“Hai,
Amy.”
“Hai, Rizal! You buat apa kat sini?”
“I tunggu you lah. Dah lama tak nampak you datang sini.”
Amelia tersenyum. Rizal seorang lelaki yang cukup mengambil
berat. Jejaka itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya walaupun
kadang-kadang dia suka bergurau mengenai perihal perkahwinan. Mereka berkawan
baik selepas peristiwa sapu tangan di situ. Dek kerana terlalu leka melayani sendu di taman bunga itu, tangisannya didengari oleh Rizal. Pada saat itulah
Rizal menghulurkan sapu tangan kepunyaannya kepada Amelia.
“I sibuk dengan assignments. Sesekali kalau lapang, I datang
sini tenangkan fikiran,”tutur Amelia.
“You sedih lagi Amy?”
Senyumannya yang hambar itu tidak mampu menutup dukanya. Dia
lupa bahawa dia tidak pandai menyembunyikan sesuatu.
“Entahlah, Rizal. Kadang-kadang I rasa helpless. I tak tahu
nak buat apa lagi. Buntu. I dah cuba rebut kasih sayang dia. Tapi, gagal,”luah
Amelia. Nada kecewa jelas kedengaran.
“Amy, I minta maaf kalau apa yang I nak cakapkan ni melampau
dan terlalu terburu-buru. I dah jumpa abah you. I nak hantar rombongan
meminang. Boleh kan?”
“Apa?!
---------------------------------------------------------
“Amy, pusinglah.”
“Tak nak.”
“Amy malu ke sayang?”
“Tak adalah.”
“Habis tu apa?”
“Amy segan.”
Ketawa Rizal pecah. Dia tahu Amelia malu untuk menatap
wajahnya. Namun dia tahu di mata Amy, ada cinta untuknya. Kerana itulah dia
yakin untuk memperisterikannya. Perasaan kasihan yang hadir pada dahulunya
diganti dengan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya pada gadis itu. Seawal
umur 22 tahun, Amelia telah bergelar sebagai seorang isteri. Sama seperti
mamanya dahulu.
“Abang sayang Amy,”bisik Rizal perlahan. Dia mampu merasai
debaran yang dirasai Amelia. Dia juga merasainya.
“Amy takut.”
“Jangan takut sayang, abang ada…”
---------------------------------------------------------
Syurga
si isteri di bawak tapak kaki suami.
Syurga si anak di bawah tapak kaki ibu.
Meletakkan mereka di tangga yang paling tinggi, InsyaAllah
kita akan menghidu bau syurga.
Kata orang bahagia itu perasaan indah yang membuai jiwa
pabila diri disayangi. Kasih sayang suami tiada tolok bandingannya. Rizal
sememangnya menyayangi diriku. Aku nampak keikhlasan yang terbit daripada sinar
redup matanya.
Namun jiwaku seakan-akan kosong. Aku masih tercari-cari di
mana kasih sayang ibuku. Mampukah aku merasainya walaupun sekelumit rasa
bahagia pabila dikasihi seorang wanita bernama ibu? Benar aku hanyalah seorang
anak tiri, namun aku juga berhak merasainya. Mama, kenapa mama pergi tinggalkan
Amy terlalu cepat? Amy rindu.
Ibu, Amy sayang ibu. Walau macam mana sekalipun ibu membenci
Amy, Amy tetap sayangkan ibu. Amy tahu ibu benci mama. Memang hati Amy sakit.
Tetapi, Amy tahu ibu perlukan masa untu terima Amy. Amy terima. Amy terima,
ibu. Amy sayang ibu sama macam Amy sayang abah, mama. Sama… Tak akan pernah
berubah. Kalaulah ibu tahu.
P/S : Lepas neh part last ;) Eid punya entry pun tak sempat nak karang T.T Busy nak buat persiapan pergi pursue my study. Sobs.
3 comments:
Nice post keep it up...
Imaginasi yang menarik :)
Cara penceritaan yang x terlalu meleret.. mudah faham..
ceh.. lupa pulak tggl link.. hahha..
Yusenze, HAHA. Boleh pulak terlupa :)
Thanks, akan membuat penambahbaikan di masa hadapan ^^
Post a Comment