Tuesday, April 20, 2010

Sentuhan INTERNET XD



baeklahh . oleh kerane aku merajenkan diri tgok web empayar poyos tadi . aku ternampak satu peraduan yang akan bakal menguntungkan aku kalo menang | kalo menanglah T____T | . tapi , ape salahnye cube nasebkan ? so , dengan itu , lihatlah bawah reasonnye mengape . aku terpakse lebeh m'skemakan ayat dibawah . agak lame tak mengarang . rase kaku sked . and agak biol kepale otakku sebab paling kurang 500 patah | dasat gile ! | . but , mengasah bakat kembali :p ayat agak sengal XD



Di zaman serba canggih dengan permainan NINTENDO , keghairahan pemuda-pemudi menerobos setiap laman web dengan wujudnya perkhidmatan internet serba canggih kian membara . Hinggakan ramai yang sanggup berhabis duit untuk ke cyber cafe semata-mata hanya untuk melayari internet . Tidak cukup dengan itu , ramai pula yang sanggup menjadi musang dan burung hantu ketika matahari bersembunyi kerana satu perkara iaitu , INTERNET ! 1001 faktor mengapa internet menjadi kegilaan menjadi perbualan ramai . Namun , 10 faktor utama kenapa aku amat menggilai internet akan dirungkai pada perenggan yang seterusnya .




1 . Faktor utama yang pertama ialah , sikap aku yang agak pemalu dan pendiam . Mesti ramai tertanya-tanya sebab apa jadi faktor utama , kan ? Aku seorang yang agak pendiam dan pemalu . Hal yang demikian menyebabkan aku susah untuk berinteraksi atau dengan erti kata lain mulut terkunci dengan mana-mana pelajar dan insan yang tak rapat dengan aku . Sifat itu sebabkan aku selalu dituduh seorang gadis comel yang agak sombong ! Jangan muntah dulu ye . Dengan wujudnya internet , kecanggihan web interaksi seperti FACEBOOK membolehkan aku meluahkan kata tanpa segan silu . Bertukar-tukar pendapat tanpa perlu menatap muka insan tersebut . Bergurau-senda tanpa perlu tersipu-sipu malu dan cover cun dengan tutup muka . Jadi , aku terus menggunakan internet sebagai alat untuk menangkis rasa malu dan segan apabila terdapat sebarang perbincangan .




2 . Beralih pula pada faktor yang kedua iaitu , permainan comel dan menarik kat FACEBOOK . Hati merah jambu aku neh , senang sangat nak tertawan dengan permainan comel dan menarik . Terutamanya cafe world , dan mafiawars . Bila dah mula main , kelekaan dan ketekunan aku memang tak ada sape boleh lawan kot . Celik je mata dari tidur , terus cari laptop , online kan broadband , main game ! Lepas tu , baru buat kerja lain . Tapi , sekejap je beralih arah kat benda lain . Mesti lepas siap buat apa2 , hadap balik laptop sampai nak makan pon tak ingat . Bila insan tersayang dah mula bising2 , barulah kaki , tangan , otak , badan pergi dapur menghadap makanan dengan rakus sebab sebenarnya dah lapar , tapi saje tahan semata2 nak main game .



3 . Yang ketiga , aku mempunyai obsesi terhadap dunia hiburan . Amat benar sekali ! Aku akan guna internet untuk buat carian pasal lagu-lagu terkini untuk jadi dendangan dan hidangkan kat telinga aku . Web yang selalu jadi mangsa aku dah tentulah 4SHARED.COM . Lepas tuh , jari aku senang je nak taip web YOUTUBE.COM . Mencari video-video artis yang aku minat terutama artis barat dan korea . Aku paling suka tarian diorang . Masa aku kat asrama dulu , aku akan download video tuh dan transfer kat dalam , bawak pegi asrama , ajak wawa dan ipah menari sama2 , suh orang rakam .



4 . Jari gatal nak memblogging . Aku tak tahu kenape jari aku neh gatal2 je nak tulis blog . Ada bende sikit je , mesti dah keluar dah post entah pape dengan ayat2 merapu dan sengal . Rasanye , kalau tak ade lah blog aku neh , mesti aku dah tak masuk peraduan empayar poyos neh . Aku dah start membloggingkan diri tahun lepas . Punyelah banyak entries sampai aku sendiri jenuh nak baca . Siap ada orang komen , letih nak bace sampai habis . Tapi , baca sampai habis jugak . So , aku renewed kan blog aku tahun neh . Bila ada sesuatu yang menarik hati baru aku suruh jari aku menaip . Setiap minggu aku akan sajikan sesuatu yang segar khas ntok follower aku terutama luahan hati suci aku neh :p



5 . Memindahkan data ke dalam otak aku . Aku gunakan internet untuk jadi salah satu tempat untuk cari pelbagai jenis info yang agak berguna ntok aku sumbatkan dalam microcip dalam otak . Terdengar info menarik sikit , dengan pantas atas bantuan google chrome versi hebat , aku akan google kan info tersebut . Lepas tuh aku akan share by mouth kat kawan2 . AL-maklumlah , SPM tuh penting . So , banyak bende aku kene cari tahun lepas . Boleh pulak aku bawak laptop pegi asrama tahun lepas , search lam YOUTUBE ntok ajar aku ngan mimie , physics lam inggeris . Sedikit sebanyak membantu aku ! Amat membantu sebab physics aku ntok SPM tahun lepas dapat A- . Sekali seumur hidup aku dapat jejak abjad A ntok physic .



6 . Berita atas garisan ! Ini bermakne , online news . Aku ngan mak je yang ada kat ganu skang . Ayah aku kat kemaman , kerja sana . Adik aku kat SM teknik jasin . Aku balik ganu sebab teman mak . Oleh kerana itu , mak aku malas sangat nak beli newspaper . Kalau aku tak cakap , mesti mak aku tak akan beli . Aku pulak jenis yang malas nak tengok news on tv . Sebab aku malas nak tengok tv . Jadi , cara terbaik ialah menggunakan internet dengan bace je berite kat myMETRO . Aku rasa , kalau takde internet , memang buta huruflah aku pasal berita2 terkini . Memang aku tak akan tahu sepatah haram pon situasi negara skarang .


7 . Kehendak semase sekarang . Sejak aku jadi bekas pelajar neh and lepas dapat result SPM , kesemua application form semua kene cari lam web . Mesti kene guna internet . Sama ada kene isi online form ataupun download dari web . Aku pon terfikir . Kalaulah aku takde internet , takde broadband neh , mesti aku tak boleh nak isi untuk further study kat mane2 . Matrik kene isi dalam web dye . UPU pon same . Kalau internet takde , tak ke aku jadi surirumah sepenuh di usia aku y amat muda neh ? Jadi , kalau aku tak gunakan internet aku sebab kehendak semasa sekarang , ape akan jadi ? Dah tentulah aku buta IT . Buta segala2nya . Bak kate mak kepada mak aku , TAK DAPEK LA DEN NAK NOLONG . :D



8 . Mendekatkan yang jauh . Merapatkan yang dekat . Tersangatlah betul . AL-maklumlah aku dengan yang tersayang jauh nun di sarawak ketika ini . Dengan bantuan skypee yang hanye leh diaktifkan gune internet , aku merasakan jarak antara kami semakin dekat . Maka terubatlah rindu di hati . Mase mak aku kat mekah bersama medical team atas urusan bekerje selame 3 bulan , kami berhubung melalui YM or yahoo massenger . Tuhan je yang tahu betapa rindunye kat mak yang mengandungkan dan melahirkan aku yang cun neh . HAHA . Bab merapatkan yang dekat , dengan adanya FACEBOOK , hubungan aku ngan nad and ady semakin rapat .


Girls Myspace Comments

9 . Internet banking dan Online shopping . Internet banking amat berkaitan dengan online shopping . Aku neh jenis kaki malas nak berjalan nak keluar rumah . Tapi , aku neh kaki shopping sampai tak ingat dunie . So , masalah neh aku selesaikan dengan adenye BANK ISLAM banking . Bile aku search aje internet , aku nampak ade pape yang menyangkut kat mate aku , mesti aku akan booked and transfer money . Jadiiii , amat senangkan ? Kalau takde internet , haram tak dapat nak wat cmtuh dari rumah je . Tak payah susah2 nak pegi bank ntok bank in kan duit , buang masa , tambang bas aku lagi T_______T



10 . SOCIAL-networkingg . Inilah faktor yang terakher . Antaran laman interkasi yang glamoor ialah FACEBOOK , MYSPACE , FRIENDSTER , TWITTER , dan lain2 . Aku paling suka facebook sebab sumenye cam cepat di akses ntok pape aje . Senang nak cari kawan2 lame . Terutama kawan sekolah rendah yang dah lame tak jumpe even duk satu taman , umah tak sampai selang 10 buah . Dengan group2 yang di buat , contohnye ALUMNI LEBEST , kami mungkin akan dapat berhubung dan bertukar cerita . Ikatan sebagai kawan pun takkan putus cam tuh . Takkan wujud perkataan lost contact antare kami (:


Jadi , begitulah faktornya . Internet banyak kegunaannya dan mempunyai kelebihan tersendiri . Asalkan kita pandai memanfaatkannya , pasti tiada jenayah internet yang akan berlaku .


wahwahwah ! mule2 agak skema , dah lame2 , tak . hehehehe . jadi entry aku kali neh khas kerana menyertai pertandingan oleh atok dari empayar poyos ntok 10 sebab menggunakan internet . amat penat nak pikir bende neh . akhernye siap jugak . so , sekiann (:


note : copycats , please stayback !

No comments: