Saturday, February 18, 2012

TRIP : Melaka : A Famosa & Dataran Pahlawan (2012)

Assalamualaikum ;) Di cuti yang bersejarah dalam hidup aku, ehem, cuti semester yang seminggu tu, hari pertama cuti, aku isi dengan kembara di A Famosa dan Dataran Pahlawan. Yes, aku tahu, melancong di negeri sendiri kan? Pedulikkan je :P Oh ya, klik gambar jika mahu gambaran yang lebih besar :)





Sampai sampai je lapar, so ajak Jannah makan kat Seoul Garden di Mahkota Parade. Baru dia rasa macam mana seronoknya makan makanan panas-panas. Tebako lidah. Huhu. Ye, aku kelihatan sangat bersemangat di situ.





Selepas kenyang trang tang tang, kami menuju ke GSC Dataran Pahlawan. Tengok cerita Chronicle. Komen aku pasal cerita ni, persahabatan tu saling berkait. Kalau kawan dia tengah marah je, mesti hidung keluar darah. Ramai yang judge cerita ni berdasarkan penamat dia, terus ramai cakap bosan lah, tak best lah. Padahal yang awal-awal dia best je (diorang cakap) dan  pada aku, keseluruhannya cerita ni best :)





Habis je wayang, singgah Tutti Frutti. Yelah, cuaca tengah panas. So, nak sejukkan tekak dengan frozen yogurt tu. Jannah ajak naik atas Dataran Pahlawan tu, aku pun on jelah. Ni kali kedua kot aku ada kat atas tu. You know what, orang Melaka pun tak excited sangatlah nak naik atas ni, pelancong je yang kena naik :) Disebabkan aku gelarkan diri sendiri sebagai pelancong dan Jannah sebagai tourist guard, so naik jelah ye.

Tetiba jumpa Shazzy. Budak matrik Melaka dulu. Dah lama tak jumpa dia. Dia dengan budak matrik aku jugak, tapi aku tak kenal. Belajar di UniMAP sekarang :)





Habis je cik Tutti tu, kami teruskan perjalanan ke A Famosa. Ehem, ni pertama kalinya dalam hidup aku naik sampai atas sekali. Sebelum ni lalu and pergi kat pintu gerbang dia tu je. Ahah, gayat gayat. Gayat ni erti kata, jakun dalam fahaman orang Melaka :) Bukan gayat takut tinggi tu ye.





Tinggi jugaklah tangga dia, walaupun tak setinggi tangga Batu Caves tu :/  Bagi aku, yang paling banyak kat sini, batu nisan. Nampak tak gambar tengah paling bawah ni? Tu batu nisan yang melekat kat dinding. Tak tahulah ada mayat kat belakang tu ke tak. Sebab Jannah cakap, sebenarnya batu nisan tu kat atas lantai. Errr, ke aku pijak semua mayat-mayat tu? Errrk? Nak masuk kat kawasan kubur Belanda tu, tapi disebabkan macam sunyi tak ada orang, batalkan niat je. Nampak tak ada pakcik main seruling? Best sangat, tapi menyeramkan bunyi dia. Gulp.





Gambar paling tengah tu, tempat mayat disemadikan, tapi kubur asal dah dipindahkan ke Cape Town in 1915. Aku bukan main syok lagi sandar dekat batu nisan tu, sebab masa tu tak tahu lagi tu batu nisan. Apasal lah Jannah ni tak bagitahu awal-awal -.- Patung tu, digelar, Saint Paul. Bawah dia tu St. Paul Church,  pada zaman Portugis. Masa zaman belanda, gereja tu digelar Nossa Senhora da Annunciada bermaksud Our Lady of Grace yang merujuk kepada Virgin Mary. Masa zaman British ambil balik, dia tukar jadi rumah api, untuk simpan senjata. Semangat aku baca keterangan kat board tu. Huhu.





Dah selesai dengan A Famosa kat atas tu, aku nampak ada satu jalan panjang nak pergi tempat apa ntah. Kami cuba menyusuri jalan tu. Ceewaaah. Panjang kot, tapi disebabkan excited ambik gambar, tak terasa pun kepanjangan dia. Keluar dekat bahagian tembok Portugis.





Taraaaaa, ni bahagian kubu. Lupa lak. Kubu Belanda ke Portugis? Entah. Korang jenguklah sendiri. Bersebelahan dengan Pelabuhan Melaka pada zaman dulu. Aku pun dengan excited tengok gambar-gambar tu. Keterangan yang panjang tu malas dah nak baca, hehe. Gambar bawah sekali tu, tembok Portugis yang dah dimusnahkan oleh rakyat sendiri. Kata Jannah, ayah dia bagitahu, orang Melaka taknak benda yang menjajah negeri tu gah di Melaka. So, dia tinggalkan sisa-sisa je. Macam A Famosa, dulu besar gila you. Now? Sekeping kat sana, sekeping kat sini. Tu sungai tu tempat River Cruise lalu. Kami sendiri tak pernah naik benda alah tu. Ye, orang Melaka tak berhati sangat nak naik. Lain kali lah.





Menurut tourist guard aku, Jannah, air pancut yang korang tengah tengok ni, adalah air pancut semulajadi yang tidak pernah berhenti semenjak tahun 1867 lagi. Wah, kagum seketika. Wink wink :D






Ni kawasan jualan bagi peniaga barang cenderahati untuk pelancong-pelancong sekalian. Jannah tanya aku, taknak beli ke. Aku pandang sakit hati je, aku orang Melaka kot, takpe, dah banyak dah. Mekasih. Haha. Beca Melaka ni cantik kan? Jannah cakap, harga RM10 sekali pusing, untuk pelancong sesuai la sebab tak tahu hala tuju kan. Siap ada pakcik beca datang bawak gambar, tanya nak naik ke tak. Jannah jawap, takpe pakcik, saya orang sini. Huhu. Seriously dengan kamera gabaknya, kitorang memang macam pelancong luar -.-





Jalan-jalan lagi. Masa ni dah penat gila. So, malas nak ambil gambar kekami ni. Ambil jelah gambar bangunan ni hah. Barulah aku tahu, banyak rupanya Muzium dalam negeri Melaka ni -.- Yang aku tahu, Muzium Kapal tu je. Hehe.



Selesai sudah melancong di negeri sendiri. Sesiapa yang nak datang melancong, sila datang pada waktu siang. Takut jugak kalau dah gelap nak jalan-jalan kat kawasan ni. And korang takkan sesat punyalah. Jalan je ikut gerak kaki, setiap inci korang jalan, mesti ada benda menarik yang korang nampak. Bangga jadi rakyat Melaka walaupun lahir di Terengganu, mak orang nogori dan ayah je orang Melaka. Bak kata ayah, ingat Aen, keturunan kita ni memang keturunan penjajah -.- Yes, belah ayah, nenek orang Jawa, Atuk orang Belanda. Fine fine. Ingat ye, segalanya bermula di Melaka ;) Jumpa lagi, buh-bye :)


XOXO, Aen.

15 comments:

young yasmin sarian said...

waaa.beshnyer g seoul garden! even dh 1 year and half study kat melaka tp blom pernah lagi jejak kaki kat seoul garden.seoul garden kat sebelah mn ye? *smpi sesat cari seoul garden. -.-'

ღ αεn ツ said...

Masuk ikut pintu depan Mahkota Parade yang sebelah Starbucks tu. Lepas tu belok kanan kalau tak silap. :)

young yasmin sarian said...

hohoho.okay2.thanks :)

ღ αεn ツ said...

Welcome :) :)

syira syah said...

lepas nie nak serang melaka lah!

ღ αεn ツ said...

Mehla serangggg. Hehe.

amy syifa said...

lamanya tak jenjalan kat melaka !!

dah mcm jln kat oversea dgn sweater bulu bulu..comeyy a sweater tuh =)

ღ αεn ツ said...

Mehla datang Melaka :)

HAHA, tulah pasal. Rasa macam ada kat Rome je. Hee, tu bukan sweater, baju je sebenarnya :)

Anonymous said...

Melaka waktu malam kat sungai pun cantik..
penuh dengan lampu..
tapi tak sker sesetengah gerai sana suker cekik darah ..tak hingat dunia..

ღ αεn ツ said...

Haah, sebab Kg. Morten tu memang diberi subsidi ntok pasang lampu2 tu tak silap :)Ntahla, sebab tak pernah lepak gerai2 dia. Huhu, biasa terus pergi tempat yang tahu kat mana murah :) Kalau nak makan mahal and berbaloi baik pergi restoran kan?

Pernah pergi area Chow Kit, saja turun makan, harga satu nasi goreng, RM10 pastu xsedap :/ Sumpah baik pergi restoran, sedap dan berbaloi.

Anonymous said...

amboi..sakannye berjalan2...jeles da ni,,,huu...

ღ αεn ツ said...

Huhu, janganlah jeles :) Jalan jalan kat negeri sendiri je ni :)

Mak Wardah said...

Wah...bestnya jalan2.

Fatin Hafizah said...

ehh aen, fatin kenal jannah! satu kolej kat unimas. adui kecik sangat dunia :D

ღ αεn ツ said...

Lah yeke? Yeayyyy haha. Memang dunia ni kecik. Pusing pusing jumpa orang yang ada kaitan jugak. Hee