Sunday, July 31, 2011

Cara mengurangkan WORLD WAR III, IV semasa PMDD, PMS :)


Perempuan memang sinonim gileee lah dengan PMS or pre-menstrual syndrome neh. Bila datang je PMS, tak sakit kat atas ari-ari tu confirm mood gila babeng tak okay. Kalau tak sakit pinggang, mulut lak rasa nak sakitkan hati orang. Pulak ramai yang tak berapa nak faham pasal uncontrollable hormone tu. Kawal kawal, memang tak terkawal, macam reaksi kita bila rasa benda panas. Kalau mood hari hari biasa memang boleh kawal, kalau hari hari tak biasa, auuuum ;)

PMDD pulak? Hah ada yang tak pernah dengar lah tu. Kalau aku, memang PMDD neh biasa gila lah berlaku. HAHAH, cakap nak main hentam, tak ada perasaan dan bla bla bla. Meh aku explain sikit pasal PMDD neh, PMDD juga bermaksud pre-menstrual dysphoric disorder. Yang neh lagi dasyat daripada PMS, keadaan di mana biasanya golongan cun melecun macam kita-kita neh mengalami depression yang agak teruk, tekanan dan perubahan emosi yang mendadak eventho tak ada orang kacau pun. Biasa berlaku dalam 5-11 hari sebelum PMS. Muahahahahaha, kalau difikirkan balik, setengah bulan lah mood perempuan lintang pukang plus dengan PMS, hehe. *psstt, sekarang aku PMDD :P

Well, aku tak nak cakap banyak pasal kejadian PMS, PMDD neh, aku just nak cadangkan cara-cara mengurangkan PMS bagi perempuan daripada apa yang aku tahu, daripada apa yang aku pernah terbaca. Sebab aku rasa lelaki tak tahu sangat yang kalau perempuan tengah PMS, PMDD , kau gurau over sikit dah bergenang air mata. HAHA. So, nak tak nak perempuan kena kurangkan sendiri, eventho memang peratus dia sangat rendah, sobss :( Mengharapkan ada yang faham, eheh. *umum


First of all, kontrol diet anda. Camane? Makan makanan yang good good je start sekarang. Yang tak suka makan sayur, trylah makan *euwww*. Kurangkan coffee ke nescafe ke minuman bergas kee, sebab ada caffein, caffein tu buat PMS, PMDD korang makin teruk ye. Chocolate pun ada caffein tapi tak banyak, tapi kalau dah sehari kau minum secawan hentak sebanyak dua kali macam aku, memang PMDD tu jadi bertambah teruklah. HAHAHA *terasa

Aku dengar minum susu baik untuk mengurangkan PMS, errr, yang neh memang euww lah sebab aku tak boleh nak sumbat susu dalam mulut. Masa aku tengah google google maklumat, aku ternampak iklan pasal susu tu. Errr, peminat susu boleh cuba, hehe.  Campaign kat australia bernama ‘Everything I Do Is Wrong’ – Milk reduces PMS, HAHA, mesti lelaki sana tension pasal girlfriend or wife diorang kena PMS :P Chill bro, lumrah alam ^^

Salah satu gambar :P

Meh nak reply balik ;)

And you know what, kempen yang kata, milk helps reduce a majority of women’s symptoms after 3 months of taking 1,200 mg calcium/day sangat menipu :) Faktanya wahai kaum lelaki. Keseimbangan kalsium sangat penting daripada pemgambilan kalsium yang berlebihan yang boleh buat kidneys-penat-nak-buang-lebihan-kalsium :) Malah boleh buat korang sakit buah pinggang dengan cepat macam kau suntik vitamin C nak tegangkan kulit tu, direct pergi kat kidney :) So, got facts? Hihi :P Yahooooooo, aku menang!

Senyumlah kawan-kawan kalau rasa mood tak okay tu. *ada orang pesan kat aku. Sebab bila kita senyum, automatik mood kita akan berubah lepas tu aura senyum kita akan effect orang lain, buat orang ceria lak. Tapi jangan lah senyum kambing lak, nak kena sepak free lah tu ;) Sebab bab senyum sesinis yang boleh tu, kalau aku tengok rasa nak stapler bibir tu. :p

Lelaki, aku rasa kena tanya gf kau, BILA AWAK NAK PERIOD YE? Sebab kena kuatkan ketahanan fizikal dan mental korang yang tak berapa nak kuat tu layan karenah kami. Okay? Heheee.

Ada orang suka makan pain-killer tak pun ubat comel warna pink tu. Tak elok lah korang! Sebab bila korang bergantung lama-lama nanti, sistem badan korang akan immune dengan benda alah tu, dan korang kena beralih arah pergi carik pain killer jenis lain lak. Banyaknya najis ubat-ubatan dalam badan. wuhuuu. So aku galakkan minum air mineral banyak banyak, terutama masa period :) Akan melegakan sikitlah. Ada PMS yang teruk tu, aku susah nak cakap. 

Aku rasa perempuan kena elakkan diri masa PMDD tulah daripada boyfie korang. Sebab memang kat dia je yang korang akan lempiaskan marah. *terasa. Kalau contact nak gaduh je, panas je, baik tak payah. Kan kan? Hehee.



Kalau lah lelaki merasai saat tido tak senang, berdiri tak selesa, baring rasa nak menjerit, mesti korang faham golongan kami. Heee. Jangan lupa ye, lelaki pun ada jugak PMS bagai neh, cuma lain sikit je. Dia tak ada had masa macam kaum perempuan, so korang search sendiri lah ye? Kalau aku ada alat nak tukarkan soul, dah lama aku suruh kaum lelaki rasa sakitnyaa period. Nak tengok sikit, boleh kawal ke tak ;)

Tapi lelaki, jangan jadikan alasan korang pun ada jenis PMS sampai tak boleh nak puasa ;)

P/S : Ashraf/Alessa dah meninggal. Takziah untuk keluarga arwah. Jangan dicaci lagi, Allah Maha Adil, jangan risau. Bak kata  the other khairul, ada golongan alim junior yang suka menghukum tanpa memeriksa, zasssssssssssssss :D

2 comments:

LoveIslamTheWayOfLife said...

info yang berguna.
Harap dapat dikongsi dengan bakal gf ;)
boleh lah saya bagi info ni kat dye.

ღ αεn ツ said...

Hehe, boleh sila sila :)