Taraaaaaaaaaaaaaaaaa.
The Pepper Lunch. Sizzle it your way.
Pepper Lunch Pavilion
Pendapat aku dengan dia punya hiasan dalam a.k.a interior design, mostly modern style, tapi dia punya lampu tu melambangkan ciri-ciri lampu jepun. Jadi, dia campurkan dua elemen tu untuk nampakkan restoran ni naik serinya. Okay. Suasana tenang lah masa mula-mula masuk. Bila dah masuk angka 1 je, dah penuh dan bising, normal lah tu kan. Lunch hour.
Soft serve - Passion Fruit. So let me show you our appetizer. Orang lain mungkin gelarkan dia dessert. Tapi aku suka makan awal-awal, sebagai pembuka selera. Sumpah manis nak mampus. Hahaha, okay, lepas ni nak pilih flavour lain pulak. Ada flavour, mango, caramel kinako, green tea dan seperti gambar di atas :)
Bertepatan dengan slogan restoran ini, memang kami kena gaul-gaul dan masak sendiri. Ye, mula-mula memang blur gila. Apa ntah nak buat dengan benda yang berasap-asap ni. Sampai rasa macam kena steam muka, macam sauna pun ada. Hoh. Nasib baik waiter dia tolong tunjukkan. Trimas, Mr. I-Don't-Know-Your-Name :)
Beef Pepper Rice. Berdasarkan dengan apa yang aku rasa, ada nasi tu butter rice, lepas tu ada lagi butter kat tengah tengah nasi tu. Dia punya corn memang fresh gila. Dan daging dia, sangat sedap sekali. Mula-mula aku tak confident pun yang daging dia akan masak kalau aku setakat gaul-gaul macam tu. Tapi tersilap ye, memang kena kacau bodoh-bodoh je. Dia cakap kalau berhati-hati sangat, nanti hangit pulak. Okay. Kacau seserabai rasa :)
Salmon Pepper Rice. Okay, mainly yang lain sama dengan atas, dengan apa yang aku mention except for the salmon. For Dayah, rasa salmon dia sangat great, yelah salmon rasa salmon lah kan. Haha, cuma aku tak suka salmon, jadi maknanya kalau kau tanya aku sedap ke tak, aku cakap, tak lah. LOL :P Tapi serius, sedap sebenarnya except salmon, errrr *for me
Kenyang. Nampak macam sikit (nampak jelah) , sekali makan, rasa dah tak larat. Haha. Okay, you should try, jangan ragu-ragu di situ :) Rasa dia sedap dan sedap. Lain kali kalau aku datang, nak makan steak dia pulak. Nampak marvelous! Kalau ada masa nak keluar lah. Sem ni sangat sibuk dengan aktiviti nak cari merit. Dengan aktiviti peringkat Universiti -.- Kus semangat.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Pepper Lunch dan cawangan-cawangannya di Malaysia? Boleh layari Pepper Lunch :) Jemput datang dan gembirakan perut anda. Babai ^^
XOXO, Aen.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Pepper Lunch dan cawangan-cawangannya di Malaysia? Boleh layari Pepper Lunch :) Jemput datang dan gembirakan perut anda. Babai ^^
XOXO, Aen.