dah sampai baru tahu. Kalau kau cakap Bahasa Melayu pun dengan pelayan-pelayan tu, diorang masih akan balas Bahasa Inggeris walau macam mana bersepah sekali pun apa yang diorang balas. Bagus. Keep up the good work. Latihan membuatkan diri anda sempurna!


Bila dah tengok menu, dah skrol atas, dah skrol bawah, mengikut tahap perut aku yang makan membabi buta, aku order Chicken and Beef. Tak cukup dengan itu, aku order Seafood Basket. Wadehel. Memang makan semua berkecamuk dalam perut. Memang tak ikut sunnah langsung. Haih. Tak bagus. Tak cukup dengan itu lagi, aku order air Apple and Lime. Mr. II order Double Chicken and Lime Juice. Nice one darling.


Taraaaaaaaaaaaaaaa!



Seafood basket. RM8.90. Ada sotong, udang, ikan dori. Semua celup tepung. Dan kentang halus goreng. Yum yum. Sedap. Tapi sikit :'(




Chicken and Beef. RM21.90. Chicken Chop, Sirloin Steak, Potato Salad, Coleslaw and Black Pepper sauce. Kau tahu Sirloin Steak dia sedap nak mati. Perasaan juicy dia tu bila kau kunyah sekali mak aih memang irresistable. Nak tahu rasa dia? Cuba try.




Double Chicken. RM17.90. Double Chicken Chop, Potato Salad, Coleslaw, Black Pepper Sauce, Bun. Oh rasa dia sama macam Chicken Chop aku. Mr. II memang allergy dengan ayam. Makan sekali nak lagi katanya. Kesimpulannya, sedap.



Done. We're full. Melantak bagai nak gila memangla perut rasa nak meletup kan? Aku memang tak payah cakaplah. Leper tapi perut kembung macam Platipus. Cis. Tak ada gambar kami. Tak nak tunjuk muka eager nak makan haha.


Berapa bintang?

Interior : 10/10. Cool. Tempat cantik untuk harga makanan yang berpatutan.
Layanan : 8/10. Makanan sampai boleh tahan sekejap jugakla. Cuma pelayan tak cukup senyum.
Makanan : 9/10. Tak cukup 10 sebab Seafood Basket sikit muahahaha



Nak tahu kawasan mana yang Windmill Station takluki? Sila klik SINI!



Ya Allah, kau selamatkanlah Gaza. Kau selamatkanlah Palestinians.

XOXO, Aen.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 590.

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

ღ αεn ツ said...

Waalaikumussalam. Terima kasih kerana tinggalkan jejak. InsyaAllah saya akan datang berkunjung :)