Thursday, June 5, 2014

Novel Review #BukuFixi : Rebiu Kelabu & Licik

Aku mengambil keputusan untuk buat rebiu mengenai novel-novel alternatif di Malaysia setelah aku lihat gerobok buku aku hampir runtuh menahan tekanan berkilo-kilo novel-novel berkenaan.

Rebiu bagi aku bermaksud, memberi pendapat mengenai cerita. Aku bukanla pen-rebiu tegar dan handal. Aku cuma pembaca tegar. Tapi aku bukan jenis pembaca tegar yang akan beli setiap bahan bacaan keluaran syarikat yang sama, aku akan pilih ikut selera aku (banyak duit aku nak beli semua muehehehe, buku medik pun dah beratus-ratus). Sebagai contoh aku elakkan cerita seram, sebab memandangkan biasanya aku baca buku tengah-tengah malam. Jadinya sampai ke sudah aku tak beli novel Asrama yang fofuler tu.

Jadi, rebiu yang aku buat pun akan ikut selera aku.


Kelabu | Karya Nadia Khan



Ini merupakan novel pertama aku baca sejak aku berjinak-jinak dengan bahan bacaan alternatif awal 2013 dulu. Lip lap lip lap kelopak mata, dah lebih setahun rupanya aku bercinta dengan bahan bacaan superpower ini.

Apa yang aku boleh katakan dengan stail dan gaya penulisan Nadia Khan, dia pandai bermain dengan latar tempat dan masa. Part dia main dengan watak toksah cerita. Kalau kau baca novel ni, kau akan tahu betapa geniusnya dia bermain dengan layar utama. Kalau engkorang takut beno tengok ketebalan novel ni, yang mana novel tertebal di abad Fixi, kau boleh ambil masa dan baca slo-mo. Tak ada orang nak marah. Cuma rugilah bro baca macam siput babi, mana klimaksnya nanti?

Penggunaan bahasa memang umph. Macam cara kau cakap dengan kengkawan hari-hari. Senang nak faham, jelas, dan tak payah baca dua tiga kali nak dapatkan maksud.

Novel Kelabu mengisahkan seorang manusia yang terperangkap dalam dunia kelabu, dunia yang tak ada hitam dan putih, dunia yang tak jelas. Dalam mencari identiti dan cinta, watak utama novel ini berhadapan dengan seribu satu kecelaruan emosi.

Apa yang buat aku tersentuh, kisah cinta dan persahabatan yang dihulur pada watak utama. Bukan klise macam kau selalu dengar. Dan bukan jugak jenis percintaan manusia yang kena dera je dari awal sampai akhir. Pengkhianatan, persahabatan dan nilai cinta yang ditonjolkan memang marvelous. Nilai persahabatan yang aku rasa susah nak cari dan jaga. Sampai kadang-kadang aku terfikir, 'ini kisah betul ke ni?'

Perkara yang paling kau rasa nak flip table, bila kau dah sampai ke pertengahan cerita - kalau ikut tebal buku, lebih sikit dari separuh. Masa tu kau baru reti beza langit dan bumi, kahkah. Sama ada kau rasa tertipu atau teraniaya dengan kehebatan buku ni, kau akan rasa lepas kau baca.

Buku faling fofulerrr abad ini. Masa aku beli buku ni, dah cetakan ke lapan. Gila tak fofuler?


Licik | Karya duet Sham Hashim & Julie Anne


Karya duet yang bernas.

Di mana mengisahkan Fira sebagai watak utama yang menjadi con artist yang sempurna. Diajar oleh ayahnya dalam mengejar kemewahan. Setelah kemewahannya direnggut oleh si pembalas dendam, akhirnya Fira tercampak ke satu daerah terpencil menyembunyikan diri. Saat dia mahu keluar mencari nafas dan mangsa yang baru, dia menemui Sadik yang akhirnya menjadi kekasih juga mastermind setiap rencana mereka.

Bagi aku, penulis novel ini mempunyai tahap imaginasi yang tinggi. Bijak mengatur rentak dari satu cerita ke satu cerita. Plus setiap bab kiranya tak sah kalau tak disajikan dengan nikmat dan debaran cerita. Kalau tak rasa kagum sambil ternganga mulut tengah-tengah baca dan lepas baca bab terakhir tu aku tak tahulah nak cerita macam mana lagi.

Gaya penulisan mudah. Tak ada guna term-term yang aku dan kau tak faham. Semua straight to the point dan senang nak hadam. Bukan macam aku, dan budak budak medik lain masa tengah buat lawak pasal medik, dan tak ada sorang pun budak course lain paham... Bukan.

Dalam novel ni. Kau dapat lihat kat mana zaman kejatuhan dan zaman kegemilangan seseorang. Tak kisahlah betapa hebatnya kau. Itu yang aku dapat dari cerita ini. Macam watak utama, si Fira sendiri. Sebab betullah, hidup ni macam roda, sekejap kau hepi melenggang dekat atas, kejap lagi kau terjelepuk muka tersembam kat bawah.

Memang superb wa cakap, superb. Sama superb macam baca novel Barbara Taylor Bradford muehehe.

Ps : Tak rugi duit baca buku macam ni. Yang rugi kalau kau beli tapi tak baca, dan paling rugi bila baca kau tak dapat satu moral pun dari novel tu sebab kau jenis baca kurang penghayatan. Tak kisahlah cerita hantu ke, cerita lawak gelak sampai terkeluar anak tekak ke, semua ada moral. Dan kadang-kadang ramai tak nampak. Ramai nampak permukaan je, iaitu plot cerita.


Adios!

XOXO,
Aen,

2 comments:

miss m said...

ain sama ngan kwn akak...suka buku camnie..tpi best..(selalu baca dia punya)..hehe

aensaari said...

Bak nombor kawan akak tu, nak cakap kat dia kena paksa akak beli gak buku macam ni haha :p