Sunday, October 6, 2013

Braces #2 : Penjagaan Gigi Ketika 'Berbesi'.

Salam dan hai. Laga laga pipi sikit meh bagi yang tidak haram berlaga. Hiks.

Jumpa lagi! Boring plus agak stress sebenarnya. Jadi, cara nak atasi masalah tu, terkeluar idea pulak nak sambung cerita pasal gigi besi. Ni sambungan post Braces #1 : Kos dan Proses bagi siapa yang tak baca lagi :)

Semenjak dua menjak berbesi ni, biasalah, memang bercakap awkward macam nak tersembur gigi tu. Oh bukan tu je. Terasa lidah tu duk rogol semua besi yang ada, dia tak biasa lagi agaknya. Makan? Heh, makan macam biasa. Orang kata kena makan bubur sebulan, tak boleh makan pedas, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Dia kena tahu aku ni makan kalah saiz badan. Mana gheti nak makan bubur sebulan -.- Baik letak feeding tube, masuk terus sampai ke perut yedok?

Yang lawaknya (?) bila orang panggil diri ini vampire. Yang peliknya, apa relation gigi besi dengan vampire? Mungkinkah gigi besi boleh gigi orang? Taring makin panjang? Nayyyyyyy, nak makan epal pun tak lut, lagikan nak gigi orang tinggalkan love bite. Sedih tahu. T.T Setakat melantak GCB McD dengan Big Burger Carls Junior tu masih mampu. Cuma makan sopanla, kuis kuis macam makan depan mertua. Heh :B

Banyak pulak celoteh dia, bukannya best pun celoteh panjang-panjang tadi tu -.-

So kita teruskan kepada agenda utama. Penjagaan Gigi Ketika Berbesi. Yang nak baca ni aku syorkan pada yang tak pakai braces lagi, sebab yang pakai dah tau lah yedok? Ke ada lagi yang confuse? Entoh.




Sebelum pergi buat braces aku memang dah google (khidmat nasihat paling popular worldwide you know). Then bila dah pergi makin berilmu lah aku pasal penjagaan ni (konon).


Di sini aku senaraikan beberapa barang yang memanglah penting untuk penjagaan gigi yang comel lote :














  • Orthobrush
  • Interdental Brush
  • Antiseptic Mouth Wash (Listerine/Colgate/etc)
  • Orthocare Wax

Orthobrush. Yang memang direka khas untuk berus gigi yang pakai braces. Ekceli boleh je pakai berus lain cuma korang akan rasa beza pakai Orthobrush dengan berus lain walaupun pakai slimsoft. Percayalah, sebab Orthobrush aku hilang sekali dengan uncang yang ada Listerine, Wax dan Interdental Brush. Mahu tak rasa meroyan macam mati laki? Gila kau, benda penting kot. Dahlah baru je pakai. Careless betui. Kesian gigi besi :'(


Interdental Brushes. Okay ini memang penting. Lagi lagi yang makan tak hingat dunia, terselit taugeh ke kat celah celah besi, nasik cecomel ingat ruang besi tu tempat dia ke. Memang common sangat tersangkut. Yeay inilah penyelesaian dia! Gosok setiap celah celah yang ada celah. Atas getah pun ada celah. Kalau tak basuh bersih-bersih kompem teruk gakla rupa masa nak caut getah, pernah nampak. Erk.


Antiseptic mouthwash. Kita yang pakai braces lagi susceptible (cenderung) nak dapat bakteria yang selesa lepak kat gigi plus besi plus getah yang comel lote berwarna warni. Dia maybe ingat brackets tu macam meja kat kedai mamak, yelah, lawo kan, so dia stay lah sehari dua. Dah syok sehari dua, dia stay berminggu-minggu pulak. Kesan dia, jadi plak gigi. Kena scaling lagi, ouch sakit uols :( Aku ska colgate sebab tak pedih sangat. Sedap lak tu haha.



Orthocare Wax. Okay dia kecik je sebenarnya. Tugas dia, lindung bracket yang tajam. Lagi lagi yang kat hujung sekali sebab tahulah bila gigi bergerak, besi hujung makin panjang, peh bila bergesel memang syoklah dapat ulcer -.- Macam tengah on the way nak dapat je ni. Haih. Cara nak pakai, ambik sikit je, ala-ala besar dalam 3-4mm, lepas tu tampal kat besi. Serius aku rasa macam tak pakai braces bila tampal. Jangan tampal kat semua brackets, gila ko. Dah nampak macam tak gosok gigi dah hee.


"Ah sibuk je. Sekati lah nak jaga ke tak." Ye betul. Cuma takut masa pasang gigi lawo putih berseri, lepas bukak, bertompok sana sini. Nak contoh?


Comel sangat :B


Well basically, it's your teeth. Not mine. Heheh. Okay sampai sini saja. Oh, pasal sakit, serius aku tak lah cakap tak sakit langsung, nampak nau le menipunya. Cuma aku boleh cakap, the pain is bearable. Boleh tolerate. Tapi depends kat gigi masing-masing. Ada yang kena cabut, bila gigi gerak rasa sakit gila. Tapi disebabkan aku tak cabut gigi, so aku tak rasa sakit tu :D


Okay, till then! Adios!


XOXO,
Aen.

35 comments:

theathirah said...

thankss untuk info2 ni. In sha Allah gigi saya pun akan 'berbesi' jgak bulan 12 nanti :)

ღ αεn ツ said...

You're most welcome :) Hee, semoga jaga gigi dengan baik ^^

nora_MY said...

Saya kena cabut 4 batang gigi...sengsara beb...fobia pun ada...sebulan mkn bubur...kurus bertambah kurus beb...hilang 5kg beb...

Ikmal Ajussi said...

Saya baru je pakai 3 hari lepas.. kat hujung dawai, dentist tu tak potong habis rasenye sbb terasa besi dok mencocok2 kulit. Fuhh sakit gak ah.. tak terbayang sakitnya kalau gigi dah mula gerak sbb makin panjang la jan hujung dawai tu kan?

aensaari said...

Nora : Mesti seksa kan? Berat tak turun sekarang ni. Tapi nampaklah muka cengkuk sebab braces. Padahal nafsu makan lebih kurang sama masa pakai dengan sebelum.

Ikmal : Rasanya sebab tak biasa lagi tu. Or gigi gerak sikit. Sebab masa first month dulu cepat gila gigi gerak. Mula-mula ingat Dr tak potong habis jugak. Sakit dia terasa macam tak nak gerak mulut lagsung. Lepas tu gigi gerak konsisten and dah tak sakit.

Unknown said...

kat mana saya boleh dapatkan orthocare wax ye? sbb besi kat braces saya ni macam terkeluar sikit n bila kena lidah saya luka n sakit.

aensaari said...

Hi Darwina. Boleh dapatkan wax dekat klinik gigi yang berdekatan. Biasanya klinik gigi yang buat rawatan ortodontik memang ada jual :)

Anonymous said...

Kat supermarket ade ke jual interdental brushes n orthocare wax. Mne u beli

aensaari said...

Anonymous : Dekat supermarket takde. Yang ada dekat dental clinic.

Anonymous said...

Sye baru buat braces 8 jam yg lps,,dan besi berlakang ni doc tak potong habis ,,bpk sye nak potong,,sye tak bagi sbb takut benda lain jadik,,kwn sye kata sbb pipi sye tembam sgt smpi boleh tercocok,, sye belum makan bubur aym sye ni lagi;-; ..nak letak wax tak boleh sbb dye pjg..dan ia tak lekat..pjg besi tu satu gigi graham ..hhmm..camne ekk boleh tolong tak ..sye nak mkn =~=

Unknown said...

hi u pakai bracestapi gigi tak perlu dicabut errmm macam mane tuh .. explain sikit :))

Nurul Ain said...

Helo.. nk tnye sye baru psg braces pastu wktu nk gosok gigi tu die kalau gosok kuat2 bracket tu die x akan tercabut kan?

amiranadia said...

Nak tanya, mane nak dapatkan berus gigi ortho tu sbb cari kt watson n guardian xde pn jenama colgate tu? Tq

W.D said...

Mana nk beli orthocare wax..? Kulit kt dlm dah luka... (T_T)

W.D said...

Mana nk beli orthocare wax..? Kulit kt dlm dah luka... (T_T)

W.D said...

Mana nk beli orthocare wax..? Kulit kt dlm dah luka... (T_T)

Unknown said...

Saya pakai braces pun tak kena cabut pun.. Dr ckap , gigi saya cuma spacing jee.. Xperlu nak cabut.. Time tu rasa mcam happy laa sbab xkena cabut..hehe

ShazreenPuteh said...
This comment has been removed by the author.
ShazreenPuteh said...

Pegi kat mana2 klinik gigi yg buat braces

ShazreenPuteh said...

Ok la klu tak cabut saya kene cabut 4gigi dr tengok pada keadaan gigi tu jela

ShazreenPuteh said...

Pegi kat mana2 klinik gigi yg buat braces

ShazreenPuteh said...

Beli kat klinik gigi

Unknown said...

Hi. Nk tnye, gambar yg caption comel sangat tu apa? Cam mane nk elak jadi gitu?

Anis shazrina said...

Mana nak beli berus gigi khas untuk braces selain klinik? Puas cari tak jumpa

irmawardah.com said...

kalau gigi jarang xperlu cabut. sama macam kes sy

Unknown said...

Trima kasih...info yg sgt berguna utksaya yg baru pkai braces 2hari..4btg gigi di cabut...

aisyah jusoh said...

thanks for the information! im really appreciate that

Anonymous said...

Sy baru pasang sehari... serius xselesa... huhuhu... agak2 ada dak 6 bulan dah blh buka benda ni huhuhu

Anonymous said...

Nk tny. Kat mane ye nk dptkn colgate ortho brush tu?

Anonymous said...

Assalamualaikum nak tanya, kalau saya dah pkai braces, and gigi saya jadi mcm gambar kt atas tu, walaupun sye dh gosok gigi pagi siang and malam , tapi kesan die still x hilang jugak. Mcm mne ye nk hilangkan? Mohon bagi tips. Thankyou����

30 Hari 30 KG said...

Pakai wax dkt hujung besi tu, mula2 pkai braces mmg akan rasa cmtu sbb mlut x biasa lg..lama2 nanti akn ok n x sakit da..klo panjang sgt besi tu, g klinik blik n mnta doc potong kan...

Wani - san said...

Assalamualaikum cik aen , saya nak bertanya pasal berus gigi tu ... cik beli tu dekat mana? saya cari berus gigi ortho brush kat pasaraya tapi xde .. boleh bantu saya x? sbb saya masih pakai pendakap gigi ni. klau boleh balas komen saya .. terima kasih :)

Unknown said...

Askum hai cik..ggi sy jrng dh pkai sbln so sy servis bln ke2 sy tkr ke brnces poeer chain..dy pnya skit dh xtaw nk hbq..nk mkn pyh..bila ggi ats bwa tpt compos skit...lma mna skit yea..mkn bubr ja 😭😭😭

LAMEACHIKO said...

Boleh beli kt shopee atau dekat klinik pergigian yang buat khidmat braces.

Anonymous said...

saye pakai braces dekat belah atas saje jdi saye kne mkn bubur juga ke