Friday, November 16, 2012

Restoran Api Api

Hai jumpa lagi. Heh.


Kerja aku masa cuti ni memang berhajat untuk menggempalkan diri yang cekeding ni. Bukan diri tak berusaha untuk menaikkan berat badan. Aku dah cuba sedaya upaya. Makan supplement Pharmaton konon bagi nafsu makan naik. Dahla nafsu makan dah memang macam anak gajah. Supplement tu bertujuan nak aku segar bugar sampai habis kelas. Iyalah, makin lama makin sibuk. Haih. Lebih sibuk beraktiviti daripada belajar sebenarnya. Oh merit :(


Jadi, dengan itu kami, ehem aku dan Mr. II bercadang makan kat Restoran Api Api yang baru jugak bukak. Dalam bulan lepas kot. Kawan kepada kawan dia katanya. Nak juga merasa Restoran baru, hik hik. Gedik.




Kalau dah nampak Steamboat dan Grill tu bermaknanya macam lebih kurang Seoul Garden (klik untuk baca entri tersebut) la iye? Lebih kurangla. Cuma jangan expect interior design dia sebijik dan sejiban macam Seoul Garden. Ini kedai Melayu dan ini je cawangan dia. Only in Malacca I tell you. Meja dia dah menarik, cuma kerusi dia je kerusi plastik. Tak apa. Baru buka. Slow-slow nak naik :)



Ini ghupe peralatan steamboat and grill. Masak guna mentega. Agak berkolesterol di situ.



Makanan goreng goreng. Sedap gila! Ada Paru Lembu.
Siap ada bontot ayam. Euuuuw yang tu Mr. II suka.




Peti 1.




Peti 2.




Peti 3.




Yummeh! Suka sebab ada Fruits Salad kegemaran aku!




Mr. II :)




Me, selalu jadi orang yang susah nak ada gambar. Haih.



Lupa nak ambil part air dia, part peti ice-cream, part buat minuman panas dan abc.


Komen? Kalau nak save bajet untuk makan buffet macam ni, aku syorkan datang sini. Pulak tu kan, dia promotion yang cool gila. Ehem, siap ada ladies night. Kebetulan aku datang masa tu. Murah la hehe.



Tak sabau nak nikah. Sebab ada Hubby Night muahahahaha. RM30/couple. Wuuuuu!


Cuma bagi orang yang tak berapa suka steamboat macam aku ni, rasa susah sikitla sebab makanan untuk grill dia sikit. Pulak tu tak ada label. Aku ni main ambik jela benda yang ada. Siap TERAMBIK daging kambing! Argggh rasa hamis dia memang melekat kat lidah aku :( Poor me and Mr. II. Terus dah tak sentuh daging tu. Hehe. Terpaksa makan steamboat. Nasib baik tomyam dia sedap.


Air dia pulak ada 3 jenis je. Soya, Laici dan Laici Kang. Yang part ni memang tak syok.


Yang best.

Ice-cream siap ada topping. Hehe. Makanan bergoreng memang masyuk habis! Makanan untuk steamboat banyak gila! Memang berbaloi! Orang tak putus-putus datang kat sini.

Kesimpulannya, aku prefer Seoul Garden sebab banyak makanan untuk di-Grill hee.


Anda orang Melaka dan ada yang berminat nak cari? Sila klik SINI!

Eat for life!


XOXO, Aen.

4 comments:

hnahdy said...

nama dah menarik mesti nak makan kat sini punya lah

ღ αεn ツ said...

Hehe jemput makan ^^

ary_lee said...

Muzaffar height pun ada restoran steamboat halal.. nama je steamboat tapi ada grill siap..
Harga RM25 per person..
Masalahnya, restoran macam ni memang lah lagi murah berbanding seoul garden tapi seoul garden lebih sedap^^

ღ αεn ツ said...

Kalau harga RM25 seorang tu maknanya hampir sama dengan Seoul Garden. So lebih baik pergi Seoul Garden. Huhu.

Restoran ni baru nak naik, so maybe tak banyak choice dari segi makanan untuk grill. Yang steamboat tak ada masalah rasanya.

Steamboat di Restoran Nelayan Gombak lagi banyak choice tapi tak ada grill.