Saturday, September 28, 2013

Braces #1 : Kos dan Proses


Assalamualaikum. Hai. Oh okay agak lama tak update sebab terasa macam tak ada benda indah jadi dalam hidup haha. Lulz, makin lama makin nampak hambar sangat hidup ni. Banyak je benda yang jadi, cuma aku ni jenis malas nak mengarang sejak dua menjak bertwitter beberapa tahun lepas. Ehem. Hashtag #poyo.

Okay. Hari ini, bersamaan 28 September 2013, aku dah buat temujanji dengan doktor gigi. Untuk rawatan ortodontik a.k.a braces. Dan keputusan ini selepas aku reveal gigi yang berbraces dengan getah/rubber baby pink tu, banyak sangat soalan yang sama bertubi-tubi singgah di laman twitter. Ibarat retis yang baru buat plastic surgery nak cantikkan hidung, up kan pipi, masukkan silikon, ouch.

Jadi dengan lafaz Bismillah, aku harap korang terima jawapan retis aku ni dengan hati yang terbuka.

Aku mengalami masalah deep bite (mungkin bahasa melayu berbunyi gigi tenggelam ke dalam). Jadi, gigi tu kalau dilihat dah gantikan gusi aku ni. Kalau korang ada gusi warna merah merah gitu, aku gusi warna putih. Dan keadaan itu mungkin (?) dah tolak gigi sebelah dia kebelakang. So separuh gigi tu memang ke belakang. So apa masalah dia kan? Molar teeth kot, orang tak nampak? Ke kau bajet nak ikut trend terkini? Pasang braces ubah kecantikan yang Tuhan kasi? Ouch.

Benar. Tak disangkal lagi. Memang tak nampak, yang itu benar. Akan tetapi aku bukan saja-saja nak habiskan duit beribu semata-mata nak ikut trend. Baik pasang braces pelesu tu? RM100 je kot, beli je kat blackmarket, online, hah uols, boleh tukar warna rubber everyday. Tak gitu?

Jadi kenapa? Begini. Bila gigi tenggelam ke dalam, gigi sebelah dia tertolak ke dalam, dia akan tinggalkan ruang kosong. Ruang kosong ni dia macam dah jadi hotel kat daging pipi sebelah dalam. Katakan aku tengah khusyuk makan tak fikir pasal gigi tu, kompem (angkat tangan kanan ke sisi bahu) memang tergigit, terus jadi ulcer. So benda ni macam every week jadi. Tak tahan iols. Gigi memang tersusun rata tapi masalah deep bite ni memang menyusahkan. Salah aku jugak lari masa doktor gigi datang nak cabut. (Punya takut dengan dentist T.T) Aku pun tunggu, cabut sendiri. Rerupanya dah tumbuh separuh. Nasib tak berlapis. Fuh.

Dah jelas? Kalau tak jelas jugak, entoh le.


Jadi sakit tak? How much? Ni soalan biasa. Okay let me talk about the process dulu.


Mula-mula sekali, sebelum dia proceed dengan braces :

          1) Cek gigi
          2) Moulding : Letak tanah liat dalam mulut untuk dapatkan struktur gigi


          3) X-ray : Untuk gambaran masalah gigi dengan lebih jelas





Kalau korang dah memang setuju nak pakai braces :


Biasa dentist akan cabut gigi kalau kau ada masalah ruang. Means, masalah gigi berlapis tu memang nak tarik ke tempat asal tak cukup ruang. Bagi masalah aku, Alhamdulillah memang tak ada masalah ruang (setakat ni). Sebab aku dah memang rasa nak meraung kalau kena cabut, nampak playar dia tu, peh. Doktor terus cakap, okay, tak payah cabut, boleh pasang harini. *cough*









Kalau kau ada masalah ruang yang tak berapa severe lagi lagi kalau kau muda lagi, (aku kiranya dah tua sebab dah tumbuh wisdom teeth) dia akan guna separator. Khas untuk bagi ruang kat gigi, so that gigi yang berlapis tu dapat tarik masuk tempat asal dan tersusun ala ala bendul gittew (bukan bumper jalan tu).

Bagi masalah yang teruk lagi, contohnya jongang dia mungkin akan cabut gigi dan guna separator, kes ini ada ok. Ada jugak jenis dentist yang nak test dulu sama ada gigi kau bergerak ke tak bila pasang braces if dia tak payah cabut gigi (yang ni aku tengah risaukan). Tapi kalaulah masa dah pasang, 1-3 months lepas tu tak ada perubahan atau pergerakan gigi, insyaAllah kau akan hilang sebatang dua gigi. Dan proses ni berkemungkinan azab dia Nauzubillah. Aku baca ada orang tu menangis tahan sakit, gigi nak gerak tapi gusi sakit. Jadi, hang fikirlah. *gulp*




Selepas selesai masalah ruang., sebelum dia pasang, scaling akan dilakukan. Tujuan dia nak gigi kau senang gerak masa pakai braces. Ni bagi aku (tadi), proses yang paling sakit. Masa gigi bawah, terasa ngilu. Bila dia buat kat gigi atas, rasa macam kena electric shock sebab memang sakit. Aku genggam baju macam nak koyak baju tu. Tapi masih boleh tahan. Jangan risau sangat.

Dan tibalah masa pemasangan braces. Ehem. Tak sakit. Yang ni memang tak. Tapi mungkin setiap individu akan alami masalah yang lain. Esp kalau gigi dia teruk. Mungkin sakit kalau dia letak rubber band nak tarik gigi dia ke belakang/ke bawah. Aku lupa nak tanya lepas ni aku kena pakai ke tak. Biasanya yang ada masalah over bite (jongang) yang teruk atau rahang senget, dia akan pakai rubber band tu.


Ini contoh bila gigi dah ada braces. Aku tak guna headgear tube (besi kliling gigi hujung).



Aku guna ni. Buccal Tube.





Rubber band




Ni namanya tayang gigi. Baby pink yawww.



Ini pulok tak nampak langsung, Tapi tengok gambar ni aku tau yang ada something kat gigi aku.
Ke aku je yang perasan?


Okay dah boleh cakap pasal kos. Yang ni orang akan fikir dulu sebelum buat keputusan nak pakai ke tak. Dalam berpuluh kali jugak.

Kos bukan braces (kos yang tak ada kaitan dengan harga metal braces tu sendiri) :

          Moulding : RM50
          X-ray : RM100
          Scaling : RM65
          Barang-barang yang dia provide (interdental brushes, ortho brush, wax) : RM33
          Cabut gigi : RM40-RM60 sebatang (yang ni aku tak ada)

Kos braces itu sendiri :

          Metal Braces : RM3800 (Depo : RM800. Monthly : RM150)
          Clear Braces : RM5000 (Depo : RM1500. Monthly : RM200)

Kos-kos yang kena bayar after pemasangan braces ialah : +/- RM1250. Ini kalau korang buat semua dari A-Z kecuali cabut gigi. Kalau pemasangan dan proses sebelum buat braces ni korang buat asing, maknanya bayar asing-asing lah.

Kau tahu aku nak bercakap rasa awkward, nak senyum malu, nak tunjuk gigi segan. Rasa nak sorok muka dalam guni. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Ahaks.

Oh ya. Penjagaan dan barang-barang yang wajib (?) korang ada selepas pemasangan braces akan diberitahu dalam entri yang lain. Serius aku lupa nak ambil gambar klinik gigi ni. Tunggu next appointment okay. 2 November. Lulz.

Yang mana bersungguh-sungguh nak pasang, boleh contact Klinik Pergigian Impian, Melaka, 06-2826653. Dr. Zahar yang akan bertindak dalam pemasangan braces. (Ex UKM uols!) Very neat and quick. The most important thing is, it is not painful. Klinik ni bertempat di Plaza Melaka Sentral, tingkat satu (atas kedai gunting rambut), sederet dengan Ar-Rahnu.

Till then! Tata. Thank you for reading.

Ps: Suka berlari? Nak lari sejauh 5KM atau 10KM sambil beramal? Kalau suka, sila klik link ini. Pink Ribbon Run 2016

XOXO,
Aen.


54 comments:

Etty Selamat said...

Ok lepasni boleh pgl aen is gigi besi.. Hahaha.. Gurau..!

nora razalli said...

lepas ni senyum skomo la die :)
brape lame u kne pakai sbb die depends kondisi gg kan ? :)

Kai Ssi said...

uiyoooooo 5 ribu tu...
boleh wat cukup hantaran kawen woooo!

New Blog Update! http://abgdude.com/blog/2013/10/06/makanminum-daging-salai-masak-lemak/

budakbandunglaici said...

agak mahal eh.. sakit tak waktu nak pasang tu..

ღ αεn ツ said...

Etty Selamat : Haha jahat!

MG : Hee memang selalu senyum, dah ada braces segan gila nak senyum hee

AbgDude : Hahaha, bukan bayar sedebuk. Bulan-bulan. Hantaran kahwin valid tak kalau buat ansuran? Hee

ღ αεn ツ said...

Marou Apple Hijau : Tu harga paling murah untuk private. Untuk Gov memang lagi murah cuma waiting list tu panjang, lama nak tunggu. Hee. Serius masa pasang tak sakit langsung! After pasang baru rasa ngilu. Tapi depends. Ada yang boleh tolerate sakit tu. Ada yang rasa ngilu sikit dah membebel lebih-lebih. Depends lah ikut gigi masing2.

MG : Lupa nak jawap. Heee 2 tahun kot? Or 20 bulan. If gigi cepat okay, okayla. Sebab gigi tak teruk sangat :)

Santan Manis said...

perghhh!!! nampak cam sakit je. x sanggup nk wat! hehehe... btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi :D

Aen said...

Haha tak sakit pun. Heee. Okay insyaAllah :)

Anonymous said...

kalau psang brace pda bahagian dpan gigi atas sje bleh tak?gigi saye hnya x trsusun pada gigi atas hdpan sje!pohon 'explain'

ღ αεn ツ said...

Hee kena tanya Dentist. Sebab takut le pulak bila pakai gigi depan je, nanti terjarak pulak gigi tu. Plus besi yang dia pasang tu nanti makin panjang, so luka lah bibir kalau pakai kat depan gigi je :)

missnur said...

murahnya...nnti naik x hrga dia..hehe

missnur said...

murahnya...nnti naik x hrga dia..hehe

Anonymous said...

Xray nye kat mana??

aensaari said...

Missnur : Masa tu dia dah naik. Sebelum ni murah lagi. Lepas ni naik jugak kot, tapi tak naik mendadaklah :) Kena selalu survey.

Anon : X-ray dekat klinik gigi tu jugak. Klinik ni lengkap peralatannya.

Anonymous said...

Akk nk tnye.. Akk ddk mne ye..

aensaari said...

Hai, sekarang Cheras dik :)

Anonymous said...

Koss overall berapa ? Sblum pasang, lepas pasang apa semua. Nk budget huhu

Unknown said...

Metal braces rm3800 tu bleh byar bulan2 KE or cash terus time abis pasang braces tu

aensaari said...

Hi, sorry reply lambat. Bayar tiap-tiap bulan. Depo RM800 :)

Anonymous said...

Salam.. saya duduk kat cheras.Saya nak tahu kat mane awak buat braces ye sebab harga dia murah compare dgn klinik klinik yg saye survey kat sini..Terima kasihh banyak banyak kerana sudi berkongsi

aensaari said...

Hai, saya buat braces di Klinik Impian, Melaka. Rasanya ada satu klinik gigi area Ampang yang harga lebih kurang. Cuba survey.

Unknown said...

Sis nak tnya... lepas xray tu kan dentist pasang on the spot ke kena tggu smggu dua dulu??

aensaari said...

Hi Muhd Azrul. Ikut masalah gigi. Masa saya terus pasang sebab tak ramai patient yang nak pasang braces. Biasa yang tunggu seminggu dua atau sebulan bila dia kena cabut gigi dulu. Contohnya kena cabut empat batang gigi, dua batang gigi sebelah kanan/kiri dia cabut dulu. Kena tunggu sampai recover baru cabut lagi sebelah. Dah ok tu baru pasang braces.

Anonymous said...

klau nk psang sbelah ats je boleh x sis.. kos nye msti ln plk kn sis..

Unknown said...

sis nak tanya..if kalau saya gigi jarang..ada tak bracess untuk gigi yang jarang ..

aensaari said...

Hi anonymous, actually yang tu tak sure boleh pakai braces bahagian atas sahaja atau tak. Sebab biasa dia akan pakaikan atas bawah sekali. Cuba tanya mana-mana klinik gigi :)

Ariana : Ya boleh. Untuk masalah gigi macam tu memang boleh pakai braces. Dipersilakan :)

Unknown said...

thanks so much for the info aen !!. nk sgt buat tp tkut post-procedure tu,, xlalu nk mkn ape smua.. urghhh --"

Afiffuddin said...

Harga Braces ni walaupun mencecah ribuan ringgit amat berbaloi supaya kelihatan menawan, dan kalau nak braces murah boleh bayar bulanan secara ansuran.

Unknown said...

Memang ada psg niat nak ber braces ni sebab gusi macam ke depan sket. Tapi ini boleh dikatakan mengubah kejadian ke?

Unknown said...

apa beza metal braces dgn clear?

Unknown said...

Boleh mintak dia ubat atau pil tidur tak masa nak buat tuh sebab tak boleh tahan ngilu...nak buat tp tak boleh tahan ngiluuuu

Unknown said...

Kalau utk student ad discount x

aensaari said...

Ameer : No worries, biasa seminggu je tak berani makan. Tapi selera makan dahsyat tu yang masalah tu haha.

Afiffuddin : Betul, kebanyakan klinik sediakan perkhidmatan bayaran ansuran

Umdatul Niswan : Rasanya tidak, kalau menjatuhkan malu pada diri sendiri dan buat rasa rendah self-esteem, boleh buat. Janji niat bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Ai Sya : Bezanya, metal nampak jelas pakai braces, clear tak nampak sangat.

Alim Nazri : Haha tak rasanya, sebab proses buat braces tak sakit. Kalau cabut gigi pun dia bagi bius pada kawasan gusi berkenaan sahaja.

Siti Shima : Biasanya tak ada, harga di klinik gigi impian antara yang murah dah :)

Unknown said...

Slm apa beza metal braces n clear braces cik pakai yg mana ye

Unknown said...

Awak buat kat mana aen?

Unknown said...

boleh tahu dekat mana buat bracess neh?

Unknown said...

Kalau gigi macam saye xde gigi lebih kene ke cabut gigi untuk bagi ruang

Unknown said...

Kalau gigi macam saye xde gigi lebih kene ke cabut gigi untuk bagi ruang

Unknown said...

Kalau gigi macam saye xde gigi lebih kene ke cabut gigi untuk bagi ruang

Unknown said...

Kalau gigi yang jongang bawah macam mane ye?��

Anonymous said...

Hi kak, berapa lama utk process braces ini jd berjaya?

Unknown said...

klinik tu buka smpai kul brape ?

tekitu tukari said...

ni dah entri ke3 aku baca..tapi semuanya luar drpd selangor..hahaha..
ok la..nice info..heee...
meremang pulak aku pk nk pkai braces ni..huuu...
anyway..tq ek..byk jugak info aku dapat kat sini..
mgkin aku patot pk lagi sikit psal nk pakai bnde alah ni..huuu...

p/s:kalu kau rajin silalah melawat blog aku gak..ok bai..:p

http://latteiskopishop.blogspot.my/

Adiladqueendd said...

Saya nak pg buat braces minggu ni ...dr dulu nk buat rasa kurang keyakinan nk berhadapan org...saya punya gigi jarang sket dihadapan...xbest amik gmbar...mcm mn laa muka sy lpas pkai..seremmm

Unknown said...

akak,kalau pasang atas je boleh? bawah dah ok. harga berapa?

mimie hairie said...

salam. maaf saya pemasangan braces under 1k original dan murah . harga mampu milik . boleh pm saya . saya jual saya pakai . anything pm 0125987313. tq

Azmira Hani Azman said...

Berapa lama pakai seperator eh?

iefza hanny said...

teringin nak pakai sbb malu nk cakap nk senyum pun xde keyakinan thankz 4 sharing ya...mgkn next year awal tahun baru nk pasang

Noor Amanie said...

Terasa sakitnyee.. 😅😅 buat rawatan akar pon lahai sakit gilaaa walaupun 4x kena bius..

Mijablur said...

Apasal la jauh sangat beza harga clear braces dgn metal braces tu 😅

Unknown said...

Thankz for info.. Rasa berkobar2 pulak na pakai braces ney😂..

Unknown said...

total semua berapa ribu sis?

Nurul Iyba said...

Hi, awk boleh pergi dekat klinik pergigian dorai dekat kepong. Boleh tengok instagram @klinikpergigian.dorai atau fb klinik pergigian dorai :)

Anonymous said...

kalau ada buat cabutan, boleh terus pakai braces ke? ke kena tunggu dulu beberapa hari lepas buat cabutan baru boleh pakai braces?